Buat korang yang bakal bergelar raja sehari pasti menginginkan hari bahagia yang bakal berlangsung agar menjadi detik yang paling ceria dan paling manis dalam hidup korang. Jadi, persediaan untuk majlis perkahwinan korang perlu diatur dan dirancang dengan sebaik-baiknya agar ia berlangsung dengan gemilang. Namun demikian, untuk memilih
![bajet1 bajet1](http://lh4.ggpht.com/_h42qbh_Z-3A/TCqmKj-TxWI/AAAAAAAABCw/LyXZp0PiPSI/bajet1_thumb%5B2%5D.jpg?imgmax=800)
Perbelanjaan dari RM10 000 – RM15 500
Korang mementingkan kesederhanaan dalam mengeluarkan belanja untuk majlis perkahwinan korang. Adalah tidak sesuai jika korang memperuntukkan sejumlah wang sebanyak ini untuk mengadakan majlis perkahwinan di hotel atau taman. Jangan pula korang rasa rendah diri kerana tidak mampu mengeluarkan bajet yang banyak. Biarpun jumlah yang dikeluarkan cukup minimum, korang masih boleh menjadikan perkahwinan korang ini yang paling indah buat korang dan pasangan , tidak lupa kepada mereka yang menghadiri majlis perkahwinan korang.
Perbelanjaan sebanyak RM15 501 – RM25 500
Jumlah yang dikeluarkan adalah berpatutan untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Hal ini berlaku kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau korang terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak-saudara atau rakan-rakan. Jangan risau, tentu sahaja korang boleh menceriakan hati pasangan korang dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati dari jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang korang idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat korang dipenuhi.
Perbelanjaan sebanyak RM25 501 – RM35 500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah harga maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja korang mampu menyediakan apa-apa yang korang inginkan untuk majlis perkahwinan korang ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang korang perlukan sahaja. Itu lebih menjimatkan. Jika diikutkan jumlah ini masih belum benar benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan korang menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika korang berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.
Perbelanjaan sebanyak RM35 501– ke atas
Jumlah yang korang keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin korang memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi korang boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan banyak dan berpadanan dengan majlis perkahwinan korang itu nanti.
0 comments:
Post a Comment