Saturday, April 17, 2010


Achik Spin Meninggal…

4

Al-Fatihah buat Arwah Achik , meninggal dunia dalam accident di Nilai, petang tadi..

Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Sumber Utusan Malaysia

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau..Al-Fatihah

Takziah kepada keluarga arwah..semoga kalian diberi kekuatan menghadapi ujian Allah.


Jadi kaya dengan menulis blog

19

Dengar perkataan 5 angka..sapa yang tak nak kan..saya pun nak..dah le dengan hanya memblogkan diri jer..bestnyer kan..tu la yang terjadi kat  Mira Abu Bakar. haaa siapa Mira Abu Bakar ni? Kalau ada yang tak tahu, boleh selak akhbar Harian Metro tarikh 13 April 2010 dalam segmen Variasi muka surat 6. Mira Abu Bakar atau lebih popular dengan panggilan Redmummy adalah pemilik blog Redmummy.com, blog peribadi paling popular yang sekarang ni jumlah pembaca dah hampir 4 juta pembaca dan jumlah online user pada satu2 masa menjangkau  200 user online..wahhh sangat memberansangkan..blog saya ni kalau dapat 5 user online pun saya dah menyegeh suke..redmummy2 .

Tapi kan..bila ada yang berjaya macam Redmummy.com,mesti ada jugak yang mengdengki..yang buat fitnah macam-macam..Tu la orang melayu..tak boleh tengok orang lain berjaya sikit..bila la orang melayu nak maju camtukan..Asyik2 orang berbangsa lain yang maju..kita gigit jari jer..apa ler slah nya bila ada orang melayu berjaya macam ni..kita sama2 support dan dalam masa yang sama kita berusaha juga untuk jadi macam dia..Kan bagus mcm tu..sama2 berjaya..

 

Berbalik pada blog Redmummy ni,blog ni menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada personal life tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Pasal pendapatan nuffnang pula pendapatan pertama Redmummy.com daripada Nuffnang berjumlah RM90, diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan. Dalam masa yang sama Redmummy.com turut dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit. Beliau memperoleh RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.redmummy1

 

Sedikit panduan untuk blogger yang nak menjana pendapatan dari blogging:

1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.


Lelaki!Awas Kanser Payudara.

2

Walaupun anda seorang lelaki, kemungkinan untuk diserang kanser payu dara tetap ada, apatah lagi jika anda obes dan lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah penyakit itu.

Umumnya peratusan kes kanser payu dara lelaki agak kecil iaitu 1% dalam semua kes barah payu dara. Bagaimanapun, kerana kebanyakan lelaki beranggapan kanser payu dara itu penyakit wanita, ada yang tidak mempedulikan simptom yang ada pada mereka. Akhirnya, apabila pesakit lelaki datang mendapatkan rawatan kebanyakan mereka sudah berada di tahap akhir.male breast cancer

Simptom paling ketara adalah ketulan di payu dara. Disebabkan payu dara lelaki lebih dekat dengan dada, ia lebih mudah merebak berbanding kanser payu dara yang menyerang wanita.

Payu Dara Lelaki

Lelaki memiliki sejumlah kecil tisu payu dara yang tidak berfungsi. Pada peringkat kanak-kanak, tisu payu dara kanak-kanak lelaki dan perempuan hanya terdiri daripada struktur seperti tiub atau saluran yang dikenali sebagai puting susu.

Bagi perempuan apabila datang haid, ovari menghasilkan estrogen menjadikan saluran itu membesar dan kelenjar susu terbentuk di hujung puting itu. Lelaki pula, hormon testosteron menekan pertumbuhan tisu payu dara dan pembentukan kelenjar susu.

Justeru, payu dara lelaki selalunya kecil dengan puting yang tidak terbentuk dan sejumlah kecil lemak dan tisu.

Lelaki yang diserang kanser payu dara selalunya gemuk kerana golongan itu memiliki lebih banyak tisu pada payu dara.

Simpton dan Faktor Risiko

Simptom kanser payu dara antara lelaki dan wanita juga sama. Ada ketulan kecil di payu dara atau ketiak, lelehan daripada puting atau kulit di payu dara yang termasuk ke dalam membentuk lekuk.

Faktor risiko barah payu dara pada lelaki :

  • Berusia
  • Memiliki sejarah keluarga yang didiagnos dengan kanser payu dara
  • Terdedah pada rawatan radiasi
  • Penyakit hati yang kronik
  • Berhadapan dengan masalah hormon perempuan berlebihan (sindrom klinefelter)
  • Obes

Tiada beza rawatan kanser payu dara sama ada untuk lelaki atau perempuan. Apa yang perlu ditekankan adalah pada tahap mana barah itu berada. Ada pesakit yang hanya memerlukan pembedahan kecil dan tanpa kemoterapi. Ada juga yang memerlukan rawatan kemoterapi atau terapi hormon.

Friday, April 16, 2010


Panduan Elak Wanita Dianiaya Suami

3

Kenapa berlaku penceraian atau masalah setelah hidup bersama sebagai suami isteri? Adakah wanita tersebut dianiaya atau teraniaya disebabkan perangai suami yang tidak bertangungjawab? Kebanyakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripada diri wanita itu sendiri begitu juga suami. Kerana masing-masing tidak tahu tugas atau fungsi baik sebagai isteri mahupun suami, bila dah kecewa mereka menyalahkan satu sama lain.
Terdapat tujuh petua atau panduan untuk si isteri supaya kalau terjatuh pun taklah parah sangat, sebab anda sudah bersedia.
divorce 2

Pertama
Beli rumah sendiri, yang sudah pasti dibeli atas nama anda sendiri sebelum kahwin. Namun anda mesti  ingat petua paling penting jangan sekali-kali cuba merampas tanggungjawab suami. Apa itu tanggungjawab seorang suami? Tanggungjawab suami adalah mengurus perbelanjaan rumah tangga seperti membayar semua bil, membeli makan dan pakai, menjaga sakit pening isteri dan anak-anaknya dan lain-lain. Sedikit atau sekecil mana pun gaji suami, adalah menjadi tanggungjawab hakiki suami tadi menyediakan semuanya terhadap isteri dan anak-anaknya. Atas dasar apa sekalipun (contohnya, bertolak ansur, kasihan atau cinta) jangan sekali-kali kaum wanita mahu merampas tanggungjawab lelaki yang asas ini (khususnya bantu membayar segala hutang piutangnya). Kalau anda ambil alih tanggungjawabnya ini, suami akan cepat naik sedap (naik mua) lantas dia akan mula bersikap lepas tangan, hingga menyerahkan semua tanggungjawab seperti membayar bil atau apa sahaja untuk anda pikul. Kalau anda sudah bersedia selepas 10 tahun, berkelakuan seperti itu anda jangan membebel kemudian hari dengan bercerita ke sana ke sini (termasuk dalam DCCK), kononnya segala pengorbanan anda kepada suami selama itu tidak dihargai lagi. Anda dah terlalu sayang kepada suami sanggup berkorban konon, jadi jangan bising pikul saja, sebab anda yang nak berkorban atas dasar sayang konon, cintalah dan entah apa-apa lagi!
rumah tropikal


Kedua

Anda mesti bersedia menerima segala-galanya ikut kemampuan suami. Contohnya, kalau suami cuma mampu beli beras tempatan berlaukkan ikan selar kuning setiap hari, sedangkan anda biasa makan beras Siam harum wangi jenama termahal dan lauk ikan jenahak, maka anda jangan membantah, anda telan semua yang suami anda beli walaupun tercekik sebab tak berselera. Namun kalau sesekali teringin nak makan sedap-sedap, makan di tempat kerja. Begitu juga halnya kalau dia beli baju kain murahan, hargailah, pakailah. Sekurang-kurangnya, anda pakai sewaktu nak melawat ibu bapa mentua anda biar suami puas hati dan mentua anda lihat apa yang anda pakai. Jangan nak tunjuk kemewahan anda.
CIMG0646

Ketiga
Jangan sekali-kali menghalang suami anda menanggung ahli keluarganya. Itu adalah menjadi tanggungjawabnya. Biarkan dia berhabis untuk keluarganya, dan anda tidak perlu menghulurkan wang untuk membantunya. Biar dia uruskan sendiri. Kalau dia tak ada duit untuk anak-anaknya biarkan dia mencari jalan keluar sendiri. Bagaimanapun sebaik-baiknya anda nasihatkan dia supaya dia dapat memastikan dalam rumah tangga telah disempurnakan terlebih dahulu terutama tanggungjawabnya kepada anak-anak.
duit-ebay

Keempat
Kalau anda hendak mencari pembantu rumah, anda uruskan sendiri, anda bayarlah gajinya. Kerana pembantu rumah itulah yang banyak mengambil tanggungjawab dan tugas yang sepatutnya anda lakukan di rumah. Kerana anda bekerja demi masa depan anda.872588_prt-1

Kelima
Jangan sekali-kali anda cuba merampas tanggungjawab suami ketika dia mahu meneruskan pelajarannya. Kerana anda harus ingat anda bukannya bank atau PTPTN. dia boleh belajar, tapi ingat, tanggungjawabnya terhadap keluarga mesti didahulukan. Jangan pula kerana kesian, cinta dan sayang konon anda biarkan dia sambung belajar, dan anda ambil alih tugas mengurus keluarga. Kalau anda masih hendak menunjukkan simpati anda terhadap suami tercinta, lima atau sepuluh tahun kemudian anda jangan sekali-kali pergi ke rumah emak mengadu anda sudah jadi mangsa, suami tinggalkan anda atau bertemu kekasih baru di kampus dan nak minta izin kepada anda untuk kahwin lagi.cara-belajar-leap-camp

Keenam
Jangan sekali-kali lagi cuba hendak memperbaiki diri suami anda. Contohnya, kerana anda malu pangkat atau gaji suami rendah maka anda berusaha malah menggalakkan dia jadi usahawan. Sebab masalahnya nanti anda juga yang akan kecewa. Sebab pertama kerana anda yang terpaksa bergadai bergolok, malah mengeluarkan wang simpanan anda untuk diberikan kepada suami supaya dijadikan modal dia berniaga. Masalah besar yang bakal anda tempuhi nanti jika dia gagal dalam perniagaan kerana tidak cukup pengalaman dan kurang berminat berniaga maka hidup anda akan dibebani hutang bukan puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit dan anda akan menyesal sepanjang hayat. Tetapi kalau suami anda berjaya dalam perniagaan dan menjadi usahawan berjaya walaupun tak setaraf Tan Sri Tajudin Ramli mahupun Tan Sri Halim Saad, maka dia akan jadi orang yang terkejut beruk, sebab jadi kaya tak semena-mena, maka corak hidupnya akan bertukar, dan anda jangan bersedih, meratap dan menangis apalagi kalau dia tak balik ke rumah, sebab dah ada orang kedua dan dia akan minta izin anda untuk kahwin seorang lagi.cheating-300x203

Ketujuh
Jangan sekali-kali buat joint akaun. Anda hendaklah sentiasa ingat hari tua anda. Sebab banyak terjadi seorang asyik menyimpan sementara seorang lagi asyik berbelanja, ataupun menabung untuk kekayaan dirinya sendiri. Siapa tau! Bila terjadi satu-satu hal duit dalam bank anda tinggal kosong, anda sendiri gigit jari. Dah banyak terjadi ini bukan benda baru, jadi sayangi diri sendiri supaya tidak kesal kemudian hari.
"Setiap insan ada tanggungjawab masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Kalau salah seorang daripada kita melanggarnya, samalah macam kita merosakkan alam sekitar. Musibah pasti akan menimpa. Jadi, jangan menyesal di belakang hari dan menganggap diri sebagai mangsa, sebab yang salah adalah diri anda sendiri.'' money-control-com-website


Cara buat hiasan cupcakes

0
Tengok cupcake ni..nampak sedap kan..kalau harith tengok ni..mesti cakap "nak-nak"..
Masa surfing tadi,saya jumpa cupcake ni dengan tutorial nak buat hiasan bunga-bunga kat atas cupcake tu..nampak macam senang je nak buat..tapi biasa la..nampak senang..bila nak buat susah pulak sbb campur dengan malas sekali..


Ok,ni barang- yang perlu ada untuk membuat hiasan kat atas cupcake tu..dah macam nak wat lukisan pulak..siap ada dengan berus..

pemotong bunga Petunia (saya menggunakan yang dari Tinkertech Dua: 435, 573 & 599)
Lima kelopak veiner silikon
Tepung jagung lap
Gel pasta warna
Lustre debu
Tylo lem
Non kayu Dewan
Pengisar adunan
Palet pelukis
Soft cat kuas untuk debu keharuman
kuas cat kecil untuk perekat Tylo
Gum paste
Edible gula mutiara (pilihan)

Step 1:


Step 2:



Step 3:



Step 4:



Step 5:



Step 6:



~TAMAT TUTORIAL~

Wednesday, April 7, 2010


Doa menghilangkan rasa marah.

1
Doa Menghilangkan Rasa Marah :

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

Doa Menghadapi Orang Sedang Marah :


La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘azimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka.
Artinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”

Doa Menjauhkan Permusuhan :

Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu.
Artinya: “Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan ber maha raja lela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.”

Friday, April 2, 2010


Perginya Din Beramboi

3
Hari ini ibu dikejutkan berita mengenai pelawak dan penyampai radio eral, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.
Al-Fatihah buat arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya.Amin.

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang jam 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lepas setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.
Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.Lepas ni,sunyilah riuh padi di era dan sunyilah program raja lawak..

Al-Fatihah.