Sekarang ni ramai betul yang ajak ai join bisnes MLM.Dalam inbox email lagi ler..melimpah-limpah email pasal MLM.Ai rasa ai ni tak sesuai le nak berMLM..tak pandai nak pujuk orang suruh masuk sekali.Dah kalau tak pandai nak pujuk orang masuk sekali MLM camne ai nak dapat income bila ai dah join nanti kan..Ai rasa kalau dah nama MLM mesti la kena jumpa ramai orang…mesti berkawan dengan semua orang,mesti la bermulut manis..baru la nak jalan bisnes tu kan..Mr google ada jugak cakap kat ai pasal kelentong-kelentong orang yang buat MLM ni..bila ai baca ada jugak yang betulnya..Tapi tak pelah..yang penting kerja tu halal kan..tengok pada selera orang..kalau dia boleh buat kerja camni..mesti dia akan berjaya..Tapi kalau dah awal-awal macam ai ni..takut je nak jumpa orang..baik lah tak payah masuk..Lagi satu..tak de kerja kat dunia ni yang tak memerlukan kita berusaha..jadi tak payah la cakap join MLM ni boleh goyang kaki je kat umah..bidaah la ko dik oiii..nak dapat duit dari nuffnang pun jenuh duk teran kepala otak duk piki idea nak tulis kat blog..ni kan plak nk join MLM nak dapat BMW…bak kata orang siam kat kampung ai “Meng ni leng ki hok le”
1) Bisnes MLM perlu cari downline/kaki/recruit
Terdapat beberapa sistem sistem 'satay' (binari) atau sistem 'star'.
tetapi walau apa pun kelentongnya mengenai BV, PV, Gold membership, platinum ini, VIP itu.. kesimpulannya sama, anda perlu cari downline.
bayangkan anda telah lama tidak berjumpa dengan rakan2 lama, tiba2 anda ingin bertemu dengan mereka, mereka sangka anda ikhlas, rupa2nya, anda ingin mengajak mereka untuk 'berubah' atau 'menjadi jutawan' dengan menjadi downline anda yg aktif.
2) Anda memuji anak2 rakan anda comel lah, putih lah etc.. tetapi rupa2nya anda tidak ikhlas. Anda ingin mengambil hati ibu/bapa nya supaya mereka boleh jadi downline anda.
3) Anda melawat rakan anda yg sakit di hospital. Rupa-rupanya anda tidak ikhlas. Anda ingin menjual jus ajaib yg mampu menyembuhkan segala penyakit kepada si pesakit yg tengan kusut dengan masalah kesihatannya. Seperti biasa, kena jadi downline anda dulu.
4) Anda berpura2 produk MLM anda adalah produk harian yg sama kualitinya (atau lebih baik) dengan produk lain seperti colgate, sabun biasa May, Lux, Fruitale, kek2 biasa di pasaraya, syampoo biasa spt Rejoice, head&Shoulder ... dll.
Realitinya kesemua produk MLM dijual dengan harga yg mahal tak masuk akal. Kos yg mahal tersebut adalah kerana untuk membayar 'keuntungan' kepada 'upline' anda, supaya mereka mudah 'jadi jutawan'
Juga sekarang kaki anda telah dirantai. kalau dulu anda ke Tesco dan boleh membeli apa sahaja barangan pengguna yg berjenama yg sedang ada offer, kini tidak lagi. Anda kena melawat ke stokis MLM anda dulu dan beli barang2 disitu. Selepas tu barulah boleh ke Tesco, Giant atau lain2 untuk keperluan harian lain anda.5) Anda ditipu dengan ayat2 'kerja mengikut kesesuaian masa', 'bebas', 'memiliki BMW', 'memiliki rumah besar', 'melancong ke luar negara'
Realitinya Upline yg telah berjaya sampai kesitu adalah seorang yg bekerja 24 jam mengganggu kesemua manusia disekeliling mereka, mengajak masuk plan MLM mereka. dan tak tahu malu. Apa yg penting mereka dapat banyak downline dan 'jadi jutawan'.
realitinya, mereka dicemuh oleh bukan sahaja rakan2 bahkan juga saudara mara.
terdapat kes dimana sebaik sahaja 'mamat' MLM ni datang, kesemua orang (yg sedang makan di warung) akan cepat2 bayar dan lari, kerana tak mahu duduk semeja dengan 'mamat MLM' ni.
5 comments:
serik r ngan MLM ni..
aku da jelik da ngn MLM ni...dgr cite syarikat MLM yang LUXOR kot dah gulung tikar..ntah iye ntah tidak la...
tak suke MLM.. kawan sy kene tipu duit sampai rm2000.. janji dapat ni la..tu laa..tapi hampeh..yg tarik dier pn tak kaye2 sampai skang.. close org dtg naik moto..dtg la bwk BMW ke..br org suspek skit..ye tak..hehe
Mmg penah terkena ni, awal2 xnk ckp bisnes apa, dok pong pang2 tah pape...last2 skali kata zhulian...aduii..heran gak sbb balik keje singgah pasar mlm, sanggup member ni nk jumpa jugak2 (ingtkn rindu kt sy), tgk2 bwk sorg laki (ingtkn laki dia coz x kenal), rupa2nya tukang pong pang2 tu la...erkkk...ngeri dowh. Kata amik produk tu leh jd sihat, abis apa kes bwk keta dlm mengantuk anta ibu mengandung? ngeri2...
huhu..tak suka jugak. banyak sangat putar belitnya
Post a Comment