Friday, May 14, 2010


Sikap “terlalu” yang sangat bahaya

6

Sikap ‘terlalu’ sangat bahaya dalam satu perhubungan kalau tak dikawal. Dan mungkin akan memnjejaskan hubungan kita dengan pasangan.Oleh itu jom kita selidik diri  kita samada kita  menghadapi gejala ‘terlalu’ dalam diri.

1. Terlalu Manja
Sifat manja dalam berpasangan sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Kebanyakan kita menyukai kemanjaan pasangannya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.Namun jangan terlalu manja.Pasangan  yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada.

2. Terlalu Tertutup
Sikap terlalu tertutup akan membatas komunikasi dalam perhunungan. Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonian setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita akan mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya hanyalah melalui komunikasi.


3. Terlalu Terbuka
Orang yang bersikap terbuka selalunya menyenangkan dan mesra. Tapi sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan. Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia dan yang lebih buruk adalah bercakap tanpa berfikir dulu.


4. Terlalu Cerewet
Ada sebahagian pasangan yang kurang menyedari, betapa buruknya seorang yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan. Namun cerewet kepada pasangan amat menyesakkan, meskipun dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”.


5. Terlalu Sensitif
Pasangan  yang sensitif akan membuat pasangannya merasa tidak bebas untuk meluahkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak harus saling meluahkan perasaan dengan bebas.Kadang-kadang gurauan juga boleh mengguris perasaan pasangannya yang terlalu sensitif sehingga dia tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu Mengongkong
Dalam perhubungan,pasangan masing-masing juga memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya,  untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.
Jika terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.


7. Terlalu Memperlekeh
Setiap pasangan psati tidak menyukai pasangannya  yang tidak menghargai dirinya, apalagi memperlekehkannya.Kita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat pasangan merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan.Jika hendak memperbaiki pasangan yang terlalu banyak kelemahannya, perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.


8. Terlalu Memiliki
Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain.
Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.


9. Terlalu Menyanjungi
Memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri pada pasangan.
Tetapi kalau terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, ia bukan saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat pasangan merasa bosan. Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.


10. Terlalu Menuntut
Setiap pasangan ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.

6 comments:

.::WaNiE::. said...

Betul.. semuanya harus berpada-pada

nizam said...

betul3...saya sokong.. sikap terlalu ni bahaya jugak...:D

Nurul Syahida Syamira said...

Well seem like i have some of "terlalu" attitude ;-/ yes its the time to change fr a better

L-E-E-Z-A said...

i think most of us have this 'terlalu' ...mybe we should change or maybe we should reduce it frm 10 to 5..;-)

Mario said...

terlalu degil?hehhhe

L-E-E-Z-A said...

hahhahha..no komen ;-)

Post a Comment