Sebagai ibu bapa,kita perlu anak tangani situasi ini tanpa melukakan hati anak-anak kita.
![2786121588_772de0f604 2786121588_772de0f604](http://lh3.ggpht.com/_h42qbh_Z-3A/S_Xc8vbDTRI/AAAAAAAAA3c/u46l0eMs7HQ/2786121588_772de0f604_thumb%5B3%5D.jpg?imgmax=800)
"MAK, tengok abang ni, main tolak-tolak," atau kita mungkin akan dengar ayat ni, "Abang dulu, abang dulu, tepi.. tepi." Sebagai parent kita mesti sudah biasa dengar ayat macam tu.Adik beradik beradik bergaduh memang sebahagian darip proses pembesaran dorang. Selalunya, bergaduh atau tanda-tanda cemburu akan bermula dari abang atau kakak. Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru.
Tapi, ada juga di kalangan kanak-kanak ini akhirnya mampu bersahabat baik dengan adik beradik sendiri dan saling mempercayai.
"Letihlah tengok budak-budak ni, asyik bergaduh ja." Mungkin youall pernah mendengar rungutan seperti ini dari rakan youall.
Mengapa mereka bergaduh?
1. Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain.
2. Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain.
3. Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.
4. Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang.
Bagaimana kita menangani pergaduhan anak-anak?
1. Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika kita kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri.
2. Apabila kita memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.
3. Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat.
4. Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.
5. Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian.
6. Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.
7. Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan.
8. Bantu anak kita membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil.
9. Apabila mereka bergaduh parent perlu cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh.
10. Paling utama, jika kita kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku inimudah ditiru anak.
1 comments:
Cantik gambar...hehe
Kalau x memihak kepada sapa2..mak abah jadi referee, tgk sape menang.
Kalau time kecik2 dulu abah sebat aje dua2..x kira la sapa menang, sapa kalah. Hehehe
Post a Comment