Wednesday, June 16, 2010


Elak dating dengan wanita ini

0

1. Kawan baik kakak korang.
Kenapa? Ini kerana apabila permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti korang berselisih faham, semua rahsia korang akan dibongkarkan kepada kakak korang. Agak susah untuk korang mempertahankan diri bila ’diserang’

2. Setiausaha korang
Kenapa? Ini untuk bos-bos yang ada setiausaha le yer.Seperti sedia maklum, korang orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda bos, seterusnya berkahwin. Jika betul, korang keluar dengan setiausaha dalam masa yang sama, korang sudah berkahwin, korang memang mengiakan tanggapan orang lain.

3. Bekas teman wanita
Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perlulah korang keluar lagi kerana apabila putus, korang sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.

4. Teman wanita kawan korang 
Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah korang lakukan. Jangan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sesebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kalau kekasih korang diambil orang tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.

5. Wanita yang terlalu "demand"
Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ’demand’ kerana korang boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih korang demand, abaikan saja dirinya. ;-)

0 comments:

Post a Comment