Friday, June 4, 2010


Kenapa perempuan mudah menangis?

0

Note: Cerita hanyalah sebagai pengetahuan kepada ai dan korang sekalian untuk tau  kenapalah perempuan mudah sangat menangis.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Sibuk je aku ni…..

3
Malam ai balik kampung lagi..kali ni kami balik kampung perak..esok ada kenduri kat umah mak..Kenduri anak buah ensuami nak bersunat..Orang perak kalau nak bersunat pun ada kenduri besar besaran gitu..dah macam kenduri kahwin pun ada ..Sangat le meriah..yang untungnya budak-budak yang nak bersunat ler..Dorang pun mesti suke sangat sebab time-time cmni le dorang leh dapat duit banyak..Musim cuti sekolah ni mesti ramai-ramai pakat nak bersunat kan..
Ai balik kedah dulu petang ni..nak ambik mak ai..mak ai pun tingin nak tengok cara orang perak buat kenduri..jauh perjalanan kami hari ni..dari penang..balik kedah..pastu pusing balik pi perak..
Korang nak balik kampung jugak ker..hati-hati yer..dan pada kawan ai cik linda balik hati-hati na..dan selamat makan kenduri kat kubur panjang tu nanti ;-)

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

1

Ai nak kongsi kan korang pasal ni..khas tuk blogger-bloger wanita..


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.


Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Thursday, June 3, 2010


Liga Arab ambil tindakan undang-undang

1

Sama-sama lah kita berdoa semoga hukuman yang berat dikenakan keatas Israel.Sama-samalah kita berdoa semoga umat islam didunia ini kuat untuk menentang musuh-musuh islam..

Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

CAIRO: Liga Arab yang berpangkalan di Cairo akan memfailkan saman terhadap Israel di Mahkamah Antarabangsa kerana menyerang konvoi misi kemanusiaan menuju ke Gaza di perairan antarabangsa, sekali gus menuduh rejim Zionis itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

Agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan organisasi itu, berkata Perhimpunan Arab harus mempertimbangkan status Usaha Keamanan Arab mengenai pendirian Israel.
Liga itu juga mendesak untuk pembebasan pengepungan Gaza Strip dan membincangkan mengenai pendekatan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat itu.
Demikian menurut kenyataan terbabit yang diedarkan selepas mesyuarat tiga jam 19 Menteri Luar negara anggota Liga Arab di Cairo tengah malam tadi.

Setiausaha Agungnya, Amr Moussa turut hadir dalam mesyuarat itu.
Kenyataan itu juga, menyatakan delegasi Liga Arab ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mendesak supaya diadakan mesyuarat khas bagi membincangkan insiden terbabit.
Dalam kejadian Isnin lalu, sekurang-kurang sembilan aktivis terbunuh selepas pasukan komando Israel menyerang konvoi misi Flotilla Kemanusiaan yang membawa pelbagai barang bantuan termasuk makanan dan ubat-ubatan. Serangan itu menimbulkan kemarahan seluruh masyarakat dunia. - Agensi


Jom jadi super wife,super mommy, super girlfriends..

2


1. Berdikari
Jangan jadikan couple kita tunjang kehidupan. Kekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan dan habiskan masa berkualiti bersama keluarga. Seperti kita, couple kita juga perlukan ruang masa personal untuk diri dia sendiri.

 
2. Hargai
Jangan asyik mencari kelemahan dan mengkritik couple kita. Hargai kehadiran dia sebagai seorang teman dan rakan baik yang akan berada di sisi di saat-saat kita memerlukan.

 
3. Berprinsip
Lelaki lebih tertarik dengan wanita yang ada prinsip serta mempunyai pandangan yang tersendiri. Namun begitu, ini tidak bermakna kita mesti bergaduh dengan dia dalam setiap isu yang dibincangkan.


4. Kongsi Minat
Belajar tentang kegemaran dia samada sukan mahupun apa saja. Dengan itu, kita akan lebih memahami dirinya.

 
5. Gembira
Tidak semua lelaki boleh bersabar dengan wanita yang asyik menangis. Jangan gunakan air mata sebagai jalan keluar. Lelaki gemarkan wanita yang boleh @ tahan bergurau dalam apa jua situasi

Sekadar nak share something ngn korang ..Thank you singgah baca kat sini ;-)


Alhamdulillah!Lagi rezeki berblog

5
Sebelum ni entri ai pasal en nuffnang dah bagi izin kat ai tuk cash out earning..SetelahShout_Out setahun tunggu..pujuk rayu en nuff..akhirnya dia kasi jugak..Tu pasal earning nuffnang..Tapi hari ni ai nak citer pasal benda lain..Dekat setahun ai berblog guna hazlizahusaini.blogspot.com..Ai rasa cam dah berbaloi kerja-kerja ai selama  ni..Ai rasa terharu..terlebih semangat dan terrr….Ai tau..ai duk pulun seronok ni..mesti ada yang dah rasa seronok lagi awal dari ai kan..Ai pun tumpang hepi kat korang..Semalam kan ai ada cakap..ada lagi satu berita baik..Berita baiknya ialah………………






aisey..wat suspen plak…








jangan marah korang.. ;-)










macam la korang kesah kan…ok ai sambung cerita…








Ai dapat free domain dari sur7.net..wah sangat le baik hati dorang ni kasi free domain kat ai..jadi sekarang ni dorang dah jadi special sponsor ai le selain dari en nuffnang..Korang nak jugak ke free domain..cepat-cepat la grab..dorang kasi free untuk 100 domain je..korang leh pilih domain korang sendiri tapi pastikan ia available..Dan pastikan blog korang sentiasa aktif..cepat-cepat la gi register kat sur7.net untuk blogger campaign..Nanti lepas dah register..Dorang akan email ticket kat korang..Pastu korang tunggu le dorang review blog korang..Pastu nanti lepas dah review dorang akan email korang bagitau samaada korang berjaya atau tak untuk ditaja oleh dorang..Kalau korang dah berjaya..dalam masa tak sampai 10 minit korang dah leh setting domain baru korang tu kat blogger.com..Korang leh tengok domain baru ai www.lovejurnal.com. Ai setting semalam,dan jangan risau semua entri-entri,komen-komen akan sama macam url lama korang…
Thank you to Sur7.net

Advanced Countdown & Countup widget

2
Ai nak share dengan korang satu widget untuk buat countdown kat sidebar..sangat simple dan nampak sangat profesional..Tak de gambar-gambar bagai..Memang nampak sangat kemas..Dan boleh count apa saja event tak kira la hari nikah ker,hari lahir ker,hari raya ker..Semua boleh..Dulu ai ada letak kat sidebar..tapi dah buang sebab nak letak apa yang patut je kat sidebar ai tu..
Korang cume perlu copy code kat bawah dan paste kat html (add gadget) kat sidebar korang.Sangat simple kan..Pastu korang tukar la teks ikut korangnya event.
/*
Untuk Countdown tarikh-tarikh penting
*/
//SILA TUKAR TEKS Hari Raya Aidilfitri mengikut kehendak anda cth:Besday Aku
//SILA TUKAR TEKS Selamat Hari Raya Aidilfitri mengikut kehendak anda cth:Hepi Besday kat Aku

<ul><li>
<script>
var before="Hari Raya Aidilfitri!"
var current="Selamat Hari Raya Aidilfitri!"
var montharray=new Array("Jan","Feb","Mar","Apr","May","Jun","Jul","Aug","Sep","Oct","Nov","Dec")
function countdown(yr,m,d){
var today=new Date()
var todayy=today.getYear()
if (todayy < 1000)
todayy+=1900
var todaym=today.getMonth()
var todayd=today.getDate()
var todaystring=montharray[todaym]+" "+todayd+", "+todayy
var futurestring=montharray[m-1]+" "+d+", "+yr
var difference=(Math.round((Date.parse(futurestring)-Date.parse(todaystring))/(24*60*60*1000))*1)
if (difference==0)
document.write(current)
else if (difference>0)
document.write("There are, "+difference+" days until "+before)
}
//SILA MASUKKAN TARIKH COUNT DOWM ANDA IKUT FORMAT year/month/day countdown(2010,09,10)
</script></li></ul>
<ul><li>
<script>
/*
Untuk CountUp tarikh-tarikh penting
*/
<ul><li>
<script>
var montharray=new Array("Jan","Feb","Mar","Apr","May","Jun","Jul","Aug","Sep","Oct","Nov","Dec")
function countup(yr,m,d){
var today=new Date()
var todayy=today.getYear()
if (todayy < 1000)
todayy+=1900
var todaym=today.getMonth()
var todayd=today.getDate()
var todaystring=montharray[todaym]+" "+todayd+", "+todayy
var paststring=montharray[m-1]+" "+d+", "+yr
var difference=(Math.round((Date.parse(todaystring)-Date.parse(paststring))/(24*60*60*1000))*1)
difference+=" days"
//SILA TUKAR TEKS We have been married for mengikut kehendak anda cth:Kami dah bersama selama
document.write("We have been married for "+difference+"!")
}
//SILA MASUKKAN TARIKH COUNT UP ANDA IKUT FORMAT year/month/day
countup(2002,01,22)
</script></li></ul>
P/S : i) Tolong tukar teks yang warna merah ikut korang punya date dan event
       ii) Countdown adalah untuk kira tarikh yang akan datang..(cth:lagi 55hari besday aku)
       iii) Countup untuk kira tarikh yang dah lepas ..(cth:aku dah kahwin selama 2345 hari)
       iv) Korang boleh ulang countdown & countup tu seberapa banyak yang korang nak
       v) Kalau nggak faham,nanti tinggal komen ya..