Saturday, April 17, 2010


Achik Spin Meninggal…

4

Al-Fatihah buat Arwah Achik , meninggal dunia dalam accident di Nilai, petang tadi..

Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Sumber Utusan Malaysia

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau..Al-Fatihah

Takziah kepada keluarga arwah..semoga kalian diberi kekuatan menghadapi ujian Allah.

4 comments:

Arm said...

Al-Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat..

Hazliza Husaini said...

Aminnn..

*~ eLiEnZ 87 ~* said...

al fatihah buat arwah.. Allah lebih sayang kan diri nya..

Syahrul Iman said...

al-fatihah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan org-org beriman dan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t..

Post a Comment