Thursday, July 1, 2010


Amalan harian yang merosakkan

0
Ada kajian  membuktikan terdapat beberapa amalan harian dalam mengasuh kanak-kanak seperti pemakanan, cara asuhan, teknik rawatan dan ciri kebudayaan yang boleh menyebabkan kerencatan pembangunan sistem neurologi dan otak anak.images
Akibatnya pembangunan daya pertuturan, bahasa, gerak-geri, kognitif, intelek dan emosi anak terencat.
Untuk pembangunan otak yang optimum pada setiap pembangunan, kita mesti faham proses itu dan berusaha untuk memastikan dua perkara penting wujud:
1.Membanyakkan perkara-perkara yang meningkatkan pembangunan otak.
2.Mengelakkan apa jua yang mungkin merencatkan pembangunan otak.
Ada beberapa perkara asas yang berupaya meningkatkan
pembangunan otak pada peringkat awal usia kanak-kanak. Antaranya meniarap, menjulur, merangkak, menyusur, berjalan dan berlari.
Manakala beberapa perkara yang merencatkan pembangunan otak anak ialah:
1.Ibu bapa tidak memahami keagungan menjulur dan merangkak.
2.Anak sering ditelentangkan.
3.Anak tidak ditiarapkan.
4.Anak yang sering didukung.
5.Anak yang sering dikepit atau diriba.
6.Anak yang menggunakan walker.
7.Anak yang ditidurkan dalam buaian terlalu lama dan kerap.
8.Anak yang dikurung dalam kandang.
9.Rumah yang terlalu kotor.
10.Rumah yang terlalu banyak perabot.
11.Rumah yang tidak cukup ruang untuk anak menjulur dan merangkak.
12.Anak yang dibiasakan dengan makanan rapu dan minuman ringan.
Manfaat menjulur dan merangkak
images (1) “Lebih awal anak ditiarapkan, lebih cepat ia akan menjulur dan merangkak. Lebih banyak ia menjulur dan merangkak, lebih kukuhlah kemampuan ia bergerak, meneroka, membangun dan seterusnya.” – Glenn Doman.
Dr. Glenn Doman dan rakan-rakannya di Philadelphia, menceritakan konsep susunan neurologi, iaitu perkaitan kemampuan manusia dengan tahap pembangunan otaknya.
Jumlah sel otak atau neuron yang berjuta-juta jumlahnya adalah anugerah Allah S.W.T yang paling agung sekali kepada manusia.
Setiap sel diberi nama dendrit iaitu ia akan keluar jika ada stimulasi dan sekiranya cukup sumber tenaga, oksigen dan di dalam keadaan emosi dan kesihatan yang baik.
Penyelidikan menunjukkan bahawa dendrit akan terus bercambah sehingga manusia mati sekiranya wujud persekitaran dan stimulasi yang baik. Oleh itu, tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahat.

Credit to:Majalah PA&MA

0 comments:

Post a Comment