Sunday, June 6, 2010


Google PageRank – Populariti Sesebuah Blog

3
Hari tu kan ai ada tnya korang apa maksud Pagerank..apa kepentingan pr ni kat blog kita..Masa jalan-jalan tadi..ai terjumpa ni kat pengendaliblog.Bila ai baca baru le faham function benda alah ni..Ok la..pengendaliblog pun terang dengan sangat teliti.Jom tengok apa pengendaliblog cakap pasal pr ni.
Apa itu Google PageRank?
Google PageRank atau PageRank atau PR merupakan satu penanda aras yang menentukan populariti sesebuah laman web kepada Google. Angka PageRank bermula daripada angka 0 sehinggalah ke angka 10. Sekiranya sesebuah blog itu mempunyai PageRank 10, ini bermakna blog tersebut merupakan sebuah blog yang popular. Manakala, jika blog itu menunjukkan angka PageRank 0, ianya bermaksud blog tersebut kurang mendapat perhatian daripada Google dan juga pengguna Internet yang lain. Dalam erti kata lain, Google PageRank boleh diibaratkan seperti bilangan bintang yang diberikan kepada hotel-hotel seperti hotel 5 bintang, 4 bintang dan sebagainya.
pagerank-example-01
Analogi penentuan PageRank untuk sesebuah laman web. -Wikipedia
Untuk melihat PageRank sesebuah blog mahupun laman web, anda boleh menggunakanGoogle Toolbar ataupun menggunakan mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan penyemakan PageRank seperti PR Checker. Tetapi ingin saya tekankan di sini Google PageRank tidak berubah setiap hari dan tidak ada sela masa tertentu yang boleh kita jangkakan. Ianya terpulang kepada Google bilakah tarikh dan masa untuk mereka mengemaskini PageRank tersebut.
Bagaimana Google PageRank ditentukan?
Angka pada PageRank ditentukan melalui proses pengiraan yang kompleks dan ianya tidak didedahkan oleh Google. Pelbagai faktor diambil kira dalam pengiraan menetapkan angka PageRank. Di antara faktor yang diambil kira itu adalah bilanganbacklinks yang diterima oleh sesebuah laman web.
Sebagai contoh, Web A telah meletakkan link ke Web B di laman webnya. Ini telah dikira sebagai satu undian yang diberikan oleh Web A kepada Web B. Sekiranya Web A mempunyai PageRank yang tinggi, maka kualiti undian itu akan bertambah dan memberikan Web B kelebihan kepada Google. Kebarangkalian untuk Web B mendapat perhatian Google dalam enjin carian juga lebih kerana ia telah mendapat undian daripada sebuah laman web yang mempunyai PageRank yang tinggi iaitu Web A.
Kenapa perlunya Google PageRank?
Bagi saya, PageRank adalah lebih kepada menunjukkan betapa popularnya sesebuah blog itu. Contoh yang mudah yang dapat saya berikan adalah, di antara hotel 5 bintang dengan hotel 2 bintang, yang mana satu anda rasakan popular dan eksklusif sekali? Bagi saya, sudah pasti hotel 5 bintang kerana ianya mempunyai rating yang tinggi.
Begitu juga dengan blog. Di antara blog yang mempunyai PageRank 5 dengan blog yang mempunyai PageRank 3, yang mana satu anda rasa blog itu popular dan dikenali? Saya percaya anda pasti akan mengatakan blog yang mempunyai PageRank 5. Dengan adanya PageRank, kita dapat tahu populariti sesebuah blog itu dan tahu di mana letaknya blog tersebut dalam dunia blog yang tanpa sempadan ini.
Namun begitu, saya tidak lagi mementingkan PageRank kerana ianya hanyalah penunjuk kepada populariti blog kita sahaja. Tetapi terpulang kepada individu bagaimana mereka ingin menggunakan PageRank tersebut. Sekiranya mereka ingin mendapatkan populariti dengan PageRank, maka adalah penting bagi mereka mengejar mendapatkan PageRank yang tinggi. Bagi saya, tidak perlu mengejar populariti itu kerana ianya akan datang juga sekiranya penulisan kita diterima oleh pembaca dan masyarakat. Apa yang penting, teruskan menulis dan menulis sehingga kita dikenali dan popular dengan penulisan kita. Anda setuju?

3 comments:

♥-- emieysandra --♥ said...

thnx bagi infO ni..amat berguna pd sy yg msih baru bljar dlm dunia blOgger ni..^_^

Wan said...

aku tak kisah sangat benda ni.. blog aku pon lansung takda iklan.. blog bodoh2 lew katakan.. hehe :)

Mario said...

yela...aku pun tak amik pot jgk bende ni...sama arr ngan irwan...hehe

Post a Comment