Monday, May 31, 2010


Keputusan Exam SPA Gred 41

13

Saje nak maklum kan kat sape-sape yang dah ambik exam SPA Gred 41 10 April hari tu..Resultnya dah kuar..Korang boleh cek kat sini atau pergi kat SPA web site sini.Sedih la..ai failed exam tu..Ai minta pegawai siasatan..Bila la ai nak dapat kerja ngn gomen ni…

Keputusan Tuan/Puan dalam Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 yang telah diadakan pada 10/04/2010 bagi jawatan yang dipohon adalah seperti berikut :

 

Bil.                       Jawatan                                      Keputusan

1                         PEGAWAI SIASATAN GRED P41        GAGAL


Larangan rokok di pejabat swasta mulai esok

1

KUALA LUMPUR: Larangan merokok diperluaskan ke semua tempat kerja dan pejabat di sektor swasta yang mempunyai sistem penghawa dingin berpusat dan akan berkuat kuasa mulai esok, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Beliau berkata keputusan itu yang dibuat di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 menjadikan jumlah kawasan larangan merokok yang diwartakan setakat ini kepada 21.
"Langkah ini supaya kita dapat melindungi kakitangan di pejabat di sektor swasta daripada asap rokok dan langkah ini juga dapat menjaga kesihatan mereka daripada penyakit-penyakit kronik akibat asap rokok," katanya dalam sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dan Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Malaysia, Singapura dan Brunei Dr Corinne Capuano.
Tema sambutan pada tahun ini "Gender and Tobacco: with an emphasis on marketing to women" atau dalam konteks negara ini, "Wanita dan Tembakau-Berwaspada! memberi penekanan kepada usaha-usaha industri rokok yang menjadikan wanita sebagai sasaran dalam strategi pemasaran rokok".
Antara kawasan yang sudah diwarta sebelum ini ialah pusat hiburan atau panggung wayang, kawasan hospital dan klinik, lif atau tandas awam, tempat makan dan kedai berhawa dingin, kenderaan awam dan hentian pengangkutan awam serta kawasan premis kerajaan. - Bernama


Kawan-kawan,tolong baca dengan ikhlas…..

2
Salam semua..Marilah kita doakan untuk saudara-saudara kita di bumi Palestin..
BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila tentera Israel menyerbu kapal yang membawa aktivis pro-Palestin yang dalam misi bantuan ke Gaza, lapor stesen TV10 Israel.
Stesen TV itu melaporkan komando marin Israel melepaskan tembakan selepas diserang dengan pisau dan kapak oleh beberapa penumpang kapal berkenaan apabila mereka menyerbunya.
Bagaimanapun, ia tidak menyatakan sumber maklumat itu.
Stesen itu juga tidak menyatakan sama ada mereka yang terbunuh adalah penumpang atau anggota komando Israel. - AFP
Sama-samalah kita luang kan sikit waktu untuk solat hajat dan berdoa pada saudara kita diPalestin.
Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

lagi baby dibuang…

10

awat la hangpa ni jadi macam ni..Ai pun xtau nk wat ayat macam mana dah..ada saja berita buang baby..tak kesian ka dorang ni kat baby tu..Hari baca dalam harian metro tajuk nyer Kejutan Belakang Bilik Mayat .. baby tu baru je umur seminggu..Korang bayangkan  lah..ngan muka baby yang bersih tu,comel..tapi dorang sanggup buang..memang hati batu betul la manusia yang buang baby tu..Kalau ya pun tak nak jaga..pi la kasi kat orang yang nak jaga..sekarang ni pusat jagaan  tuk anak-anak terbiar ni..Kalau agak payah sangat..mai je bagi kat ai..Ai nak je wat anak angkat..Korang bacalah le berita penuh kat bawah..

MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemui ditinggalkan frontpage oleh individu tidak bertanggungjawab di belakang Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), petang kelmarin.

Difahamkan, bayi terbabit ditinggalkan agak lama sebelum ditemui oleh seorang orang awam berusia 40-an kira-kira jam 4.30 petang yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk melawat ahli keluarganya sebelum dia menghubungi pihak polis.

Sumber berkata, bayi terbabit ditemui dibalut dengan sehelai kain batik dan diletakkan di dalam sebuah beg berwarna merah bertulis ‘Parkson’ yang turut dilapik dengan tilam nipis.

“Bayi terbabit kemudiannya dibawa polis yang bertugas di pondok hospital ke Jabatan Kecemasan untuk pemeriksaan kesihatan. Bayi terbabit sudah tidak mempunyai tali pusat dan selamat serta keadaannya adalah sihat,” katanya.

Sumber berkata, bayi berkenaan kini diletakkan dalam pengawasan pihak hospital bagi memastikan keadaan kesihatannya benar-benar terjamin sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu yang terbabit meninggalkan bayi berkenaan untuk tindakan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian dalam menjaga kanak-kanak yang berada dalam jagaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Salehhudin bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Ini adalah kes kedua berkaitan bayi yang berlaku dalam bulan ini.

Pada 18 Mei lalu, akhbar ini melaporkan satu pasangan remaja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dan menanam mayat seorang bayi lelaki di tepi sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam pada 12 Mei lalu.

Ibu bayi itu, seorang pelajar berusia 15 tahun, dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru, di sini, dituduh bersama-sama melakukan kesalahan itu antara jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu.

Buang bayi dalam kotak Oleh Salman Hamat salman@hmetro.com.my KULAIJAYA: “Kali pertama melihat wajah bayi di dalam kotak susu itu, saya mahu menyelamatkannya malah sepanjang perjalanan ke hospital, saya tidak putus mendoakan bayi yang masih bertali pusat itu panjang umur dan dapat diselamatkan.

“Bagaimanapun, saya terkilan apabila tepat azan Subuh dilaungkan bilal surau hospital, doktor mengesahkan bayi perempuan malang itu sudah menghembuskan nafas terakhirnya walaupun pelbagai usaha dilakukan pasukan perubatan,” kata Zulkifli Samsi, 40, bapa kepada tiga anak menceritakan detik cemas cubaannya menyelamatkan bayi perempuan yang ditemuinya di dalam kotak susu di sebuah hentian bas depan Sekolah Menengah Munsyi Addullah, di sini, jam 4.50 pagi semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, dia secara kebetulan melalui jalan berkenaan untuk minum di gerai berhampiran sementara menunggu azan Subuh sebelum berjemaah di surau berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila melihat sebuah kereta tiba-tiba berhenti di kawasan berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum memecut laju.

“Dalam keadaan samar-samar, saya dapat melihat kelibat manusia keluar daripada kereta terbabit sambil membawa sesuatu, dengan kelam-kabut dia terus meletakkan objek di hentian bas sebelum memecut laju ke arah Johor Bahru.

“Sifat ingin tahu menyebabkan saya berhenti dan mendapati sebuah kotak ditinggalkan di situ. Saya kemudian mengambil sebatang kayu untuk membuka kotak susu berkenaan sebelum terpandang wajah bayi yang diam membisu di balut menggunakan kain.

“Naluri kebapaan menyebabkan saya tidak berfikir panjang dan terus mengambil kotak berisi bayi itu dan masuk ke dalam kereta menuju ke Hospital Kulai (HK),” katanya.

“Ketika bayi itu dirawat, saya dapat melihat jarinya bergerak sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya menjalankan siasatan berhubung penemuan bayi itu. “Hasil siasatan awal bayi perempuan itu dipercayai berketurunan Melayu dan kami percaya dia dilahirkan dalam tempoh 24 jam.

“Ketika dirawat tali pusatnya masih lengkap dia hanya dibalut menggunakan kain tanpa baju serta ditinggalkan dalam kotak berkenaan.

“Berikutan itu kami memohon bantuan orang ramai membantu siasatan kes ini serta mengesan ibu dan individu bertanggungjawab melakukan perkara tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Hotline Polis Johor 07-2212999 atau 07-6637222.


cinta atau bukan!!!

2

Salam korang..sangat lah malas nak nak mula kerja hari ni…macam nak sambung cuti lagi jer..boleh tak bos?hehehhehe…Korang nak test tak perasaan cinta korang samada betul-betul cinta atau tak…Saje la kan..nak kenal camne perasaan cinta tu..kita bukannya tau cinta tu macam mana..bukannya boleh nampak pun kan..cuma boleh rasa jer..Jom kaji betul ke perasaan korang pada pasangan korang tu betul-betul perasaan cinta..

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

Sunday, May 30, 2010


Layan mentor jap

5
Esok dah hari isnin..maknanya nak kena set mood untuk kerja la plak..cuti 3 hari ni wat ai hilang mood nak kerja..buat ai hilang mood nak berurusan ngan client-client yang sangat banyak songeh tu..tapi apa nak buat..dorang kan client..ai kena je lah tahan telinga ni dengar apa yang dorang duk pot pet tu..
Malam ni layan mentor jap kat tv3..tengok kumpulan B punya performance..agak-agak result boleh lawan ngan kumpulan A tak..Ai rasa ai suke semua budak-budak dalam mentor ni..dorang semua ada talent sendiri..Pastu seronok duk tengok mentor-mentor tu duk gaduh-gaduh mulut..ingat zaman ai sekolah rendah dulu..selalu la duk gaduh-gaduh camtu ngan kawan-kawan kelas..
Harith pun dah lena diulit bantal peluk nya..penat sangat la tu..main tak hengat kat kampung hari tu..

Seronoknye Bercinta!

0
Sapa tak seronok bercinta?Ada ke orang yang jawab tak..Bagi ai bercinta memang best..sebab ai kan suka bab-bab main-main dengan perasaan, ngn hati segala ni..Tapi sekarang tak de la ai nak cari-cari cinta dah..ai main cinta ngan ensuami aja lorr…korang yang dah kahwin pun mesti macam ai jugak kan..main cinta ngan suami ngan isteri korang je kan..Tapi bagi adik-adik yang lum kawin ni mesti duk cari lagi kan pasangan untuk bercinta nak berkongsi rasa kasih dan sayang dengan orang tersayang. Korang tau tak..bila kita bercinta kan..kita akan happy dan ni boleh menjamin kesihatan korang berterusan.Ada kajian yang ai baca bagitau cinta ni baik untuk kesihatan .
Petikan Artikel
individu yang tidak mempunyai kekasih lebih mudah berasa tidak sihat berbanding mereka yang sedang asyik bercinta. Sekiranya anda bercinta, anda akan sentiasa berasa gembira dan bahagia. Perasaan inilah yang membuatkan anda sentiasa berfikiran positif dan "bebas" menjalani kehidupan seharian. Sebaliknya, jika anda tidak bercinta, perasaan sepi dan kesunyian akan sentiasa membelenggu anda dan membuatkan rasa tidak bersemangat sentiasa bersama anda
Tapi adik-adik..bercinta je tau..jangan nak lebih-lebih..jaga maruah diri..jaga maruah mak ayah..jaga maruah agama kita..

Pagi ahad…

0
Pagi ni duk menghitung detik nak balik ke penang..hati ni terasa berat dan malas jer..arini plan nak wat laksa..nanti boleh tapau bawak balik penang..Korang suka laksa tak?Ai,ensuami,harith memang boleh duduk dalam kategori hantu laksa la..sangat-sangat suka…Kalau satu bungkus laksa tu kira cukup-cukup la untuk kami 3 beranak makan..Tapi ai suka makan laksa bihun..halus sikit dari laksa biasa..senang nak telan..ensuami suka laksa besar..Kalau nak wat laksa kena la beli dua-dua jenis ni..Kuah memang kami suka sedikit pekat..letak ikan kembung ngan ikan curut/sardin..wah..terliur nya aiii…Korang kalau nak..meh la turun kampung ai..ai jamu makan sampai kenyang..

Saturday, May 29, 2010


Kejapnyer rasa cuti ni..

0
Pejam celik..pejam celik..dah hari sabtu..sok dah hari ahad..dah nak balik penang…ai rasa cam tak puas je duk kampung..macam nak cuti lelama tu..Kalau la ai jadi bos..berangan –berangan..
Harith pun tak benti-benti main ngan sepupu – sepupu dia  amir,zahid,sufi izzah..dorang ni la duk melayan dia..dia la yang paling kecil dalam kelompok dorang tapi suara dia la yang paling kuat menjerit masa main..Berdenyut-denyut isi telinga ni bila harith asyik duk menjerit..yang kakak-kakak abang-abang nyer pun bukan main suka..join sekali menjerit..wan ngn tok plak tak leh nak marah le kan..sebab cucu paling kecil yang mula..bukan selalukan cucu-cucu nak meriuhkan rumah tok ngn wan..
Tak pa la..ai kasi can dia main puas-puas..nanti balik penang terpaksa main ngan ibu ngn papa nya jer..

Buat sidebar widget bergerak-gerak

2
Kali ai nak tunjuk cara nak pasang cara untuk memasang marque pada side bar widget korang..Untuk para blogger yang suka mencantikkan blog,boleh lah mencuba tips ini.
Step 1:
Login pada akaun blogger korang

Step 2:
Klik pada dashboard –> Layout –> Edit Html

Step 3:
Backup template korang terlebih dahulu dengan  klik pada “Download Full  Template”

Step 4:
Klik pada kotak expand

Step 5:
Katakan korang nak pasang marquee pada bloglist anda
Search @ ctrl+F “Bloglist”

Step 6:
<marquee align='not' behavior='scroll' direction='up' height='150' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='1' scrolldelay='5' width='200'>

Copy code ini dan paste betul-betul diatas
<div class='widget-content'>

Step7:
Copy </marquee> dan paste
diantara </div> dan </b:if>

Code template korang akan kelihatan seperti dibawah:

<b:widget id='BlogList1' locked='false' title='My Blog List' type='BlogList'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>
    <!-- only display title if it's non-empty -->
    <b:if cond='data:title != &quot;&quot;'>
      <div id='blog-list-title'>
        <h2 class='title'><data:title/></h2>
      </div>
    </b:if>
    <marquee align='not' behavior='scroll' direction='up' height='300' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='1' scrolldelay='10' width='200'>     <div class='widget-content'>
      <div class='blog-list-container' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_container&quot;'>
        <ul expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_blogs&quot;'>
          <b:loop values='data:items' var='item'>
            <li expr:style='data:item.displayStyle'>
              <div class='blog-icon'>
                <b:if cond='data:showIcon == &quot;true&quot;'>
                  <input expr:value='data:item.blogIconUrl' type='hidden'/>
                </b:if>
              </div>
              <div class='blog-content'>
                <div class='blog-title'>
                  <a expr:href='data:item.blogUrl' target='_blank'>
                    <data:item.blogTitle/></a>
                </div>
                <div class='item-content'>
                  <b:if cond='data:showItemThumbnail == &quot;true&quot;'>
                    <b:if cond='data:item.itemThumbnail'>
                      <div class='item-thumbnail'>
                        <a expr:href='data:item.blogUrl' target='_blank'>
                          <img alt='' border='0' expr:height='data:item.itemThumbnail.height' expr:src='data:item.itemThumbnail.url' expr:width='data:item.itemThumbnail.width'/>
                        </a>
                      </div>
                    </b:if>
                  </b:if>
                  <b:if cond='data:showItemTitle == &quot;true&quot;'>
                    <span class='item-title'>
                      <b:if cond='data:item.itemUrl != &quot;&quot;'>
                        <a expr:href='data:item.itemUrl' target='_blank'>
                          <data:item.itemTitle/></a>
                      <b:else/>
                        <data:item.itemTitle/>
                      </b:if>
                    </span>
                  </b:if>
                  <b:if cond='data:showItemSnippet == &quot;true&quot;'>
                    <b:if cond='data:showItemTitle == &quot;true&quot;'>
                      -
                    </b:if>
                    <span class='item-snippet'>
                      <data:item.itemSnippet/>
                    </span>
                  </b:if>
                  <b:if cond='data:showTimePeriodSinceLastUpdate == &quot;true&quot;'>
                    <div class='item-time'>
                      <data:item.timePeriodSinceLastUpdate/>
                    </div>
                  </b:if>
                </div>
              </div>
              <div style='clear: both;'/>
            </li>
          </b:loop>
        </ul>
        <b:if cond='data:numItemsToShow != 0'>
          <b:if cond='data:totalItems &gt; data:numItemsToShow'>
            <div class='show-option'>
              <span expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_show-n&quot;' style='display: none;'>
                <a href='javascript:void(0)' onclick='return false;'><data:showNText/></a>
              </span>
              <span expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_show-all&quot;' style='margin-left: 5px;'>
                <a href='javascript:void(0)' onclick='return false;'><data:showAllText/></a>
              </span>
            </div>
          </b:if>
        </b:if>
        <b:include name='quickedit'/>
      </div>
    </div></marquee>
  </b:if>
  </b:includable>
</b:widget>

Step 8:
Save Template

Okay,itu saja..mudah kan…semoga korang berjaya dan kalau ada masalah untuk tips ini ,jangan malu-malu untuk tinggalkan komen di bawah..Ai akan mambantu sedaya yang boleh..
Korang boleh tengok demo kat dalam blog ai kat bawah sekali area Celebs Blog

Suami Idaman??

1
Kalau tanya pada blogger perempuan kan pasal kriteria suami idaman kita orang..ai agak ler kami mesti akan jawab macam kat bawah ni..

Kriteria suami idaman aku adalah:
1. Seorang suami yang segak, pandai jaga badan, pandai tolong memasak ,pandai jaga perasaan aku dan pandai tolong mengurus rumah adalah hal yang penting.
2. Seorang suami yang happy, bertenaga, romantik dan dapat membuat aku rasa dihargai juga penting.
3. Seorang suami yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercayai sangat penting.
4. Seorang suami yang tidak lupa birthday,anniversary, dan tarikh-tarikh penting dalam hidup aku adalah sangat penting.                                                                            5. Tapi yang paling penting adalah aku nak semua kat atas tu ada dalam satu suami je sebab kami tak boleh kahwin 4 macam orang lelaki..

Bila ayah mula minta….

0
Ai dapat artikel ni dari blog kawan ai..mama linda..Sedih sangat weh..Korang mesti bosan kan..sikit-sikit nak sedih-sedih..mesti korang fikir ai wat drama je lebih-lebih kan..tak pe..korang fikir la apa pun..tapi ai tetap cakap artikel ni wat ai insaf..wat ai sedih..wat ai terpikir..wat ai rindu kat mak ayah ai..kat mak abah ai..Korang bacalah..ai harap korang pun dapat manfaat dari cerita ni..
Cerita ni dari buku 'Nota Hati Seorang Lelaki'
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
Sahabat sekelian,
     Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.
     Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.
Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun  Din dan keluarganya.
Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.
Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua  bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A'lam.

Friday, May 28, 2010


Korang suka tak jadi blogger?

2
Kalau tanya ai..ai jawab suka sebab nya banyak..dan sebab-sebab ai tu..ai rasa sama je macam sebab-sebab korang..bila kita berblogging ni..secara tak langsung kita leh kenal kawan baru..tau pasal aktiviti dia..pasal anak-anak dia..pasal kerja dia..pasal kawan-kawan dia..Korang tak rasa ke..bila kita dah tau semua pasal tu..kita sebenarnya dah rapat…kita sebenarnya dah take care each other..kita sebenarnya dah macam best friend..kadang-kadang dalam tak sedar kita dah membantu kawan-kawan kita tambah side income dia..Tak ker mulia kerja kita ni ? memanjangkan silaturrahim..melapangkan dada kawan-kawan..saling ingat mengingati..saling perturunkan ilmu didada..serius ai cakap..ai sangat suke blogging…Korang pun kan?

Isteri Idaman??

0
Kalau tanya pada blogger lelaki kan pasal kriteria isteri idaman dorang..ai agak ler dorang mesti akan jawab macam kat bawah ni..
Kriteria isteri idaman aku adalah:
1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.
2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat aku tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.
3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.
4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan aku secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.
5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain..
Nak tau suami idaman pula? to be continued…

Tips mendapat klik nuffnang yang tinggi

4
<Samsung i8, Samsung VLUU i8>Salam korang semua..semua orang termasuk ai mesti tengah syok bercuti kan.Tapi ai tetap nak kasi tip pasal  iklan nuffnang..yelahkan,kebayakan blogger kat malaysia hari ni mesti akan berdaftar dengan NUFFNANG kan.Bukan apa,sambil-sambil kita berchatting,berfacebook,berblogging dapat jugak income masuk dalam poket seluar kita kan..free-free jekan dapat duit..sapa tak nak kan..Jadi,kat sini ai ada satu tips untuk memudahkan reader blog korang untuk meng"klik" iklan NUFFNANG.
Caranya mudah saja,dan cara ini tidak menyalahi undang-undang geng nuffnang ok...jadi,xsalah kita mencubakan.
Iklan nuffnang ni ada 3 bahagian : header,sidebar,content
Tapi tips ni sesuai kita wat samaada pada header atau pada sidebar je yek..
Contohnya,korang nak memudahkan reader untuk klik pada iklan nuffnang di header
jadi :=
1)Login ke akaun blog korang
2)Klik dashboard –>Layout
3)Klik pada html iklan nuffnang korang
4)Kemudian add code ini betul-betul diatas iklan nuffnang korang
<div style="display:scroll;position:fixed;top:2px;
left:5px">
5)Dan add </div> pada penghujung iklan nuffnang korang.
Contohnya begini:
<div style="display:scroll;position:fixed;top:2px;
left:5px">
<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "090889jkjmji99ipd75b5628c0a8c10e1XXXX";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/k.js"></script>
<!-- nuffnang-->
</div>
6) Save html code korang
Selamat mencuba float nuffnang ads ni dan semoga earning nuffnang korang naik macam bukit..

Pergilah Air Mata

0

Ai dapat novel baru Pergilah Air Mata by Hanni Ramsul..ensuami tolong belikan..setelah segala jenis rayuan dikeluarkan..hehhehhe..Masa ai start pegang buku tu,en suami buat-buat sembang ngan anak ai..”Adik,dalam masa 3 hari mesti ibu dh habis baca buku ni”..Ai dengar tapi ai gelak jer..sebab dalam hati ai kate”malam ni jugak habis baca sayang oiiii”

Ai start je baca buku tu..terus dah tak wat kerja lain..exceli malas nk wat kerja lain..konon tak nak hilang kosentrasi feeling-feeling segala la..dan ensuami marah sebab tengok ai pulun semacam je baca novel tu..mana taknyer..kul 4 pagi baru ai tido semata-mata nak habis kan cite tu…tapi ai tau..ensuami marah-marah sayang je tu…novel tu sedih weh..memang berjaya le merembeskan air mata ngn air hidung ai ni..pandai cik hanni ramsul ni bermain ngn perasaan ai kan..ai sebenarnya dah baca novel ni tahun lepas..tapi online punya la..kat blog hanni..tapi takdak ending..dia saja stop sebab nak kuarkan buku..Ai suka la citer ni sebab hepi ending..kalau sad ending ai malas nak layan..kang mood ai pun sekali ikut sad sad je..

Thursday, May 27, 2010


Cuti…Cuti…

3
Ai rasa malam ni mesti ramai pakat balik kampung kan..sokkan cuti wesak..pastu deret-deret sabtu ahad..3 hr turut-turut cuti kan..nk wat apa lagi baik le balik kampung..jumpa mak ayah…kalau ada yang tak balik kampung tu mesti plan nak pegi cuti-cuti malaysia kan..best la korang dapat pergi cuti-cuti malaysia.kalau pergi pulau-pulau lagu syiok..leh berendam kat pantai..
Ai ngn famili balik kampung..rindu kat mak ayah..kali ni balik kampung kedah..malam ni ada tahlil kat rumah mak sedara ai..lama ai jumpa adik beradik..rindu kat depa semua…
Ai konfem nanti ada sedara-sedara ai tnya ai camni “lop pa dai?” ;-)
Kepada korang yang nak balik kampung drive hati-hati yer..biaq lambat asal selamat sampai..Tapi jangan le bawa slow bawah 40km/j plak…nyusahkan orang belakang la plak oiii…

Buat Menu kat Blogger

2
Hari ni ai nak share camne korang nak add navbar menu cam kat atas blog ai ni..pada yang berkenan nak wat menu cam ai tu..leh ler try step kat bawah ni yer…
Step 1.-Login akaun blogger –> Dashboard –> Layout > Edit HTML.
BACKUP DULU TEMPLATE KORANG SEBELUM START STEP KAT BAWAH
Step 2.-Search - /* Header */
Step 3.- Copy dan paste code dibawah betul2 kat bawah  /* Header */
#menu ul li{
font-size:100%;
list-style-type: none;
display:inline;
padding:0px;
margin:10px;
border:0px solid;
}
#menu li a{
color:#dfffed;
}
#menu li a:visited {
color: #57E964; }
#menu li a:hover {
color: #F88017;
background: #ffff66;
}
Step 4.- Search -
b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'

Step 5.- Tukar value  -
  1. showaddelement='no' –> showaddelement='yes'
  2. maxwidgets='1' –>  maxwidgets='4'
Step 6.- Save template dan  klik pada Page Elements.
Step 7.- Pada bahagian header ,klik  Add Page Element –> Add HTML .
Step 8.- Biarkan title kosongdan add code dibawah dalam html window tu-
<div id='menu'>
<ul>
<li><a href="Your URL">Home</a></li>
<li><a href="Your URL">Advertise</a></li>
<li><a href="Your URL">About Me</a></li>
<li><a href="mailto:YOUR EMAIL ADDRESS">Contact</a></li>
</ul></div>
P/S : 1)Korang tukar la “Your URL” tu ke url blog korang dan url page korang.Pastu Save.
        2)Korang boleh tukar color dan background menu korang..Boleh refer html color code kat sini

MC beli?

3
Teruk sangat ke orang kita sampai nak cuti pun kena beli MC?Korang rasa apsal jadi macam ni?..ai pun penah ambik MC..tapi bukannya suka2 nak tuang kerja,sebab badan xsihat..tapi doktor taknak kasi MC..takkan badan tak sihat,ai nak gagah diri drive pegi keja..dah le masa tu ai pregnant pastu aritu kena ambik darah n minum air gula tuk test diabetes..dengan morning sicknessnyer..dengan letihnyer..korang yang pernah pregnant mestii faham keadaan ni kan..jadi ai terpaksa le pergi klinik swasta wat muka tebal nak beli mc…Kadang-kadang tu kan sebab semua pilihan cuti tak di”approve” oleh bos kita..terpaksa la pekerja tu beli MC kan..Kadang-kadang ai rasa majikan ni main peranan penting dalam hal cam ni..Kalau dorang alert hal pekerja..pastu percaya kat pekerja..mesti takkan jadi hal-hal beli MC ni.. Melainkan ler kalau tiap bulan amik MC,tu memang le pelik kan..kalau setakat kadang-kadang 2 3 bulan sekali ambik MC,takkan nak berkira sangat kot..kita ni orang..bukannya robot..ada masa badan tak kudrat nak kerja kan..Kalau kat negara luar,tak timbul pun masalah MC beli camni..sebab majikan,doktor,pekerja semua tau tanggungjawab sendiri..

Blogger wanita..baca ni! - 2

1

Lelaki kalau dorang pandang mata 
mata korang masa bercakap maknanya dia ni jenis  yang yakin dan berterus terang. Dia juga akan selalu bagi perhatian,pastu akan sentiasa berusaha menjaga hati semua orang di keliling dia.

Lelaki kalau jenis sensitif 
masa bercakap dengan orang lain, dorang ni duduk atau pun berdiri pada jarak tertentu bergantung kat sejauhmana mesranya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tau apa yang orang lain tidak suka.

Lelaki kalau suka tiru gerak
orang masa bersembang,dia ini mudah  di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

The end…..

Wednesday, May 26, 2010


Blogwalking lagi best

3

Aku dah penat wat kerja..mata dah pedih duk tenung benda alah ni,tapi blogwalking tak plak pedih mata aku ni..karut betui la..perut aku asyik duk nyanyi-nyanyi minta mee goreng basah..lapaq nya…

CIMG2066

Encik-encik sekelian,ni hgpa dgr aku nak habaq..lain kali nak tukaq requirement bincang la awal2..jangan la bila dah nak guna baru cakap procedure ni tak kena..nak kena ubah last minit camni aku tidak suka la..


Bila Izrail datang memanggil…

0

Mati?Semua orang akan mati..tapi bersedia ke kita untuk menempuh alam kubur?Bersedia atau tak,kalau dah sampai masa kita tetap akan mati..Cukup ke amal ibadat kita kat dunia ni? Cukup atau tak kita tetap akan mati…Dah bertaubat ke kita? Mati kita pada bila-bila masa…tanpa kita jangka..tanpa kita rancang…Macam mana kalau kita tak sempat bertaubat? Rugilah kita….Bila dah terlambat,tak sempat bertaubat,menyesal kah kita? Menyesal pun  tak lagi berguna bila roh sudah terpisah dari jasad…kita cuma boleh berharap pada sedekah jariah kita, doa anak kita yang soleh dan ilmu yang kita dimanfaatkan..Macam mana kalau kita tak ada 3 perkara ni? Apa lagi yang kita boleh harapkan?

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman


Ada saja yang tak kena…

2

Sekarang ai rasa malas nak tengok berita malam-malam..kalau tengok pun dalam 15 minit awal.sebab time tu berita selalunya pasal kejadian-kejadian rompak2,excident2,curi2 balak,buang bayi,gaji naik,gula tak cukup..Pastu ai dah rasa boring..Ntah ler..malas nak amik tau dah..orang ni ngata orang tu..orang tu ngata orang ni..bila la kita orang melayu nak berdamai..ai sebagai rakyat malaysia..bukannya nak apa-apa pun..cuma nak negara tercinta ni aman makmur…cukup makan pakai..boleh kerja..boleh gerak sana sini sesuka hati tanpa rasa takut…tu jer yang ai nak..bukannya susah pun nak bagi apa yang ai nak kan?

Tuesday, May 25, 2010


Pagerank tipu!

7
Ai nak tanya ni..ai sedikit confius la..bukan sikit jugak la..banyak jugak ni tak faham..apsal ler page rank ai ni kejap-kajap tukar..kejap-kajap tukar..agak-agak korang apa sebab musabab dia asyik tukar-tukar ni yer..apsal dia tak leh nak tetap jer value tu..Korang tau tak?kalau tau,tolong la ceramah kat ai jap..nak bagi lebih faham istilah-istilah  pagerank alexa ni..
Sebab apa ai kecoh..sebab yang paling serius, otai-otai blogger pun ada  kate pagerank ni pun penting..Ai pun tak faham penting camne..dulu pagerank ai 0..pastu baru-baru ni naik 1..tapi tu la..kejap2 dia tukar 0 balik.pastu tukar 1 balik..
Pasal alexa lagi la tak payah cakap..nombor blog ai punya la banyak..berjuta-juta..alexa ni dia akan turun ikut unique visitor kat blog ker? Tengok alexa orang lain dah ribu2 jer..ai pun tingin jugak nk turun value ribu-ribu..tingin pun bukan pasal apa..sebab tengok orang lain leh dapat ribu-ribu,mesti la ai pun xmau ketinggalan dalam kategori ribu-ribu..padahal ai tak faham pun ape function sebenar page rank dengan alexa ni..
Tolong la korang..sapa-sapa yang faham istilah-istilah kimia ni,ai nak tau page rank ni tipu ai ke, nak main sembunyi-sembunyi ngn ai ker..kasi tuition kat ai jap macam mana function benda alah ni..please..

Blogger wanita..baca ni!

3
Lelaki kalau mengganggukkan-angguk kepala
masa bersembang ngan korang itu menandakan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri korang. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Lelaki kalau mendekatkan badannya 
dengan korang masa bersembang maknanya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik perhatian ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Lelaki kalau merenung
korang masa bersembang,lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang korang boleh tawarkan kepada dia sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Lelaki kalau menggerakkan tangan dan badannya
semasa bersembang,dia jenis memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Lelaki yang suka berdiri
semasa bercakap iaitu korang duduk tapi dia lebih selesa berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.


Lelaki oh lelaki…….to be continued

Kebahagian dalam perpisahan-Shahir AF8

4
Korang dengar tak lagu ni(Kebahagian dalam perpisahan-Shahir AF8) yakni juara akademi fantasia musim ke 8..Ai rasa lagu ni sedap le kat telinga ai..rasa cam lagu rock jiwang zaman 80an –90an..Korang rasa camtu tak?Macam lagu jemu-may..

Ni video lagu Kebahagian dalam perpisahan-Shahir AF8..korang cuba dengar..sedapkan..


Lirik lagu Kebahagian dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan


Download MP3 Kebahagian dalam perpisahan-Shahir AF8.(source jiwang.org)
Rapidshare
Hotfile
Megaupload
MediaFire

Monday, May 24, 2010


Kasi benda?

0

Ai rasa cam nak kasi benda (giveaway)ler kat kawan-kawan blogger..tapi hadiahnyer sangatlah simple..agak-agak korang nak tak..sebab bulan ni cukup setahun blog ai ni..baru setahun jagung blog ai ni..tak dapek nak makan jagung rebus lagi..Esok pagi le ai kasitau hadiah and sembang-sembang sikit pasal giveaway ni...dah lewat ni..mata pun sudah pejam celik-pejam celik…


ibu bapa lebih ramai derhaka

7

Kita selalu ambik ringan benda-benda camni..kita juga banyak terdedah pada anak derhaka kepada ibu bapa..bila isu ibubapa yang ramai derhaka keluar,baru kita sedar..sebenarnya berat dan besar tanggungjawab kita sebagai ibu bapa..

ada tiga perkara yang bapa patut buat untuk mengelakkan menjadi derhaka kepada anak-anak yang bakal lahir;

1. pilih isteri yang baik-baik, supaya dapat mendidik anak-anak dengan sempurna (jangan hanya pandang pada luran kecantikan semata-mata)

2. beri nama yang baik-baik pada anak supaya menjadi doa (jangan terlalu taksub nak beri nama-nama yang glamour dan kebaratan )

3. ajar anak-anak dengan al-Quran (bimbing dari anak-anak masih kecil

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

dan pada ibu-ibu pula 2 tahun menyusukan anak itu termasuk dalam perkara paling adil yang perlu ibu tunaikan buat anak-anaknya.

dunia sekarang, jika ada segelintir ibu bapa yang sanggup mendera anak-anak mereka dengan api daripada puntung rokok di dunia, namun lebih ramai ibu bapa yang bakal mendera anak-anak mereka dengan api neraka. Ibu bapa ini adalah ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik dalam mendidik anak-anak. Inilah ibu bapa yang derhaka!"

Kajian yang dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya generasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.


Lelaki dan pink!

19

Apsal orang lelaki kalau pakai pink,confem kena kutuk ngn kawan-kwan dorang..”lembut la,macam nyah la”..apsal yek…ai confius betui la.apsal nak kena kutuk camtu plak..setahu ai kan..warna pink ni salah satu warna kegemaran Baginda Rasullah..yang kita duk kata lelaki tak sesuai ngan kaler pink tu semua idea2 dari barat tu..apsal kita nak ikut baratkan?..ai kalau tengok lelaki pakai pink kaler..nmpak ceria jer..nmpak suka jer…kalau pun korang tak suka kaler pink..jangan le kutuk orang lain yang suka pink..suka2 je yek nak kutuk2 orang..ai tak benarkan k,sebab ai pun suka pink ;-)

Sunday, May 23, 2010


Apsal susah beno nak kahwin!

5

Sekarang nikalau cakap pasal kahwin je mesti macam-macam dah pk..nak pakai duit banyak bila nak kahwin..itu ini semua nak kena beli..dengan hantaran berpuluh-puluh ribu ringgit..hantaran berbelas-belas bekas..Semua nak akan on bila ada duit..mcam mana nak kahwin macam..kalau gaji ciput ..kalau cukup bulan duit pun habis..

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.
Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari)
Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.
Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telah pun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat.
Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah... ?" keluh lelaki itu. "Kahwinlah lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.
Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.
Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)
Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.
Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku..


Kalau undi masuk memang konfem juara ker?

2

shahir2Pagi ni ai blog walking..kebanyakan ai jumpa  citer shahir af menang..sebenarnya ni memang ai dah agak..sebab keputusan majoriti sms kan..dah konfem-konfem la mamat ni  menang..sebab dia berjaya undi tertinggi untuk afmasuk..macam kes mawi dulu jugak ler kan…so konfem la org-org yang undi dia masa afmasuk akan undi utk dia juara jugak kan..memang rezeki dia la..dapat hadiah  bernilai lebih RM 250, 000..kita yang ngundi habis ratus2 ringgit..hehheheheh…tapi xpelah..korang minat kan..sahabat baik ai mesti sangat suke si shahir ni menang.."berdcomel..yu undi jugak ke smlm? ni mesti tdo smlm pun duk mimpi2 yek..boleh mnta hadiah tapawe satu la beb..kekekkekke..sebab ai tolong sokong dari jauh gak kat mamat ni…;-)”

Saturday, May 22, 2010


amboi…khusyuknya tengok af!

2
Malam semua…amboi ralitnya tengok konsert akhir af..agak-agak sapa menang yek? shahir kot yek..ramai peminat shahir ni..bertuah la mamat tu(macam jeles plak)..ai bukan nak citer pasal af..tapi saje nak tayang watermark baru ai ni..hehehehehe…IMG_0894

Apasal budak setan?

4

Ai exceli tak sabar nak tengok citer lagenda budak setan..sebab masa ai form 3,ai bleh khatam buku yang tebal tu satu malam jer..pastu siap meleleh-leleh air mata..agaknya filem adaptasi ni sehebat cerita dalam novel tu tak?..harap –harap lagi seronok,sebab boleh tengok real ,kalau baca novel kita just imagine je apa yang dorang wat,imagine watak kasyah,imagine ai jadi ayu..wakakakakka…..3 jun baru cite tu nak main kat wayang..mesti dvd lambat lagi nak kuar ni..Apsal dvd?confem la xkn ai nak gi tgk kat wayang..dengan si harith tu..oh tidak..xsmpi 10 minit konfem asyik duk sebut “jom arr”…"    “jom arrr”..nak selamat baik la ai layan dvd je..lepas ni kalau baca lagi novel tu..mesti bygkn kasyah tu farid kamil..kalau dulu..ntah sapa2 ai byg mamat kasyah tu..semoga dengan cerita ni..ai hrp ahadiat akasyah akan mula tulis novel semula..rindu dengan cerita2 dia yang simple..

Friday, May 21, 2010


Read more untuk blogspot

3

Selamat malam semua..ada yang dah tidur ker..awal lg kan..malam-malam minggu gini..mesti terang mata..tak macam hari-hari biasa..mesti cpt je ngntuk..pastu malas nk bangunReadMore pagi..alasan?malas nak gi kerja..tu ai je yek..youall semua rajin..Tadi amiera ada tanya macam mane nak letak "read rest of entry" macam dalam blog ai ni..Jadi Ai pun nak share le macam mana nak add read more atau baca seterusnya ata apa –apa jelah seangkatan dengan nya..khas untuk amiera dan sape-sape yang nak buat read more jugak ;-)

1) backup le dulu template tu..in case kan..mana kita nak tau..malang tak berbau.

2) Login akaun blog —> Layout -->EDIT HTML, search code </head>

3) Pastekan script dibawah ini betul-betul di atas code </head>

<script type='text/javascript'>
var thumbnail_mode = "float" ;
summary_noimg = 450;
summary_img = 450;
img_thumb_height = 120;
img_thumb_width = 120;

</script>

<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
/****************************************************************
Auto-readmore link script, version 2.0 (for blogspot)
*****************************************************************/
function removeHtmlTag(strx,chop){
if(strx.indexOf("<")!=-1)
{
var s = strx.split("<");
for(var i=0;i<s.length;i++){
if(s[i].indexOf(">")!=-1){
s[i] = s[i].substring(s[i].indexOf(">")+1,s[i].length);
}
}
strx = s.join("");
}
chop = (chop < strx.length-1) ? chop : strx.length-2;
while(strx.charAt(chop-1)!=' ' && strx.indexOf(' ',chop)!=-1) chop++;
strx = strx.substring(0,chop-1);
return strx+'...';
}
function createSummaryAndThumb(pID){
var div = document.getElementById(pID);
var imgtag = "";
var img = div.getElementsByTagName("img");
var summ = summary_noimg;
if(img.length>=1) {
imgtag = '<span style="float:left; padding:0px 10px 5px 0px;"><img src="'+img[0].src+'" width="'+img_thumb_width+'px" height="'+img_thumb_height+'px"/></span>';
summ = summary_img;
}
var summary = imgtag + '<div>' + removeHtmlTag(div.innerHTML,summ) + '</div>';
div.innerHTML = summary;
}
//]]>
</script>

4) Save dulu template.

5) Masih pada page EDIT HTML, klik "Expand widget template"

6) Search code <data:post.body/>

7) Gantikan <data:post.body/> dengan semua code dibawah

<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
<div expr:id='"summary" + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb("summary<data:post.id/>");</script>
<span class='rmlink' style='float:left'><a expr:href='data:post.url'>READ MORE … <data:post.title/></a></span>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><data:post.body/></b:if>

8) Save

9) Selesai

P/S:

var thumbnail_mode = "float";  (youall boleh pilih untuk meletak thumbnail berada di (float) kiri atau jika tidak mau boleh gantikan dengan (no-float)
summary_noimg = 450; (Boleh ubah mengikut selera sendiri --> berapa panjang perkataan dalam post tanpa imej thumbnail)
summary_img = 450; (Boleh ubah mengikut selera sendiri --> berapa panjang perkataan dalam post dengan imej thumbnail)
img_thumb_height = 120; (Saiz 'tinggi’ imej thumbnail dalam pixel)
img_thumb_width = 120; (Saiz 'lebar’ imej thumbnail dalam pixel)

READ MORE … youall boleh tukar guna ayat youall sendiri cth : “nak baca lagi..klik la….”

Kalau nak guna imej ,gantikan READ MORE …. tu dengan code ni <img width="120px" height="32px"   src="URL imej readmore"/>

Untuk contoh real,boleh refer main page ai.."read rest of entry" Selamat mencuba..


Suami isteri curang?

7

Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"


SYARAT-SYARAT POLIGAMI DALAM ISLAM

0

untitledBahawa beberapa ulama, setelah meninjau ayat-ayat tentang poligami, mereka telah menetapkan bahawa menurut asalnya, Islam sebenamya ialah monogami.  Terdapat ayat yang mengandungi ugutan serta peringatan agar tidak disalah gunakan poligami itu di tempat-tempat yang tidak wajar. Ini semua bertujuan supaya tidak terjadinya kezaliman. Tetapi, poligami diperbolehkan dengan syarat ia dilakukan pada masa-masa terdesak untuk mengatasi perkara yang tidak dapat diatasi dengan jalan lain. Atau dengan kata lain bahawa poligami itu diperbolehkan oleh Islam dan tidak dilarang kecuali jikalau dikhuatirkan bahawa kebaikannya akan dikalahkan oleh keburukannya.

Jadi, sebagaimana talaq, begitu jugalah halnya dengan poligami yang diperbolehkan kerana hendak mencari jalan keluar dari kesulitan. Islam memperbolehkan umatnya berpoligami berdasarkan nas-nas syariat serta realiti keadaan masyarakat. Ini bererti ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya demi untuk mencapai kesejahteraan masyarakat Islam, demi untuk menjaga ketinggian budi pekerti dan nilai kaum Muslimin.

Oleh yang demikian, apabila seorang lelaki akan berpoligami, hendaklah dia memenuhi syarat-syarat sebagai berikut;

1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya. Syarat ini telah disebutkan oleh Allah (SWT) dengan firman-Nya;

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)

Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu berkahwin tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.

Pembatasan ini juga bertujuan membatasi kaum lelaki yang suka dengan perempuan agar tidak berbuat sesuka hatinya. Di samping itu, dengan pembatasan empat orang isteri, diharapkan jangan sampai ada lelaki yang tidak menemukan isteri atau ada pula wanita yang tidak menemukan suami. Mungkin, kalau Islam membolehkan dua orang isteri saja, maka akan banyak wanita yang tidak menikah. Kalau pula dibolehkan lebih dari empat, mungkin terjadi banyak lelaki tidak memperolehi isteri.

2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya. Misalnya, berkahwin dengan kakak dan adik, ibu dan anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik sebelah ayah mahupun ibu.

Tujuan pengharaman ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota keluarga. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

"Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan memutuskan silaturrahim di antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Kemudian dalam hadis berikut, Rasulullah (s.a.w.) juga memperkuatkan larangan ini, maksudnya;

Bahawa Urnmu Habibah (isteri Rasulullah) mengusulkan agar baginda menikahi adiknya. Maka beliau menjawab; "Sesungguhnya dia tidak halal untukku." (Hadis riwayat Bukhari dan Nasa'i)

Seorang sahabat bernama Fairuz Ad-Dailamy setelah memeluk agama Islam, beliau memberitahu kepada Rasulullah bahawa beliau mempunyai isteri yang kakak beradik. Maka Rasulullah menyuruhnya memilih salah seorang di antara mereka dan menceraikan yang satunya lagi. Jadi telah disepakati tentang haramnya mengumpulkan kakak beradik ini di dalam Islam.

3. Disyaratkan pula berlaku adil, sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT);

"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)

Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.

Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil.

b) Adil di antara para isteri.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.

Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

i) Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama sebagai isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.

iii) Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya;

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah ar-Ruum ayat 21)

Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.

Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah.
Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana kecenderungan si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja.

Keadilan juga sangat dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami terpelihara dari sikap curang yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya, diharapkan pula dapat memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta menghindarkan rasa dendam di antara sesama isteri.

Sesungguhnya kalau diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan antara para isteri, nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup menegakkan keadilan itu dengan sewajarnya.

Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadapisteri-isteri, adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk perkara yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam soal kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.

Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi;

"Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang)."

Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;

Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."

Menurut Prof. Dr. Syeikh Mahmoud Syaltout; "Keadilan yang dijadikan syarat diperbolehkan poligami berdasarkan ayat 3 Surah an-Nisak. Kemudian pada ayat 129 Surah an-Nisak pula menyatakan bahawa keadilan itu tidak mungkin dapat dipenuhi atau dilakukan. Sebenamya yang dimaksudkan oleh kedua ayat di atas ialah keadilan yang dikehendaki itu bukanlah keadilan yang menyempitkan dada kamu sehingga kamu merasakan keberatan yang sangat terhadap poligami yang dihalalkan oleh Allah. Hanya saja yang dikehendaki ialah jangan sampai kamu cenderung sepenuh-penuhnya kepada salah seorang sahaja di antara para isteri kamu itu, lalu kamu tinggalkan yang lain seperti tergantung-gantung."

Kemudian Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shidieqy pula menerangkan; "Orang yang boleh beristeri dua ialah yang percaya benar akan dirinya dapat berlaku adil, yang sedikit pun tidak akan ada keraguannya. Jika dia ragu, cukuplah seorang sahaja."

"Adil yang dimaksudkan di sini ialah 'kecondongan hati'. Dan ini tentu amat sulit untuk dilakukan, sehingga poligami adalah suatu hal yang sukar untuk dicapai. Jelasnya, poligami itu diperbolehkan secara darurat bagi orang yang benar-benar percaya dapat berlaku adil."

Selanjutnya beliau menegaskan, jangan sampai si suami membiarkan salah seorang isterinya terkatung-katung, digantung tak bertali. Hendaklah disingkirkan sikap condong kepada salah seorang isteri yang menyebabkan seorang lagi kecewa. Adapun condong yang dimaafkan hanyalah condong yang tidak dapat dilepaskan oleh setiap individu darinya, iaitu condong hati kepada salah seorangnya yang tidak membawa kepada mengurangkan hak yang seorang lagi.

Afif Ab. Fattah Tabbarah dalam bukunya Ruhuddinil Islami mengatakan; "Makna adil di dalam ayat tersebut ialah persamaan; yang dikehendaki ialah persamaan dalam hal pergaulan yang bersifat lahir seperti memberi nafkah, tempat tinggal, tempat tidur, dan layanan yang baik, juga dalam hal menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri."

4. Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak. Jadi, suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.

5. Berkuasa menanggung nafkah. Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;

"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami. Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.

Kesimpulan dari maksud kemampuan secara zahir ialah;

i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.

ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.

iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.

iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.

v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.


Amalan ibu mengandung

1

Salam semua..ai sangat suke kalau bab – bab ngandung ni..sape tak suke kan..proses yang sangat bahagia..9 bulan kita bawa hamba Allah kat dalam rahim kita..dari sekecil buah anggur hingga la 3 4 kilo berat baby tu..Besarnya ciptaan Allah,subhanallah..Bila kita ibu-ibu ni ngandung,mesti ada amalan-amalan yang seharusnya kita buat untuk kesihatan bayi dan juga menunjukkan tanda syukur diatas kurniaan Allah.Bila seseorang ibu tu dalam proses melahirkan,dan ibu itu habis nyawa nya..maka dia dikurniakan mati syahid.Betapa Allah SWT mengangkat darjat ibu-ibu ini.

Jom tengok apa kata Ustazah Siti Nor Bahyah mengenai amalan ibu mengandung.