Tuesday, October 20, 2009


Lebih Hangat dengan Sentuhan Merah

0
Ruang tamu didominasi warna-warna neutral.Dengan sentuhan warna merah, membuatkan ruang tamu anda tampil lebih hangat.

Tahukah Anda? Memberikan sentuhan warna merah pada ruang tamu, dapat memberikan kesan hangat. Cuba lihat ruang tamu ini, cukup dengan memberi warna merah pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kesan yang ditimbulkan tidak sekadar hangat, tetapi juga akrab malah romantik.

Ruang tamu dihias simple. Tidak banyak aksesori digunakan,malah ia amat sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Begitu juga dengan rekabentuk perabot yang digunakan. Di ruang tamu ini diletakkan satu set sofa.Sofa berwarna hitam, berlapis kulit. Dihias dalam bentuk "U", dilengkapi pula dengan sebuah meja kaca di bagian tengah dapat membuat kan anda serta tetamu anda selesa tatkala beristirehat di ruang ini.

Warna-warna neutral, seperti putih, kelabu, dan hitam selalu mendominasi hiasan ruang tamu. Sehingga penampilannya cenderung "dingin" dan agak biasa.Untuk membuatkan ruang ini terasa lebih "hidup", bolehlah mencuba paduan warna yang menghangatkan dan memberi kesan akrab. Pilihannya tentu saja pada warna-warna hangat. Salah satunya adalah warna merah.

Pengaplikasian warna merah, antara lain pada lantai. Lantai menggunakan granit merah. Dibuat serasi dengan warna bantal dan lukisan. Ruang tamu pun tidak lagi kelihatan biasa. Tertarik untuk mencuba?






0 comments:

Post a Comment