Malam pertama adalah detik yang dinantikan penuh debaran oleh semua pasangan yang menempuh gerbang perkahwinan. Semestinya, semua pasangan inginkan malam pertama yang menggembirakan, hebat dan penuh kenangan.
Bagi menempuhi malam pertama, persiapan dari segi fizikal dan mental perlu dilakukan. Dari segi fizikal, pasangan perlu pastikan tidak mempunyai bau tidak menyenangkan, sama ada bau badan atau bau mulut. Pastikan badan dalam keadaan bersih terutama sekali bahagian kemaluan. Sekiranya ada masalah kulit atau jangkitan di kawasan itu, pastikan ia dirawat terlebih dulu.
Bulu di kawasan ari-ari perlu dinipiskan supaya kemas dan tidak menimbulkan bau. Malam pertama tidak semestinya berakhir dengan penetrasi dan seks yang hebat. Perlu ingat inilah kali pertama pasangan pengantin melakukan hubungan seks dan sudah semestinya ada kekurangan jika dibandingkan dengan pasangan yang sudah lama berumahtangga.
Ini ditambah lagi dengan faktor tekanan dan keletihan selepas seharian melayan tetamu .Oleh sebab itu, pada malam pertama disaran usah meletak harapan tinggi supaya tidak kecewa. Mulakan dengan berbual bersama pasangan.
Luahkan ungkapan cinta, imbas kembali kenangan manis ketika bercinta dan kini sudah menjadi miliknya. Jadikan pasangan akan selesa dan tenang. Usah takut berbincang mengenai apa yang kamu mahukan serta harapkan dalam konteks hubungan seks suami isteri.
Merasa selesa dan tenang bersama adalah faktor amat penting untuk memulakan hubungan seks buat kali pertama. Mulakan dengan foreplay dan tumpukan banyak masa untuk aktiviti ini. Ini kerana wanita memerlukan masa bagi menyediakan diri untuk peringkat penetrasi.
Foreplay ini termasuk ciuman, pelukan, belaian, sentuhan dan seks oral. Tanya kepada pasangan, kawasan mana dirasakan nikmat lebih banyak. Fokuskan ke kawasan itu. Tumpukan masa untuk menerokai dan mempelajari fokus erotik pasangan anda.
Sebagai seorang suami pada malam pertama, kamu perlu memikul peranan utama tetapi jangan sesekali bersikap terburu-buru, kasar atau rakus. Apabila isteri bersedia, penetrasi perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Pastikan vagina dalam keadaan basah. Jika tidak, gel pelincir seperti KY jelly boleh digunakann. Ini adalah kerana persetubuhan akan menjadi tidak selesa dan sakit apabila vagina berada dalam keadaan kering.
Posisi wanita di atas adalah kedudukan paling sesuai untuk malam pertama. Ini adalah kerana dalam posisi ini, isteri boleh mengawal tahap dan kedalaman penetrasi dan boleh disesuaikan mengikut tahap penerimaan beliau.
Pendarahan boleh berlaku semasa penertrasi pertama tetapi ia selalunya berlaku dalam kuantiti kecil dan tidak merbahaya. Adakalanya penetrasi tidak terjadi pada malam pertama. Ini boleh terjadi apabila pasangan masih belum bersedia atau mengalami kegagalan ereksi ataupun ejakulasi pra matang.
Kegagalan ereksi pada malam pertama selalunya berpunca dari faktor psikogenik .Ini termasuk faktor tekanan, performance anxiety dan tidak ada pengalaman dalam hubungan seks. Ejakulasi pra matang pula boleh berlaku akibat terlalu ghairah dan tidak ada pengalaman dalam mengawal ejakulasi. Sekiranya ini berlaku, saudara jangan gusar atau panik.
Kedua-dua masalah ini lazimnya boleh dipulihkan dengan sendiri dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Hubungan seks perlu latihan dan teruskan hubungan intim walaupun pada beberapa kali yang pertama, ia tidak sehebat yang dijangka.
Ada juga kemungkinan isteri tidak akan mencapai klimaks pada malam pertama. Ini disebabkan pelbagai faktor termasuk penyesuaian diri. Suami tidak perlu mengambil tonik kesihatan atau menjalani amalan urut sebagai persiapan menghadapi malam pertama. Urut terutama pada bahagian zakar boleh menimbulkan kecederaan dan pelbagai komlikasi.
Tonik tonik kesihatan yang dijual di pasaran kebanyakannya tidak diketahui akan kandungan sebenarnya. Amalkan senaman, pengurusan tekanan yang bijak dan pemakanan sihat .
Jika pasangan pengantin sihat dan saling menyayangi antara satu sama lain, seks akan menjadi hebat. Bagaimanapun, ia mungkin tidak boleh dicapai dengan satu hubungan pada malam pertama. Setiap pasangan perlu bersabar dan belajar mengenai pasangan masing-masing dari segi fizikal dan mental. Ada pelbagai buku panduan untuk pengantin baru yang boleh didapati di pasaran.
4 comments:
heheh bgs utk2 yg br nk kawen...
huiiiyooo, nice sharing :)
tp xkawen lagi la plak :P
elien..nnti nk kwin ..dh ada ilmu..hehheheh
takut nak kawin ler cmnie!!!!!
Post a Comment