Thursday, June 24, 2010


Tips lajukan internet connection korang

0
1. Defaultkan wallpaper korang,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yangberwarna-warni ia akan membuatkan PC korang lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang korang fikir korang tidak mahu keluar pada masa korang start komputer korang.Semakin kurang yang keluar pada startup korang semakin lajulah proses permulaan komputer korang dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau korang ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet korang.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin korang sebelum menyambungkan connection korang ke internet. Tidak lupa juga History dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila korang connected internet lebih daripada dua jam,restart computer korang dan reconnect kembali. Jika korang terus melayari internet connection korang ke server akan mula drop dan korang akan mula terasa data/connection korang mula menjadi perlahan.

6. Jika korang menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver korang setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware korang diupdate kerana selalunya driver yang korang dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu korang haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini korang tidak perlulah terkejut apabila korang melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana korang telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet korang semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No..Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer korang..

9. Pastikan komputer korang sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer korang bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC korang walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa korang surfing kerana file yang banyak didalam hard disk korang akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.

0 comments:

Post a Comment