Tuesday, April 27, 2010


Live dari kampung

8

Live dari kampung…terpaksa ambil emergency leave sebab ape…bukan sebab saya malas nak kerja yek..tapi memang le saya malas nak kerja..tapi tak de la sampai nak ambil cuti..Kerja melambak weh kat atas meja saya nun..

Sebenarnya,adik MIL saya ninggal..adik MIL saya tu bapa sedara ensuami saya..Dapat berita petang semalam..terus ambil half day..

Arwah pakteh dah lm sakit..sakit jantung..Arwah meninggal kat IJN.Lepas operation kali kedua,exceli arwah dah nampak sihat..Tapi mungkin dah sampai masa..

Urusan bawa balik arwah ke kampung semua diuruskan PDRM.Arwah salah sorang anggota PDRM.

Diharap semua yang membaca dapat mendoakan arwah dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah..

Terima kasih semua..

P/S: Maaf pada semua yang blogwalking kat sini..saya tak dapat lagi nak buat kunjungan ..

Sunday, April 25, 2010


7 sebab cinta tak dihargai

9

1) TIDAK TAHU APAKAH MAKNANYA CINTA..
Ada juga yang ingin bercinta tetapi tidak tahu apakah maknanya sebuah percintaan. Selidiki dahulu images (1) adakah kamu benar-benar memahami konsep cinta atau pun kamu perlu mempelajari makna disebalik cinta dahulu.
2) TIDAK TAHU MENGHARGAI NILAI SEBUAH CINTA
Bukan semua orang yang tahu menghargai nilai sebuah cinta. Cinta sering dianggap sebagai bahan kajian sama ada kita boleh melaluinya atau pun tidak. Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak ia akan membakar diri sendiri.
3) HANYA SEKADAR SUKA-SUKA
Suka-suka untuk bercinta sering terjadi pada individu yang suka bertukar-tukar pasangan.. Jika suka, kamu akan mendekati dirinya.. Bila sudah jemu, mulalah timbul perasaan benci lalu kamu menjauhi dirinya.. Mengapa? Tanya sama hati!
4) TERPENGARUH
Terpengaruh dengan janji-janji manis si dia dan begitu mudah menyerahkan cinta bukanlah satu perkara yang boleh dianggap lewa. Hanya kerana terpengaruh, kamu menyerahkan cinta pada si dia tanpa berfikir, adakah benar kamu menyintai dirinya.
5) TEMAN KESUNYIAN.
Sering kali seseorang individu yang kesunyian setelah putus cinta akan cepat mencari pengganti. Sukar untuk hidup sendiri, bosan dan sentiasa mahukan teman membuatkan seseorang mudah meraih cinta. Cinta seperti ini bukan mudah untuk bertahan lama kerana tidak mengenali si dia dalam jangka masa lama dan terus mengikat janji.. Kesudahannya, kamu juga yang menyesal kerana tersalah pilih..
6) SAINGAN ORANG LAIN
Semata-mata mahu menyaingi orang lain terutamanya teman-teman rapat, kamu ingin sekali mencari kekasih.. Bila sudah ada kekasih, bolehlah menunjuk-nunjuk saham kamu juga laku.. Adalah “point” kamu untuk berkata, “Hei! Aku dah ada makwe/pakwe tau!?”pada teman-teman.
7) BERPURA-PURA..
Berpura-pura menyayangi si dia atas dasar simpati, tekanan diri keluarga atau pun ingin mempergunakan si dia untuk kepentingan kamu.. Contohnya, kamu mendampingi si dia kerana wang dan paras rupanya yang kacak/jelita atau pun keluarga yang ingin menyatukan kamu dengan dirinya membuatkan kamu terpaksa berpura-pura menerima si dia? HIPOKRIT kah itu!!?


Nikmat hidup bujang..

6

  IMG_0663     IMG_0669 IMG_0670    

Belek2 folder gambaq dalam pc tadi..terjumpa gambaq2 budak-budak bujang ni..salah sorang dari dorang ni ada kena mengena dengan saya..Tu pasal boleh tersesat gambaq dorang kat sini..

Tengok gambaq dorang…hepi kemain kan..ape tak hepi pulak kan…dh nama bujang..mesti la hepi..nak duit..mintak ja kat parent..confirm parent huluq ..nak topup minta jugak kat parent…parent tolong topupkan..nak isi minyak motor..minta jugak kat parent..parent tolong isi kan..Nak kuar jumpa awek pun minta duit kat parent…Senang betui hidup kan…Cuba ko dah kahwin..boleh ko suka –suka hati nak minta camtu…tak pasal-pasal gedegangggggg kt atas kepala ko nanti…

Saturday, April 24, 2010


Posisi Hubungan Seks Yang Terbaik Selama Kehamilan

3

Bila hamil bukan bererti  tidak dapat melakukan hubungan seks lagi. Hubungan suami isteri tetap dapat dilakukan selama sembilan bulan kita hamil.Tapi 3 bulan pertama hamil,lebih elok kalau kita kurangkan hubungan seks.Takut berlaku sesuatu yang tidak kita ingini.make-love


Tetapi pada saat kehamilan sudah semakin membesar maka perut pun akan semakin besar dan saat itu jika kita melakukan hubungan seks,kita perlu melakukan dan mencari posisi seks yang selesa untuk melakukan hubungan seks ini.


BEBERAPA POSISI HUBUNGAN SEKS TERBAIK SELAMA KEHAMILAN:
• Posisi wanita diatas. Posisi ini yang paling selesa untuk kebanyak ibu hamil terutama kerana wanita hamil dapat mengontrol kedalaman penetrasi.
• Posisi duduk. Posisi ini biasanya pada kehamilan pertengahan atau trimester kedua dimana tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan wanita duduk diatasnya saling berhadapan atau membelakangi suami bila perut sudah sangat besar. Posisi ini juga membolehkan wanita untuk mengontrol kedalaman penetrasi.
• Posisi suami diatas tetapi berbaring hanya separuh tubuh.
• Posisi berlutut atau berdiri.
Yang paling penting dari semua posisi seks selama kehamilan ini adalah jangan meletakkan berat badan suami ke perut ibu hamil selama hubungan seksual atau kurangkan tekanan diperut ibu hamil.
Yang  harus kita ingat, hubungan seksual dapat menjadi salah satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, kebersamaan, mengeratkan perasaan dalam hubungan suami isteri. Tetapi jangan pula menjadikan hubungan seks sebagai peranan paling penting  dalam membentik hubungan suami isteri. Kita juga dapat menyatakan perasaan kasih sayang dengan berkomunikasi, berpelukan atau ciumantanpa harus melakukan hubungan seksual. Yang terpenting mencuba untuk saling mengerti keinginan pasangan dan menjaga kesihatan isteri yang sedang hamil.


Loved so important to me…

2
We are loved by so many people around us. They might be our parents,husband,wife, friends, lovers, hug or mother who gave birth to us. It doesn’t matter if you are great or normal; no matter where you are, your mother is always the one who loves you so much, friends always cheer you up when you feel sad, and lovers build up a happy family with you to keep your heart warm.
My parents are the most important person to me, even though I am far away from my home.We like to talk with each other everyday. When I hear their words, I can calm down and feel safe.  They encourage me to be a brave girl though they wish I am the little girl and the sweetheart forever. They always tell me do not worry about them even though they face so many unhappy things. My family is my precious treasure forever.
Now so many people think that money is the most important thing in our daily lives. images (1) Sometimes that is true. If you are a millionaire you can buy whatever you want. However you must know that money can not buy happiness and love. I can lose anything, but I am sure I will not lose my love.
To my parent,my hubby,my son,my family,my friends,my followers and you who read this entry..i love you so much..may Allah give you love & happiness in your life.Amin.. ;-)
Without all of you..i am nobody..

Bila hati tengah rindu..

0
Salam hujung minggu..bila hujung minggu selalunya macam-mavcam planning kita wat …pada yang dah berkahwin mesti nak habis kan masa bersama famili..anak isteri suami kan..pada yang bujang of course nak habiskan masa dengan mak ayah..tak pun kengkawan..dan pada yang tengah hangat bercinta mesti nak dating meting kan dengan girlfren boyfren masing-masing kan..Jangan pulak ada yang sanggup nak berdating meting ngan girlfren boyfren kawan sendiri plak..Tak baik tu..sian kat kawan sendiri tu…nanti tak pasal-pasal kawan korang keluar ayat..”harapkan pagar pagar makan padi”.. HeartStethoscopePhoto

Macam mana pulak pada yang tak de planning nak gi mana-mana..mesti terpruk je kat rumah macam saya ni..bila terperuk sorang-sorang kat rumah macam ni la jadi nya..hati mula menyanyi..hati mula berbicara…hati mula terasa rindu..rindu pada siapa?rindu pada semua..pada mak ayah..pada en suami..pada sicomel ..pada kawan-kawan..semua ..semua saya dah rasa rindu..bila rindu dah mula membuak-buak..mula le terasa sunyi pulak..bila dah sunyi mula nak rasa sedih pula..semuanya mula dari hati..

Mesti korang pelikkan…tapi lantak ler..sekali sekala nak jugak saya ayan perasaan macam ni…mana anak saya..hmmmm..pengasuh nay dah angkut dia gi jalan-jalan..nape le dorang tak angkut saya sekali..tak de huru hara hati saya dibuatnya..mana en suami saya…orang berkhidmat untuk krajaan ..kena la kerja kan..mana saya…ermm saya dah hanyut di buai perasaan rindu….

gantunggggg…dah megarut banyak sgt ni..hepi weekend semua penduduk malaysia..moga korang tak huru hara macam aku ;-)

Friday, April 23, 2010


Ape hal nak kata orang tak cantik..

14

Sekadar  sembang kosong..apa korang akan rasa bila ada yang kutukimages (1) atau pun kata korang tak cantik..Hehehhee..mesti ada yang tak kisah..dan yang pasti ada jugak yang akan hangin ..apehal plak nak kutuk muka orang..kau tu cantik sangat ker..dan mesti ada jugak yang terus merendah diri langsung angkut punggung..blah dari situ..kan..

Berapa ramai orang yang tak berapa cantik pada pandangan orang lain,tetapi masih mampu mempunyai kekasih..Pelik tak..Macam mana kekasih dia boleh terima dia wal hal dia tak cun pun  macam erra fazira..Itu lah..bab-bab cantik ni..xpayah la nak susah-susah hati..Ape kau yang pilih ke nak rupa macam ni.. Isy..siy..ingat ler..kita semua ni pinjam je dari Allah..dari duk mengutuk orang kata tak lawa..pastu duk puji diri bangga diri cakap lawa..lebih elok le kalau kau gi buat sujud syukur kat Allah..ucapkan terima kasih sebab kasi muka kau macam tu..Dapat jugak kau point untuk kat sana nanti.

 

687836650_19e7c8e81d_o Dan apa yang penting..setiap orang ada persepsi dia sendiri pasal cantik.. Ada orang anggap
hidung yang mancung tu cantik, ada orang plak cakap hodoh amat. Ada orang suka rambut panjang menguraisebab nampak cantik, tapi ada orang pulak nampak pakai tudung lagi nampak cantik.
Seksanya hidup kalau kita nak turut semua kehendak orang lain untuk jadi cantiik.

Jadi, tak payah la korang nak tensen nak susah hati nak berkurung dalam bilik bila ada yang kata korang tak cantik..korang tak tampan..tak lawa..tak hensem...Korang tetap cantik dimata orang tersayang dan di mata Allah SWT..yang penting jaga kecantikan dalaman kita..hati cantik..semua mesti cantik..betul tak…  erm…tak pe..saya jawab sendiri..betulllllllllll..


Tip muslimah cemerlang dunia & akhirat

5

Muslimah…engkau hamba Allah, engkau anak, engkau ibu, engkau isteri, engkau menantu,muslimah2 engkau mertua, engkau pekerja, engkau majikan, engkau ahli masyarakat! Terlalu banyak peranan mu. Sudah tentu juga banyak pahala yang menanti mu. Semoga tip di bawah dapat sama-sama membantu dan mengingatkan kita para Muslimah mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Engkau sebagai hamba allah

1. Menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya kerana ia adalah tiang agama. Tidak sempurna iman seseorang tanpa sempurna solatnya.
2. Lebih afdal solat di rumah terutama di kamar. Memanfaatkan waktu untuk ibadat terutamanya pada malam hari yang penuh ketenangan.
3. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan.
4. Berusaha melakukan solat dengan penuh khusyuk. Salah satu caranya dengan memahami ayat Al-Quran yang kita baca.
5. Sentiasa menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita.
6. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.
7. Banyak membaca Al-Quran dan berzikir untuk mencari ketenangan nan berpanjangan.
8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut.
9. Menjaga makan dan minum serta memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat.
10. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya.
11. Pada minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita. Kenangkan kembali dosa-dosa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah- olah tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepada-Nya.
12. Jangan sesekali melakukan syirik kecil seperti riak.
13. Menjalin hubungan yang baik dengan Allah.
14. Menjalin hubungan yang baik dengan manusia.
15. Jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.
16. Ikhlas bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah dan banyakkan berselawat, percaya dan yakin atas semua yang disampaikan Rasulullah.
17. Mempunyai keperibadian yang dibentuk oleh al-Quran dan sunah.
18. Menghindari kehidupan jahiliah.
19. Mengehadkan dirinya pada sumber pemikiran murni.
20. Hanya bersahabat dengan wanita yang baik.
21. Boleh menjadi contoh bagi wanita lainnya dan sentiasa bersyukur.
22. Menghormati para ulama dan mujahid.
23. Iffah – mengawal diri daripada menuruti hawa nafsu.
24. Menjaga diri daripada tingkah laku tidak senonoh.
25. Tabah menghadapi segala dugaan dan musibah yang menimpa.
26. Memelihara diri daripada segala yang dilarang agama.
27. Malu dalam segala perkara batil.
28. Berbuat baik kepada anak yatim dan orang miskin.
29. Memberi salam kepada orang lain, menziarahi orang sakit.
30. Bersabar dengan kerenah orang lain dan elakkan sikap pemarah.
31. Ikhlas dan reda menerima keputusan Allah setelah berusaha dan bertawakal.
32. Bersederhana dalam berbicara, berpakaian dan tidak bersikap zuhud (berlebihan mengenai dunia) sehingga melupakan akhirat.
33. Menjaga kesempurnaan amal perbuatan
34. Menjadi insan yang mudah memaafkan dan menjauhi sifat tercela.
35. Jangan jadi orang yang pemalas dalam pekerjaan mahupun beribadat.
36. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
37. Suka menghasut sebaliknya perlu sentiasa berbaik sangka.
38. Sentiasa bermuhasabah, sikap menyedari diri dan usah mudah berputus asa.
39. Elakkan rasa takabbur dan jangan melakukan sesuatu untuk mendapat kepujian.

Credit to Majalah Nur (karangkraf)..Sape nak baca lagi banyak info,beli ler Majalah Nur.. :-)

Thursday, April 22, 2010


9 rahsia tidur si manja

3

Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata.

Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia. Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya.

1. Wudhu
Rutin biasa yang biasa diajar oleh kebanyakan ibu bapa sebelum membenarkan anak masuk tidur ialah membersihkan diri dengan menggosok gigi dan membasuh kaki. Namun, ada baiknya jika anak anda turut dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Apabila anggota tubuh bersih, insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan. 

2. Berdoa
Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah lazim seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum baginda tidur. Antara surah-surahnya ialah Al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Naas, Al-Falaq dan lain-lain. Selain itu ajar dia membaca doa sebelum tidur. Tujuan utama amalan penting sebegini ialah untuk menjauhi dia daripada gangguan syaitan sewaktu tidur.

3. Baca buku
Mengikut ramai pakar motivasi, masa tidur adalah waktu yang paling untuk ibu bapa mendekati anak. Ini dapat dilakukan dengan membacakan buku-buku cerita teladan. Daripada situ, gunakan kreativiti tersendiri untuk menonjolkan mesej-mesej baik daripada cerita berkenaan agar ia dapat dijadikan tonggak hidup si kecil.

4. Bisikkan doa
Ibu bapa digalakkan untuk berdoa ketika anak hampir melelapkan mata. Amalan ini penting kerana dipercayai ketika ini sebagai antara waktu-waktu doa mudah dimakbulkan. Sambil berdoa, usap ubun di kepala anak anda dan ramas lembut jari-jarinya.

5. Ungkapkan sayang
Ketika anak dalam keadaan ?tidur-tidur ayam?, dengan sepenuh hati katakan anda sayang kepada si manja. Selain itu, luahkan apa sahaja pujian-pujian agar dia tahu anda sentiasa menyayangi dirinya. Ketika manusia dalam keadaan ?tidur-tidur ayam? otak kanan masih bekerja. Jadi, apa sahaja yang anda perkatakan, ia akan melekat di minda si cilik.

6. Posisi
Posisi tidur yang baik seperti saranan Rasulullah adalah tidur di sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan). Sementara itu, posisi yang paling perlu dihindari ialah tidur dalam keadaan meniarap.

7. Mohon maaf
Jika sebelum si kecil tidur, anda tanpa sengaja memarahinya, ambil peluang sebelum dia melelapkan mata untuk meminta maaf. Jadikan amalkan untuk kedua-dua pihak saling memohon maaf antara satu sama lain. Tidur tanpa meminta maaf dan memaafkan akan menyebabkan dendam itu tersimpan di otak kiri dan dikhuatiri ia boleh menjejaskan peribadi anak anda di kemudian hari.

8. Ciuman
Janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan dia untuk bersalam dan mencium anda sebelum lena. Cara sebegini bukan sahaja dapat dijadikan simbol anda sayangkannya malah turut membantu di tidur dengan nyenyak kerana dia tahu anda sentiasa berada di sisinya.

9. Doa
Sesudah bangun tidur, si anak hendaklah diasuh untuk sentiasa membaca doa. Amalan ini dapat menyucikan hati daripada sifat-sifat yang negatif. Malah, dengan cara sedemikian, ia dapat membersihkan hati kesayangan anda itu daripada perasaan yang tidak baik.


Makeup..makeup..makeup..

3

Saya nak tanya nie..boleh ker..hehhehe..ape hal yek..nak tanya ..tanya jelah..hehheh…buat suspen je yek..Just nak tanya..ada ke wanita or lady or perempuan yang tak suka pada beauty..angkat tangan cepattttt…

Mana ada kan..lagi-lagi yang dah kahwin and ada boy fren tu..mesti la nak cantik-cantikkan..Nak bg dorang puji kita lawa..tul tak..ups..ada yang tak nak ke suami sendiri puji lawa…saya nak jer..hahahhha..tapi susah sgt nak dgr pujian gitu dr en suami saya tu..nape eak..buat tanya plak kan..sedar-sedar sendiri la leeza oii..awak  tu tak lawa pun…macam mana en suami awak tu nak puji..kekkekke…den dah sedar diri dah..tapi sekarang ni saya memang tersangat malas nak makeup-makeup bagai ni..harapkan time gi keje jelah..tu pun tompok2 bedak kat muka 2 3 kali..then dah..pakai lips skit..baju pun dah malas nak beriron..pakai tshirt ngn jins apret.dah g keje…nak kata pembawakan budak..saya tak ngandung pun..huwaaaa..apa nak jadi ni..semua benda saya dah malas sekarang ni..

Picture 050  Picture 047

Picture 048

Picture 049

Kalau la saya dapat sponsor dari Lissa..Tiap2 pagi sebelum g keje..dia datang siapkan saya..makeup kan saya..alangkah bahagia nya hidup saya ni..hehhehhe..Agak-agak dia layan tak..Dia makeup cantik tau..nampak natural..kalau korang nak tengok orang yang dia dah makeup kan..Gi la menyemak kan blog dia tu(Lissa).Dan pada yang malas..sini saya tempek kan salah satu gambaq dari blog dia..minta izin ya cik tuan rumah..

 DSC03018

 DSC03032

 DSC03036

 DSC03053

Macam mana..cun tak dia makeup..ha..kalau korang nak dia makeup kan muka korang tu..contact la dia..dia ngah baik hati tu nak kasi diskaun..Saya pun nak jugak..tapi jauh bebeno duduknya..saya kat utara..dia plak kat selatan..pada korang yang ada apa-apa event atau sesaje nak mencantikkan muka and duk kat kl ke selangor ke..leh la merisik dia..Nak contact dia..pegi sendiri le kat blog dia tu..takkan semua saya nak suap..hehhehhe…


Tanda-Tanda Saat Kematian

3

Tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud .Cuma amalan dan94 hm28-1 ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalahkubur di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

 

Wednesday, April 21, 2010


Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah

2

Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.

Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.

Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.

Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.

Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:

1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!

3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.


Ibu Bapa Cemerlang

1

Tegas
Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan ibu-bapa lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.

Berakhlak mulia
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Pepatah Melayu juga pernah menyebut : “Bapa borek anak rintik“. Kita tidak mahu menjadi seperti “Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul“.

Mengambil berat terhadap keluarga
Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak.

Komitmen yang tinggi
Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja.

Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan.

Yakin terhadap diri sendiri
Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih baby berkesan. Ingat “bagaimana acuan, begitulah kuihnya“.

Konsisten dalam melakukan sesuatu
Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya.

Pemikiran yang kreatif dan positif
Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga.

Boleh diharap
Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan.

Sentiasa bertenaga
Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Sentiasa bersemangat
Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif.

Mudah mesra dan penyayang
Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada Holding Hands segala penyakit dalam rumah tangga.

Pandai mendengar dengan berkesan
Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan.

Sentiasa bekerja kuat dan smart
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak.

Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci.

Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut.

Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan.

Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Bermotivasi tinggi
Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja setiap masa dan ketika

Optimistik
Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan.

Mempunyai perancangan yang rapi
Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat memastikan semua ahli dalam keadaan selesa.

Gigih
Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal. Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan.

Sikap mental yang positif dan kreatif
Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapasolat-berjemaah hendaklah sentiasa mempunyai sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga.

Kepantasan bertindak
Membuat keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Imej diri yang cemerlang
Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman.

Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga. Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi dan dihormati.

Pandai bergurau
Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga.

Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang lainnya.


Semoga Allah Mencucuri Rahmat KeatasMu Dik

7
Bismillahirrahmanirahim..
Petang semalam lepas saya balik dari kerja..macam saya pegi ambik harith kat rumah pengasuh..Dan macam biasa soalan harith bila nak balik rumah “papa?”.saya pun jawab”Papa ada kat rumah”wah dia dah excited nak balik bila dengar papa ada kat rumah..turun tangga pun laju-laju jer..
Pastu sampai kat rumah terus ajak papa main PS2..erm..papa dah berjaya menghasut anak supaya sukakan PS2 jugak..Jadi saya dah tak leh nak bising lagi ler..Dalam kul 7,papa ajak harith gi beli makan..Pastu rumah saya dah sunyi,telah saya tinggal sorang2 nak bising ape kebendenye kan..
Tiba-tiba saya dengar orang kecoh-kecoh,pastu dengar ada orang meraung..saya dah pelik..apa yang tak kena ni..Takkan orang nak gaduh time-time nak masuk maghrib ni kan..Saya rasa tak sedap hati,terus buka pintu nak tengok apa sebab apa jiran-jiran kami kecoh-kecoh..
Ya Allah,Adik fiza accident..Innalilahhiwainnailaihirajiun…arwah meninggal ditempat kejadian..
Saya dah risau,papa dengan harith keluar lum balik-balik lagi..Fikiran ni dah fikir macam-macam..Dengan tengah sedih dengar cerita dari Kak Ina jiran saya pasal fiza..tak pernah-pernah arwah nak naik moto..tapi petang semalam,dia sangat2 teringin nak naik moto lepas sekolah ptg semalam..tak tau dia nak kemana..dia sanggup pergi nak pinjam dari jiran-jiran kami..2 3 orang jiran kami tak kasi,yelah sebab dia tak ada lesen..Tapi akhirnya..mugkin dah masa dia untuk bertemu Allah Yang Maha Esa..Kita hanya merancang..belum sampai sejam dia kuar dengan motor tu..Mak dia terima berita sedih tu..Mak mana kat dunia ni boleh terima anaknya pergi dulu dari dia..
Papa dengan Harith selamat sampai ke rumah..rupa nya papa terpaksa ikut jalan jauh untuk sampai ke rumah kami.Sebabnya jalan jam pasal xcident tu..Semalam di jalan tu ada dua xcident..sangat bahaya jalan tu,dah banyak kali orang kat situ buat surat suruh tutupkan sekolah depan jalan tu..Dah banyak kematian kat jln depan sekolah tu..Tapi masih tak ada penyelesaian..
Takziah kepada keluarga arwah..Semoga meraka diberikan kekuatan menempuh ujian Allah ni..
Alfatihah..

Tuesday, April 20, 2010


9 Sifat Perempuan Yang Menjadi Perhatian Lelaki

6

1828899Wahai kaum Adam..benarkah sifat-sifat dibawah ni menjadi pujaan hati kalian semua..Sangat susah rasanya kaum hawa ni nak maintain kan semua sifat-sifat tu..Kalau semua sifat tu ada dalam siri seorang wanita..Saya tabik spring la kat sini..memang betul-betul perfect la wanita itu..Sebab apa ya..sebab saya pun xlengkap denagn sifat-sifat tu…Nak buat macam mana kan..nama pun manusia..jadi tak semua  akan sempurna.But yang penting..saya berusaha k..tapi kadang terbabas jugak..Very very sorry to my suami..Faham-faham jelah isteri awak ni ye..Jom semua kita tengok sifat-sifat wanita yang tersangat-sangat akan buat kaum lelaki tu suka..

  1. Sikap Keibuan - Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika  sedang stress, cemas dan gelisah dan senang  hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2. 
  2. Keanak-anakkan - Dalam batas yg wajar, sifat UpV4vaOxbWkeanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
  3. Penuh Pengertian - Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih  waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya. 
  4. Menghargai - Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
  5. Menjaga Penampilan - large_image387009825Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?? 
  6. Pandai berbicara - Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukaic51a5814d1ed3b9bb61811eb3194d04d lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.
  7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri - Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila  berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
  8. Menghormati Diri Sendiri - Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya  sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki shilamemperlakukan dirinya sesuka hati.

9.   Simpati dan prihatin - Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati  pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia.  Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.


Angkara Siapa?

3

000-1126112405-Baby-Army Angkara siapa semua ni..kanak-kanak yang belum tahu erti kehidupan ..yang belum tahu erti dendam..jiwa mereka yang masih suci..dinodai dengan dendam kesumat manusia-manusia zalim yang mementingkan kuasa serta harta benda…Tidak ada sifat kasihan kah mereka pada kanak-kanak ini..

Kanak-kanak pada usia begini sepatutnya mereka riang bermain bersama kawan-kawan,sepatutnya hilai ketawa mereka sentiasa kedengaran..bukannya riuk pekik suara mereka dengan tangisan..Aduh kasihannya pada mereka…

Semoga kanak-kanak yang tidak berdosa ini dilindungi dari segala kejahatan manusia-manusia dewasa yang sudah lupa nilai sebuah nyawa dan nilai kasih sayang..

Dan ini..bukan paksaan untuk dia menjadi tentera..Ini semuPicture 036a dengan kerelaan dirinya sendiri..Anak ibu ni..nak jadi macam papa ker..Ops…tolong abaikan kain baju yang tak berlipat kat belakang tu yek…Ibu telah menjadi kemalasan ditahap dewa..

Tabik..tabik..tabik..love you dear..

Gambar ini dirakam disaat umur Harith genap 2tahun 1bulan..

Monday, April 19, 2010


RM20 Free Masuk Dalam Akaun

3

Malaysia_2nd28a29_20ringgit_front.jpeg Ada sape-sape nak RM20..ni bukan perniagaan MLM k..ni orang baik hati yang nak kasi free jer..sape cepat dia le dapat k..tapi kena buat sikit cerita ler..boleh ker..ala..bukannyer susah pun nak wat cerita kan..dari sekolah rendah lagi kita dah belajar wat karangan..naik sekolah menengah lagi le..beratus-ratus perkataan kita tulis dalam karangan tu..haa..kan pandai tu..jadi boleh la wat cerita sikit kan..kot-kot ada rezeki leh dapat RM 20..pastu kot-kot ada rezeki lagi..tiap-tiap minggu dapat RM20..bygkan..klu 5 minggu dah Rm100 dapat..kaya tu..free-free je dapat duit..xpayah nak kuarkan setitis peluh pun…

Ok..sape yang nak duit tu..cepat-cepat la masuk kat web nie PROJECT ALPHA DUIT CASH.Tiap-tiap minggu dorang akan kasi satu tajuk..korang just inst_imgcerita je pasal tajuk yang dorang bagi tu..haa..kalau cerita korang ter best..korang dapat le duit RM20..dorang akan masuk kn dalam akaun Nuffnang korang.

Gud Luck uols..saya doa kan korang dapat RM20 tu..tapi before buat ape-ape..korang baca lah dulu T&C kat blog Project Alpha tu k..

Selamat mencuba kawan-kawan..:-)

Sunday, April 18, 2010


Debar Malam Pertama

4

Malam pertama adalah detik yang dinantikan penuh debaran oleh semua pasangan yang menempuh gerbang perkahwinan. Semestinya, semua pasangan inginkan malam pertama yang menggembirakan, hebat dan penuh kenangan.

Bagi menempuhi malam pertama, persiapan dari segi fizikal dan mental perlu dilakukan. Dari segi fizikal, pasangan perlu pastikan  tidak mempunyai bau tidak menyenangkan, sama ada bau badan atau bau mulut. Pastikan badan  dalam keadaan bersih terutama sekali bahagian kemaluan. Sekiranya ada masalah kulit atau jangkitan di kawasan itu, pastikan ia dirawat terlebih dulu.malamlahpetama

Bulu di kawasan ari-ari perlu dinipiskan supaya kemas dan tidak menimbulkan bau. Malam pertama tidak semestinya berakhir dengan penetrasi dan seks yang hebat. Perlu ingat inilah kali pertama pasangan pengantin melakukan hubungan seks dan sudah semestinya ada kekurangan jika dibandingkan dengan pasangan yang sudah lama berumahtangga.

Ini ditambah lagi dengan faktor tekanan dan keletihan selepas seharian melayan tetamu .Oleh sebab itu, pada malam pertama  disaran usah meletak harapan tinggi supaya tidak kecewa. Mulakan dengan berbual bersama pasangan.

Luahkan ungkapan cinta, imbas kembali kenangan manis ketika bercinta dan kini  sudah menjadi miliknya. Jadikan pasangan akan selesa dan tenang. Usah takut berbincang mengenai apa yang kamu  mahukan serta harapkan dalam konteks hubungan seks suami isteri.

Merasa selesa dan tenang bersama adalah faktor amat penting untuk memulakan hubungan seks buat kali pertama. Mulakan dengan foreplay dan tumpukan banyak masa untuk aktiviti ini. Ini kerana wanita memerlukan masa bagi menyediakan diri untuk peringkat penetrasi.

Foreplay ini termasuk ciuman, pelukan, belaian, sentuhan dan seks oral. Tanya kepada pasangan, kawasan mana dirasakan nikmat lebih banyak. Fokuskan ke kawasan itu. Tumpukan masa untuk menerokai dan mempelajari fokus erotik pasangan anda.aneh589

Sebagai seorang suami pada malam pertama, kamu perlu memikul peranan utama tetapi jangan sesekali bersikap terburu-buru, kasar atau rakus. Apabila isteri bersedia, penetrasi perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Pastikan vagina dalam keadaan basah. Jika tidak, gel pelincir seperti KY jelly boleh digunakann. Ini adalah kerana persetubuhan akan menjadi tidak selesa dan sakit apabila vagina berada dalam keadaan kering.

Posisi wanita di atas adalah kedudukan paling sesuai untuk malam pertama. Ini adalah kerana dalam posisi ini, isteri boleh mengawal tahap dan kedalaman penetrasi dan boleh disesuaikan mengikut tahap penerimaan beliau.

Pendarahan boleh berlaku semasa penertrasi pertama tetapi ia selalunya berlaku dalam kuantiti kecil dan tidak merbahaya. Adakalanya penetrasi tidak terjadi pada malam pertama. Ini boleh terjadi apabila pasangan masih belum bersedia atau mengalami kegagalan ereksi ataupun ejakulasi pra matang.

Kegagalan ereksi pada malam pertama selalunya berpunca dari faktor psikogenik .Ini termasuk faktor tekanan, performance anxiety dan tidak ada pengalaman dalam hubungan seks. Ejakulasi pra matang pula boleh berlaku akibat terlalu ghairah dan tidak ada pengalaman dalam mengawal ejakulasi. Sekiranya ini berlaku, saudara jangan gusar atau panik.

Kedua-dua masalah ini lazimnya boleh dipulihkan dengan sendiri dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Hubungan seks perlu latihan dan teruskan hubungan intim walaupun pada beberapa kali yang pertama, ia tidak sehebat yang dijangka.53219

Ada juga kemungkinan isteri  tidak akan mencapai klimaks pada malam pertama. Ini disebabkan pelbagai faktor termasuk penyesuaian diri. Suami tidak perlu mengambil tonik kesihatan atau menjalani amalan urut sebagai persiapan menghadapi malam pertama. Urut terutama pada bahagian zakar boleh menimbulkan kecederaan dan pelbagai komlikasi.

Tonik tonik kesihatan yang dijual di pasaran kebanyakannya tidak diketahui akan kandungan sebenarnya. Amalkan senaman, pengurusan tekanan yang bijak dan pemakanan sihat .

Jika pasangan pengantin sihat dan saling menyayangi antara satu sama lain, seks akan menjadi hebat. Bagaimanapun, ia mungkin tidak boleh dicapai dengan satu hubungan pada malam pertama. Setiap pasangan  perlu bersabar dan belajar mengenai pasangan masing-masing dari segi fizikal dan mental. Ada pelbagai buku panduan untuk pengantin baru yang boleh didapati di pasaran.


Sukaneka Rukun Tetanga TTAI

0
Sebut pasal sukaneka..anak-anak le yang paling suka..dapat main macam-macam..pastu boleh lawan bertanding dengan kawan-kawan..pastu menang dapat hadiah best-best ..pastu dah penat..dapat pulak makan free..Kalau anak-anak suka..mak-mak bapak-bapak pun suka juga..suka tengok gelagat anak-anak bertanding..pastu ada pulak yang siap tolong anak-anak nak kasi ank dorang menang..kelakar pulak tengok..mak bapak pulak yang excited lebih..tapi mmg matlamat sukaneka nak have fun kan..
Harith,ibu dan papa tak masuk apa-apa acara pun..kami jadi tukang sorak jer..Segan le nak masukkan..kalau harith dah besar sikit..maybe dia pun sibuk2 macam kakak2 abang2 yang masuk bertanding tu..Acara start kul 8pagi..mula dengan senam robik…pastu baru acara sukaneka..ada jugak acara untuk parent dan anak dan untuk pasangan suami isteri..tapi sempat nak snap gambar banyak2 time tu sebabnya..of course la harith sebabnya..tak diam duduk..dengan nak menari la,nak berlari la..nak berdukung la..boleh kata semua dia  nak le..penganjur pula pasang muzik rancak-rancak..lagi suka dia nak berjoget…Acara penutup..haa..dapat makan tengah hari…sedap angat..makanan kampung..makan free mesti la sedap kan..Dan satu lagi..kami boleh minum air vico banyak-banyak..sebabnyer lori vico pun datang join..memang semua minum samapi perut buncit..dah le cuaca panas..memang kena sangat dengan tekak ..
IMG_0849  IMG_0853    IMG_0854 IMG_0855  IMG_0857   IMG_0860 IMG_0861 IMG_0862    IMG_0866 IMG_0867 IMG_0868 IMG_0869  IMG_0871 IMG_0872   IMG_0875 IMG_0880  IMG_0879