Monday, May 24, 2010


ibu bapa lebih ramai derhaka

7

Kita selalu ambik ringan benda-benda camni..kita juga banyak terdedah pada anak derhaka kepada ibu bapa..bila isu ibubapa yang ramai derhaka keluar,baru kita sedar..sebenarnya berat dan besar tanggungjawab kita sebagai ibu bapa..

ada tiga perkara yang bapa patut buat untuk mengelakkan menjadi derhaka kepada anak-anak yang bakal lahir;

1. pilih isteri yang baik-baik, supaya dapat mendidik anak-anak dengan sempurna (jangan hanya pandang pada luran kecantikan semata-mata)

2. beri nama yang baik-baik pada anak supaya menjadi doa (jangan terlalu taksub nak beri nama-nama yang glamour dan kebaratan )

3. ajar anak-anak dengan al-Quran (bimbing dari anak-anak masih kecil

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

dan pada ibu-ibu pula 2 tahun menyusukan anak itu termasuk dalam perkara paling adil yang perlu ibu tunaikan buat anak-anaknya.

dunia sekarang, jika ada segelintir ibu bapa yang sanggup mendera anak-anak mereka dengan api daripada puntung rokok di dunia, namun lebih ramai ibu bapa yang bakal mendera anak-anak mereka dengan api neraka. Ibu bapa ini adalah ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik dalam mendidik anak-anak. Inilah ibu bapa yang derhaka!"

Kajian yang dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya generasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

7 comments:

.::WaNiE::. said...

thanks for sharing this

IMAN'S UMI said...

Nauzubillah...jgnlah diriku tergolong di dlm golongan ibubapa yg derhaka ni

Colourful life said...

nice entry

Nsyzwni said...

wah !
baru tau nih !
maceh 4 d info :)

Mommyyus said...

itu namenye dia tak amanah dengan ape yang Allah kurniakan. Insyaallah, akan cube sedaya upaya didik anak2 ku

A-Y-I-E said...

sometimes anak akan derhaka kepada ibu bapa kerana didikan ibu bapa salah.Selain itu, pengaruh luar pun tidak dapat dielakkan...

Sebagai ibu bapa, anda haruslah mengawal dan perhatikan segala aktiviti setiap anak-anak anda

qdine said...

Ibubapa mesti
bertanggungjawab bukan saja di dunia bahkan di akhirat sewaktu berhadapan
dengan Allah kelak. Kerana Anak adalah amanah dari Allah....

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya." Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya.

Post a Comment