Tuesday, April 20, 2010


9 Sifat Perempuan Yang Menjadi Perhatian Lelaki

6

1828899Wahai kaum Adam..benarkah sifat-sifat dibawah ni menjadi pujaan hati kalian semua..Sangat susah rasanya kaum hawa ni nak maintain kan semua sifat-sifat tu..Kalau semua sifat tu ada dalam siri seorang wanita..Saya tabik spring la kat sini..memang betul-betul perfect la wanita itu..Sebab apa ya..sebab saya pun xlengkap denagn sifat-sifat tu…Nak buat macam mana kan..nama pun manusia..jadi tak semua  akan sempurna.But yang penting..saya berusaha k..tapi kadang terbabas jugak..Very very sorry to my suami..Faham-faham jelah isteri awak ni ye..Jom semua kita tengok sifat-sifat wanita yang tersangat-sangat akan buat kaum lelaki tu suka..

  1. Sikap Keibuan - Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika  sedang stress, cemas dan gelisah dan senang  hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2. 
  2. Keanak-anakkan - Dalam batas yg wajar, sifat UpV4vaOxbWkeanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
  3. Penuh Pengertian - Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih  waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya. 
  4. Menghargai - Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
  5. Menjaga Penampilan - large_image387009825Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?? 
  6. Pandai berbicara - Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukaic51a5814d1ed3b9bb61811eb3194d04d lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.
  7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri - Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila  berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
  8. Menghormati Diri Sendiri - Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya  sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki shilamemperlakukan dirinya sesuka hati.

9.   Simpati dan prihatin - Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati  pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia.  Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

6 comments:

fizi said...

nice info..tq..

eQuRlz said...

bagus info ni.. :) thankz...

soffya cik bulan said...

he....bgus info ni...nnati nk copy eh...boleh?


tips bebrlog sini http://soffya86.blogspot.com/2010/04/tips-berblog.html

kasih suci said...

saya pon tertarik dengan info ni..nak copy boleh? nanti saya kasi kredit untuk Hazliza k..

HazlizaHusaini said...

soffya & kasih suci..ala nk copy ke..copy je..xyah nak minta2 kbanaran..xyah nak kredit2..blog sy xde copyright ..hehheheh...ilmu yang berguna..sama2 kongsi kan..

Maxx said...

1. Sifat keibuan. ya semestinya..
2. Keanak-anakan tu.. Tak suka.. Tapi manja dan lemah lembut yg bukan dibuat-buat.. mcm intan ladyana tu.. Mmg cair.. hehe..
3. Penuh pengertian.. ya setuju..
4. Menghargai.. setuju jugak..
5. Menjaga penampilan.. untuk suami sahaja.. kat luar kalau nak selekeh lantaklah..
6. Pandai berbicara.. setuju jugak.. tapi tak terlalu banyak bercakap..
7.Pandai bergaul.. semestinya.. tapi jangan sampai digaul.. buruk padahnya..
8.menghormati diri sendiri (tambahan --> dan orang lain).. yer setuju
9.simpati dan prihatin.. memang perlu.. tapi jgn sampai org lain ambil kesempatan..

Dari kaca mata seorang bernama "aku" dan bukan mewakili semua lelaki yer.. Salam ziarah dari jiran sebelah..

Post a Comment