Wednesday, June 2, 2010


Alhamdulillah!terima kasih nuffnang..

16
Korang mesti leh agak apa yang ai nak sembang kali ni..Tak dak lain le..pasal Ringgit malaysia en nuffnang..Semalam ai dah cash out habuan nuffnang ai buat kali pertama..tak dela banyak pun..dekat setahun ai kumpul..dapat la cash out semalam..RM54 inggit..syukur alhamdulillah..walaupun sikit..ingat senang ke sekarang ni orang nak bagi duit free-free je..Dah le ai tak payah keluar peluh pun..Terima kasih sangat-sangat kat korang semua yang support ai..Semoga bertambah rezeki korang dan hidup korang sentiasa dirahmati-NYA.
Satu lagi berita baik ai baru terima..tapi bila dah betul-betul confirm nanti baru ai kongsi..Cuak tak?kekekkeke

Perlu ke berahsia dengan couple?

7
Ai percaya setiap orang ada cerita  tersendiri. Dan bila dah ada couple, kadang-kadangimages kita rasa, mau je cerita segala-galanya kat couple kita tu. Kalau tak pun,kita mesti akan cerita apa yang kita makan, apa yang kita rasa, apa perasaan kita pada masa tu dan macam-macam lagi lah. Tapi,tak semua benda kita kena bagitau kan?

Memang tak salah nak berahsia tetapi janganlah sampai menipu.Kita kan kena bersikap jujur ngan couple kita,barula bahagia rumah tangga.Betul tak ?. Kalau  kita buat something yang couple kita tak suka, memang la kita patut tak cerita kat dia. Ini bukan nak tipu tapi semata-mata nak elak hubungan kita timbul masalah. Tapi kalau dia dapat tau dan kita tak cerita kat dia, tak ker keadaan akan menjadi lebih teruk?

Susahkan dalam bercouple ni? Nak terus terang salah..nak rahsia pun salah.Sendiri mau ingat la kan..
Tapi, yang penting kita harus tau memang ada benda yang  kita kena rahsia dari pengetahuan couple kita.Jadi, semuanya terpulang kepada diri kita sendiri. Apa yang ai nak tekankan  adalah, kita boleh berahsia tetapi jangan menipu. Binalah hubungan yang jujur dan ikhlas. Ok?

Malam pertama?

4

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.
"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.
"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.
"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.
Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.
"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...
"Kringggggg...."
"Tik..tik..tik..tik..."
"Kring.. kring..kring.."
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,
Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!
TAMAT

credit to :mnazman
Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu… hihihee


Apabila Blog Anda Ada Kualiti, Pastinya…

3

Ai rasa terpanggil nak baca sampai habis artikel ni..sangat menarik..memang penting pun kan kalau nak berblog mestila ada kualitinya dalam setiap entri..baru la orang nak baca..jangan tengok pada kuantitinya saja..kerap buat entri  tapi dalam entri tak dak kualiti..Ai baca artikel ni dekat blog abang nara..salah satu tempat rujukan ai dalam dunia blog ni..entri dia sangat simple dan senang nak faham..Macam mana kita nak makesure entri kita berkualiti?Jom tengok apa kata abang nara dalam isu ni.

Dalam dunia ini ada berpuluh-puluh juta blog. Di Malaysia sahaja rasanya ada dekat 2,3 juta blog. Setiap hari akan ada beratus-ratus ribu blog baru muncul. Jadi macam mana kita hendak bersaing dengan jutaan blog di seluruh dunia ini?

Jawapannya hanya satu sahaja. Pastikan blog anda ada kualiti. Mari saya beri 3 contoh blog yang saya terjumpa dan saya terus melekat kerana kualiti penulisan blog-blog tersebut.

1. Rohaizad - keikhlasan dan kesungguhannya saudara Rohaizad untuk berkongsi ilmu blogging sememangnya terserlah dengan setiap entri beliau. Kualiti post sentiasa terjaga. Kadang-kala sengaja ditimbulkan persoalan untuk mengajak kita berfikir. Setiap hari pasti akan saya lawati blog saudara Rohaizad untuk menimba sedikit ilmu yang beliau sudi kongsikan.

2. Obefiend - blog mamat ini sememangnya berkualiti dari segi lawak dan idea-idea pelik. Kalau rasa nak gelak dan berfikir secara serius, memang akan pergi ke blog Obefiend. Walaupun kebanyakan entri ditulis dalam English, tapi cara penulisan yang penuh feel sememangnya kena dengan jiwa saya.

3. Kujie2 - satu contoh blog peribadi yang sangat berjaya. Walaupun kebanyakan topik Kak Kujie berkisarkan kehidupan hariannya, tapi cara pengolahan cerita memang sangat menarik. Diselang-seli dengan lawak selamba, memang saya akan tersengih bak kerang busuk setiap kali ke blog Kak Kujie.

Dari 3 contoh blog di atas apa yang dapat kita simpulkan? Saya percaya yang mereka bertiga iniberblog bukan kerana wang tetapi kerana mahu berkongsi sesuatu dengan kita semua. Dan setiap perkongsian dilakukan dengan penuh teliti, dijaga kualitinya dan ada gaya yang tersendiri.

Pesanan saya, jangan risau sekiranya blog anda tidak mempunyai ramai pengunjung setakat ini. Apabila blog anda ada kualiti, pastinya jumlah pengunjung akan naik. Dan bila pengunjung sudah ramai, maka pastinya anda akan tersenyum riang dengan earning yang bakal anda jana. Formulanya:-

Blog Berkualiti = Traffik Meningkat = Earning Pun Meningkat

P.S: Rasa-rasanya macam mana saya boleh terjumpa ketiga-tiga blog di atas? Misteri tak?

Tengok..nak buat apa-apa pun kita kena ikhlas kan..bila ikhlas baru la apa yang kita buat timbul dari hati..bila timbul dari hati..sudah tentu la akan wujud kualiti..tak kira la dalam berblog ke..dalam perhubungan ke..dalam study ke..semua tu kena ikhlas dan ada matlamat sendiri.

Tuesday, June 1, 2010


Rahsia di Sebalik Bilangan Kuntuman Bunga Ros

6

Selalu kita lihat, bunga dapat menunjukkan betapa romantiknya seorang lelaki kepadaimages wanita. Ramai couple hari ni akan beri bunga pada pasangan masing-masing. Dorang mesti  teramat suka dengan bunga yang diberikan.Betul tak?. Even bunga itu akan layu, tetapi perasaan dan pengalaman menerima bunga dari seorang yang tersayang memang tidak dapat dilupakan. Kalau tak caya, try minta bunga dari suami korang.

Tapi, bilangan kuntuman bunga turut mempunyai makna disebaliknya. Ada rahsia kenapa seseorang itu memberikan bunga sekian-sekian kuntum. Ada yang bagi banyak kuntuman bunga dan ada juga yang bagi satu sahaja.
Jom tengok maksud bilangan kuntuman bunga ros

1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.

2 Roses
Two of us deeply in love.

3 Roses
I love you.

6 Roses
I want to be yours.

9 Roses
Love each other eternally.

11 Roses
You are the one I love most in my life.

12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.

13 Roses
Secret admirer.

24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).

33 Roses
Saying “I love you” with PROFOUND LOVE.

36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.

44 Roses
Constant unchangeable pledge.

50 Roses
This is “Regretless Love”.

56 Roses
My love.

66 Roses
Successful love affair.

99 Roses
Love with understanding makes love eternal.

100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple ’till ripe-old age.

101 Roses
No other love but you.

108 Roses
Please marry me!

111 Roses
Eternal love.

123 Roses
Free love.

144 Roses
Loving you day and night eternally.

365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.

999 Roses
Everlasting and eternal love.

1001 Roses
Faithful love, ’till forever

So macam mana? Dah terpikir nak bagi berapa banyak bunga ros?Punya la banyak kan maksudnya..Tapi ai tau..kalau dapat satu kuntum pun..kami org pompuan ni akan anggap satu kuntum merangkupi semua maksud kat atas tu..hehehehehhe…baikkan perempuan ni..tak yah nak susah-susah kasi sampai 1001 kuntum bunga ros..


Unique Visitor(UV) 200++

10

Tajuk tak boleh blah kan..Tu la realitinya..unique visitor kat blog ai paling tinggi pun 200++..Kepoh je kan ai ni..blog korang dah beribu-ribu dah UV kan,tapi tak de pun nak kepoh macam ai ni...UV kat blog ai ni akan naik  kalau ai rajin blogwalking..Kalau malas..gebabummmm la..menjunam 20++ jer..Biasa la kan..blog macam ai ni..mana nak leh mengharapkan pada keywords,mana nak leh mengharapkan pada entri best macam redmummy tu kan..kena la kerja keras kerja lembut..kena lah selalu berziarah kat blog kawan-kawan..Nak kata ai blog sebab mengharapkan traffik gah pun idak jugak..tapi tipu la kalau ai cakap ai tak kisah..ai sebenarnya dik oiiii..Kisahkan en nuffnang ai tu…maklumla..dalam hati tingin jugak nak cari duit lebih..Kalau orang kata melalui blog pun boleh cari duit lebih..tu yang ai duk pulun jugak tu..sambil-sambil ai berblog..sambil-sambil ai jumpa en nuff tu kan.. 

untitled1

untitled


Ada jugak yang suka makan tanah…

4

Macam pelik kan tengok tajuk entri ai hari ni..Tapi tu la yang berlaku..ada budak-budak yang suka makan tanah..Tengok harian metro hari ni muka depan..Agaknya apa ler rasa yek dorang makan tanah..boleh ke telan..Ai kalau terkena debu-debu tanah masa kat jalan pun rasa melekat je kat keronkong ni..Tapi budak-budak ni boleh plak telan yek..Macam – macam la dunia sekarang ni..Nak baca berita penuh leh gi kat online harian metro..

 

SUNGAI PETANI: “Saya suka makan tanah, biarpun ia keras tapi sedap,” kata I Yogeswary, 9, seorang daripada empat budak yang dimasukkan ke Hospitalfrontpage Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, kerana dijangkiti kuman selepas dipercayai memakan tanah.

Empat kanak-kanak perempuan berusia antara enam hingga sembilan tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya akibat jangkitan kuman kerana dipercayai makan tanah sejak beberapa bulan lalu.

Kanak-kanak itu ditemui di rumah mereka di Kampung Padang Lembu, Jalan Jeniang, dekat sini, dua hari lalu oleh beberapa ahli parti MIC yang membuat program pemeriksaan kesihatan di kampung berkenaan pada 28 Mei lalu sebelum dikejarkan ke hospital.

Selain Yogeswary, dua adiknya Nageswati, 7, dan Ganggadevi, 6, serta seorang saudara mereka Vikneswary, 9, kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak tiga hari lalu.

Yogeswary berkata, dia bersama dua lagi adiknya serta seorang saudaranya memakan tanah merah yang diambil di depan rumah dan perbuatan itu dilakukannya setiap hari sejak setahun lalu tanpa pengetahuan ibu bapa.

“Setiap hari kami mengambil tanah itu dan memasukkannya ke dalam poket seluar bagi mengelak dilihat bapa sebelum masuk ke dalam bilik dan memanggil adik serta saudara untuk makan tanah itu bersama,” katanya, semalam.

Pengarah HSAH, Dr Hariff Fadzilah Hashim yang dihubungi berkata, kanak-kanak terbabit dimasukkan ke hospital itu tiga hari lalu selepas mengalami pelbagai penyakit seperti kurang darah, jangkitan kuman dan kurang zat.

“Bagaimanapun, keempat-empat mereka stabil tetapi, kami masih membuat kajian mengenai punca penyakit mereka,” katanya.