Thursday, May 27, 2010


MC beli?

3
Teruk sangat ke orang kita sampai nak cuti pun kena beli MC?Korang rasa apsal jadi macam ni?..ai pun penah ambik MC..tapi bukannya suka2 nak tuang kerja,sebab badan xsihat..tapi doktor taknak kasi MC..takkan badan tak sihat,ai nak gagah diri drive pegi keja..dah le masa tu ai pregnant pastu aritu kena ambik darah n minum air gula tuk test diabetes..dengan morning sicknessnyer..dengan letihnyer..korang yang pernah pregnant mestii faham keadaan ni kan..jadi ai terpaksa le pergi klinik swasta wat muka tebal nak beli mc…Kadang-kadang tu kan sebab semua pilihan cuti tak di”approve” oleh bos kita..terpaksa la pekerja tu beli MC kan..Kadang-kadang ai rasa majikan ni main peranan penting dalam hal cam ni..Kalau dorang alert hal pekerja..pastu percaya kat pekerja..mesti takkan jadi hal-hal beli MC ni.. Melainkan ler kalau tiap bulan amik MC,tu memang le pelik kan..kalau setakat kadang-kadang 2 3 bulan sekali ambik MC,takkan nak berkira sangat kot..kita ni orang..bukannya robot..ada masa badan tak kudrat nak kerja kan..Kalau kat negara luar,tak timbul pun masalah MC beli camni..sebab majikan,doktor,pekerja semua tau tanggungjawab sendiri..

3 comments:

.::WaNiE::. said...

my office asal staff sakit jek bos buat mesyuarat tingkap mengumpat2

pakcikLie said...

sebab ada yg tak bertanggunjawab..tak dapat kat sini beli kat sana..

L-E-E-Z-A said...

pasal nila setitik rosak susu sebelanga..tak gitu pakciklie ;-)

Post a Comment