Friday, July 9, 2010


Satu dah berjaya..yang lain cmne??

9

Ai dah berjaya convert blog comment ai dari disqus ke blogger punya comment..Tpi komen2 yang lama tak dapat diselamatkan..xpelah .. asalkan selamat convert..

Tapi dah macam-macam ai buat..blog ai kat bloglist tetap xupdate-update..asyik duk tunjuk “Rahsia Bila Korang Kentut” tarikh entri tu 23June 2010..Maknanya dah dekat 2 minggu bloglist ai tak update..Cammana nak buat niiiii???


Ada sapa – sapa leh tolong tak

9

Ai dalam proses nak convert comment ai dari disqus back to blogger comment..sebenarnya dah lama nak buat..sebab ramai sangat komplen..tapi masa punya pasal..terpaksa la tangguh..

Ai ada masalah ni…klu ada sape2 leh tolong..

1)Camna nak import semua komen-komen yang dalam disqus masuk dalam blog..ai dah try export dari disqus xml file..tapi failed…

2)Apsal walaupun ai update blog hari-hari,tapi kat bloglist kwn2 ai,tunjuk ai tak update..latest update kat bloglist kwn2 ai tu entri yang 2 minggu lepas..Aduiii..masalah betul laaa…

3) Pastu sekarang jugak ai dah leh masuk gengblogger..apsal weh..tiap kali login guna facebook…dia duk keluar login new tu la jugak…adoiiii


Ujian Keletihan

0
Ingin mengetahui tahap keletihan badan anda?
Anda akan mengetahuinya dengan menjawab persoalan-persoalan berikut :-
Tidak dapat bangun dari tidur tepat pada masa dan selalu melengah-lengah masa.
Tidak bermaya untuk berjalan.
Tidak suka berkomunikasi dengan orang ramai.
Malas bercakap. Rasa tidak bermaya dan lemah.
Malas bergerak terutamanya selepas duduk. Sentiasa berangan-angan kosong.
Sentiasa tersasul apabila bercakap ataupun menulis.
Kurang daya ingatan. Mudah terlupa walaupun pesanan yang baru diterima.
Sentiasa rasa tidak bertenaga atau lemah. Bergantung kepada ‘kafein’ untuk memberi tenaga.
Mulut tawar, deria rasa berkurangan, tidak berselera makan, suka mengambil perasa dalam makanan.
Merokok dan mengambil minuman keras yang terlalu kerap.
Telinga berdengung, pening kepala, mudah pitam, cepat marah.
Mata letih, seringkali bersanggap (menguap).
Rasa bahagian badan berat terutama pada bahagian perut dan ke bawah, gemar meletakkan kaki di atas meja semasa berehat.
Sukar untuk tidur, terlalu banyak berfikir, kerap mimpi.
Selalu mengantuk, kelenguhan otot-otot.
KEPUTUSANNYA :
Jika anda mengalami 2 hingga 4 perkara di atas, anda mungkin sedang mengalami sedikit keletihan. Tetapi sekiranya anda mengalami 5 perkara dan ke atas, tahap keletihan anda adalah kritikal. Anda mungkin mengalami masalah penyakit tertentu."

Thursday, July 8, 2010


Dia isteri kamu !

0

Dia isteri kamu..jadi layan le dia sebaik-baiknya..jaga dia seperti kamu jaga diri kamu sendiri..layan dia seperti kamu layan diri kamu sendiri..kerana dia….

Isteri adalah manusia

Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi. 

Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

Menganggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

Ingat tarikh penting
Hargai Isterimu

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

Isteri bukan pembantu rumah

Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

Ciuman khas untuk isteri

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri


Uji kemahiran otak kanan korang!

1
Cari lelaki dalam biji kopi ):

Doktor membuat kesimpulan bahawa, jika anda jumpa lelaki dalam gambar biji kopi di atas dalam masa 3 saat : bahagian otak kanan anda berfungsi lebih baik dari kebanyakan orang, dari 3 saat ~ 1minit : Fungsi bahagian otak kanan anda adalah normal, dari 1 ~ 3 minit : Otak kanan anda berfungsi perlahan dan anda perlu makan lebih protein, melebihi 3 minit : Anda dinasihatkan mencari latihan seumpama ini utk menguatkan lagi otak anda!!! Betul..! Memang ada lelaki dalam gambar ni!

Orang melayu kita

0
Pantun orang tua-tua:
Nasi lemak buah bidara
daun selasih saya lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan
Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya sorongkan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga saya serahkan
Orang muda kita pula berkata:
‘cinta itu buta’
‘cinta tak boleh dijual beli’
‘cinta medic’
‘sms On Cinta’
‘engkau bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu’
‘dua hati jadi satu bila kita bertemu’
‘bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu’
‘aku memang pencinta wanita tapi ku bukan buaya’
gila-gila cinta
harganya mahal
nak beli tidak daya
tapi ia datang percuma
dengan sepenuh jiwa dan raga
meredah, melanggar sesiapa sahaja yang menghalangnya
kerana ia tidak bermata
emak sendiri pun sanggup dibuang demi kesetiaan pada si dia
mata sepet tidak mengapa
hidung kembang alangkah lawanya
sudah bersatu dunia kita
susah senang kita berdua
dunia akhirat kita bersama
wah …. wah …. wah
penangan cinta anak muda zaman sekarang..

kau tahu ku mencintaimu
ku tahu kau mencintaiku
ooohhhh kasih
bersabarlah sayang
saat indah kan menjelma jua
tapi …….
‘sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’
Temu janji bukan di panggung wayang. Bukan kat Dataran Merdeka. Bukan kat Hard Rock Cafe.
alangkah riangnya hatiku
luahan rasaku mendapat perhatian
ku terima balasan darimu
kau jua menyimpan perasaan
warkahmu memberi kepastian
agar kejayaan menentu pertemuan
setiap kali di akhir katamu
kau selalu tulis
SEE YOU DI IPT …
Mereka ada fikrah Islamiah …. fikrah asolah lagi.
Sebab tu bila bercinta mereka ni setia dan sanggup berkorban segala-galanya.
Maklumlah … cinta mereka ni lahir dari tasawwur yang jelas dan fikrah Islamiah yang tulen.
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biar pun sengsara
berkorban segala-gala samar ….
Harap-harap jangan tertipu dengan perkara-perkara seumpama ini.
Cinta sememangnya fitrah manusia. Jalan terbaik untuk menyalurkan fitrah adalah pada perkahwinan.
Penegasan diberikan oleh Rasulullah s.a.w.: “Tetapi aku berkahwin dengan wanita.
Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku.”
Jaga pandangan mata. Jaga pergaulan. Kita ada batas pergaulan kita sendiri.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.”
Sabdanya lagi: “Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”
Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie. Jangan suka sangat chating dengan orang yang kita sendiri pun sebenarnya tak tahu mana datangnya. Buang masa satu hal. Letih melayan perasaan satu hal lagi. Letih nak ‘mengayat’ satu hal lagi.
Jangan juga ambil kesempatan untuk buat ‘marketing’ dalam aktiviti-aktiviti bersama lelaki perempuan. Kalau aktiviti sesama lelaki, pakai kain pelekat dengan t-shirt pun tak pe. Busuk sikit, tu bukti kita kuat buat dakwah sampai tak sempat nak mandi. Kalau aktiviti bersama, siap mandi dan sental seluruh badan. Seterika baju, pilih baju, pakai stokin, kiwi kasut,pakai gel rambut dan pastikan ‘gaya thiqah’.
Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.” Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu? Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat.
Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.
Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama. Macam pelik je bunyinya tu.
Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.
Sumber:Halaqah.Net

Taubat Si Pemalas

0
“Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.
Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.
“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.
“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.
“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.
“Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau.
“Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab.
“Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu.
“Itu kan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala” saya mencelah.
“Itu baru mereka. Ustaz pula kena buat persediaan. Buat macam-macam slaid. Tinggalkan isteri, tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit, saya yakin berapa sangatlah duit yang ustaz dapat. Tapi ustaz datang juga. Dan ceramah berjam-jam dengan penuh semangat”sambungnya lagi.
“Rutin yang menyeronokkan” saya menyelit.
“Semuanya kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu, dapat petunjuk. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk saya. Tiba-tiba saya lebih selesa lepak di bilik main *game* atau tidur sahaja. Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?” soalnya dengan nada serius.
“Allah Maha Pengampun” saya menjawab.
“Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.
Saya terdiam.
“Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!”katanya.
Antara sedih dan terharu, hinggap pula di hati saya perasaan lucu.
“Tahu* takpe*!” hati berkata.

~Hargailah mereka sahabatku..walaupun bukan dengan ucapan terima kasih. Namun, cukuplah dengan hanya mendoakan kejayaan mereka membawa kembali syiar-syiar Islam dalam kehidupan dunia. Memang, bukan ucapan penghargaan yang mereka harapkan dari kalian..tapi, pada saya, cukuplah dengan kalian merasa apa yang mereka rasakan..cukuplah dengan menghargai apa yang mereka lakukan.. ~
“Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain”.

Amalan-amalan baik tapi terbalik

0
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja ,bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya-Allah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia@tidak bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Wednesday, July 7, 2010


Oh Suami..Oh Isteri..

0
Oh SuamiKu
Bisikan dan Perasaan Hati Isteri
- Suamiku, bermesralah dengan isterimu
- Suamiku, fahamilah perubahan semulajadi isterimu
- Suamiku, janganlah cepat cemburu
- Suamiku, bersikap romantik dan sayangilah isterimu
- Suamiku, buangkan sikap garang dan pemarahmu
- Suamiku, berusaha mengambil hati isterimu
- Suamiku, sesekali pandailah memuji isterimu
Bisikan dan Keluhan Hati Isteri
- Suamiku, rajinlah membantu isterimu
- Suamiku, janganlah mata keranjang
- Suamiku, adakanlah perbincangan dan perbualan denganku
- Suamiku, hargailah pendapat isterimu
- Suamiku, bersedialah mengakui kesilapanmu
- Suamiku, jangan suka berbohong
- Suamiku, bijaklah mengurus penampilan dirimu
- Suamiku, berikanlah perhatian terhadap keluarga
- Suamiku, sentiasalah bersikap adil
- Suamiku, laksanakanlah tanggungjawab kebapaan secara optimum
Bisikan dan Harapan Hati Isteri
- Suamiku, bekerjasamalah dalam menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak
- Suamiku, pertingkatlah pengetahuan agamamu
- Suamiku, uruskan masamu dengan baik
- Suamiku, fahamilah tanggungjawabmu yang sebenar
- Suamiku, jangan terlalu leka dengan kerjayamu
- Suamiku, Buangkan sikap pemabukmu
- Suaniku, hentikan tabiat merokokmu
- Suamiku, jangan terlalu boros
- Suamiku, jangan terlalu ego
- Suamiku, pimpinlah keluargamu dengan penuh kaliber
- Suamiku, majukan diri dalam bidang kerjayamu
- Suamiku, fahamilah tahap-tahap perubahan dalam perkahwinan
- Suamiku, jadilah contoh kepada keluargamu

Oh.. Isteriku
Luahan dan Perasaan Suami
- Isteriku, iktiraflah kelakianku
- Isteriku, jagalah rumahku
- Isteriku, jangan leteri aku
- Isteriku, fahamilah perasaanku
- Isteriku, berbincanglah denganku
- Isteriku, hiasilah dirimu
- Isteriku, berlemah-lembutlah terhadapku
- Isteriku, hargailah pemberianku
- Isteriku, janganlah pilih kasih terhadap anak-anak
Luahan dan Keluhan Hati Suami
- Isteriku, jagalah makan minumku
- Isteriku, jagalah pakaianku
- Isteriku, didiklah anak-anakku
- Isteriku, raikanlah keluargaku
- Isteriku, sembunyikanlah kepintaran dan kelebihanmu
- Isteriku, janganlah membuang masamu
- Isteriku, janganlah banyak kerenah
- Isteriku, patuhlah kepadaku
- Isteriku, janganlah cemburu buta
- Isteriku, tunjukkanlah sifat sabarmu
Luahan dan Harapan Hati Suami
- Isteriku, iktiraflah kepimpinanku
- Isteriku, bantulah kejayaan kerjayaku
- Isteriku, jadikanlah anak-anakku insan berakhlak mulia
- Isteriku, permudahkanlah penglibatan sosialku
- Isteriku, janganlah boros
- Isteriku, hargailah kejayaanku
- Isteriku, galakkan hobiku
- Isteriku, suburkanlah pembangunan intelekku
- Isteriku, berjimat cermatlah
- Isteriku, berterus-terang dan berkomunikasilah denganku
- Isteriku, janganlah terlalu mengawalku
Dipetik dari buku 30 Luahan Perasaan Suami
Dr Hassan Hj Mohd Ali (1997)

Isteri Oh Isteri!

0
Isteri oh isteri…
Kau umpama bidadari..
Yang pandai mengambil hati..
Yang cantik walaupun belom mandi..
Yang pandai habiskan duit saku ku ini..
Isteri oh isteri..
Tanpa kau aku risau..
Tanpa kau aku sasau..
Tanpa kau aku kacau..
Bila kau ada aku tak hirau..
Isteri oh isteri..
Jangan membebel lagi..
Aku penat dengar kau berbunyi..
Aku pening dengar kau punya story..
Pasal kau asik cerita hal orang satu negeri..
Wahai isteriku yang satu..
Betul ke kau datang dari tulang rusuk ku?
Betul ke kau yang menjatuhkan ku?
Betul ke kau penghalang menuju kepada Tuhanku?
Kalau kau Tiada,Siapa aku?

Perempuan lawa VS Perempuan tak lawa

1
Lelaki Handsome Vs Lelaki Tak Handsome
Kalau perempuan lawa pendiam,
Lelaki akan kata : Wau!!! Ciri-ciri isteri idaman...
Kalau perempuan tak lawa pendiam,
Lelaki akan kata : Eh, tak reti komunikasi betul...
Kalau perempuan lawa berbuat jahat,
Lelaki akan kata : Mesti ada krisis dalaman nih... Kesian dia...
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat,
Lelaki akan kata : Dah la tak lawa, perangai huduh plak tu...
Kalau perempuan lawa menolong lelaki yg diganggu,
Lelaki akan kata : Ni la heroin sejati...!!!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata: Taktik nak ngorat le tu...
Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem,
Lelaki akan kata : Boleh tahan la....
Kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata : Kesian... Mesti kena bomoh lelaki tuh!
Kalau perempuan lawa ditinggalkan kekasihnya,
Lelaki akan kata : Buta kayu betul mamat tu...
Kalau perempuan tak lawa ditinggalkan kekasihnya,
Lelaki akan kata : Em.. Patut pun kena reject...
Kalau perempuan lawa sukakan binatang,
Lelaki akan kata : Perasaannya halus... Penuh kasih sayang
Kalau perempuan tak lawa sukakan binatang,
Lelaki akan kata : Sesama makhluk memang harus menyayangi...
Kalau perempuan lawa tak mau bergambar,
Lelaki akan kata : Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar,
Lelaki akan kata: Sedar pun diri...
Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan kata : Caring sungguh....
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan kata : Nak tunjuk caring le tu....
Kalau perempuan lawa bersedih hati,
Lelaki akan kata : Dont worry... I will make U happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati,
Lelaki akan kata : Sikit2 nak nangis!!! mengada2 t0l la...
Kalau perempuan lawa masak,
Lelaki akan kata : dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak,
Lelaki akan kata : Ntah sedap ke tak????
Kalau perempuan lawa main2 miss call,
Lelaki akan kata : Takpe...
Kalau perempuan tak lawa main2 miss call,
Lelaki akan kata : Ko ni takde keja lain ke... Org sibuk la...
Kalau perempuan lawa hantar2 email,
Lelaki akan kata : Sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email,
Lelaki akan kata : Balik2 email dia... Boring!!

kenapa cinta susah datang?

1


Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,


Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,


Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu


Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,


Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan


Kenapa cinta susah datang?
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan

Tuesday, July 6, 2010


Award dari Cik Eyka

0
Ai dapat award dari eyka..ada pink..and saya suka pink.Tenkiu eyka  sebab sudi kasi award ni kat akak..



Eyka tanya soalan dan ai pun jawab soalan-soalan ni ;-)
1. Ceritakan bagaimana usaha anda mencomelkan blog anda ?
tak dak usaha sangat pun..ai cuma letak warna-warna feberet ai jer..
2. Website yang selalu anda pergi untuk membantu anda mengedit blog ?
kalau bab mengedit blog,saya selalu pegi kat html-color-code.info.sebab saya suka bermain ngn color..
3. Tuliskan 5 perkataan yang menggambarkan diri anda ?
  • seorang wanita
  • seorang anak 
  • seorang isteri
  • seorang ibu
  • dan seorang adik yang manja :-) 
4 . Tag kawan-kawan yang anda rasa patut menerima award ini ?
  • linda
  • zakiah 
  • addya 

Kisah Benar : Gadis Terlampau!!!

1
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. ‘Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum lelaki……’ nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. ‘Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?’ Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. ‘Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,’ katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.


Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri… Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis… Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah swt sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir *MANAR ISLAM*
*Di kreditkan kepada PakarHowTo

Dapatkan semula file yang terdelete dalam pen drive

0
Korang terdelete dokumen, gambar, fail tertentu? Jangan risau. Recuva (sebutan "Recover") adalah perisian yang ai akan sarankan kepada korang semua untuk mendapatkan semula file korang yang hilang.



Sama ada korang terdelete dokumen, gambar atau fail-fail lain di komputer mahupun pendrive korang, recuva mungkin boleh mengembalikannya. Jika bernasib baik, keadaan gambar atau fail tersebut akan wujud seperti yang asal.

Selain kelebihan tersebut, recuva juga adalah percuma dan mempunyai saiz yang kecil untuk korang muat turun.

Cara menggunakannya amat mudah :
1. Selepas muat turun dan install, korang perlu mengklik ikon di desktop korang dua kali untuk run program tu.
2. Pastu, korang pilih drive apa yang hendak di'recover' atau diselamatkan atau dikembalikan. Jika pendrive, pilih drive untuk pendrive korang.
3. Kemudian klik Scan. Tunggu sehingga Recuva selesai mengimbas drive tersebut.
4. Senarai fail yang boleh diselamatkan akan terpapar. Pilih fail yang berkenaan, dan klik Recover untuk kembalikan fail tersebut.
5. Lihat direktori tempat korang recover tadi untuk fail yang berjaya diselamatkan.

Banyak perisian seperti ini di internet, tetapi kebanyakkannya adalah berbayar. Cuma klik di sini untuk website memuat turun perisian tersebut, dan Klik "Download".

Antara perisian lain yang setara kegunaan seperti ini ialah Recover My Files, Get Data Back dan lain-lain lagi.

OK, selamat mencuba dan semoga berjaya menyelamatkan file-fila korang.


Komplek sangat ke wanita ni?

4
Sebelum korang baca entri ini, cuba jawab soalan ini dahulu. Agak-agak, betul ke yang wanita ini kompleks dari lelaki? Hurm…fikir-fikirkanlah sambil korang membaca entri ini.

Lelaki Waktu lunch, jalan ke tempat makan
Sampai kedai makan, masuk
Ambik Pinggan
Letak nasi
Letak Lauk
Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
Makan
Habis
Balik Opis or
G surau

Perempuan
Waktu lunch, jalan ke kedai makan
Perhatikan orang waktu jalan
Sempat mengumpat dulu
Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
Ramai orang,cari kedai lain.
Jalan lagi
Dah puas ati..masuk..
Survey lauk dulu 2, 3 minit.
Carik2 pinggan, ambik pinggan
Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
Dah puas ati, ambik nasi
Ambik nasi ceduk sikit-sikit
Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
Buang balik nasi.banyak. .
Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
Ambil lauk
Pusing lagi
Carik sayur pulak!
Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
Ke kaunter bayaran
Tgk2 nasi dlm pinggan
Berbisik ngan kawan â€Å“alaamak byk la aku ambik”
Sampai depan kaunter â€Å“berapa?”
Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
Keluarkan duit
Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
Tutup dompet. Ambik nasi
Tinjau-tinjau tempat duduk.
Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
Cari tempat duduk lain
Jumpa. Duduk..
Alamak. Air tak order lagi
Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
Order air
Bangun
Ambik sudu
Duduk
Bangun
Ambik Tisu
Duduk
Air sampai
Belek dompet (Step tadi)
Bayar
Tutup
Minum air
Start makan
Tengok-tengok orang sambil makan
Makan separuh..kenyang
Sebab dah minum air
Letak sudu, letak garpu
Pinggan tolak tepi
Borak2 kater makanan tak sedap
Ngumpat2..tg korang
Pukul 2, naik opis..
Ambik beg makeup, g surau!!!!!
Ai rasa lelaki pun sama jer ngan perempuan..teliti..kalau wat semua hal remeh temeh kang,lain plak jadinya..cth bab makan,tu kan nak masuk perut kita,jadi kena la cari yang elok..Am I right?

Apa guna banyak harta…

0

Apa guna banyak harta andai kita lupa Allah,

Apa guna banyak harta andai kita tak mengeluarkan zakat,

Apa guna banyak harta andai kita tak mengerjakan haji,

Apa guna banyak harta andai kita tak bersyukur,

Apa guna banyak harta andai kita tak membantu ibubapa sendiri,

Apa guna banyak harta andai kita asyik berjoli,

Apa guna banyak harta andai kita bergaduh sesama sendiri

Oleh itu,

Biarlah kita papa harta,andai itu boleh mengingatkan kita pada Allah,

Biarlah kita papa harta ,andai itu boleh membuatkan kita bersyukur,

Biarlah kita papa harta,andai itu boleh menginsafkan diri,

Biarlah kita papa harta,andai itu boleh membahagiakan kita semua


Post blog korang untuk SEO

0

Siapa yang tak kenal dengan search engine Google, Yahoo, Bing. 3 search engine ni yang harus harus kita fokuskan untuk mempromosikan blog.Dari segi statistik, Google adalah search engine yang paling banyak digunakan orang untuk mencari kata kunci atau keyword.
Jadi.cepat-cepat la korang submit url korang ke search engine ni Google, Yahoo dan Bing.
I. Cara daftar ke Google !
Google adalah raja dalam Search Engine, jadi penting sangat untuk kita submit url blog kita di Google.

Untuk cara mendaftar url blog,pergi ke url ini http://www.google.com/addurl atau klik disini. Kemudian korang just isi url blog korang dan klik Add Url.

google
II. Cara Daftar di Yahoo !
Untuk mendaftar blog korang di Yahoo, syaratnya cuma korang perlu ada account Yahoo terlebih dahulu. Kalau dah ada account di Yahoo, korang terus je pergi ke website ni http://siteexplorer.search.yahoo.com/submit atau terus je klik disini.
Kemudian isi saja url blog korang pada field pertama contohnya :

http://www.namablog.blogspot.com

Field yang kedua korang isikan alamat sitemap korang, contoh :

http://www.namablog.blogspot.com/atom.xml

Kemudian klik Submit.
yahoo

III. Cara untuk Daftar Blog di Bing !
Search Engine bing juga selalu menjadi pilihan sebagai search engine, jadi ai rasa tak sia-sia kalau kita daftar urlblog kat bing.
Korang boleh ke page nihttp://www.bing.com/docs/submit.aspx?FORM=WSDD2 atau klik disini.

Kemudian korang terus isi code verification,dan seterusnya korang masukkan url blog korang.

bing
Harap SEO dapat sumbangkan sikit trafik pada blog kita semua, semoga blog korang cepat terindeks di Google, Yahoo dan Bing.

Monday, July 5, 2010


Nek..pegang kuat yer…

1


Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."


Ejaan nama korang mula dengan huruf ape?

0

A - korang boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran korang.

B - korang selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C - korang ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D - korang ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E - korang sentiasa seorang yang exited (ghairah).

F - semua orang menyayangi korang.

G - korang ada cara sendiri untuk menilai manusia.

H - korang bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.

I - korang mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.

J - korang seorang yang cemburu.

K - korang suka mencuba perkara-perkara baru.

L - korang sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.

M - kejayaan mudah datang kepada korang.

N- korang suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O - korang seorang yang berfikiran terbuka.

P - korang seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q - korang seorang hipokrit.

R - korang seorang yang gemar social.

S - korang sangat broad-minded (fikiran terbuka).

T - korang ada sikap canggih, amat canggih.

U - korang merasakan korang ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.

V - fizikal korang baik sekali.

W - korang suka menyendiri.

X - korang tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut korang buat.

Y - korang selalu penyebab pada banyak masalah.

Z - korang selalu bergaduh dengan seseorang.

8 lokasi cari pasangan

0


Selalu tak korang mengeluh camni
"hai,apalah nasib aku ni.nak kata tak cantik,rasanya ramai lagi yg kurang cantik daripada aku,Tapi mereka tu ada juga teman hidup..aku ni,sorang pun tak nak!!,"

8 lokasi mencari pasangan

1.Perpustakaan - Bagi yg masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kpd korang ntuk mencari pasangan.kata orang"sambil menyelam sambil minum air"
Bagi yg lelaki,ape kata korang beranikan diri "approach"
gadis yg korang suka.hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka.
Lainlah kalau korang bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,korang makan penampar!


2.Pusat Boling - salah satu tempat yg di gemari oleh remaja.ha,apa kata korang ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta korang akan berputik di pusat boling??


3.Pusat beli-belah - Pasti ramai yg tidak percaya.tetapi yakinlah ada di antara kita yg mendapat pasangan di pusat membeli belah.tidak mustahil ini juga berlaku kpd korang.oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.mana tahu mungkin korang di pikat di sana.. ^_^


4.tempat seminar/camping - kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping.mungkin perkara yg sama berlaku kpd korang.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila korang di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.mana tahu korang akan mendapat pasangan hidup korang di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk korang mengenali lebih ramai orang.


5.Internet - wah!Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini.ramai di antara korang yg mendapat pasangan melalui cara ini.cubalah korang melayari internet untuk berchatting,manalah tahu rezeki korang untuk bertemu dgn pasangan melalui internet.tidak kurang juga perkenalan melalui
"chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki korang.kata orang'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'tapi awas!bnyk juga yg penipu.
selamat berjaya!


6.kenduri kahwin - pasti ade yg gelak bila baca tips ini..tapi banyak yg berkesan tau!pasti ramai yg akan menghadiri majlis perkahwinan.jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.selain mendapat pahala,siapa tahu korang akan terpikat dengan seseorang di sana nanti??wow!!


7.Pejabat/sekolah - sesekali korang perlu di tonjolkan diri agar diri korang menjadi perhatian ramai.dah kenal barulah cinta kan??jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yg di anjurkan oleh organisasi sekolah korang agar kewujudan korang akan di sedari..contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yg tertarik dengan korang nanti.


8.kafe - daripada korang terperap di rumah.apa kata korang ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.kalau mampu pergilah ke kafe yg eksklusif.tentu yg melepak di situ juga yg best-best.siapa tahu ,tiba-tiba saje korang mendapat nombor telefon daripada mamat yg duduk di meja sebelah korang??


9.masjid/surau – rajin-rajin la pergi ke masjid.tiap-tiap waktu korang pergi..siapa tau kan,tiba-tiba ada makcik ke pakcik ke yang berkenan nak rekomen kan korang kat anak dorang..ada rezeki korang leh terus dapat isteri/suami..bercinta lepas kahwin..lagi nikmat.betul tak?


Rahsia disebalik nombor rumah korang

0

Pernah tak korang terfikir mengapa korang memilih rumah yg korang duduki sekarang? Apa nombornya? Apa yang menyebabkan korang tertarik untuk mendiami rumah tersebut?. Ikuti rahsia disebalik nombor rumah korang. Jom kita kira apakah no yang mewakili rahsia disebalik no rumah korang.

Kiraan:
Nombor 17 = 1+7=8 Jadi angka rumah korang ialah 8.Baca keterangan 8 kat bawah....

Nombor 156

= 1+5+6=12
12 = 1+2=3

Jadi angka rumah korang ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah....

Rumah nombor 1 Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering
berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira.

Rumah nombor 2
Orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah
teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya.Cubalah... .

Rumah nombor 3
Biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan
percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan 'kesempurnaan' dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4
Emmmm... .nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5
Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.

Rumah nombor 6
Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang kamu berikan.

Rumah nombor 7
Satu angka 'aneh' .Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8
Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9
Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang
dicita-citakan selama ini.

P/S Sekadar suka-suka tau…jangan la ambik serius sangat yer (^-^)

Cinta Tak Semestinya Memiliki

1

Cinta tak semestinya memiliki..Betul la kan?

Bila  berkawan tak semestinya bercinta…
Bila bercinta tak semestinya bertunang…
Bila bertunang tak semestinya berkahwin…
Bila berkahwin tak semestinya kekal hingga ke akhir hayat…

Sebenarnya rumit bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

Yang penting ikhlas kerana Allah SWT.

Sunday, July 4, 2010


Plate Number Kereta …

1

Bila kita beli kereta,lepas kita dah pilih kereta apa kita nak beli..kaler ape kereta kita nanti,pastu kita mesti fikir pasal plate no. plak kan..Kita mesti nak plate no yang special untuk kereta baru kan..

JPJ

Nak tengok harga plate no special yang korang leh pilih:

RM210 – Nie harga untuk plate no yang tengah running.Korang leh refer website JPJ untuk nak tengok plate no terbaru yang tengah running. Katakan plate no yang tengah running 7303,jadi korang leh la pilih no.yang  available start dari 7xxxx dan 8xxxx.

car plate number

RM310 – Untuk yang ni korang leh pilih advance no yang available la.Contoh,katakan no yang tengah running sekarang 3303.Korang leh la pilih mana-mana no yang available bermula dari no 3 series sampai la  9999 (tapi still dengan huruf semasa tau,katakan sekarang PJL)korang tak leh la pilih untuk ambil huruf PJM.

Untuk no yang single atau dikenali sebagai Golden Number, harga untuk no. ni boleh mencecah RM100,000!Kalau kat KL plate no 1 harganya antara  RM10k ke RM100k,kat Melaka pulak antara RM35k ke RM45k je.Jadi ,harga plate no setiap negeri ni lain-lain ler,ada yang mahal ada yang boleh tahan.Tapi no 1 selalu menjadi harga paling tinggi di semua negeri pastuno 2,3 dan 8. Untuk double no pulak macam no 11, 22, 33, 44, 88, dan 99 harganya antara  RM5k ke RM15k.

Contoh-contoh no plate yang mahal DAV 10 (David), MAN 15 (Manis), DR 6161 (Dr Gigi) dan DU 17 (Duit).

Jadi korang dah fikir ke no plate korang?Ai taksanggup je nak perabis duit semata-mata nak beli no jer..(^~^)

Saturday, July 3, 2010


Sape pulak la yang menang

0

Sekarang ni semua mesti ngah tekun teliti te…te segala lah layan bola..ai je duk ngadap notebook cabuk ni..bosan la..dua beranak tu sah-sah dah sembunyi remote..ai jugak macam kera sumabang..nak layan bola..hati takde rasa ..nak layan blog BW ..tenet palak cam siput..tapi hati ai ketawa riang…kekkekkekekke..sebab ada orang tengah gundah gulana tu..argentina dah kena 1..me?suka terbahak-bahak la..ayat ai”dah la xyah tengok dah”..tapi dorang tak layan pun…dasyat betul la penangan bola ni..ibu terus diketepikan..(^~^)


Gerrard & Marina kasi ai award best

0


1. Anda mesti memuji si pemberi award.
"Gerrard" & "Marina" ni la nama tuan punya blog yang kasi award kat ai..blog dorang sangat informatif..ai pun baru kenal ngan blog ni..tak leh nak komen lebih-lebih..masih dalam tempoh kenal-kenalan..tak kenal maka tak cinta kan..aisey ayat ai..mmg tak bleh blah..tak sangka plak, dorang sudi kasi award kat blog ai.
Tenkiu yer Gerrard & Marina sebab kasi award ni
2. Bagi award ni kat 10 blog yang lain.
ok..dalam proses mengenal pasti penerima award..(^-^)
3. Beritahu mereka mendapat award.
OK...akan menjerit kat blog dorang nanti.
4. Bagaimana anda digelar blog yang best & great ?
Tak tau pun pasal nie..:-)

World Cup edisi malam minggu

0

Apa yang panas malam ni…ada orang tido dalam kekecewaan(^_^)..kekkekekke…brazil kalah ngn belanda..sadis yek wat penyokong brazil..biasa la kan..bola tu kan bulat..ai maintain jer..sape menang pun tak kisah..lagi cepat habis world cup ni pun ai lagi suka..ayat macam orang jauh hati..agaknya bila dah jadi mak orang ni,benda-benda cam gini dah tak menarik minat ai kot..dulu zaman zaman bujang trang tang tang,ai layan le jugak world cup ni..Apapun tahniah kepada penyokong oren..konfem korang senyum sampai telinga ni yek..tido pun mesti mimpi yang indah-indah aje.. (-:

Friday, July 2, 2010


Recent Post Widget Version 2.0 – dengan summary

0
1Korang tengok recent post ai..siap ada summary cmtu,sebelum ni recent post ai cuma list title jer..ai baru jumpa code nyer..sebelum  ni duk cari2 jugak..ai kasi kat korang jugak yek..kot2 korang pun interest nak tempek kat blog korang..Cara nak tempek,korang just add gadget –> klik html/javascript.
<script style="text/javascript" src="http://www.presssalad.com/filecab/rpost-english.js"></script><script style="text/javascript">var numposts = 5;var showpostdate = false;var showpostsummary = true;var numchars = 100;var standardstyling = true;</script><script src=http://URL-BLOG-KORANG.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=published&alt=json-in-script&callback=showrecentposts></script>
i)Korang leh tukar bilangan post yang korang nak show  -> numposts = 5
ii)Korang leh tukar samada nak show date post atau tak –> showpostdate =true / false
iii)Korang leh tukar jumlah perkataan dalam summary post korang tu –> numchars =100

Kelebihan jumaat PENGHULU SEGALA HARI.

0

Jumaat penghulu segala hari.Sabda nabi . “Sebaik-baik hari yang matahari terbit hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu ia dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itulah juga ia dikeluarkan darinya”. .Antara amalan pada hari Jumaat ialah:

1. baca spt Surah Sajjadah dan al-Mulk dan alkahfi

2. Zikir di Waktu pagi

3. Banyakkan Selawat Rasulullah SAW.

4.Sujud Syukur Kepada Allah.


Cinta Jarak Jauh Melukakan Hatiku

0

(Kisah ini kisah benar dan sangat sesuai dibaca oleh pasangan yang sedang bercinta pada jarak jauh. Kepada kaum Hawa berhati-hatilah dalam percintaan dan kaum Adam janganlah mengambil kesempatan ke atas kelemahan kaum Hawa. Hargailah orang yang korang sayang. Bacalah coretanku ini….)

Aku seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama Jue oleh rakan – rakanku dari dulu hingga kini. Aku adalah satu – satunya perempuan dalam adik-beradikku yang seramai 6 orang. So tidak mustahil aku berperwatakan seperti seorang lelaki. Sebelum aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, aku tidak pernah menjiwai ciri-ciri seorang perempuan dan juga tidak pernah mempunyai kawan rapat yang sejantina denganku.

Tapi segala-galanya berubah apabila aku berpindah memasuki sekolah berasrama penuh di Melaka pada tingkatan 1. Aku seperti terkena kejutan budaya kerana pelajar – pelajar di situ tidah bergaul antara lelaki dan perempuan. Dari situ aku belajar untuk berkawan dengan perempuan.

Persekitaran sekolahku membuatkan aku menjadi seorang perempuan dan paling membuatkan aku betul-betul tidak percaya ialah aku semakin janggal untuk berkawan atau bercakap dengan insan bergelar lelaki. Aku semakin kurang bersosial seperti dulu. Satu berubahan yang sangat menakjubkan dalam diriku.

Aku seorang yang suka memerhati dan membuat kesimpulan sendiri untuk diriku. Sepanjang aku berkawan dengan perempuan, aku sering mendengar kisah-kisah yang menyedihkan tentang percintaan mereka. Sebelum ini aku memang tidak pernah melibatkan diri dengan percintaan dan aku menyimpulkan bahawa lelaki sanggup bersusah payah memikat hati perempuan apabila mereka menginginkan perempuan tersebut. Tetapi setelah mendapatkannya, lelaki selalu membuat perempuan menangis secara sengaja atau tidak sengaja. Mereka ibarat tidak menghargai perempuan yang mereka idam-idamkan dahulu. Bagiku mana-mana lelaki semuanya sama sahaja. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak bercinta sehinggalah aku melangkah ke alam perkahwinan. Aku mengimpikan sebuah percintaan selepas berkahwin yang sangat romantis seperti yang dialami oleh ayah dan ibuku. Aku berharap agar impianku menjadi kenyataan dan ia telah menjadi prinsip hidupku. Dengan prinsip yang aku cipta itu, aku telah menolak permintaan lelaki yang ingin menjadikan aku kekasihnya.

Tetapi aku sebagai manusia hanya tahu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ingin dijadikan cerita, aku sangat membenci seorang lelaki bernama Haikal yang merupakan classmate aku dari tingkatan 1 hingga 5 ketika di sekolah menengah. Dia selalu mengusikku sehingga membuatku naik angin. Aku sangat membencinya sehingga aku tidak boleh mendengar suaranya, apatah lagi melihat mukanya yang sememangnya tidaklah sekacak Norman Hakim.

Tetapi Allah Maha Kuasa. Memasuki tingkatan 5, aku dan Haikal menjadi akrab. Tetapi kami hanya berkawan rapat di dunia ‘sms’ sahaja. Apabila di kelas, kami seperti tidak kenal antara satu sama lain. Sepanjang persahabatan, dia sering memberi ‘hint’ yang dia ingin menjadikan aku lebih dari seorang kawan. Tapi aku sering mengatakan yang aku hanya ingin bercinta selepas berkahwin. Kata – kataku itu membuatkan dia kecewa. Walaupun dia berasa seperti tiada harapan untuk bersamaku, tetapi dia tidak pernah meninggalkanku walau sesaat pun dan terus berusaha untuk mendapatkan aku dengan apa jua cara sekalipun.

Selama 2 tahun persahabatan kami, aku melihat dia benar-benar ikhlas untuk berkawan denganku. Ahkirnya aku memutuskan untuk menerimanya sebagai ‘couple’ku apabila dia betul-betul meluahkan isi hatinya pada 1st January 2008 dengan berkata “Jue, aku cintakan kau”.. Bermulalah kisah baru antara aku dan Haikal. Percintaan ini merupakan kisah cinta pertama dalam hidupku selama aku berusia 20 tahun dan aku berharap ia akan berkekalan sehingga akhir hayatku.

Seperti biasa di awal-awal percintaan, segalanya berjalan dengan lancar. Selepas dua tiga bulan, pergaduhan sering terjadi antara aku dan dia, sehingga aku berasa menyesal menerimanya dulu. Paling menyakitkan hatiku, Haikal malu untuk mengaku aku sebagai kekasihnya kerana takut di gelar sebagai ‘mamat jiwang’ oleh rakan-rakan sekuliahnya. Bila aku bertanya kenapa mahu berselindung? Haikal menjawab dia belum bersedia untuk orang mengetahui kisah cinta kami. Selain itu juga, Haikal lebih mementingkan rakan – rakannya dalam segala aspek sehingga aku berasa seperti tidak di perlukan lagi. Pernah satu ketika, Haikal meminta izin untuk meninggalkan aku di Plaza Low Yat keseorangan setelah dia terjumpa rakannya di situ juga.

Inikah CINTA?? Inikah layanan dia terhadapku setelah dia bersusah payah mendapatkan aku?? Aku begitu tidak menyangka bahawa dia melayanku sebegitu kerana sebelum kami bercinta, dia begitu baik melayanku bagaikan seorang lelaki yang berkomitmen tinggi terhadap perempuan. Sampai hati dia melakukan seperti itu terhadapku… Bermacam-macam lagi pergaduhan yang kami alami. Aku benar-benar terasa seperti tiada nilai di matanya. Kadang – kala aku terasa seperti dipermainkan olehnya.

Haikal yang aku kenali memang seorang yang sosial. Tetapi dia pernah berjanji padaku yang dia tidak akan meninggalkan aku dan dia ingin menjadikan aku sebagai isterinya. Dia juga berkata bahawa akulah cinta pertama dan terakhir bagi Haikal. Tetapi di sebabkan dia yang sangat sosial, dia sering melukakan hatiku. Bagi Haikal, dia tidak sanggup melihat aku mempunyai kawan lelaki walau seorang. Tetapi dia tidak pernah sedar yang dia mempunyai ramai kawan perempuan yang seksi-seksi dan sering bertepuk tampar diantara mereka. Haikal memang manusia jenis pentingkan kawan-kawan daripada keluarganya sendiri dan juga aku. Aku sering menangis memikirkan semua ini. Haikal!! Kau sangat kejam terhadapku!!

Setelah 5 bulan percintaan aku dan Haikal, kini Haikal terpaksa perpisah denganku gara-gara dia ingin melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Apabila aku mendengar berita tersebut, aku benar-benar risau dan sedih. Kini tercipta satu kisah baru iaitu percintaan jarak jauh antara aku dan Haikal. Ya Allah…begitu besar dugaan aku setelah aku melanggar prinsipku sendiri untuk tidak bercinta sehingga aku berkahwin. Adakah ini balasan bagiku?? Walaupun kami sering bergaduh, tetapi aku terlalu sayang terhadapnya dan aku tidak sanggup berpisah dengannya….oh tidak….bolehkah aku dan dia mengekalkan percintaan ini walaupun kami berjauhan??

Di awal percintaan jarak jauh ini, kami sering berhubung melalui e-mail,friendster dan juga ‘sms’. Sekali sekala ada juga Haikal menelefonku. Aku berasa gembira kerana dia selalu mengingati aku walaupun kami berjauhan… Kami juga jarang bergaduh ketika itu. Ya Allah, bahagianya aku..

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Sudah sebulan lebih Haikal di negara orang. Walaupun dia berjauhan denganku, pergaduhan terjadi juga antara aku dan Haikal. Apa yang aku risaukan benar-benar terjadi. Dia menjadi semakin sosial dan jarang membalas semua e-mail dan komen di friendster yang aku kirimkan padanya. Pada mulanya aku fikir kemungkinan Haikal busy. Tetapi semakin lama semakin pelik aku di buatnya. Haikal terus-menerus menyepi diri tanpa khabar berita. Aku semakin risau. Aku cuba menelefonnya tetapi tidak pernah berjawab, apatah lagi sms. Tidak pernah di balasnya walau sekalipun. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya aku.

4 bulan Haikal menyepikan diri dariku. Tiba-tiba aku tergerak hati ingin menelefonnya menggunakan nombor adikku di pagi raya yang lalu pada 1st October 2008. Setelah menunggu akhirnya berjaya juga aku menembusi taliannya. Tapi hatiku bagai dirobek-robek kerana yang menjawabnya suara seorang wanita dan bila ku tanya apa hubungan dia dengan Haikal, dengan bangganya dia mengatakan dia kekasih Haikal dan sedang mengandungkan anak Haikal tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Menurutnya, Haikal ingin wanita itu melahirkan anak dalam kandungannya dan Haikal bakal mengahwini wanita tersebut yang membahasakan dirinya sebagai Jiha. Aku hampir pengsan mendengar kata-kata Jiha..Ya Allah….. Inikah namanya cinta? Inikah akibatnya aku melanggar prinsipku dahulu?? Haikal, sampai hati awak buat semua ini pada saya. Apa salah saya terhadapmu. Cepatnya awak berubah, sedangkan percintaan kita belum cukup setahun.

Di pagi raya itu juga aku menangis memikirkan apa yang telah terjadi padaku. Aku serik dengan percintaan ini. Mulai saat itu, aku telah menutup hatiku untuk semua lelaki. Aku kecewa dengan percintaan yang baru pertama kali aku lalui. Inilah percintaan pertama dan terakhirku. Haikal, aku tidak akan maafkan apa yang kau lakukan padaku. Inikah balasannya setelah aku begitu setia padamu? Inikah hadiah yang kau berikan padaku setelah aku tewas dengan pujuk rayumu di saat kau menggodaku dulu? Kini benarlah apa yang aku pernah katakan dulu bahawa lelaki sanggup bersusah payah memikat hati perempuan apabila mereka menginginkan perempuan. Tetapi setelah mendapatkannya, lelaki suka membuat perempuan menangis secara sengaja atau tidak sengaja dan mereka tidak pernah menghargai perempuan yang mereka idam-idamkan. Lelaki memang serupa. Hanya pandai mengayat. Haikal!! Aku tak akan maafkan kau. Aku tidak dapat melupakan apa yang terjadi ke atas diriku ini. I hate u forever and ever Haikal!!! I HATE YOU!!!

Ya Allah.. maafkan segala kesilapanku yang lalu. Aku menyesal dengan apa yang telah terjadi. Walaupun aku telah kehilangan Haikal, orang yang benar – benar aku sayang dan percaya, aku tidak akan sesekali menzalimi diriku sendiri. Akan aku buktikan bahawa aku boleh hidup tanpa Haikal bukan hanya 2 3 saat, tetapi untuk selama – lamanya. Dan aku akan buktikan bahawa aku boleh mendapatkan lelaki yang lebih berguna dari Haikal. Tiada guna aku mengharap pada lelaki seperti Haikal. Aku akan membenci Haikal seumur hidupku dan aku tidak akan memaafkannya.. Haikal adalah racun dalam hidupku untuk selama – lamanya……

Kepada rakan – rakan yang sedang hangat bercinta, hayatilah kata – kata ini…

Berkawan tidak semestinya bercinta,
Bercinta tidak semestinya bertunang,
Bertunang tidak semestinya berkahwin,
So, jangan mengharap pada sesuatu yang tiada kepastian lagi.
Kerana seandainya apa yang korang harapkan tidak tercapai,

Ia mungkin akan melukakan hati dan melemahkan semangat korang untuk terus hidup..Sumber TentangCinta.com

Thursday, July 1, 2010


Amalan harian yang merosakkan

0
Ada kajian  membuktikan terdapat beberapa amalan harian dalam mengasuh kanak-kanak seperti pemakanan, cara asuhan, teknik rawatan dan ciri kebudayaan yang boleh menyebabkan kerencatan pembangunan sistem neurologi dan otak anak.images
Akibatnya pembangunan daya pertuturan, bahasa, gerak-geri, kognitif, intelek dan emosi anak terencat.
Untuk pembangunan otak yang optimum pada setiap pembangunan, kita mesti faham proses itu dan berusaha untuk memastikan dua perkara penting wujud:
1.Membanyakkan perkara-perkara yang meningkatkan pembangunan otak.
2.Mengelakkan apa jua yang mungkin merencatkan pembangunan otak.
Ada beberapa perkara asas yang berupaya meningkatkan
pembangunan otak pada peringkat awal usia kanak-kanak. Antaranya meniarap, menjulur, merangkak, menyusur, berjalan dan berlari.
Manakala beberapa perkara yang merencatkan pembangunan otak anak ialah:
1.Ibu bapa tidak memahami keagungan menjulur dan merangkak.
2.Anak sering ditelentangkan.
3.Anak tidak ditiarapkan.
4.Anak yang sering didukung.
5.Anak yang sering dikepit atau diriba.
6.Anak yang menggunakan walker.
7.Anak yang ditidurkan dalam buaian terlalu lama dan kerap.
8.Anak yang dikurung dalam kandang.
9.Rumah yang terlalu kotor.
10.Rumah yang terlalu banyak perabot.
11.Rumah yang tidak cukup ruang untuk anak menjulur dan merangkak.
12.Anak yang dibiasakan dengan makanan rapu dan minuman ringan.
Manfaat menjulur dan merangkak
images (1) “Lebih awal anak ditiarapkan, lebih cepat ia akan menjulur dan merangkak. Lebih banyak ia menjulur dan merangkak, lebih kukuhlah kemampuan ia bergerak, meneroka, membangun dan seterusnya.” – Glenn Doman.
Dr. Glenn Doman dan rakan-rakannya di Philadelphia, menceritakan konsep susunan neurologi, iaitu perkaitan kemampuan manusia dengan tahap pembangunan otaknya.
Jumlah sel otak atau neuron yang berjuta-juta jumlahnya adalah anugerah Allah S.W.T yang paling agung sekali kepada manusia.
Setiap sel diberi nama dendrit iaitu ia akan keluar jika ada stimulasi dan sekiranya cukup sumber tenaga, oksigen dan di dalam keadaan emosi dan kesihatan yang baik.
Penyelidikan menunjukkan bahawa dendrit akan terus bercambah sehingga manusia mati sekiranya wujud persekitaran dan stimulasi yang baik. Oleh itu, tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahat.

Credit to:Majalah PA&MA

Jom belajar bercinta

0

Nak segarkan  rasa cinta korang pada pasangan korang ? Sangat penting untuk merekaimages yang dah beranak pinak.Selalunya bila anak dah ramai ni,kita abaikan perasaan pasangan kita,yelah,masing-masing sibuk duk menjaga anak samapi tak sedar perasaan pasangan terabai.Tak kiralah si dia itu suami ke isteri ke..

1.Ingatlah semua tarikh-tarikh yang penting buat si dia. Terutamanya tarikh-tarikh
yang ada kaitannya buat korang berdua. Misalnya, ingat tarikh hari jadinya, tarikh ulang tahun perkahwinan korang berdua, tarikh mula berkenalan dan sebagainya.

2.Selain itu, selalu-selalulah hantar bunga pada si dia. Taklah hanya ketika ulang tahun kelahirannya atau masa hari ulang tahun perkahwinan korang berdua sahaja. Barulah nampak romantik. Tapi, korang kena ingat, hantarlah bunga ros merah sebab ros merah adalah bunga untuk orang yang bercinta.

3.Telefonlah si dia selalu semata-mata untuk katakan padanya yang korang sangat
mencintainya dan sentiasa memikirkannya.

4.Buat temu janji. Kalau masa bercinta dulu, hampir setiap hari korang keluar berdua-duaan. Tapi selepas berkahwin dan dapat anak, semua tu sudah jarang sekali.

Untuk segarkan kembali rasa cinta korang pada si dia, apa kata telefon dia dan ajak keluar makan malam bersama tentu romantik. Apa? Anak? Mintalah tolong pengasuh jaga anak korang sekejap. Mesti boleh kan?

5.Selain itu, sekali-sekala, ajaklah dia gi makan angin. Bercuti sambil
menenangkan fikiran. Kalau dapat pergi bercuti berdua sahaja lagi elok. Barulah rasa macam pergi berbulan madu.

images (1) 6.Perkara yang paling romantik dan paling mudah korang leh buat untuk hangatkan kasih antara korang berdua ialah ucapkanlah “I Love You’ selalu. Setiap hari luangkan seminit dua untuk ucapan tersebut. Antara waktu yang sesuai untuk korang  lafazkan kalimah keramat itu ialah ketika dia baru bangun daripada tidur. Bisikkannya dengan lembut pada pangkal telinga si dia. Aduh! Romantiknya.

7.Untuk tambah ceria hari sidia, tulislah surat cinta atau paling tidak pun nota cinta buat yang tersayang. Pastu, letakkanlah surat ataupun nota tersebut pada tempat-tempat yang si dia sendiri tidak terfikir. Misalnya di dalam beg  kerja, di atas hidangan sarapan paginya ataupun di dalam poket bajunya. Best kan?

8.Kepada yang kreatif, luahkanlah rasa cinta korang terhadap pasangan dalam bentuk puisi, madah ataupun lirik lagu. Cara ini benar-benar sesuai untuk menambat hati
insan yang korang sayang. Selain puisi, korang juga boleh mencipta lagu buat si dia.

9.Hadiahkan si dia barangan idaman. Yang ini mungkin mahal sedikit, tapi memang
berbaloi. Lebih-lebih lagi kalau barang yang korang hadiahkan itu memang barang yang dihajati si dia. Sekali-sekala berbelanja lebih apa salahnya. Korang juga yang untung bukan orang lain.

10.Sentuhlah dia. Sentuhan fizikal adalah antara perkara yang perlu diamalkan untuk merapatkan lagi hubungan yang telah sedia terjalin antara korang dan pasangan. Saling bersentuhan seperti berpegangan tangan ketika berjalan dan memeluk seterusnya mencium si dia sebelum ke pejabat sangat penting untuk  menghangatkan lagi hubungan korang berdua.