Sekadar sembang kosong..apa korang akan rasa bila ada yang kutuk atau pun kata korang tak cantik..Hehehhee..mesti ada yang tak kisah..dan yang pasti ada jugak yang akan hangin ..apehal plak nak kutuk muka orang..kau tu cantik sangat ker..dan mesti ada jugak yang terus merendah diri langsung angkut punggung..blah dari situ..kan..
Berapa ramai orang yang tak berapa cantik pada pandangan orang lain,tetapi masih mampu mempunyai kekasih..Pelik tak..Macam mana kekasih dia boleh terima dia wal hal dia tak cun pun macam erra fazira..Itu lah..bab-bab cantik ni..xpayah la nak susah-susah hati..Ape kau yang pilih ke nak rupa macam ni.. Isy..siy..ingat ler..kita semua ni pinjam je dari Allah..dari duk mengutuk orang kata tak lawa..pastu duk puji diri bangga diri cakap lawa..lebih elok le kalau kau gi buat sujud syukur kat Allah..ucapkan terima kasih sebab kasi muka kau macam tu..Dapat jugak kau point untuk kat sana nanti.
Dan apa yang penting..setiap orang ada persepsi dia sendiri pasal cantik.. Ada orang anggap
hidung yang mancung tu cantik, ada orang plak cakap hodoh amat. Ada orang suka rambut panjang menguraisebab nampak cantik, tapi ada orang pulak nampak pakai tudung lagi nampak cantik.
Seksanya hidup kalau kita nak turut semua kehendak orang lain untuk jadi cantiik.
Jadi, tak payah la korang nak tensen nak susah hati nak berkurung dalam bilik bila ada yang kata korang tak cantik..korang tak tampan..tak lawa..tak hensem...Korang tetap cantik dimata orang tersayang dan di mata Allah SWT..yang penting jaga kecantikan dalaman kita..hati cantik..semua mesti cantik..betul tak… erm…tak pe..saya jawab sendiri..betulllllllllll..
14 comments:
Betul, biar lah ape org kata.. cantik pon bukan kira luaran je..klu cantik luar je, dlaman kotor pon x guna juga..betul x? xpe i jwb sendiri, betul!!!
cntik tu subjektif..
smua ciptaan-NyA adalah smpurana dan cntik=)
hidup tak perlu turut kehendak org lain kan..betul2
Cantik bukan sekadar di luaran tapi yang paling penting dalaman kita yang perlu cantik...
ya ya.. cantek tu subjektif tau...semua allah jadikan cantek kite kena bersyukur..
huhuhuhu
"we all have the stereotype of Barbie in our minds, you don't have to look like a supermodel to attract men."
hehe.
xpayah la nak cantik2 bagai.
asal nmpak kemas dan sedap mata memandang cukupla.
Jadi ler diri sendiri seadanya... kecantikkan sebenarnya lagi di pandang kalau di bibir sentiasa murah dengan senyuman dan hati mesti baik... huhu...
saya pun sokong!
Sokong semua!! :-)
cantik ke tidak lahir dari hati kot.. cewah.. apa2 pn kecantikan tu subjektif... hehe
beutiful is in the eye of the beholder..betoi ke dok ayat aku tuh ek..hehehhee
saya cantek..sape kata tak cantek sila tumbuk diri sendiri..heheh..boleh tak mcm ni??
boleh je..hahhahaha...sbb semua mahluk Allah ni dicipta memangcantik2 belaka..betui tak..
yes tol tu....xkisah jnji ke x...semua org cntk...jnji hati budi cantik...
Post a Comment