Wednesday, June 30, 2010


Ingin jadi bapa mithali?

0
Selalunya rungutan demi rungutan selalu kita dengar bila orang perempuan bercerita tentang suami dan menjaga anak. Suami  liat dan malas menjaga anak. Itulah luahan hati isteri-isteri yang kecewa dengan sikap suami. Namun, realitinya, tidak semua lelaki seperti itu.Betul tak ?
Zaman sekarang ini, makin ramai lelaki yang berjawatan bapa mampu menjalankan tanggung jawab dorang dengan baik. Cuma, malangnya, di negara kita ini, masiimagesh belum ada lagi gelaran ‘Bapa Mithali’. Walau apa pun, bukan gelaran itu yang penting. Tanggung jawab dan keprihatinan terhadap keluarga perlu diutamakan. Tidak dinafikan, memang susah nak menjadi yang terbaik. Tapi, kalau rajin dan kuat berusaha, tiada yang mustahil dalam hidup.
Papa yang baik
Nak jadi pap yang baik? Boleh. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dalam zaman yang serba canggih ini, selalu kita lihat suami tidak lagi duduk goyang kaki di depan televisyen. Mereka kini sama-sama mengasuh anak dan melakukan kerja rumah. Inilah hasil masyarakat penyayang dan berilmu. Suami dan isteri berfikiran terbuka dan sama-sama memikul tanggung jawab yang telah diamanahkan. Kedua-duanya inginkan yang terbaik untuk anak-anak.
Kepada bapa-bapa baru, korang mungkin sungguh bersemangat untuk menimba ilmu mengasuh anak-anak. Banyak korang ingin tahu sehingga ada kalanya hampir semua tugas isteri ingin diambil. Alangkah bagusnya kalau semua suami seperti itu. Tapi, biasanya semangat yang ditunjukkan itu separuh jalan. Bila anak sudah bertambah dan semakin ramai, suami-suami ini akan jadi malas. Tinggallah isteri seorang diri mengasuh anak-anak. Sifat inilah yang korang para suami perlu elakkan. Sebolehnya, layanlah anak-anak dengan penuh bersemangat.
Diakui, mungkin ada sesetengah suami yang tidak berniat untuk membiarkan isteri mengasuh anak sendirian. Mereka ingin turut serta dalam proses membesarkan anak-anak. Tetapi malangnya, mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kepada bapa-bapa seperti ini, janganlah malu bertanya. Tanya pada isteri, apa yang boleh korang bantu. Ketahuilah bahawa pertolongan korang walaupun sedikit sangat bermakna.
Untuk itu, sebaiknya korang mulakan daripada yang mudah. Misalnya, tolong isteri menyusukan anak, menukarkan lampin, atau paling tidak pun tolong tidurkan anak. Selepas mahir melakukan kesemua itu, cubalah pula melakukan kerja yang susah sedikit seperti mandikan anak dan memakaikan mereka pakaian.
Tetapi, jika korang masih rasa kekok menjaga anak, apa kata jika korang mengambil alih tugas isteri mengemas rumah. Biarkan isteri menjaga anak sahaja. Kerja-kerja rumah lain korang yang buat. Senang kan?
Ini taklah bermakna korang tak perlu tahu tentang hal-hal penjagaan anak. Bukan untuk mendera, tetapi sebagai persediaan jika korang terpaksa tinggal berdua dengan anak ketika isteri outstation.
Masa bersama anak
Kepada para bapa, selalulah luangkan masa bersama anak-anak. Sebagai bapa yang bekerja, masa untuk anak dan keluarga tentunya terhad. Namun, ini bukanlah alasan untuk mengetepikan anak. Mereka perlulah belaian kasih sayang daripada kedua-dua ibu dan bapanya. Bukan daripada ibu sahaja. Korang perlu ingat bahawa untuk menjadi ibu atau bapa yang bertanggung jawab, peruntukan masa sebanyak mungkin dengan anak-anak. Walau bagaimanapun, yang penting ialah kualiti masa yang korang luangkan bersama anak dan bukan kuantitinya. Pastikan setiap saat bersama anak diisi dengan penuh bermakna.

Nak macam ni boleh ker?

0
inspirasikalau la ai leh dapat kabinet dapur camni…alangkah syoknya….(pesanan utk ensuami) ;-)
kediaman pilihan Tengok rumah ni..besaq amat..boleh berangan jelah kan..tapi taknak la umah besaq..taklarat nak cuci..ai  ni malas ;-)

Bajet Nikah

0
Panduan perbelanjaan majlis perkahwinan
Buat korang yang bakal bergelar raja sehari pasti menginginkan hari bahagia yang bakal berlangsung agar menjadi detik yang paling ceria dan paling manis dalam hidup korang. Jadi, persediaan untuk majlis perkahwinan korang perlu diatur dan dirancang dengan sebaik-baiknya agar ia berlangsung dengan gemilang. Namun demikian, untuk memilihbajet1 pakej perkahwinan yang terbaik setiap bakal pengantin perlu bijak dalam menilai pakej yang dipilih, iaitu bagaimana untuk memilih dan apa yang hendak dipilih? Baiklah, secara mudahnya korang boleh mencuba untuk membuat beberapa perbandingan antara sebilangan pakej perkahwinan yang ditawarkan di pasaran. Untuk membuat pilihan, korang perlu menitikberatkan kualiti serta kos yang diperlukan.
Perbelanjaan dari RM10 000 – RM15 500
Korang mementingkan kesederhanaan dalam mengeluarkan belanja untuk majlis perkahwinan korang. Adalah tidak sesuai jika korang memperuntukkan sejumlah wang sebanyak ini untuk mengadakan majlis perkahwinan di hotel atau taman. Jangan pula korang rasa rendah diri kerana tidak mampu mengeluarkan bajet yang banyak. Biarpun jumlah yang dikeluarkan cukup minimum, korang masih boleh menjadikan perkahwinan korang ini yang paling indah buat korang dan pasangan , tidak lupa kepada mereka yang menghadiri majlis perkahwinan korang.
Perbelanjaan sebanyak RM15 501 – RM25 500
Jumlah yang dikeluarkan adalah berpatutan untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Hal ini berlaku kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau korang terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak-saudara atau rakan-rakan. Jangan risau, tentu sahaja korang boleh menceriakan hati pasangan korang dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati dari jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang korang idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat korang dipenuhi.
Perbelanjaan sebanyak RM25 501 – RM35 500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah harga maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja korang mampu menyediakan apa-apa yang korang inginkan untuk majlis perkahwinan korang ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan  beli perkara yang korang perlukan sahaja. Itu lebih menjimatkan. Jika diikutkan jumlah ini masih belum benar benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan korang menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika korang berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.
Perbelanjaan sebanyak RM35 501– ke atas
Jumlah yang korang keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin korang memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi korang boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan banyak dan berpadanan dengan majlis perkahwinan korang itu nanti.

Hampeh betul la..

0
untitledCuba korang tengok mesej kat atas.Macam hampeh je kan.Apa nak jadi ngn orang kita sekarang..banyak sangat ikut cara barat..Pagi tadi ai masuk satu web bukan blog ok..web yang boleh dikatakan masyur la jugak..pastu kat atas web tu terpmpang chatbox ni dengan mesej yang ntah apa2 ni.Macam jahanam betul la dorang ni..tadak perasaan malu dah ker.takkisah le yg msg tu laki ke pompuan ker..tp apsal nk ckp cm gitu…hampeh btul la..Terus hilang minat ai nk baca kat web tu..
Pasal yek sekarang..orang kita dah tak ada perasaan malu ker..dah tak tau halal haram ke..aritu kat area ai ni..kat parking lot tesco ,ada minah ngan mamat ni duk bercium..dorang leh tak malu punya byk manusia duk lalu lalang..kami yg tgk ni plak jadi segan..

Tips Solekan Natural

0

Nak bersolek?Boleh saja,tapi jangan le bersolek samapi jadi cam opera cina.Dari mukakecantikan lawa-lawa terus orang jadi takut plak nak tengok muka tu.Bagi ai,ai suka bersolek tapi biar nampak natural..takde nampak bedak 10inci tebal..lipstik terang menyala..Tapi bab-ba  ni ikut selera masing-masingkan..mungkin ai je suka camni,tapi korang tak suka kan..Tepuk dada tanya selera.

Tips asas solekan natural yang sempurna
1. Bedak asas mestilah disapu sedikit demi sedikit. Cara yang terbaik adalah dengan sapuan secara lapisan demi lapisan.
2. Selepas menyapu bedak asas, balas sapuan tadi dengan bedak debu.
3. Sapuan penggaris mata yang tidak memenuhi seluruh kelopak mata tampak lebih natural.
4. Oleskan bulu mata bawah dengan hujung berus maskara.
5. Cara terbaik menentukan warna pemerah pipi yang sesuai, cuba lihat warna pipi selepas penat bersenam.
6. Sapuan gincu pada bahagian hujung bibir perlulah lebih tebal kerana bahagian ini lebih
mudah hilang warnanya.

Tuesday, June 29, 2010


Hilangkan stress setelah bergelar ibubapa

0
Bila kita dah jadi parent..sekali sekala kita mesti akan rasa stress..Dan kadang-kala stress ni boleh meretakkan rumahtangga kita..Bentuk-bentuk stress yang kerap dialami parent khususnya golongan ibu ialah
1.Perubahan
Sebarang perubahan yang berlaku pada diri  seperti perubahan imej atau perubahan pada persekitaran seperti bekerja di tempat baru boleh menyebabkan tekanan.
2.Kekecewaan
Berlaku sesuatu musibah yang menghalang kita mencapai perkara yang dihajati seperti ketiadaan wang menghalang keluarga ataupun sekiranya mengalami kegagalan atau kehilangan.
3.Tekanan
Berlaku apabila penyebab tekanan berlaku sepanjang masa. Dua jenis tekanan adalah tekanan untuk menurut dan tekanan untuk melakukan.
4.Konflik
Tiga jenis konflik asas ialah pendekatan-pendekatan, penolakan-penolakan dan pendekatan dan penolakan.
1.Tekanan dikenali sebagai penyebab penyakit. Didapati, tekanan akan menyebabkan badan tidak lagi mempunyai pertahanan dan mudah terkena penyakit. Unsur yang paling penting untuk mengatasi tekanan adalah melalui rehat. Mengamalkan cara merehatkan tubuh yang betul bukan sahaja dapat diperbaiki tubuh malah mampu menampilkan imej diri yang positif.

2.Terdapat pelbagai cara untuk merehatkan diri dan hal ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu secara informal dan secara formal. Antara yang tergolong dalam teknik informal seperti tidur, melakukan aktiviti regangan, melakukan aktiviti fizikal, melancong, mandi, minum teh dan mendengar muzik.
3.Manakala teknik kedua pula ialah teknik formal. Teknik ini lebih kepada perlakuan yang berikan kesan kepada sistem tubuh secara langsung. Kaedah yang boleh digunakan termasuklah bernafas dalam-dalam, bermeditasi dan urutan kendiri.

5 tip mudah ajar anak

0
Kicker: Bila si kecil semakin membesar pelbagai kerenah yang bakal ibu bapa hadapi. Malah ketika ini juga dia semakin mengerti persekitaran yang ada di sekelilingnya. Jom lihat tip mudah ajar buat si kecil ini.
Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa. Dalam menuju kepada pembesarannya mereka memerlukan bimbingan yang sempurna di samping kasih sayang. Dengan ini usaha untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang beberapa bimbingan dilakukan pada usia seperti ini. Ikuti lima kaedah buat si kecil, iaitu:
1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.
2. Dorongan Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.
3. Interaksi Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.
4. Luahan perasaan
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.
5. Berdikari
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.

Mujur dosa itu tidak berbau

0
Terkedu seketika ai bila terbaca pasal tajuk di atas, mujur dosa itu tidak berbau. Kalau ia berbau…bagaimana agaknya ya? Akan adakah orang yang akan mendekati kita? Bagaimana baunya? Astaghfirullah… Sesungguhnya Allah itu Maha Menyayangi…sentiasa memberi peluang untuk kita menginsafi diri. Namun, kita harus ingat, bahawa hari pengadilan itu tetap ada! Jika di dunia, ada kala yang benar dikatakan salah, yang salah pula terlepas bebas. Tapi di akhirat kelak, yang benar tetap benar dan yang salah tetap terima hukumannya. Segala anggota pada tubuh akan berkata-kata, meluahkan apa jua dosa dan pahala yang kita lakukan. Di dunia, kita mampu menyembunyikan dosa daripada pengetahuan manusia lain, namun MUSTAHIL menipu Allah dan diri sendiri! Renung-renungkanlah… 

Rahsia Cinta Lelaki

0

Ai rasa mesti ada sesetengah  kaum perempuan yg dah serik nak menjalinkn hubungan serius dgn kaum lelaki bila dah banyak kali sangat  dikecewakn..
Tapi adakah korang ingin memegang title ’single n available’ sampai bila-bila? Dan apa yg harus korang buat utk buat pilihan yg tepat semasa nak pilih teman hidup dr kaum Adam?

Jom kita kenal perasaan cinta dorang…

Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk korang..

Tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:
Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah korang terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi korang?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri korang peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki..

Monday, June 28, 2010


Award dari Inumatin

0

Thank you so much to inumatin coz give me this beautiful award..A+ Blog award like an exam result,and i  got A+..perasannn..

tag

*What do u feel to know u get this award?
Sangat gembira sebab dapat award dan dalam masa yang sama dapat idea nak update blog..

*List down 7 bloggers that deserve this award
wanhazel
husaini
linda
addya
iejan                                                                                                                       jaya jr                                                                                                                     hhh


Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

0

Korang cemburu tak? Selalu kalau cakap bab cemburu orang mesti tujukan kat perempuan.Macam orang perempuan je yang tau cemburu..Tapi cemburukan tanda sayang..Kira ok la kan..Tapi oarang lelaki pun ada jugak cemburu nya..Jom kita lihat indeks cemburu orang lelaki menurut bintang kelahiran…

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.


Hati seorang wanita…

0

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!


Wanita,Kau terlalu istimewa!

0
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Sunday, June 27, 2010


Pantai merdeka lagi..

0

Semalam lagi sekali pegi lepak kat pantai merdeka..bosan asyik memerap kt umah je..situ jelah tempat kami selalu lepak…ensuami ai..of course ni dia punya idea..lama dah tak mancing..nak lepas gian agaknyer..

Harith plak kalau dah jumpa air..biasa la..budak-budak kan..mesti sangat suke..jangan kata budak-budak..ni mak budak pun tumpang suka..

Rasa cam nak letak gambar2 kami semalam..tapi disebabkan maxis nyer conction ni…ala-ala tahap siput babi berjalan..langsung mati niat…


Kenapa jadi cmtu?

0

Korang selalu tak dengar orang putus cinta sampai nak bunuh diri bagai..frust menonggeng..sampai buat something yang kadang-kadang tak masuk akal..Nape jadi macam ni..

Korang penah dengar tak orang bercerai jadi frust tertonggeng-tonggeng cam orang putus cinta..Jarangkan kita dengar..Sepatutnya orang bercerai lagi frust dari orang bercinta..Sebab dorang dah ada hubungan yang sah..dah hidup sebumbung..dah berkongsi bagai..dah ada anak..

Saturday, June 26, 2010


Siot punya ayah

0
Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anakperempuan mereka hamil.

"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang siibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti didepan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan

untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata,

"Kalau camtu hang cuba le lagi."

Friday, June 25, 2010


Maaf kepada pemenang GA WM

0

Ai betul-betul nak minta maaf wat semua pemenang GA WM yang ai wat aritu..Ai masih lagi tak dapat nak send kat dorang WM tu.Puncanya,pc ai sakit diserang envirus..sangat kronik dan terpaksa masuk ward..Doktor kat ward tu janji tak petang ni esok baru siap..Segala khazanah kerja2 ai ada kat dalam pc ai tu…sori sangat-sangat yer kawan-kawan..Ai akan cuba send jugak dalam minggu ni..Sori sangat yek..ai dah rasa bersalah sangat kat korang..macam tak beretika plak rasanya wat korang ternanti-nanti..maaf yek…:-(


UPSR PMR PTPTN ?

0

Dalam minggu ni banyak duk bercerita pasal sistem pendidikan kita..mungkin nak hapuskan upsr..mungkin nak hapuskan pmr..mungkin limit kan pelajar yang dapat ptptn..

Sebelum ni kisah matematik ngan sains sekolah rendah dari malay ke english..pastu english ke malay..pastu tak tau..macam kelam kabut..kejap tu..kejap ni..tak tau mana yang baik..

Pada ai,ai cuma harap taraf pendidikan kita makin maju..dan bukan makin kelam kabut dan caca merba..

Dan lagi bagus kalau bagi free jer..nak free je kan ai ni..hutang malaysia pun tak tau banyak mana..lagi mau minta free…

Thursday, June 24, 2010


Award dari syaza

0

 


Dah lama ai peram award ni..cute mute jer..rs sejuk agaknye kalu duduk kat dalam tu..salji duk turun setiap masa..Tenkiu to syaza sebab ingat kat ai dan siap kasi award lagi..Kembang gitu ai..yelah ada orang ingat kat ai..patut la semenjak dua menjak ni ai asyik tersedak je..ada kena mengena ke..dan macam biasa la..lepas dapat award mesti la ada sesi intebiu2 bagai ni kan..

1. Sebutkan nama blog anda dgn kuat dan jelas
-macam mana nak sebut kuat  kat blog ni yek..tak reti-tak reti..

2. Sila cari nama orang Haikal Muzamel dan Fredy Ilyas
- ntah tak kenal pun..tapi syaza kata ni kawan-kawan kepada oarang yang tag syaza tu…iye ler kot tu..

3. Apakah soalan ketiga
-ni soalan ke pernyataan…isy..tak paham-tak paham..

4. Camna nak jawab soalan ini tanpa jawab soalan ini
-hah..grrrrrrr…

5. Tagkan menatang ni kepada lima orang yang telah tagkan anda menatang ni sebelum ini.
- waaaaaaa..peningla ngan soalan-soalan ni..macam wakenabeb tak jadii ja…

tuan-tuan blog yang bertuah untuk award ini ialah…jeng..jeng..jeng…..

1.http://www.frhnhsln.co.cc/

2.http://sayalahnilzaf.blogspot.com/

3.http://mellyanasara.blogspot.com/

4.http://sheypull.blogspot.com/

5.http://feelmyseoul.blogspot.com/

so, sape yg dpt award ni n nak publish kt entry sile amek kod award dgn klik di SINI

 


10 lelaki yang hidup memang asyik kira duit

1

Bila la agaknya ai ni nak termasuk dalam geng2 dorang ni..kira duit..dorang kira duit kertas..tapi ai duk kira duit syiling dalam tabung ja..agaknya dorang punya duit ni leh beranak kot yek..tu pasal jadi belambak semacam ja..tapi ai punya duit..lagi banyak guna lagi la cepat habis..tak penah-penah pun nak beranak pinak..tapi tak pa..biaq cukup makan pakai dah la…kat sana nanti tak kena banyak soal..kalau duit banyak ni memang senang kat dunia ni..nun nanti pi kat sana..susahnya..semua kena soal camna kita belanja duit kita yang banyak tu..

1. CARLOS SLIM HELU Nilai bersih: RM177.6 bilion Sumber: Telekomunikasi Negara: MexicoHARTAWAN telekomunikasi ini berpendapatan RM61.4 bilion setahun. Baru-baru ini mendapat kebenaran untuk menyatukan aset dalam syarikat talian tetap dengan American Movil, syarikat telefon bimbit terbesar Amerika latin. Derma RM216 juta untuk membiayai projek kajian dan perubatan genomik dengan bilionair Amerika Syarikat, Eli Broad.


2. BILL GATES Nilai bersih: RM176 bilion Sumber: Microsoft Negara: Amerika Syarikat HARTAWAN perisian komputer memiliki nilai harta meningkat RM43 bilion setahun berikutan peningkatan harga saham Microsoft sebanyak 50 peratus dalam masa 12 bulan, nilai syarikat pelaburannya juga bertambah. Lebih 60 peratus hartanya adalah daripada pelaburan di luar Microsoft, termasuk Hotel Four Seasons, Televisa dan Auto Nation.

3. WARREN BUFFETT Nilai bersih: RM156 bilion Sumber: PelaburanNegara: Amerika Syarikat HARTA pelabur kesayangan Amerika Syarikat ini yang meningkat RM33 billion dalam masa 12 bulan lalu berikutan peningkatan saham dalam Berkshire Hathaway berkata, negara itu berjaya menghadapi ekonomi ‘Pearl Harbour’ tetapi memberi amaran, pemulihan akan mengambil masa yang perlahan.

4. MUKESH AMBANI Nilai bersih: RM96 billion Sumber: Petrokimia, minyak dan gas Negara: India SYARIKATNYA, Reliance Industries, antara paling berharga di India, baru-baru ini membida sebanyak RM6.6 bilion untuk mendapatkan 65 peratus saham dalam sebuah syarikat minyak Kanada yang berdepan dengan masalah, Value Creations.Tawaran sebanyak RM49 bilion untuk membeli syarikat petrokimia, LyondellBasell, ditolak. Sejak September, syarikat itu menjual saham Perbendaharaan bernilai RM6.6 bilion untuk tujuan pemerolehan.

5. LAKSHMI MITTAL Nilai bersih: RM95 billion Sumber: Keluli Negara: India PENDUDUK London paling kaya ini menguasai ArcelorMittal, pembuat keluli terbesar dunia. Nilai keuntungannya bagaimanapun merosot 75 peratus pada 2009. Mittal memotong gajinya sebanyak 12 peratus ketika kemelesetan ekonomi. Keadaan ekonomi yang semakin pulih melonjakkan saham syarikat sebanyak satu per tiga tahun lalu.Memperoleh RM3.65 bilion selepas menjual kepentingannya dalam syarikat penapisan minyak di Kazakhstan Disember lalu.

6. LAWRENCE ELLISON Nilai bersih: RM93 bilion Sumber: OracleNegara: Amerika Syarikat HARTA pengasas syarikat Oracle ini terus meningkat. Saham melonjak hingga 70 peratus sepanjang 12 bulan lalu. Syarikat pangkalan data komputer itu membeli 57 syarikat sepanjang lima tahun lalu. Menamatkan pembelian Sun Microsystems pada Januari dengan harga RM25 bilion. Membeli BEA Systems dengan harga RM28.2 bilion pada 2008.

7. BERNARD ARNAULT Nilai bersih: RM91.28 billion Sumber: Barang mewah Negara: Perancis IKON fesyen ini paling kaya di Eropah apabila saham dalam syarikat fesyen pakaian mewah, LVMH, pembuat pakaian berjenama Louis Vuitton, Moet & Chandon meningkat 57 peratus. > LVMH terbabit dalam membangunkan hartanah di Shanghai, L'Avenue Shanghai, bersama bilionair Macau, Stanley Ho. Memiliki syarikat pelancongan, Go Voyages, syarikat pembuat kapal layar, Royal Van Lent; mempunyai saham dalam syarikat pasar raya Perancis, Carrefour.

8. EIKE BATISTA Nilai bersih: RM90 billion Sumber: Perlombongan, minyak Negara: Brazil KEUNTUNGANNYA tahun ini mencecah RM65 bilion. Anak bekas Menteri Perlombongan Brazil ini yang syarikat gergasi perlombongan Companhia Vale do Rio Doce memulakan kariernya menerusi perniagaan emas dan perlombongan. Bertegas mendakwa tidak mendapat bantuan bapa. > Membiayai jawatankuasa Sukan Olimpik Rio de Janeiro, membantu bandar raya itu memenangi pembidaan Sukan Olimpik 2016.

9. AMANCIO ORTEGA Nilai bersih: RM83 bilion Sumber: Perniagaan fesyen Negara: Sepanyol TERBABIT mengendalikan syarikat fesyen pakaian menjual pelbagai jenama, termasuk Zara, Massimo Dutti dan Stradivarius. Mempunyai 4,500 butik di 73 negara, termasuk kawasan baru di Mexico dan Syria. Mengadakan usahasama dengan cawangan Kumpulan Tata untuk menembusi pasaran India tahun ini. Membeli Cral Gables, menara pejabat yang kini menjadi ibu pejabat Bacardi USA.

10. KARL ALBRECHT Nilai bersih: RM78 bilion Sumber: Pasar rayaNegara: Jerman MEMILIKI pasar raya Aldi Sud, antara yang terbesar dan ternama di Jerman dan Eropah. Mempunyai 1,000 cawangan di 29 negeri di Amerika Syarikat. Anggaran jualan: RM123 bilion. Bersama dengan adik, Theo, memajukan kedai runcit ibu mereka menjadi pasar raya selepas Perang Duinia Kedua. Theo mendapat cawangan di utara Jerman dan negara Eropah lain.


Hide linkwithin kat main page blog

0

Hari ni ai nak share macam mana nak hide linkwithin kat main page blog bagi yang buat readmore macam kat blog ai ni.Maknanya linkwithin related post ni hanya terpampang bila korang klik kat readmore atau title entri.Nak lagi faham,tengok je contoh kat blog ai..kat main tak nampak kan link within,tapi bila korang klik untuk baca seterusnya(read more) baru la muncul related post link within kat bawah sekali area post footer tu.. Nak buat camni senang je,ikut step step kat bawah yek ;-)

1. Gi masuk kat www.linkwithin.com/ website ni.Isi apa yang patut..

1

2. Klik “Get Widget”.Pastu code akan kuar.Kat code tu ada korang punya uniq number, salin/copy kat notepad ke kat buku ke korang punya uniq number "site ID" tu.

1

3.Lepas dah salin/copy site id tadi,login ke akaun blog korang.

4.Klik Design –> Edit Html—>klik kat checkbox  "Expand widget templates" .

5.Search <div class='post-footer'>
6.Copy dan paste code kat bawah betul-betul sebelum  <div class='post-footer'>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<script>
var linkwithin_site_id = SITE_ID;
(function () {
var elem = document.createElement('script');
elem.type = 'text/javascript';
elem.src = 'http://www.linkwithin.com/widget.js?rand=' + Math.random();
document.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(elem);
})();
</script>
<a href="http://www.linkwithin.com/"><img src="http://www.linkwithin.com/pixel.png" alt="Blog Widget by LinkWithin" style="border: 0" /></a>
</b:if>

7. Gantikan “SITE_ID” kat dalam code tu dengan site_id yang korang copy tadi.

8. Pastu Save


Tips lajukan internet connection korang

0
1. Defaultkan wallpaper korang,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yangberwarna-warni ia akan membuatkan PC korang lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang korang fikir korang tidak mahu keluar pada masa korang start komputer korang.Semakin kurang yang keluar pada startup korang semakin lajulah proses permulaan komputer korang dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau korang ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet korang.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin korang sebelum menyambungkan connection korang ke internet. Tidak lupa juga History dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila korang connected internet lebih daripada dua jam,restart computer korang dan reconnect kembali. Jika korang terus melayari internet connection korang ke server akan mula drop dan korang akan mula terasa data/connection korang mula menjadi perlahan.

6. Jika korang menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver korang setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware korang diupdate kerana selalunya driver yang korang dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu korang haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini korang tidak perlulah terkejut apabila korang melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana korang telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet korang semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No..Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer korang..

9. Pastikan komputer korang sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer korang bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC korang walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa korang surfing kerana file yang banyak didalam hard disk korang akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.

Wednesday, June 23, 2010


Rahsia bila korang kentut…

0
ORANG TIDAK JUJUR
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

ORANG BANGANG
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

ORANG BERWAWASAN LUAS
orang yang tahu bila harus kentut.

ORANG SENGSARA
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.

ORANG MISTERIOUS
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

ORANG GUGUP orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum.

ORANG SADIS
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

ORANG PEMALU
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.

ORANG YANG STRATEGIK
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

ORANG BODOH orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.

ORANG PELIK orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

ORANG SOMBONG orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

ORANG RAMAH orang yang senang mencium kentut orang lain.

ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
orang yang kalau kentut sembunyi.

ORANG AKUATIK orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

ORANG ATLETIK
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

ORANG JUJUR
orang yang mengaku habis kentut.

ORANG PINTAR orang yang boleh menandai bau kentut orang lain. Nak tambah...

ORANG MALANG orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi...

Ai dapat baby baru..

0

mini-2010 008 mini-2010 001

Berhari-hari ai tunggu..last-last tadi baru ai dapat..ai dapat baby baru..comel kan..korang nak kata muka cam sapa..cam ai ke..mana boleh..mesti la muka cam ummi ngn abah dia..Nama baby ni Muhammad Hanif..Tahniah ai ucapkan kat kawan ai aka saudara kembar ai aka kakak angkat ai..Dan juga kepada ummi ngan abah hanif,selamat mencelik kan mata diwaktu malam yer..hehhehehhe..Hanif nanti datang jumpa ibu leeza yer..

Harith dah dapat kawan..tapi tahun bila nak jumpa pun tak tau..


Pasang hidden shoutbox

0

Ai seronok tengok blog-blog orang lain yang buat hidden shoutbox ni.Nampak kemas pastu jimat ruang.Ai pun dah berjaya buat kat blog ni tadi.Pada yang minat nak buat hidden shoutbox just ikut step-step kat bawah yer.Pada yang dah tau dan dah buat..korang pejam mata je yer tengok entry ni ;-).

Pasang Hidden Shoutbox Pada Blogspot

1) Login ke akaun blogspot korang

2) Klik Dashboard > Layout > Add Gadget > Pilih text/html

3) Copy code di bawah dan pastekan pada text/html tadi.

<style type="text/css">
#gb{
position:fixed;
top:50px;
z-index:+1000;
}
* html #gb{position:relative;}
.gbtab{
height:100px;
width:30px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url('http://sites.google.com/site/auracyber/img/tabs.png') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #2F3B07;
background:white;
padding:0px;
}
</style>

<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 30-w) : moveGB(20-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>
<div class="gbcontent">

Copy & Pastekan kod shoutbox korang kat sini ( tak kisah la shoutmix atau cbox )


<div style="text-align:right">
<a href="javascript:showHideGB()" tip="">
[close]
</a></div>
</div>
</div>

<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (30-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>





4) Last sekali save.



Pasang Hidden Shoutbox Pada Wordpress



1)Login ke akaun wordpress korang



2)Klik Dashboard > Appearance > Widget > pilih text



3)Copy code yang sama kat atas dan pastekan pada text tadi



4)Save kan.


Tips Menghidu Kecurangan Suami

0

1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? – teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.


2. Kekasih lama – tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.


3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan – tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah – memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.


5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!


6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka.


7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan.


8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa.


9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia.


10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka


11. Selalu lewat tidur – dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis


12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?


13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak


14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untuk menghubungi kekasihnya

Tuesday, June 22, 2010


Lagi bahaya facebook..

0

Hati-hati !!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di WALL, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini TAPI JANGAN DI LIKE :
http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts
Coba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu... Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah,
jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page 15r43L dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata 15r43L ada disana juga
Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist..
Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya..
tolong disebarin.
syukron.
(sumbEr dri group bErjuanglah, rEmaja islam!!)

Blog ai jugak dah masuk kat wall page ni kerana ai penah tulis pasal cara memboikot I5Ra3L ..

Semoga kita semua  berhati-hati ..


World Cup punya pasai..

0

Sekarang ni rata-rata orang sibuk duk layan world cup..tak yah kata orang la..kat umah ai en suami pun sama naik..aduss..sungguh bosan tak tau nak habaq laaa…semua team nak tengok..kalau dulu ai leh guna harith nyer kuasa tuk merebut remote tv..tapi sekarang…ooooooo…anakku itu sudah terkena demam bola jugak..siang malam asal buka tv “nak tengok gol..nak tengok gol..”asal tukar channel lain..dia ambik remote duk tekan-tekan konon nak cari channel bola tu..macam le dia tau channel tu duk nombor berapa..aduyai anakku…


Mana Satu Hakikat Perkahwinan Korang?

0

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan.
Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat…dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia. Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepadaALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat
meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.                      credit to:tentangcinta

Friday, June 18, 2010


Pesan buat bakal –bakal suami dan blogger lelaki

0

Tengok pada tajuk entri kali ni,memang betul-betul ai tujukan kepada bakal-bakal suami3122120579_89b1bf5e7a_o atau blogger-blogger lelaki yang akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi.

Yelah,sekarangkan musim orang kahwin,asal tiba sabtu ahad jer mesti ada jemputan.Tambahan pulak sekarang ni cuti sekolah,mau hari-hari korang dapat jemputan kahwin kan..

Okey,ai amat bermurah hati nak bagi petua untuk yang bakal nak jadi suami tu...Aisey..macam la ai ni pandai sangat kan...Yang sebenarnya petua ni ai dapat masa ai pergi kursus kahwin dulu..Ustaz yang bagi ceramah tu yang kasi kat kitaorang..

Korang jangan fikir yang bukan-bukan plak..ni bukan petua nak t__t....

K,sekarang ni kalau kahwin mesti ada upacara batal air sembahyang kan..so,mesti la ada adegan aku cium ko..ko cium aku..betul tak?

Masa korang bakal-bakal suami mencium dahi isteri-isteri korang,korang baca ayat ni sambil pegang ubun-ubun isteri korang..Pada  isteri – isteri pun baca la jugak yer doa ni time  cium tgn suami korang.

doa anak keluarga 25 al-Furqan_74

InsyaAllah,dengan niat baik korang..rumahtangga korang akan terpelihara..Amin


Jumaat penghulu segala hari…

0

Salam hari jumaat geng..kalau korang le kan,apa yang korang rasa bila hari jumaat..Kalau ai,ai rasa malas sesangat nak buat keje kat opis ni..sebab duk pikir sok sabtu..dapat cuti dua hari..Heran betul la..asal hari jumaat mesti jadi macam ni..Memang ai ni dipengaruhi perasaan negatif le dalam kepala otak ai ni..Korang tak kan..Korang rajin kan..Bagus korang,selalu-selalu le rajin yer..tak yah duk kira hari apa..Sepatutnya hari jumaat ni ai kena lebih bersemangat sebab hari ni penghulu segala hari..

 

Dan sebagai peringatan kepada ai dan korang semua;

(27-11-2009) -      Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) -      Tahun baru  hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) -      Hari krismas "hari Jumaat"
(01-01-2010) -      Tahun baru "hari Jumaat"
(26-02-2010) -      Maulidur rasul "hari Jumaat"
(02-04-2010) -      Good friday "hari Jumaat"
(28-05-2010) -      Hari wesak "hari Jumaat"
(10-09-2010) -      Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-08-2010) -      Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(05-11-2010) Depavali "hari Jumaat"
Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Masih adakah jumaat depan untuk kita?

“ Kalau dulu Baginda Rasullah SAW pernah berkata,jarak antara hari kiamat dan hari ini cuma seperti jarak antara jari telunjuk dan jari tengah.”

Zaman kita sekarang berapa banyak masa yang kita ada?Sudah bertaubat kah kita?Tanda-tanda hari kiamat juga dah banyak terjadi.Masih belum sedar kah kita?

Thursday, June 17, 2010


Istilah sex yang disalah faham..

0

Peringatan kepada semua.jangan salah faham yer pasal tajuk..bukan 18sx pun.Cuma sebelum kita bersembang pasal sesuatu,sepatutnya kita tahu dulu hujung pangkal topik yang nak disembangkan itu.Jangan ada yang kena “tu la.lain kali bagi salam dulu sebelum masuk” hehehhehhe…tersalah topik le..lain ditanya lain pulak dijawab..Tapi tu la adat kita manusia..Apa kata korang layan je cerita ni..sekali sekala boleh menghilang kan stress yang duk terperuk kat dalam badan korang tu..

 

garg-fin3 Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,
'Daddy.daddy .... sex tu apa, daddy ....?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka,termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..

 


SCROLL DOWN ....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Malas..

0

Tak tau nak kata apa dah..ai malas nak wat keje..kene wat chart flow..bosan wat benda alah ni..terbuntang biji mata ni duk perhati objek-objek ni..tulunnnnn…awat jadi macam ni..awat malas sangat ni…


Page navigation untuk blog

0

1Blog page nombor ni akan memudahkan menyenangkan pembaca blog korang  untuk meneroka ke dalam khazanah-khazanah blog korang berbanding dengan "Newer Post" dan "Older Post" link disamping meningkatkan pageview blog korang.Apa benda blog page nombor ni?Kalau nak tau function nya..Scroll down,kat bawah sekali tu ada pager macam gambar kat atas tu,korang klik-klik la situ..So korang leh ler faham ape function dia..Senang kan kalau ada benda tu..Nak pasang blog pager ni senang jer…

1) Login akaun blogger korang pastu klik Design > Edit Html

2) Jangan klik kat checkbox ‘Expand Widget’ tu tau..biar je kosong kat box tu.

3)Search (Ctrl+F) perkataan ni  ]]></b:skin>

4) Pastu perkataan tu dengan code kat bawah ni :

.showpageArea a {
text-decoration:underline;
}
.showpageNum a {
text-decoration:none;
border: 1px solid #cccccc;
margin:0 3px;
padding:3px;
}
.showpageNum a:hover {
border: 1px solid #cccccc;
background-color:#cccccc;
}
.showpagePoint {
color:#333;
text-decoration:none;
border: 1px solid #cccccc;
background: #cccccc;
margin:0 3px;
padding:3px;
}
.showpageOf {
text-decoration:none;
padding:3px;
margin: 0 3px 0 0;
}
.showpage a {
text-decoration:none;
border: 1px solid #cccccc;
padding:3px;
}
.showpage a:hover {
text-decoration:none;
}
.showpageNum a:link,.showpage a:link {
text-decoration:none;
color:#333333;
}
]]></b:skin>



5) Pastu search(ctrl+f) perkataan ni </body>



6) Gantikan perkataan tu dengan code kat bawah




<!--Page Navigation Starts-->
<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;item&quot;'>
<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;static_page&quot;'>
<script type='text/javascript'>
var pageCount=5;
var displayPageNum=5;
var upPageWord =&#39;Previous&#39;;
var downPageWord =&#39;Next&#39;;
</script>
<script src='http://blogergadgets.googlecode.com/files/blogger-page-navi.v1.js' type='text/javascript'/>
</b:if>
</b:if>
<!--Page Navigation Ends -->
</body>



7)Kemudian save kan saja template korang tu.selamat mencuba ;-)

5 Mitos Lelaki terhadap Perempuan

0

Ai nak share mitos fikiran lelaki terhadap kaum wanita yang selalunya salah sama sekali..Orang lelaki fikir lain,tapi kami orang perempuan ni niat lain..niat yang positif tapi dorang asyik sangka yang negatif-negatif jer.Jadi lepas blogger-blogger baca ni,dorang faham ler niat baik kami orang perempuan..hehehehe

Mitos 1: Kaum perempuan sering berasa tidak puas hati
Hakikat: Perempuan sentiasa mahu memperbaiki keadaan supaya lebih baik

Mitos 2: Kaum perempuan bercita-cita tinggi
Hakikat: Sebenarnya perhubungan kedua belah pihak lebih bercita rasa tinggi

Mitos 3: Kaum perempuan suka mengawal pergerakan kekasihnya
Hakikat: Perempuan lebih bersikap ambil berat dan lebih prihatin

Mitos 4: Kaum perempuan lebih mengada-gada
Hakikat: Perempuan suka dimanja dan diberi perhatian

Mitos 5: Kaum perempuan beremosi tinggi dan cepat sensitive
Hakikat: Perempuan lebih berjiwa halus

Wednesday, June 16, 2010


Top Commenters Widget for blogger

0
Jika blog korang memiliki pengunjung setia dan Commenters, jadi salah satu cara untuk menunjukkan rasa terima kasih korang pada mereka adalah dengan menambah dalam blog korang Top-Commenters widget dalam blog korang.
Menambah Top-Commenters widget adalah sangat mudah iaitu:-

Langkah 1:
Hanya login ke Blogger akaun korang.

Langkah 2:
Klik --> Layout -> Add a Gadget -> HTML / Javascript

Langkah 3:
Kemudian,copy dan paste code dibawah ke dalam pop-up HTML/Javascript window

<script type="text/javascript"> function pipeCallback(obj) { document.write('<ol>'); var i; for (i = 0; i < obj.count ; i++) { var href = "'" + obj.value.items[i].link + "'"; if(obj.value.items[i].link == "") var item ="<li>" + obj.value.items[i].title + "</li>"; else var item = "<li>" + "<a href=" + href + ">" + obj.value.items[i].title + "</a> </li>"; document.write(item); } document.write('</ol>'); } </script> <script src=http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?_render=json&_callback=pipeCallback&_id=
7b5e76fd684f11e94320abd4e00fbbca&url=http%3A%2F%2F
YOURBLOGURL.BLOGSPOT.COM&num=20&filter=YOURNAME
type="text/javascript"></script>



Langkah 4:
Save

Elak dating dengan wanita ini

0

1. Kawan baik kakak korang.
Kenapa? Ini kerana apabila permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti korang berselisih faham, semua rahsia korang akan dibongkarkan kepada kakak korang. Agak susah untuk korang mempertahankan diri bila ’diserang’

2. Setiausaha korang
Kenapa? Ini untuk bos-bos yang ada setiausaha le yer.Seperti sedia maklum, korang orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda bos, seterusnya berkahwin. Jika betul, korang keluar dengan setiausaha dalam masa yang sama, korang sudah berkahwin, korang memang mengiakan tanggapan orang lain.

3. Bekas teman wanita
Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perlulah korang keluar lagi kerana apabila putus, korang sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.

4. Teman wanita kawan korang 
Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah korang lakukan. Jangan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sesebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kalau kekasih korang diambil orang tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.

5. Wanita yang terlalu "demand"
Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ’demand’ kerana korang boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih korang demand, abaikan saja dirinya. ;-)


Award Special Dari Hafiq & Jiwa Kacau

0
award for sasa Ai dapat Sepecial Award dari Hafiq & JiwaKacau.Top bloger 2010..macam award yang redmummy dapat jer top perenting blogger.Macam kecil je ai ni nak dapat award cam gini.Thank you sangat kat hafiq & jiwakacau aka blur.Ok dah dapat award mesti la ada sesi interbiu plak kan..
1 . Ape kah name belog anda dn kenape anda memilih name itu ?
LoveJurnal of HazlizaHusaini’S Family panjang tu nama blog aii..
Ai pilih nama ni sebab ni nama keluarga kecik ai ;-)
2 . Apekah Link Belog Anda Sekarang dn Bagaimne boleh timbul idea untok menamakan nyeaa seperti itu ?
http://lovejurnal.com/ – url kena la bagi pendek sikit..takkan nak buh LoveJurnal of HazlizaHusaini’S Family.com kot kan..berjela-jela la plak..
3 . Apekah Method dlam penulisan anda ?
Ai guna bahasa rojak je kat dalam blog..sebab nak kasi relak dan seronok bila baca..seronok ke..tak tau lerr den..
4 . Pernah terase nak hapuskan belog anda ? Sbbnyeaa ?
Apsal nak hapus plak..oh tidak-tidak…biar jelah blog ai kat sini..nak berhabik ke bersawang ke..berhutan banat ke..nk delete..noooo..
5 . Pernah Tak Ahli Keluarge Anda Membace belog anda dan ape kate mereka ?
pernah kot..ntah le..en suami selalu le baca..harith selalu la tgk pic dia kt dlm blog ni..
6 . Ape perasaan anda apebile org lain mengatakan bahawe anda punyee belog ini burok sedangkan masih ade yg mengatakan belog anda chantek ?
ai ok jer..hati minat orang mn sama kan..
7 . Bilekah anda mempunyei belog ?
May 2009..itu wujud ler..tapi start aktif ai rasa ujung tahun lepas jer..
8 . Siapakah Orang Pertame Yang Mengetahui Anda Mempunyai Belog ?
ensuami je..sebab ai buat blog ni kat depan mata dia..;-)

9 . Ape perasaan anda apebile orang asyex mengatakan tentang belog anda di sekolah ?
Tak tahu ler..dah lama tak gi sekolah..dah berbelas tahun ai kuar dari sekolah..orang sekolah pun dah tak kuasa nak sembang pasal aii..
10 . 10 Orang Keatas Seterosnyeaa untok di Tag .
www.luvvalley.blogspot.com
http://www.pangkin4rest.com/
http://zanmyly.blogspot.com/
http://farhan-emily.blogspot.com/
http://zazalimiey.blogspot.com/
http://sufferedgezine.blogspot.com/
http://bspotgurl.blogspot.com/
http://zazazizizuzu.blogspot.com/
http://ceritadimataku.blogspot.com/
http://hatimamma.blogspot.com/

Tuesday, June 15, 2010


Nak blogwalking dengan cepat?

0

Korang nak blogwalking dengan cepat tak?sambil-sambil korang blogwalking..korang leh dapat point..Just join wawwi punya system..sangat efektif..dan sangat tersusun..

Sistem wawwi ni macam mlm la jugak..tu pasal leh dapat point bila kita blogwalking guna list yg ada dalam wawwi ni..Jom baca sikit penerangan pasal sistem ni

Wawwi Matrix BlogWalking adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx15 dan juga merupakan sistem Autospillover.

Matrik nx15
Sebagai contoh jika status akaun anda ialah Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah
Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger

Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalking sehari, anda sudah berpeluang mendapat 19 525 trafik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.
Anda pasti teruja menggunakan sistem ini dengan kedalaman sehingga level 15.

Autospillover
Apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.

Sistem yang digunakan:
MATRIK (nx15) + Autospillover

Sistem Mata (Point)
Fungsi mata ini adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.

Anda diberi 10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata (jika upline melihat blog anda) dan dari 5 mata hingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).
Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 20 senarai blog, dengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:

Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 15 Mata

Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 3905 blogger dengan purata klik ialah 10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata.

Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda dapat mata tambahan.

Jumlah Mata Sehari
3905 blogger x 10 blog dilawati = 39050 mata

Walaubagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama.

Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.
Sponsor secara langsung = 20 mata
Downline level 1 = 15 mata
Downline level 2 = 14 mata
Downline level 3 = 13 mata
Downline level 4 = 12 mata
Downline level 5 = 11 mata
Downline level 6 = 10 mata
Downline level 7 = 9 mata
Downline level 8 = 8 mata
Downline level 9 = 7 mata
Downline level 10 = 6 mata
Downline level 11 = 5 mata
Downline level 12 = 4 mata
Downline level 13 = 3 mata
Downline level 14 = 2 mata
Downline level 15 = 1 mata
Potensi Nilai Mata Referral
Lv 1: 5 x 15 = 75 mata
Lv 2: 25 x14 = 350 mata
Lv 3: 125 x 13 = 1625 mata
Lv 4: 625 x 12 = 7500 mata
Lv 5: 3125 x 11 = 34375 mata
Jumlah keseluruhan:  43924 mata

Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan tinggi kelak.

Pendapatan Sambilan
Sambil blogwalking dengan Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata sebanyak mungkin kerana fungsi di masa-masa akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.

Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog.
Sila naiktaraf status akaun anda untuk menikmati trafik yang lebih berganda lagi.
Jika anda meminati widget ini, silalah ikuti perkembangan semasa widget ini melalui Twitter dan Facebook kami.

Cara korang nak register ni senang jer..contoh ai bagi network list ai punya k..

1) Korang pegi ke network list ai kt bawah chatbox ai tu.. 1

Korang isi field tu nama blog korang dan semua macam yang diminta.dah habis klik kat BLOG/GET CODE.Field ni hanya akan kuar kat network list ni pada blogger yang belum lagi register widget ni.

REF = Downline kita pada level 1. Jumlah REF depend on account kita.

LV = Upline kita.

3)Klik kat perkataan ni[ BLOG/GETCODE ]2

4)Copy code dalam tu dan pastekan kat dalam HTML sidebar blog korang.

5)Selesai la sudah..Untuk mendapat point..korang leh la mula blogwalking dengan mengklik keblog-blog dalam network list korang.Image katbawah akan muncul tiap kali korang klik blog dalam network list korang.Klik je kat “Finish” untuk korang dapat point.4

5) Kalau korang nak cek akaun korang..berapa point korang dapat..berapa RM korang dapat.Korang klik kat nama korang kat atas sekali dalam network list tu.

3


Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

0

hands Korang tau tak gerak jari korang ada memberi sedikit gambaran tentang personaliti diri korang. Macam mana nak kenali personaliti korang dari gerak jari?

Memicit atau memegang hidung
- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.

Meletak tangan pada bahu kawan
- Suka ikut kepala sendiri.
- Pentingkan diri sendiri.
- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.

Bermain dengan tangannya
- Mempunyai tahap humor yang tinggi.
- Pandai berjenaka.
- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
- Jenis 'open minded'.

Mematahkan jari jemarinya
- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
- Gugup dan gementar bila berbicara.
- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut
- Suka berkhayal.
- Sukar diperdayakan.
- Keras kepala.

Menongkat dagu
- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
- Suka mendengar masalah teman-teman.
- Setia dalam persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja
- 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.
- Peramah.
- Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan
- Ramah dan berfikiran matang.
- Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

Memutar cincin
- Sangat menepati janji.
- Berhati-hati dlm tutur kata.
- Gemar hidup yang teratur.

Jadi, bagaimanakah gerak jari korang?

Monday, June 14, 2010


Kamu orang ape???

0

Siapakah orang yang sibuk? 

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaimanan a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..


Banner free..

0
bannersiapp
Miss Lin sangat baik hati sebabnya dia telah membuatkan ai satu banner..pastu dia leh kasi plak satu ruang kat blog dia untuk letak kita punya banner..Tenkiu lin..ai sangat suka ini banner..Korang yang nak banner jugak..korang leh gi blog lin..n dia leh tolong watkan..korang cakap je korang nak macam mn..dia akan realisasi kan untuk korang

Perasaan blogger

0

Bila sebut pasal perasaan..macam-macam perasaan ada kat muka bumi ni..kalau tertumpu kat blogger jer..macam-macam perasaan jugak ada..Tapi ai heran jugak..nape nak ada perasaan negatif dalam berblogging..nape nak kena dengki mendengki dalam berblogging..masih tak ada jawapan dan masih tinggal tanda tanya..Ntah la..hidup kat dunia nyata pun susah..hidup kat alam maya ni pun susah..ada saja benda tuk mereka pertikaikan..

 

Ai dah mula nak beremosi..gantung duluuuu…salam


Petua Rasulullah Membina Keluarga Bahagia

0

Banyak lagi sunnah Rasulullah saw yang boleh dilakukan oleh suami isteri. Antaranya pasangan suami isteri digalakkan mandi bersama- sama. Untuk menambahkan kemesraan maka salinglah memandikan.Begitu juga isteri yang berada dalam keadaan lemah seperti dalam pantang selepas bersalin alangkah bahagianya jika dapat dimandikan oleh suami. Walaupun perkara ini ringan tetapi ia perlu diwujudkan supaya kasih sayang berkekalan.


Dari Aisyah ra,"Aku berulangkali mandi bersama Rasulullah dari satu bajana. Tidak lebih daripada aku menuangkan air tiga kali tuang di atas kepala aku."Selain mandi bersama, suami isteri juga digalakkan membersihkan diri bersama2 termasuklah mencukur bulu ari2, menggunting misai dan memotong kuku bersama2.

Membelai antara satu sama lain
Setelah beberapa tahun berada di alam perkahwinan jarang suami isteri yang suka pandang memandang. Sedangkan sebelum berkahwin dahulu pandang memandanglah yang menambat rasa cinta mereka. Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga membalas pandang kepadanya, maka ALLAH telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat. Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari celah2 jari mereka berdua" (Riwayat Tarmizi) Suap-menyuap juga membawa kesan romantis jika dipraktikkan dalam hubungan suami isteri.Namun semuanya ini makin dilupakan bila jejak ke alam rumahtangga. Perkara2 yang tidak bersalahan dengan syarak tidak salah diamalkan jika ia membawa kebahgiaan. Antara lain yang boleh dilakukan bersama oelh suami isteri - menyikat rambut suami atau isteri. Dari Aisyah ra berkata "Pernah aku menyikat rambut Rasulullah saw." Ucapan manja, lemah lembut diiringi dengan ciuman. Sabda Rasulullah saw:"Hendaklah ia mendahului dengan lemah lembut dengan kata-kata dan ciuman."

Bersukan
Bersukan juga elok dilakukan bersama2 keluarga. Islam amat menganjurkan umatnya supaya bersukan. Rasulullah saw sendiri pernah berlumba lari dengan Aisyah. Jika tidak mampu melakukannya diluar rumah, cukuplah melakukan senaman ringan di dalam rumah untuk beberapa minit.
Itu sudah memadai sebagai ubat untuk melegakan ketegangan dalam rumahtangga. Fikiran yang cergas berpunca dari badan yang sihat.Terlalu banyak ibadah yang boleh dilakukan bersama oleh suami isteri. Contohilah rumahtangga Rasulullah saw. Sesungguhnya apa yang iamalkan oleh Rasulullah saw dalam rumahtangganya itu merupakan jaminan kebahagiaan.