Hatiku berdegup kencang. Peluh membasahi dahi ku. Bukan kerana panas, tetapi kerana takut memikirkan sesuatu yang tidak pasti. Tetapi aku dah bertekad. Hari ini aku tidak boleh menangguh lagi. Aku mesti melafazkan ‘itu’ kepada dia hari ini juga. Muktamad.
Seperti biasa, aku balik kerja pukul 9 malam. Aiz sedang khusyuk di hadapan TV melihat drama yang aku sendiri tak pernah tahu akan namanya. Memang selama ini aku tidak tahu menahu apakah kesukaannya beberapa tahun kebelakangan ini.
Mataku tertumpu kepada Anie yang sedang sibuk menghidangkan juadah untuk makan malam. Wajahnya tenang seperti biasa. Hatiku makin berdegup kencang. Sudah lama aku memendam perkara ini. Syaza pula beberapa hari ini mendesak aku dengan aggresif. Tension aku dibuatnya.
“I’ll do it”, gertak hatiku dengan nekad. Aku berjalan dengan perlahan ke arah Anie yang sedang mengisi air sirap limau ke dalam gelas. “Anie, i have something to tell you”, kataku dengan suara agak perlahan. Wajah Anie seakan-akan tahu apa yang aku hendak melafazkan kata cerai. Suasana bertukar menjadi tegang apabila Anie dengan sengaja membaling gelas berisi air sirap limau kegemaranku ke arah ku. Pada malam tu kami tak bercakap langsung.
Aku sedar Anie marah dan menitiskan air mata. Hatiku terasa lega sedikit kerana akhirnya aku dah menyampaikan perkara sebenar. Aku di jalan yang betul pada fikiranku. Lewat malam aku tersedar dari tidur dan terlihat Anie sedang duduk di meja study kelihatan sedang menulis sesuatu.
Pada pagi esoknya sebelum pergi kerja, Anie menurunkan tandatangannya di atas surat perjanjian perceraian dengan beberapa syarat. Anie bersetuju untuk bercerai dalam tempoh sebulan dan mahu aku berusaha untuk meneruskan hubungan seperti biasa dalam tempoh sebulan ini. Alasannya cukup mudah : Aiz bakal menghadapi peperiksaan besar dan Anie tidak mahu konsentrasi Aiz terganggu akibat masalah kami. Pasti perit untuk Aiz.
Satu lagi permintaan yang buat aku terkejut adalah Anie mahu aku mendukungnya dari bilik tidur sehinggalah ke depan pintu rumah pada setiap pagi sebelum pergi ke kerja. Aku rasa ini adalah permintaan gila, tetapi akhirnya aku bersetuju. Yang penting rancanganku sedang menuju kejayaan.
Syaza ketawa apabila aku memberitahu permintaan pelik Anie ini kepadanya. Syaza berkata trick Anie tidak akan berkesan. Aku terdiam.
Melaksanakan Janji Demi Cinta Lain
Keesokan harinya aku melaksanakan permintaannya dengan mendukungnya buat kali pertama dari bilik tidur sehingga ke depan pintu rumah. Kami masing-masing rasa kekok, lebih-lebih lagi dengan perasaanku yang bercampur aduk ini. Aiz yang melihat aku mendukung Anie bersorak kegembiraan. Pemandangan ini istimewa baginya. Anie berbisik kepadaku supaya agar tidak memberitahu Aiz tentang penceraian kami. Aku mengangguk lembut.
Hari kedua aku lebih selesa mendukung Anie. Aku mula sedar aku sudah lama tidak menatap wanita ini. Aku perasan wajahnya sudah ada sedikit kedut, tidak seperti dulu licin dan cantik. Wanita ini adalah isteri aku.
Hari keempat, aku mula merasakan satu perasaan intim. Inilah wanita yang telah beri aku 10 tahun hidupnya kepadaku.
Hari kelima dan keenam perasaan keintiman semakin meningkat. Aku merahsiakan perasaan ini daripada Syaza. Semakin hari semakin ringan badan Anie. Mungkin aku sudah menjadi semakin kuat setelah mendukungnya setiap hari.
Suatu hari aku melihat Anie sedang memilih pakaian untuk dipakai. Anie berkata pakaiannya semakin membesar dan sudah tidak muat. Rupanya badan Anie yang semakin kurus.
Akhirnya aku sedar, kesakitan dan keperitan yang dialami oleh Anie di dalam rumahtangga ini. Secara tidak sedar, tanganku menyentuh pipinya.
Aiz melihat kami dan Anie memanggilnya lantas memeluknya dengan erat dengan penuh kasih sayang. Aku memalingkan muka sebab takut aku berubah pendirianku. Pada Aiz, sudah menjadi rutin setiap hari untuk aku mendukung Anie. Hari ini aku mesti mendukungnya.
Aku menghulurkan tangan dan mendukung Anie. Tangannya memelukku leherku secara semulajadi. Aku berasa situasi ini seperti hari perkahwinan kami saat aku pernah mendukungnya seperti yang aku sedang lakukan ini. Aku kalah.
Hari Terakhir
Hari terakhir aku mendukungnya terasa begitu ringan sekali badannya. Sedih aku melihat keadaan Anie. Tidak sanggup aku meneruskan langkah kakiku. Sungguh ringan. Ketika Anie di dalam dukunganku, aku sempat berkata kepada Anie bahawa hubungan kami kurang keintiman.
Aku memandu laju ke ofis, keluar dari kereta tanpa sempat mengunci pintu kereta dan terus bergegas ke bilik Syaza. Syaza menyambut aku dengan senyuman tetapi aku membalas dengan wajah serius lantas berkata bahawa aku tidak ingin bercerai. Ini keputusan berani mati dan muktamad.
Raut wajah Syaza berubah dan dengan sarkastiknya memegang dahiku untuk memastikan apa yang keluar dari mulutku benar. Aku menegaskan sekali lagi mesej ku. Syaza menampar muka aku dan menutup pintu. Aku terdengar suara tangisan.
Petangnya aku pergi ke kedai bunga, membeli sejambak bunga ros merah yang segar. Penjual bunga memberiku pen dan kad untuk ditulis dan aku menulis di atas kad itu “I will carry you every morning until death do us apart”.
Pertama kali aku merasakan perasaan gembira seperti ini. Sampai di rumah aku terus meluru ke bilik dan…
…aku terlihat Anie terbaring di atas katil, lain dari biasa. Anie sudah tidak bernyawa.
Pengajaran : Beri perhatian terhadap ‘hal kecil’ di dalam rumahtangga anda. Harta benda tidak memberi kebahagiaan sebenar. Jadikan diri anda kawan kepada pasangan anda dan bersama-samalah membina sebuah keintiman kukuh.
20 comments:
sedihnya cerita ni. tapi memberi pengajaran~
hurm.... beselah.. cite melayu ending mesti ade yg mati2 bru feel....
rasa2 dalam kehidupan rumah tangga yang real pun ada berlaku mcm ni..dh terjadi baru nak insaf bagai ;-)
sedehnyer...huwaaa
sdeyh cite nie=(
walau hal sekecil mana pun...
jangan di anggap benda itu remeh...
kena ambik kisah.....
jangan menyesal sebelum terlambat
huhu..sedey r cter nie.. tol2 hargailah org yg sentiasa ada dcc kita =)
touching cite ni
very sdeyyy...huaaa...
da la cik qiqi nie cpat je tfeeling lebei.........=(((((((((((((
Mcm ni nanti bila dah kawin nk dukung isteri tiap2 pagi la sebelum pegi kerja. Romantis pun romantis..isteri pun mst kena maintain berat badan, so buleh la tiap2 hari kena dukung..hehe
My blog..jom baca :D
bab nak maintain brat badan ni ler masalah paling besar ;-)
hargai apa yg kita ada..mungkin ia tidaklah sebaik yg kita harapkan,tapi itulah yg terbaik Allah berikan pada kita..
sedih bace kisah ni. tu la manusia, mase ade tak dihargai, bile dah takde baru ditangisi. ni kisah benar ke cik admin?
kena fikir masak-masak sebelum buat keputusan..
uhh!! mungkin kalau buat movie dari citer ni mungkin boleh meletop kot. huhu..
err.. ke ni kisah benar?
yer la tu......heeeeeee
manusia memang mcm ni.bile ade tah dihargai. bile dah tak ade barulah terasa...dah terlambat! waah..emosi pulak.
hargai seseorang sebelum kita kehilangannya...
biasa la kita manusia, bl depan mata kita tak heran, bl dh takde br kita nk appreciate...
Erkk, hambik, nk bercerai sgt...hehehe kejamnya diriku
erm, cam romantik gak.. tapi cam xlogik je nak angkat dari katil ke luar... kalo dari luar ke katil tu ok la gak, huhu... :p
Post a Comment