Khas untuk cik Ben..Blog cik ben memang kelas..maveles..famousss..nyum..nyumm..pewwitsss…kalau boleh semua perkataan ynak keluar..;-)..sebab nak bodek cik Ben..Saya ingin berada di dalam blog list kategori PINK kerana saya teringin sangat-sangat nak jadikan blog saya glamour mcm blog cik ben..pastu nak sentiasa ada visitor kat blog saya macam kat blog cik ben…boleh ke cik ben..nak jugak tumpang glamer kat penjuru blog cik ben tu..boleh yek..boleh yek….
Saturday, May 8, 2010
Dapatkan koleksi favicon untuk blog
Sape sape yang berminat nak tukar favicon leh le gi terjah kat sini http://www.iconj.com/.
Pastu kalau ada yang tak berkenan dengan favicon kat web tu,korang boleh juga guna pic korang sendiri.Cthnya gambar korang sendiri.PAstu korang leh gi kat web kt atas tu,klik kat “ONLINE PIC TO CONVERTER”.Pastu korang upload la pic korang..dan ikut la step yang kt dlm web tu..Canggih dan cun kan klu ada favicon muka kita sndiri…Kepada yang tak faham leh tanya selanjutnya k,dan kalau tak faham jugak dan nak minta saya tolong buat kan pun boleh..tak de masalah…;-)
Friday, May 7, 2010
Tukar favicon kat blogger.com
1) Macam biasa login blog,pastu klik kt ‘edit html’
2) Pastu search code kat bawah:
<title><data:blog.pageTitle/></title>
3) Paste kan code favicon address betul2 kat bawah code kat atas tadi
Contohnya :
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<link href='http://www.hazlizahusaini.webs.com/Purple.ico' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
<link href='http://www.hazlizahusaini.webs.com/Purple.ico' rel='icon' type='image/png'/>
4) Pastu save template.Selesai.
P/S Tak faham tanya yer..;-)
Memori bersama EX?
Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend pasangan kita?
Tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau
ex-girlfriend pasangan kita. Hurm…memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.
Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka dan jeles.Sudah pasti mesti jeles terutamanya saya.Mungkin ada yang menyampah la nanti. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend pasangan kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Bagai nak meletus gunung berapi..membuak-buak.Haish!
Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu kalau ada yang fikir positif macam tu..tapi kalau yang sentiasa fikir negatif,lebih elok le kalau tak ambil tau pasal ex-boyfriend atau ex-girlfriend pasangan kita.
Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada.
Dan macamana pula kalau pasangan kita kata tak boleh nak lupakan ex dorang even ex dorang dah berkahwin dan mempunyai anak ya?Macam cerita Adamaya kat TV3 tu..
Thursday, May 6, 2010
Kenapa kita rasa diri kita tak dihargai…
Saya rasa terpanggil nak taip cerita kesinambungan dari kisah nape cinta tak dihargai..yelah..kita ni manusia..dah tentu-tentu kadang-kadang kita tak leh rasa yang orang tu sayang kita..cinta kita..rindu kita..Perasaan macam ni selalunya akan terselit kat dalam jiwa perempuan..orang perempuan ni biasa la..mesti nak sentiasa 24 jam kalau boleh tambah 28 jam sehari nak ada orang caring maring kat dia..always say i lap u..u lap i..betul tak..ala tak cakap korang la..saya sendiri pun nak camtu..(wahh..pengakuan jujur nih)..Biasa la kan..perempuan kn dicipta jiwanya selembut sutera..Orang lelaki ni..dorang sayang..but dorang tak pandai nak ungkapkan denagn kata-kata..pastu bab-bab benda remeh temeh ni dorang macam tak ambil serius..sebabnya..banyak lagi benda lebih besaq yang doarang kena fikir..Betul ke kaum lelaki??Saya agak-agak je ni..sebab selalu berlaku masalah cmni..perempuan kecil hati sebab rasa tak dihargai..lelaki pulak pening kepala plus tensen sebab tak tau camna nak puaskan hati perempuan..buat ini salah..buat itu salah..betul tak orang lelaki?Saya bukan nak up orang lelaki k..tapi just nak try faham apa dalam kepala dorang bila bersama orang yang dorang sayang..
1) Mungkin pasangan kita tu jenis x reti nk tunjuk prasaan sayang ...pastu dia hrp2 kita orang perempuan akan paham2 sendiri....sedihkan mcm ni..pastu prempuan ni confirm rs tak dihargai kan...tapi rasa2 saya la,nk handle pasangan kita yang macam ni senang ja...duduk dan bgtau dekat dia kita nk dihargai,bgtau satu2 kita nak dia buat macam mana,nak dia layan kita macam mana..pastu dia mesti akan buatkan..sebab dia sayang kita..kalau dia tak buat atau tak dak perubahan tu,mungkin dia tak sayang le kot..mudah mudahan lepas2 ni..dorang akan sedar dan lebih menghargai kita sebagai pasangan ...
2) Pastu kalau pasangan kita sentiasa terlupa tarikh2 penting dalam perhubungan..kita bgtau awal2..2 minggu awal ke..tak pun wat alert ke kat dalam henset dia..bgtau kita nk hadiah ape..nak celebrate kat mana..tak payah nak tunggu dorang wat surprise..kang kita jugak yang duk terasa hati..
3)Tak pun,bila sampai tarikh2 keramat tu,kita siap lawa2..kalau dia tanya nak pegi mana.cakap je nak tunggu sayang bawa gi celebrate our day la..;-)
Actually, hal macam ni biasa la kan. nobody perfect. Kadang2 benda yg kita rs nak perhatian lbh tu dorang rs remeh. Biasa la prmpuan. Nak feeling lbh..apapn layanan dorang, yg pntg dorang syg kita & sedar tggjwb dorang. tupun dah cukup baik. lbh baik dr dpt pasangan yg xbrtggjwb, kaki dera, simbah cuka getah...bersyukur la dgn apa yg ada..dan sama-sama tolak ansur dalam perhubungan..tu yang penting kan..(apa yang penting..KERJASAMA )
Wednesday, May 5, 2010
Kisah yang sering berulang dalam sebuah perkahwinan
Hatiku berdegup kencang. Peluh membasahi dahi ku. Bukan kerana panas, tetapi kerana takut memikirkan sesuatu yang tidak pasti. Tetapi aku dah bertekad. Hari ini aku tidak boleh menangguh lagi. Aku mesti melafazkan ‘itu’ kepada dia hari ini juga. Muktamad.
Seperti biasa, aku balik kerja pukul 9 malam. Aiz sedang khusyuk di hadapan TV melihat drama yang aku sendiri tak pernah tahu akan namanya. Memang selama ini aku tidak tahu menahu apakah kesukaannya beberapa tahun kebelakangan ini.
Mataku tertumpu kepada Anie yang sedang sibuk menghidangkan juadah untuk makan malam. Wajahnya tenang seperti biasa. Hatiku makin berdegup kencang. Sudah lama aku memendam perkara ini. Syaza pula beberapa hari ini mendesak aku dengan aggresif. Tension aku dibuatnya.
“I’ll do it”, gertak hatiku dengan nekad. Aku berjalan dengan perlahan ke arah Anie yang sedang mengisi air sirap limau ke dalam gelas. “Anie, i have something to tell you”, kataku dengan suara agak perlahan. Wajah Anie seakan-akan tahu apa yang aku hendak melafazkan kata cerai. Suasana bertukar menjadi tegang apabila Anie dengan sengaja membaling gelas berisi air sirap limau kegemaranku ke arah ku. Pada malam tu kami tak bercakap langsung.
Aku sedar Anie marah dan menitiskan air mata. Hatiku terasa lega sedikit kerana akhirnya aku dah menyampaikan perkara sebenar. Aku di jalan yang betul pada fikiranku. Lewat malam aku tersedar dari tidur dan terlihat Anie sedang duduk di meja study kelihatan sedang menulis sesuatu.
Pada pagi esoknya sebelum pergi kerja, Anie menurunkan tandatangannya di atas surat perjanjian perceraian dengan beberapa syarat. Anie bersetuju untuk bercerai dalam tempoh sebulan dan mahu aku berusaha untuk meneruskan hubungan seperti biasa dalam tempoh sebulan ini. Alasannya cukup mudah : Aiz bakal menghadapi peperiksaan besar dan Anie tidak mahu konsentrasi Aiz terganggu akibat masalah kami. Pasti perit untuk Aiz.
Satu lagi permintaan yang buat aku terkejut adalah Anie mahu aku mendukungnya dari bilik tidur sehinggalah ke depan pintu rumah pada setiap pagi sebelum pergi ke kerja. Aku rasa ini adalah permintaan gila, tetapi akhirnya aku bersetuju. Yang penting rancanganku sedang menuju kejayaan.
Syaza ketawa apabila aku memberitahu permintaan pelik Anie ini kepadanya. Syaza berkata trick Anie tidak akan berkesan. Aku terdiam.
Melaksanakan Janji Demi Cinta Lain
Keesokan harinya aku melaksanakan permintaannya dengan mendukungnya buat kali pertama dari bilik tidur sehingga ke depan pintu rumah. Kami masing-masing rasa kekok, lebih-lebih lagi dengan perasaanku yang bercampur aduk ini. Aiz yang melihat aku mendukung Anie bersorak kegembiraan. Pemandangan ini istimewa baginya. Anie berbisik kepadaku supaya agar tidak memberitahu Aiz tentang penceraian kami. Aku mengangguk lembut.
Hari kedua aku lebih selesa mendukung Anie. Aku mula sedar aku sudah lama tidak menatap wanita ini. Aku perasan wajahnya sudah ada sedikit kedut, tidak seperti dulu licin dan cantik. Wanita ini adalah isteri aku.
Hari keempat, aku mula merasakan satu perasaan intim. Inilah wanita yang telah beri aku 10 tahun hidupnya kepadaku.
Hari kelima dan keenam perasaan keintiman semakin meningkat. Aku merahsiakan perasaan ini daripada Syaza. Semakin hari semakin ringan badan Anie. Mungkin aku sudah menjadi semakin kuat setelah mendukungnya setiap hari.
Suatu hari aku melihat Anie sedang memilih pakaian untuk dipakai. Anie berkata pakaiannya semakin membesar dan sudah tidak muat. Rupanya badan Anie yang semakin kurus.
Akhirnya aku sedar, kesakitan dan keperitan yang dialami oleh Anie di dalam rumahtangga ini. Secara tidak sedar, tanganku menyentuh pipinya.
Aiz melihat kami dan Anie memanggilnya lantas memeluknya dengan erat dengan penuh kasih sayang. Aku memalingkan muka sebab takut aku berubah pendirianku. Pada Aiz, sudah menjadi rutin setiap hari untuk aku mendukung Anie. Hari ini aku mesti mendukungnya.
Aku menghulurkan tangan dan mendukung Anie. Tangannya memelukku leherku secara semulajadi. Aku berasa situasi ini seperti hari perkahwinan kami saat aku pernah mendukungnya seperti yang aku sedang lakukan ini. Aku kalah.
Hari Terakhir
Hari terakhir aku mendukungnya terasa begitu ringan sekali badannya. Sedih aku melihat keadaan Anie. Tidak sanggup aku meneruskan langkah kakiku. Sungguh ringan. Ketika Anie di dalam dukunganku, aku sempat berkata kepada Anie bahawa hubungan kami kurang keintiman.
Aku memandu laju ke ofis, keluar dari kereta tanpa sempat mengunci pintu kereta dan terus bergegas ke bilik Syaza. Syaza menyambut aku dengan senyuman tetapi aku membalas dengan wajah serius lantas berkata bahawa aku tidak ingin bercerai. Ini keputusan berani mati dan muktamad.
Raut wajah Syaza berubah dan dengan sarkastiknya memegang dahiku untuk memastikan apa yang keluar dari mulutku benar. Aku menegaskan sekali lagi mesej ku. Syaza menampar muka aku dan menutup pintu. Aku terdengar suara tangisan.
Petangnya aku pergi ke kedai bunga, membeli sejambak bunga ros merah yang segar. Penjual bunga memberiku pen dan kad untuk ditulis dan aku menulis di atas kad itu “I will carry you every morning until death do us apart”.
Pertama kali aku merasakan perasaan gembira seperti ini. Sampai di rumah aku terus meluru ke bilik dan…
…aku terlihat Anie terbaring di atas katil, lain dari biasa. Anie sudah tidak bernyawa.
Pengajaran : Beri perhatian terhadap ‘hal kecil’ di dalam rumahtangga anda. Harta benda tidak memberi kebahagiaan sebenar. Jadikan diri anda kawan kepada pasangan anda dan bersama-samalah membina sebuah keintiman kukuh.
Monday, May 3, 2010
4 Tanda Kekasih Anda Hendak Tinggalkan Anda
Sebelum malapetaka semulajadi berlaku, pasti ada tanda atau petunjuk yang kita boleh lihat dan rasa. Contohnya awan gelap dan angin yang bertiup kencang adalah petanda bagi kita bahawa hujan ribut akan datang dalam masa terdekat.
Pada masa beginilah bagi sesiapa yang tidak menyedari atau perasan dengan petanda kepada malapetaka akan berkata :
Kalaulah aku sedar lebih awal petanda ini…
-
Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil?Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya. Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?
-
Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda?Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang. Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.
-
Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.
-
Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.
4 tanda awal kekasih anda hendak tinggalkan anda di bawah boleh membantu anda untuk mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapi ‘malapetaka’ yang akan melanda hubungan cinta anda.
Peringatan : Jika anda jenis yang cepat panik dan gelisah, maka jangan baca 4tanda di
bawah. Tujuan saya berkongsi 4 tanda ini hanyalah untuk ‘mengejutkan’ anda dari mimpi lena yang mungkin, jika berterusan, akan menghancurkan kebahagiaan anda sedikit demi sedikit.
Jika anda mengalami salah satu situasi di atas atau mungkin kesemua sekali petanda di atas, maka anda harus membetulkan keadaan di dalam hubungan anda bermual hari ini.
credit to senicinta.com
