Bila hal-hal cam gini,melibatkan artis-artis..mesti akan jadi isu panas..semua orang akan berusaha unuk ambil tahu cerita sensasi macam ni termasuk la ai..bukan sesaja nak ambil tau…tapi bila kes-kes melibatkan orang-orang glamer,orang-orang yang ada peminat diseluruh mesia..mesti la nak kena ambik tau kan..kalau idak..ketinggalan plak nk bergosip..hahhaha..ye ker cmtu..astaqfirullahhalazim..jangan le duk gosip-gosip fitnah-fitnah bagai…xbaik dek oiii..
Jom layan berita sensasi dari murai..kalau korang tak nak baca kat sini..korang gi je baca sendiri kat murai..kalau malas..baca je kat bawah..klu dah baca..korang close je yek..layanzzzzzzz(aisey,macam fara fauzana la plak)
Persoalan yang diajukan ramai pihak tentang siapakah penyanyi rock era 90-an yang didakwa telah memukul anak perempuan tunggalnya gara-gara enggan bersalam dengannya kini sudah
pun terjawab.
Artis yang dimaksudkan itu adalah vokalis kumpulan rock XPDC, Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 42.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada Isnin lalu sewaktu Mael datang menziarah anaknya yang tinggal bersama isterinya di Tanjung Agas selepas pasangan itu dikatakan tinggal berasingan berikutan mengalami masalah rumah tangga.
Difahamkan sewaktu menziarah anaknya, Mael dikatakan gagal menahan marah apabila anak perempuannya itu enggan bersalam dengannya menyebabkannya bertindak memukul dan merotan.
Berikutan itu, anak dan isterinya telah membuat laporan polis. Bagi membantu siasatan berhubung kes memukul dan merotan anak gadisnya yang berusia 16 tahun itu, Mael telah diberkas sepasukan polis di rumahnya di Jalan Lama, Muar, kira-kira jam 2 pagi Jumaat lalu.
Mael ditahan reman selama empat hari sehingga hari ini bagi siasatan lanjut kes mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000.
5 comments:
la..xbaik cmtu..patutnya kne bersabar..mungkin si anak ada pandangan sendiri kenapa dia bersikap sedemikian rupa..sy datang menyinggah..ingat nk shout td..pastu, xbleh td..haha..ok..
isk..isk..isk..
mcm2 hal la y berlaku sekarang ni..
ishhh manusia skrg...
anak sindi pn blh wat trok2...
xdak bls kashn lgsg
Knp anak2 skrg begitu lemak ye...pastu x hormat ibu bapa...geram je dengar... (jgn marah coz kes msh dlm siasatan)...cuma ingt kita dulu umur mcm dia tu xde pn tun juk keras kepala wlupn sgt x stuju dgn tindakan mereka.
aiyooo, kes sekarang mcm mcm hal kan.hakdush
Post a Comment