Friday, October 30, 2009


Ibu oh ibu...

0
Assalamualaikum... ... [PERINGATAN] Sejauh manakah anda menghargai ibu anda?Tepuk dada tanya selera...Sayangi Ibu Anda... Plzzzzzzzzzzzzzzzzz... ... ..

Ketika berusia 1 tahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain..kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun..., ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang..kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucap terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : "Tak nak ! Taknak !"

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.cara mengucapkanterima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terimakasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja..kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah..kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutupaurat..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman..kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah membayar yuran pengajian , menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama.kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata. "Itu bukan urusan ibu".Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya.kita kata " saya tidak mahu jadi seperti ibu".

Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan.. "perabot pilihan ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!"

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan merungut. "ibu , tooooolongglah.."

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..kita dengan megah berkata, "itu dulu, sekarang zaman moden..".

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung.. kita berkata "kami sibuk, tak ada masa nak datang"

Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah tiada, ingatilah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

"sesungguhnya hidupku, matiku, amalanku, ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT"wassalam Syurga DiBawah Telapak Kaki Ibu...




Hepi Besday chikchah!!

0
Hari nie 30 hb Okt 2009,besday chikchah kita..selamat hari lahir,semaga sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya setiap masa.Ameen.

Nanti chikchah balik kampung,belanja kek nie yer..semua anak-anak tunggu kek dari mu..

Wednesday, October 21, 2009


Sayang..ibu rindu!!!

0
Hari nie dah masuk 3 hari ibu tak pegi keje.Tak pe ibu tak kisah,asal kan anak ibu hepi.Belah petang ni mendung lagi..mungkin jap lagi hujan,guruh kilat..wat kan ibu bertambah susah hati.camna ibu tak susah hati dah kat 4 hari anak ibu nie demam.. kejap ok kejap panas..ibu nak pegi keje pun xsedap hati..baik le ibu buat keje kt umah jer..dpt tgk adik 24 jam..

Risau sungguh ibu kalo anak ibu nie tak aktif.. lemah longlai jer..muka tak ceria je..makan pun tak nak..asyik terbaring je..susu pun kurang nak minum..adik..cepat le sembuh..ibu rindu nak dengar riuh rendah suara adik..sekarang nie asyik dgr adik nangis jer.. Tdo malam pun nak ibu peluk erat baru dpt lena..tak pun nak tido atas riba ibu..

Yang paling ibu kesian adik siap batuk pastu sampai muntah-muntah.. Sian je ibu tgk.. ibu dah nangis dah tgk adik mcm nie..selalu adik demam kejap jer..xde sampai muntah-muntah..

Adik..ape yang ibu boleh buat supaya adik nak minum dan makan cam selalu.. Moga anak ibu cepat sembuh yer..dan ceria macam selalu.. ameenn..




Tuesday, October 20, 2009


Nama Bayi Perempuan - Versi 3

0

A
‘Abidah Yang banyak beribadat
‘Adani Yang baik pekerti
‘adlah Keadilan
‘Ainani Mata
Alaniah Nyata
Arifah Yang bijaksana
Arusah Pengantin
Azyyati Kesabaran
Asyiqah Yang asyik
Abirah Wangi
Adabiah Kesopanan, beradab
Adlina Keadilan kita
Adilah Adil, saksama
Adriana Nisbah
Aniqah Cantik, lemah gemalai
Arfah Gembira
Ainul Hayat Mata kehidupan
Afiqah Sangat pemurah, sangat berpengetahuan
Afifah Yang bermaurah,
Anisah Yang mesra
Arinah Yang cergas
Aqilah Yang baik, yang mulia
Aliah Yang tinggi
Amirah Yang aman bahagia
Adlah Keadilan
‘Azmatun Kegigihan

B
Barizah Terkemuka
Basimah Senyuman
Bashirah Hati murni
Basmina Senyuman
Badzlin Murah hati
Balqis Nama Ratu Kerajaan Saba’
Bariah Yang pandai, yang mahir
Basirah Yang bijak
Basitah Yang melapangkan
Bussaina Cantik, menarik
Busra Kesegaran

D
Danifah Perbendaraan tersembunyi
Dajinah Awan megah
Dalilah Pemimpin
Dalilati Pemimpin
Dalili Pemimipin
Dania Hampir
Dianah Keagamaan
Dianati Keagamaan
Dina Keagamaan
Dhamimah Penjamin
Dhiafah Cerah pada tetamu
Dahiyah Yang pintar
Dahliah Sejenis bunga
Damia Kebajikan dan keberkatan
Dayana Yang gagah perkasa
Dayini Patuh, taat
Damia Kebajikan dan keberkatan

F
Fildzah Belahan hati
Farizah Jelas
Farisah Pahlawan
Fathaniah Bijak
Fadhilah Kemulian yang tinggi
Farhah Kegirangan
Farhanah Kegembiraan
Fariah Tinggi,mulia
Faridah Yang istimewa
Fathiah Pembukaan, kemenangan
Farwizah Menang, berjaya
Fataniah Bijak
Fauziah Cergas
Fikriyah Pandai
Filzah Belahan hati
Fakhriah Kemegahan
Fakhrani Nisbah
Fatin Menarik
Fatinah Bijaksana
Faiqah Paling baik
Faqihah Pandai, pintar
Fairuz Batu permata
Fatanah Kebijaksanaan


G
Gharsina Tumbuhan
Ghassani Cantik
Ghaliah Yang berharga
Ghaniah Yang cantik
Ghanimah Yang berjaya
Ghadah Yang lemah lembut
Ghauthiah Pertolongan
Ghamirah Yang mengembara
Ghazalah Matahari terbit
Ghundurah Bahagia, muda
Ghurrah Keserian, putih berseri
Ghaziah Pejuang
Ghazwani Kepahlawanan
Ghadat Lembut, halus

H
Hadhinah Pengasuh
Habibah Kekasih
Hadhimah Pengasuh, pendidik
Hamimah Kawan setia
Hamizah Yang bijaksana
Haifa Ramping, genit
Hakimah Yang bijaksana
Halwa Yang manis, menarik
Hasya Kesempurnaan
Hidayah Petunjuk Allah
Hasinah Yang taqwa
Hasyimah Yang bersopan santun
Huda Petunjuk
Haziqah Yang cerdik, pandai
Hazirah Pilihan yang terbaik
Haziyah Yang dipuji, yang disayangi

I
Ijazati Keizinan
Iffah Suci, terpelihara
Imanina Keimanan kami
Inani Hadapanku
Itqan Kecekapan, kepintaran
Iwana Takhta
Izzati Kemuliaanku, kekuatanku
Izdihar Kemajuan, perkembangan
Irdina Kehormatan kami
Irsalina Pengirim kami
Insyirah Kegembiraan, lapang hati
Istiqamah Kelurusan
Irfan Mengetahui

J
Jamiah Yang menyatupadukan
Jawidah Yang baik hati
Jazima Tegas
Jauna Matahari
Julia Berambut panjang
Junaidah Pejuang, tentera
Jaharah Kecantikan bentuk dan rupa
Jahirah Yang rupawan dan genit
Jahizah Yang dilengkapi
Jalilah Yang mulia
Jamaliah Kecantikan
Jamalina Kecantikan

K
Kafiah Memadai
Kiasatina Kebijaksanaan
Kafiya Wakil, yang memadai
Kafilah Penjamin
Khairunnisa Gadis yang paling cantik
Khalidah Yang kekal
Kaisah Bijaksana, cantik
Kamaliah Kesempurnaan
Kamilia Bunga, suci
Khairiah Kebaikan
Khalilah Teman setia
Khaliqah Bersopan santun
Karimah Yang mulia
Karamina Murah hati
Kazimah Penyabar
Khadra Subur, kehijauan
Khalisah Yang jujur
Khuzaimah Nama arab lama
Khabirah Pikir
Khairana / Khairina Kebajikan

L
Labibah Yang cerdik, yang cantik
Laila Kegembiraan, keghairahan
Laiqah Yang layak
Lailani Malam
Lazimah Yang berprinsip
Lauzah Berguna, berhasil
Laiyinah Yang lemah lembut
Lidiya Remaja, muda
Liyana Kelembutan
Lutfiah Kehalusan, kelembutan

M
Malihah Yang cantik dan manis
Mariah Putih
Marinah Yang lembut
Mahdiyah Suci, tulen
Mahirah Yang cekap, mahir
Maliyanah Kelembutan
Manarina Cahaya petunjuk
Munifah Yang tinggi lampai dan cantik
Mahfuzah Yang terpelihara
Mus’ifah Penolong
Munirah Yang bersinar
Muklisah Yang ikhlas
Mursyidah Hidayah, taufiq
Miskiah Harum kasturi
Muzainah Kepujian, titisan hujan
Masturina Yang bijak
Mumtazah Yang istimewa
Mardhati Keredhaanku
Munawarah Yang berseri, yang disinari cahaya
Masturah Yang terpelihara
Mawaddah Cinta
Maziah Kelebihan, keistimewaan

N
Nadwah Dewan, sekumpulan manusia
Nadhrah Keindahan
Nadirah Yang berharga, mulia
Najwa Bisikan manusia
Najimah Bintang
Najidah Berani
Nazifa Bersih
Nawwarah Yang bercahaya
Nazmina Penyusunan
Nazirah Penyelia
Nur Azmina Cahaya keazaman kami
Nur Husnina Cahaya kebaikan kamu
Nurul Asyiqin Cahaya pencinta
Nuruljannah Cahaya syurga
Nur Amalina Cahaya harapan
Nur Qamarina Cahaya bulan
Nabilah Yang cerdik
Nadhilah Pejuang
Nadrah Sekeping emas

Q
Qasbah Menuntut ilmu
Qadirah Yang berkuasa
Qadisah Suci
Qahirah Yang gagah, yang berkuasa
Qamarina Bulan
Qarinah Pendamping, kawan
Qasdina Lurus, sederhana
Qasimah Cantik, lawa
Qasrina Istana
Qismina Bahagian
Qistina Keadilan
Qudwah Ikutan
Qurratu’aini Penyejuk mataklu / hatiku

R
Rahmatina Rahmat, belas kasihan
Rahmuna Kasih saying
Raidah Pemimpin
Raihah Gembira kerana yakin
Rahumah Penyayang
Razanah Kesopanan, ketenangan
Ruzana Ketenangan
Rafiah Yang mulia
Razita Bunga
Ridhwah Keredhaan
Rif’ah Ketinggian, kemuliaan
Rifqah Kelembutan

S
Syuhrah Kemasyhuran
Syuhaidah Madu lebah
Syahmina Cerdik
Syakirah Yang berterima kasih
Sarimah Gigih, cekal
Sakinah Ketenteraman
Safi Bersih, murni
Safura Keemasan
Sarah Nama isteri nabi Ibrahim
Suhailah Yang senang, yang mudah
Sulwana Hiburan hati
Syimah Peribadi, tabiat
Syukriah Kesyukuran
Sadiqah Sahabat, teman ikhlas
Syarafana Kemuliaan
Syabrah Pemberian, kurnia
Syadni Pokok bunga
Syaqiqah Saudari kandung
Syahmah Hati yang murni
Syasya Berseri-seri
Syauqina Rindu
Syazwan Kecergasan

T
Thaqifah Yang cerdik
Tharwah Kekayaan
Tahsina Mencantikkan
Taiyibah Yang cantik
Tuma’ninah Ketenangan
Tsara’ Kekayaan
Taqiah Yang bertaqwa
Taqinah Yang teguh, tahan
Tajul bariyah Mahkota
Tamrina Latihan

U
Unaizah Nisbah
Uthailah Mulia
Usaimah Terpelihara
Unaisah Kegirangan
Uzmana Cita-cita, keazaman
Uzma Terbaik, terbesar
Ubaidah Yang taat, tunduk
Ummi kalsum Nama anak nabi
Umaimah Ibu yang penyayang

W
Wasimah Lemah gemalai
Wasifah Penolong
Waslah Yang membuat kebajikan
Waslina Hubungan rahim
Wasiqah Yang amanah
Watiqah Yang teguh dan kukuh
Watriyah Ketunggalan
Wajahah Ketinggian martabat
Wafa Kesetiaan
Wadaah Ketenangan
Wadhihah Yang terang, yang jelas
Wani Mutiara
Wardah Bunga mawar

Y
Yaquti Bernilai
Yaziyah Mudah, senang
Yaniah Mekar
Yasarah Kemudahan, kesenangan
Yasawafi Mematuhi arahan
Yarasyimah Kemampuan
Yamini Yang berkat
Yasirah Yang mudah, yang senang
Yasmina Bunga melur
Yusra Kesenangan, kemudahan
Yusrina Kaya






Lebih Hangat dengan Sentuhan Merah

0
Ruang tamu didominasi warna-warna neutral.Dengan sentuhan warna merah, membuatkan ruang tamu anda tampil lebih hangat.

Tahukah Anda? Memberikan sentuhan warna merah pada ruang tamu, dapat memberikan kesan hangat. Cuba lihat ruang tamu ini, cukup dengan memberi warna merah pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kesan yang ditimbulkan tidak sekadar hangat, tetapi juga akrab malah romantik.

Ruang tamu dihias simple. Tidak banyak aksesori digunakan,malah ia amat sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Begitu juga dengan rekabentuk perabot yang digunakan. Di ruang tamu ini diletakkan satu set sofa.Sofa berwarna hitam, berlapis kulit. Dihias dalam bentuk "U", dilengkapi pula dengan sebuah meja kaca di bagian tengah dapat membuat kan anda serta tetamu anda selesa tatkala beristirehat di ruang ini.

Warna-warna neutral, seperti putih, kelabu, dan hitam selalu mendominasi hiasan ruang tamu. Sehingga penampilannya cenderung "dingin" dan agak biasa.Untuk membuatkan ruang ini terasa lebih "hidup", bolehlah mencuba paduan warna yang menghangatkan dan memberi kesan akrab. Pilihannya tentu saja pada warna-warna hangat. Salah satunya adalah warna merah.

Pengaplikasian warna merah, antara lain pada lantai. Lantai menggunakan granit merah. Dibuat serasi dengan warna bantal dan lukisan. Ruang tamu pun tidak lagi kelihatan biasa. Tertarik untuk mencuba?






Sunday, October 18, 2009


Nama Islam Bayi Perempuan - Versi 2

0
Alya Adriana Ketinggian, nisbah Semoga anak ini menjadi orang yang sangat suka melakukan kebaikan yang tiada henti nisbahnya.

Alya Jazilah Ketinggian/bijak bercakap Kelebihan ataupun ketinggian anak ini terletak kepada petahnya dalam berkata-kata. Anak yang bijak bercakap juga merupakan suatu kelebihan dirinya untuk berjaya dalam hidup. Semoga anak menjadi orang yang bijak dalam berkata-kata dan mengamalkan apa yang diperkatakan.

Firuz Yang indah Nama yang mudah terkenal suatu masa nanti. Terkenal juga dengan budi pekertinya yang bersopan santun. Hatinya mudah ditarik untuk melakukan perkara-perkara yang baik.

Dalili Fahimah Pemimpin/yang bijak Ibu bapa memang mengharapkan anak yang bijak dan berkebolehan dalam memimpin. Generasi beginilah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan demi kebaikan bangsa, agama dan negara.

Dhia Syarafana Cahaya/kemuliaan Anak yang dididik dengan penuh disiplin sewaktu kecilnya, akan menjadi orang yang tahu menghargai masa dan menghargai diri sendiri. Pekerjaan yang tidak memberi manfaat akan dijauhi sedaya mungkin. Hasilnya, melahirkan sesuatu yang mulia untuk dijadikan contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.

Diyanah agama Nama yang cukup sinonim dengan kecantikan wajah yang selalu dimiliki oleh pemiliknya. Mungkin orangnya putih, berseri dan apa sahaja yang cantik pada dirinya. Di sebalik nama yang sedap didengar ini, sebenarnya ia bererti agama. Agama pastinya yang berkait rapat dengan kesucian dan juga kebersihan. Semoga anak pandai menjaga kebersihan dan kesucian dirinya sebagai seorang wanita yang solehah.

Iffah Huriyyah Suci terpelihara/bidadari Alangkah bertuahnya ibu bapa yang boleh mendidik anak perempuannya tahu menjaga dan memelihara maruah diri. Melihat fenomena masyarakat sekarang, segelintir remaja perempuan hilang malu dalam menjaga akhlak diri mereka. Melepak, merokok, pergaulan bebas menjadi kebiasaan hidup. Semoga anak yang memiliki nama ini terhindar daripada perkara-perkara sedemikian, sesuai dengan namanya yang suci lagi terpelihara.

Irdina Ilmuna Kehormatan kami/pengetahuan kami Semoga anak dididik untuk mengejar ilmu pengetahuan yang tinggi. Sebarang kejayaan yang hendak dicapai, ia memerlukan ilmu pengetahuan, apa lagi dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini. Orang yang berilmu pengetahuan, apa lagi kalau berakhlak, dia akan dihormati oleh orang lain.

Izzah Insyirah Kemuliaan/kegembiraan, lapang hati Semoga anak yang dilahirkan memiliki perbadi mulia. Akhlak-akhlak baik yang dimilikinya mampu menggembira dan menjadi penghibur kepada kedua ibu bapa yang telah mendidiknnya menjadi manusia yang berguna pada dunia dan akhiratnya.

Izz Zayani Kekuatan/yang cantik Kehadiran anak yang dinantikan telah tiba untuk memberi kekuatan dan kegembiraan terhadap kedua ibu bapanya. Wajah anak yang comel dan cantik itu, sangat menghiburkan. Kepada ibu bapa, tanamkan azam untuk mendidik anak menjadi lebih cemerlang pada dunia dan akhiratnya.

Iffah Tahu harga diri Tiada lain yang diharapkan dari seorang anak perempuan agar dia tahu menjaga kehormatan dirinya. Ini perlulah dipupuk sejak anak masih kecil lagi. Biarlah dia membesar dengan sifat-sifat yang baik ini. Agar dia terhindar daripada menjadi gadis jalanan yang sentiasa berkeliaran di tempat-tempat awam.

Lina Nadhirah Kelembutan/yang berseri Semoga anak menjadi wanita yang lemah lembut pada budi pekertinya. Memiliki anak perempuan yang lemah lembut dan bersopan santun, akan menyerikan lagi kehidupan keluarga bahagia.

Liya Zafirah Yang beroleh kemenangan Liya adalah nama anak kepada Nabi Yaakub. Dia merupakan seorang anak yang taat kepada ibu bapanya. Sangat menghormati dan menjaga bapanya yang telah tua. Gabungan nama ini, semoga anak beroleh kemenangan di dunia dan akhirat dengan mendapat keberkatan ibu bapa.

Laila Nahwah Keseronokan, kekasih / berakal Gabungan nama yang sangat serasi untuk dipilih kepada ibu bapa yang sangat penyayang. Anak adalah tanda kasih sayang yang terjalin antara suami dan isteri. Selalunya gabungan ibu bapa yang romantis mampu melahirkan anak yang sangat pintar. Cubalah memilih nama ini, insya-Allah anak yang dilahirkan menjadi manusia yang tahu menggunakan akalnya ke arah perkara-perkara kebaikan.

Nawal Atiyah Memperolehi sesuatu/pemberian Anak merupakan satu pemberian Allah yang tidak ternilai harganya. Sesungguhnya laksanakanlah tanggungjawab yang sebaik-baiknya sebagai ibu bapa.

Nawal Najah Hadiah/kejayaan Kegembiraan ibu bapa bila melihat anaknya berjaya dalam apa-apa bidang yang diceburinya. Ia merupakan suatu hadiah kejayaan yang sukar dilafazkan.

Wafa Thahirah Kesetiaan/yang suci Anak ini akan menjadi manusia yang setia dan taat kepada kedua ibu bapanya. Bila mendapat keredhaan ibu bapa akan memudahkan lagi dirinya untuk mendapat keredhaan Allah. Ia juga akan setia untuk melaksanakan perintah agamanya yang suci.

Wani Hazirah Mutiara/pilihan yang terbaik Seorang anak dianggap sebagai mutiara yang paling berharga. Apalagi jika dididik menjadi insan yang berguna pada bangsa, agama dan negara. Justeru, anak dijadikan pilihan terbaik sebagai penyambung warisan kedua ibu bapanya.

Watin Wardah Yang sempurna/sekuntum bunga mawar Anak yang memiliki nama ini diharapkan dapat menyempurnakan apa-apa jua yang menjadi harapan ibu bapa terhadap dirinya. Pandai menjaga maruah diri sebagai anak perempuan kepada ibu bapa. Namanya sesegar bunga mawar yang tidak akan layu sebelum sampai masa untuk dipetik. Bukannya mudah, ia suatu cabaran kepada ibu bapa masa kini.

Widad Kamilah Kasih sayang/yang sempurna Lahirnya anak ke dunia ini, adalah lambang kasih sayang antara suami dan isteri. Anak menjadi pengikat kasih berpanjangan dan kesempurnaan dalam membina keluarga yang bahagia. Adanya nama ini di dalam keluarga, semoga terhindarlah daripada kehidupan yang kucar kacir kerana ketandusan kasih sayang.

Wafiy Munirah Setia/yang cantik Anak perlu dididik untuk menjadi seorang yang setia. Mudah dan ingat apa yang diajarkan oleh guru-guru dan juga ibu bapa. Apatah lagi jika mudah mengamalkan segala nasihat yang diberikan. Hati menjadi tenang melihat anak yang begini. Semoga anak menjadi orang yang baik dan cantik budi pekertinya.









Saturday, October 17, 2009


Nama Bayi Lelaki Islam -Versi 2

0

A
Abu Juhdi Berusaha ابو جهدي
Abi Karami Murah hati ابي كرمي
Abi Nubli Cerdas ابي نبلي
Abi Rafdi Pertolongan ابي رفدي
Abi sarwan Dermawan ابي سروان
Abul Auni Yang banyak menolong ابو العون
Abu Farhan Yang banyak menyimpan ابو فرحان

Abu Hirzan Yang banyak berusaha ابو حرزان
Abul Khairi Yang banyak kebaikan ابو الخير
Abu Najdi Yang banyak membantu ابو نجد
Abussyamili Yang banyak memgumpul ابو الشمل
Abul Wardi Yang sangat menyukai mawar ابو الورد
Abhari Lautan ابحاري
Abaharan Lautan ابحارن
Abshar Penglihatan ابصار
Abthal Pahlawan ابطال
Abyat Bait-bait sajak ابيات
Ahmad Terpuji احمد
Adhwa’ Cahaya, sinaran أضواء
Afandi Gelaran bagi orang yang berpangkat افندي
Amaluddin Cita-cita agama أمل الدين
Amali Cita-citaku, harapanku أمالي
Aman Sentosa, keamanan أمان
Abu Bakar Gelaran sahabat Nabi, yang bersegera ابو بكر
Abu Samah Pemaaf ابو السمح
Afiq Yang amat pemurah, yang amat berpengetahuan أفيق
Afnan Hiasan, keindahan, kesenian أفنان
Adabi Kesopananku, kesusasteraan ادبي
Adam Ikutan,tauladan,Nama Nabi آدم
Adham Yang hitam,cantik kesan baru ادهم
Asyraf Yang mulia أشرف
Azfar Yang berjaya; yang menang أظفر
Amar Yang berseri, yang gemilang أمر
Amin Perintah,suruhan, hal أمين
Aminuddin Yang amanah yang dipercayai أمين الدين
Azhari Pengamanah agama أزهرى
Aziz Yang berseri yang gemilang عزيز
Amir Yang kuat, yang gemilang kekasih أمير
Aiman Putra, ketua, pemerintah أيمان
Asmar Yang hitam manis أسمر
Azizi Kesayanganku, kekasihku أزيزى
Azri Kekuatanku, penyokongku أزرى
Asna Yang tinggi yang bersinar أسنى
Asnawi Yang berseri yang gemilang أسنوى
Asy’ari Yang elok yang berambut lebat dan panjang أشعرى
Amran Yang memakmurkan عمران
Alauddin Ketinggian Agama علاء الدين
Aniq Yang kacak أنيق
Anis Yang mesra, teman setia أنيس
Adli Keadilanku, kelurusanku, balasanku, sukatanku عدلى
Adnan Nama datuk nabi yang ke20 yang bermukim, yang menetap pada tempat عدنان
Amir Yang memakmurkan yang kuat iman yang lemah lembut عامر
Ammar Yang memakmurkan yang mendiami yang bermukim عامر
Atiq Yang indah yang mulia عتيق
Abidin Yang beribadat عابدين
Abqari Yang bijaksana yang kuat عبقرى
Arif Yang bijak, yang mengetahui عارف
Ariffin Yang bijak, yang mengetahui عارفين
Amanna Kami beriman امنا
Amar Dia perintah امر
Amila Melaksanakan عمل
Allama Dia mengajar علم
Aminin Orang-orang yang aman امنين
Amirun Yang menyuruh امرون
Afina Orang yang memaafkan عافين
Afuza Aku menang افوز
Ahsin Berbuat baiklah احسن
Ati Berilah اتي
Atid Yang selalu hadir عتيد
Alin Yang tinggi عالين
Aliyah Yang tinggi عالية
Alimah Ia mengetahuinya علمه
Aini Pengawasanku, mataku عينى
Alimat Ia mengetahui علمت
Afiq Yang mulia أفيق
Afif Yang bermaruah عفيف
Anaqi Keindahanku yang menawan hati أناقي
Ahlami Impianku, kelembutanku أحلامى
Ahza Yang beruntung أحظى
Atika Aku datang padamu اتيك
Atimmu Sempurnakan اتموا
Atina Berikan/ yang datang اتين
Ahmad Yang terpuji أحمد
Alzam Yang tekun ألزم
Andar Ia memberi peringatan اندر
Adlan Adil/keadilan عدلا
Ajmal Cantik,molek أجمل
Akid Yang kuat, yang teguh, tetap أكيد
Azman Cita-cita, tekad عزمان
Azwar Rajin, ziarah/emas أزور
Abdul Alim Hamba Allah yang Mengetahui عبد العاليم
Abdul Azim Hamba Allah yang Agung عبد العظيم
Abdul Aziz Hamba Allah yang Mulia عبد العزيز
Abdul Bari Hamba Allah yang Banyak kebaikan عبد الباري
Abdul Basit Hamba Allah yang Melimpah Nikmat عبد الباسط
Abdul Baqi Hamba Allah yang Kekal عبد الباقى
Abdul Dayyan Hamba Allah yang Membalas عبد الديان
Abdul Jabbar Hamba Allah yang Tegas عبد الجبار
Abdul Jalil Hamba Allah yang Mulia عبد الجليل
Abdul Jawad Hamba Allah yang Pemurah عبد الجواد
Abdul Hanan Hamba Allah yang Penyayang عبد الحنان
Abdul Ilah Hamba Allah عبد الإله
Abdul Karim Hamba Allah yang Pemurah عبد الكريم
Abdul Khaliq Hamba Allah yang Mencipta عبد الخالق
Abdul Latif Hamba Allah yang Lemah-lembut عبد اللطيف
Abdul Majid Hamba Allah yang Mulia عبد المجيد
Abdul Mannan Hamba Allah yang Memberi nkmat عبد المنان
Abdul Muhaimin Hamba Allah yang Berkuasa عبد المهيمن
Abdul Mu’ti Hamba Allah yang Memberi عبدالمعطي
Abdul Mun’im Hamba Allah yang Memberi Nikmat عبد المنعم
Abdul Nasir Hamba Allah yang Menolong عبدالناصر
Abdul Wafi Hamba Allah yang setia عبد الوافى
Abdul Wadud Hamba Allah yang Pengasih عبد الودود
Abdul Wahab Hamba Allah yang memberi عبد الوهاب
Abdul Warith Hamba Allah yang mewarisi عبد الوارث
Abdul Wahid Hamba Allah yang Esa عبد الواحد
Ar-Rahman Yang Maha Pemurah الرحمن
A- Rahim Yang Maha Mengasihi الرحيم
Al-Hakam Yang Maha Mengadili الحكم
Al-Malik Yang Maha Mengusai الملك
Al-Quddus Yang Maha Suci القدوس
Al-Salam Yang Maha Selamat Sejahtera السلام
Al-Mu’min Yang Maha Melimpahkan keamanan المؤمن
Al- Muhaimin Yang Maha Pengawal dan pengawas المهيمن
Al-Aziz Yang Maha Berkuasa العزيز
Al- Jabbar Yang Maha Kuat الجبار
Al-Mutakabbir Yang Maha Melengkapi Segala kebesarannya المتكبر
Al- Khaliq Yang Maha Pencipta الخالق
Al- Bari Yang Maha Menjadikan البارى
Al- Musawwir Yang Maha Pembentuk المصور
Al- Ghaffar Yang Maha Pengampun الغفار
Al-Wahhab Yang Maha Penganugerah الوهاب
Al-Razzaq Yang Maha Pemberi Rezeki الرزاق
Al-Fattah Yang Maha Pembuka الفتاح
Al-Alim Yang Maha Mengetahui العليم
Al-Qabidh Yang Maha Pengekang القابض
Al-Basit Yang Maha Melimpah Nikmat الباسط
Al-Khafidh Yang Maha Perendah الخافظ
Ar-Rafi’ Yang Maha Peninggi الرافع
Al-Mu’iz Yang Maha Menghormati المعز
Al-Muzill Yang Maha Menghina المذل
As-Sami’ Yang Maha Mendengar السميع
Al-Basir Yang Maha Melihat البصير
Al Hakam Yang Maha Mengadili الحكم
Al –‘Adl Yang Maha Adil العدل
Al- Latif Yang Maha Lembut serta Halus اللطيف
Al-Khabir Yang Maha Melihat الخبير
Al-Halim Yang Maha Penyabar الحليم
Al-‘Azim Yang Maha Agung العظيم
Al-Ghafur Yang Maha Pengampun الغفور
Asy-Syakur Yang Maha Bersyukur الشكور
Al-‘Aliy Yang Maha Tinggi serta Mulia العلى
Al-Kabir Yang Maha Besar الكبير
Al-Hafiz Yang Maha memelihara الحفيظ
Al-Muqit Yang Maha Menjaga المقيت
Al-Hasib Yang Maha Penghitung الحسيب
Al-Jalil Yang Maha Besar serta Mulia الجليل
Al-Karim Yang Maha Pemurah الكريم
Ar-Raqib Yang Maha Waspada الرقيب
Al-Mujib Yang Maha Pengkabul المجيب
Al-Wasi’ Yang Maha Luas الواسع
Al-Hakim Yang Maha Bijaksana الحكيم
Al-Wadud Yang Maha Penyayang الودود
Al-Majid Yang Maha Mulia المجيد
Al-Baith Yang Maha Bijaksana الباعث
As-Syahid Yang Maha Menyaksi الشهيد
Al-haqq Yang Maha Benar الحق
Al-wakil Yang Maha Pentadbir الوكيل
Al-Qawiy Yang Maha Kuat القوي
Al-Matin Yang Maha Teguh المتين
Al-waliy Yang Maha Melindungi الولى
Al-Hamid Yang Maha Terpuji الحميد
Al-Muhsi Yang Maha Penghitung المحصى
Al-mubdi Yang Maha Pencipta dari asal المبدئ
Al-Mu’id Yang Maha Mengembali serta memulihkan المعيد
Al-Muhyi Yang Maha Menghidupkan المحي
Al-mumit Yang Maha Mematikan المميت
Al-Hayyu Yang sentias Hidup الحى
Al-Qayyum Yang Maha berdiri sendiri القيوم
Al-Majid Yang Maha Mulia الواجد
Al-wahid Yang Maha Esa الماجد
Al-Ahad Yang Maha Tunggal الواحد
As-Samad Yang menjadi Tumpuan الصمد
Al-Qadir Yang Maha Berupaya القادر
Al-Muqtadir Yang Maha Berkuasa المقتدر
Al-Muqaddim Yang Maha Menyegera المقدم
Al-Muakhir Yang Maha Penangguh المؤخر
Al-Awwal Yang Pertama الأول
Al-Akhir Yang Akhir الآخر
Az-zahir Yang Zahir الظاهر
Al-Batin Yang Batin الباطن
Al-Wali Yang Maha Memerintah الوالى
Al-Muta’ali Yang Maha Tinggi serta Mulia المتعال
Al-Barr Yang banyak membuat kebajikan البر
At-Tawwab Yang Menerima Taubat التواب
Al-Muntaqim Yang Menghukum المنتقم
Al-‘Afwu Yang Maha Pengampun العفو
Ar-Rauf Yang Maha Pengasih الرءوف
Malik-ul-Mulk Yang kekal الملك الملك
Dzul-Jala-Wal-Ikram Yang mempunyai kebesaran dan kemulian ذوا الجلال والإكرام
Al-Muqsit Yang Maha saksama المقسط
Al-Jami’ Yang Maha Pengumpul الجامع
Al-Ghaniy Yang Maha kaya الغنى
Al-Mughniy Yang Maha Mengkayakan المغنى
Al-Mani’ Yang Maha Pencegah المانع

B
Bahiran Cemerlang باحران
Bananuddin Taman Agama بنان الدين
Basyirin Yang memberi berita baik بشيرين
Basili Pahlawan باسلي
Badzli Kemurahan بذلى
Buhairi Lautan kecil بزلان
Busairi Nisbah بصيرى
Bahar Keindahan, sejenis tumbuhan yang wangi بهار
Bakri Kesegaranku, kemudaanku بكري
Bahri Kegemilanku,kelebihanku بهري
Bustani Tamanku, nisbahku بستانى
Bakhtiar Yang bahagia بردا
Bahran Bercahaya بهران
Baqir Sangat pandai terpelajar باقر
Basir Bijak, melihat بصير
Burhani Hujjahku برهانى
Bahruddin Kegemilangan agama بهر الدين
Basri Penglihatanku بصري
Burhan Hujjah, bukti برهان
Barid Sejuk بارد
Baslan Keberanian بسلان
Badruzzaman Bulan purnama بدر الزمان
Basil Berani باصل
Barran Berbakti برا

D
Dani Hampir داني
Dhamin Penjamin ضامن
Danial Nama Nabi دانيال
Dasuki Nisbah دسوقي
Dahlan Nisbah دحلان
Daim Kekal abadi دائم
Dzikri Perhatian ذكري
Dinie Agamaku ديني
Daud Nama nabi داود
Dzakirin Yang ingat ذكرين
Darwisy Warak درويش
Daisam Lemah lembut ديسم
Daiyan Hakim ديان
Danish Bijak دانش
Dhiyauddin Sinaran agama ضياء الدين
Dhiyaulhaq Sinaran kebenaran ضياء الحق
Dhiyaulrahman Sinaran ( Allah ) yang pengasih ضياء الرحمن

F
Fadhlillah Kemurahan Allah فضل الله
Fadhirrahman Kemurahan Tuhan yang Rahman فضل الرحمن
Fakhuzzaman Kemegahan zaman فخر الزمان
Fakhruariffin Kemegahan para orang yang bersyukur فخر العارفين
Fakhrusy Syakirin Kemegahan para orang yang bersyukur فخر الشاكرين
Fattah Penakluk فتاح
Fasahat Fasih, lancar فصاحت
Fasih Yang fasih فاصح
Fatihin Pemberi keputusan فاتحين
Faris Yang alim, ahli firasat فارس
Fathul Islam Pembukaan, kejayaan Islam فتح الإسلام
Fauzan Kemenangan فوزا
Fauzi Kejayaanku فوزي
Fathullah Pembukaan, kejayaan Allah فتح الله
Fathulrahman Pembukaan, kejayaan Allah yang pengasih فتح الرحمن
Fawwaz Berjaya فواز
Fadhil Yang mulia فاضل
Fadhli Kelebihanku, ihsanku فضلى
Fakhri Kemegahanku فخري
Fariduddin Pertama, keistimewaan agama فريد الدين
Faruq Pemisah atau pembeza antara benar dan salah فاروق
Firdaus Firdaus فردوس
Fahmi Kefahamanku فهمى
Fahman kefahaman فهمان
Faid Yang tetap, yang berhasil فائد
Faiq Tertinggi, utama فائق
Faqih Yang mengerti فقيه
Faisal Penyelesaian فيصل
Fadhal keutamaan فضل
Fadhulallah Kelebihan Allah فضل الله

G
Ghamdan Menyarungi pedang غمدان
Ghazian Pejuang غازيان
Ghufran Keampunan غفران
Ghafur Pengampun غفور
Ghali Mahal غالي
Ghalib Yang menang غالب
Ghanim Yang mencapai kejayaan غانم
Ghani Kaya mewah غني
Ghassan Muda belia غسان
Ghaisan Rupawan غيسان
Ghazi Pejuang غازي
Ghailan Nama sahabat Nabi غيلان
Ghaus Pertolongan غوس
Ghazali Pelandukku غزالي
Ghaznawi Nisbah غزنوى

H
Hasbi Kecukupan حسبي
Hasbur Rahman Jaminan yang cukup dari Allah yang Rahman حسب الرحمن
Hasbul Wafi Jaminan yang cukup dari Allah yang Wafi حسب الوافي
Hasbul Qahhar Jaminan yang cukup dari Allah yang Qohhar حسب القهار
Hasbul Warits Jaminan yang cukup dari Allah yang warits حسب الوارث
Hamiman Sahabat yang setia حميمان
Hadif Yang punya matlamat هادف
Hafiy Yang memuliakan حفي
Hamizan Cerdik, kuat, tampan حميزان
Hamzah Kebijaksanaan حمزه
Hanafi Kelurusanku حنفي
Hanif Yang lurus حنيف
Hanin Kesayangan حنين
Hanis Berani warak حنيس
Habib Kekasih حبيب
Habri Kegembiraanku حبري
Hadi Yang memimpin هادي
Hadwan Ketenagan هدوان
Hadari Maju, bertamadun, penduduk bandar هضرى
Hafiz Penjaga, pelindung حافظ
Hilal Bulan sabit هلال
Hisyam Kemurahan hati هشام
Hisyamudin Kemurahan agama هشام الدين
Hasnawi Kemas, rapi حسناوى
Hafizuddin Pemelihara agama حفيظ الدين
Haikal Kesuburan, pokok yang besar dan subur هيكل
Haziq Yang cerdik pandai حاذق
Husain Elok cantik حسين
Husna Yang baik حسنى
Hazimah Nama Sahabat Nabi هزيمة
Hibatullah Kurnia حبت الله

I
Ihsan Usaha membuat kebaikan احسان
Ihkamuddin Usaha mengukuhkan ketaatan kepada Allah احكام الدين
Ihsamuddin Usaha menumpukan sebaik-baik ketaatan kepada Allah احسان الدين
Ihkamuddin Usaha menjaga ketaatan kepada Allah احتفاظ الدين
Ihtifazhuddin Usaha berhakimkan agama اهترام الدين
Ihtikamuddin Usaha berhakimkan agama احتكام الدين
Itqan Kerja kemas rapi اتقان
Irfan Kebijaksanaan, kesyukuran عرفان
Irsyad Nasihat, panduan إرشاد
Iskandar Nama seorang raja إسكندر
Isyhad Penyaksian إشهاد
Isyraf Persendirian إشراف
Insyirah Kelegaan, kelapagan إنشراح
Iwadh Nama Nabi إبراهيم
Idris Nama Nabi إدريس
Ihsan Kebaikan إحسان
Ikhwan Persaudaraan إخوان
Ikhlas Memuliakan إخلاص
Ikhram Menghormati إكرام
Imran Budid bahasa عمران
Irfan Perkenalan, pengakuan عرفان
Iqbal Kejayaan إقبال
Izzan Kepatuhan عزان
Izzat kemulian عزت
Izzuddin Kemuliaan Agama عز الدين
Izzul Islam Kemuliaan Islam عز الإسلام
Isamuddin Panduan Agama عصام الدين

J
Jubair Pertolongan جبير
Junaid Tentera جنيد
Junaidi Tenteraku جنيدي
Jariyah Bahtera جارية
Jufri Keluasan, di tengah جفري
Jahir Yang Cantik, yang bersuara lantang جحير
Jihad Perjuangan, peperangan kerana agama جهاد
Jazlan Yang riang gembira جذلان
Jazali Kerianganku جزلى
Jalal Kemuliaan, keagungan جلال
Jalil Yang mulia جليل
Jamal Kecantikan جمال
Jamsyir Kecantikan جمشير
Jauhari Permataku جوهري

Jahran Yang tangkas جهران
Jahid Yang berusaha جاهد

K
Kasyfu Pembuka pintu hati كشف
Kasyful Nur Pembuka pintu hati كشف النور
Kasyfur Rahman Pembukaan pintu hati dari Allah yang Maha Pengasih كشف الرحمن
Khuwailid Yang kekal خويلد
Khalid Yang kekal خالد
Karim Yang mulia كريم
Khalish Khusus خالص
Kafil Saksi كفيل
Khalil Sahabat خليل
Kamal Kesempurnaan كمال
Kamaluddin Kesempurnaan Agama كمال الدين
Khairul Anwar Cahaya yang baik خير الأنوار
Khairuldin Sebaik-baik agama خير الدين
KHairul Anam Sebaik-baik manusia خير الأنام
Kauthar Nikmat yang banyak, telaga kauthar كوثر

L
Lutfillah Taufiq Allah لطف الله
Lutfir Rahman Taufiq Tuhan yang Rahman لطف الرحمن
Lutfil Hadi Taufiq Tuhan yang Hadi لطف الهادي
Labib Yang cerdik dan sopan santun لبيب
Latif Yang lemah lembut لطيف
Luth Nama Nabi لوط
Lukman Nabi Nabi, bijaksana لقمان
Lutfan Lemah lembut لطفان

M
Mustaffa Yang terpilih مصطفى
Mustakim Yang lurus مستقيم
Musyrif Tinggi, pengawas مشرف
Murad Keinginan, cita مراد
Mutallib Yang menuntut dari masa ke semasa مطلب
Musa Nama Nabi موسى
Marzuqi Rezekiku مرزوقي
Mar’ie Yang terpelihara, yang terkawal مرعى
Majdi Kemulianku مجدي
Manaf Ketinggian, kenaikan مناف
Manan Pemurah منان
Marwan Bermaruah مروان
Muawiyah Nama Sahabat معاوية
Muaz Nama Sahabat nabi معاذ
Masaid Penolong مساعد

N
Najib Yang mulia keturunannya, yang terpuji نجيب
Nadhir Yang berseri-seri نضير
Nabil Yang cerdik mulia نبيل
Naufal Dermawan نوفل
Nizam Peraturan نظام
Nasrullah Pertolongan Allah نصر الله
Nawi Ketua ناوى
Nawab Pemimpin نواب
Nuh Nama Nabi نوح
Nu’man Kebaikan, kenikmatan نعمان
Nasiruddin Pembela agama ناصر الدين

O
Omar Yang memakmurkan, yang mendiami, nama sahabat عمر
Othman Yang tekun, nama sahabat, pembetul, pembaik عثمان

Q
Qawi Gagah, berkuasa قوى
Qayyim Ketua قيم
Qayyum Abadi, kekal قيوم
Qasim Pembahagi, peneliti قاسم
Qadir Maha kuasa قادر
Qadri Kesanggupanku قدري
Qahir Yang menang قاهر
Qamaruddin Bulan agama قمر الدين
Qamaruzzaman Bulan masa قمر الزمان

R
Razin Yang berakhlak رزين
Raziq (Abd) Hamba yang murah rezeki رازيق
Rahimah Kesayanagan رحمة
Rifaa’ Persetujuan, kesuaian رفاء
Rafid Pembantu, pemberi رافد
Ramzi Lambangku رمزي
Rahiman Penyayang رحيما
Rusyda Kecerdasan, kepandaian رشدا
Rustam Berani, kuat رستم
Rasyid Yang mendapat petunjuk, dan yang lurus راشد
Ridha Keredhaan رضا
Ridhwan Keredhaan رضوان
Rusli Utusanku رسلي
Rusydi Kecerdikanku, kelurusanku رشدي
Rafie Tinggi dan mulia رفيق
Rabbani Arif dan salih رباني
Rasydan Petunjuk رشدان

S
Syafiq Penyayang شافق
Syahmi Mulia, bijak, berani شهمي
Syahir Terkenal شاهرا
Salihin Yang terbaik صلحين
Syamsul bahri Matahari lautan شمس البحر
Saadan Kebahagiaan سعدان
Safwan Bersih, ikhlas صفوان
Safaraz Dihormati سفراز
Syafi Yang menyembuhkan شافي
Sulaim Sejahtera سليم
Syaukat Kekuatan شوكت
Syukur Kesyukuran شكور
Syahran Bulan شهرا
Syabil Bintang شابل

T
Tadwin Pencatatan تدوين
Taufiq Pertolongan, petunjuk توفيق
Takhfif Keriangan تحفيف
Tirmuzi Nisbah ترمذي
Tabrani Nisbah, nama ulama طبرانى
Thaqif Yang bijak dan cepat faham ثقيف
Thubat Pahlawan, yang berani ثبات
Talib Penuntut طالب
Tahsin Menghiasi طاهر
Tamimi Yang sempurna kejadiannya تحسين
Tajuddin Mahkota agama تميمى
Tariq Bintang subuh تاج الدين
Taqiuddin Bertaqwa untuk agama تقي الدين
Ta’rif Istimewa طارق
Taqris Berperisa طريف

U
Ukail Pintar, pandai تقرظ
Umair Maju عقيل
Umar Yang memakmurkan عمير
Ulwan Ketinggian, jelas عمر
Urfan Kebaikan علوان
Umaiyah Sahabat nabi عرفا
Usaimin Dari Usman أميه
Uwais Pemberian عثيمين
Usyair Kawan, suami أويس
Uthman Rajin, gigih أشير
Ubaidullah Hamba Allah عثمان
Ubaidi Nisbah عبيد الله
Ukasyah Sahabat nabi, labah-labah عبيدي

W
Wazini Yang menimbang secara adil وزني
Wathieq Yang kukh dan teguh وثيق
Watari Hajatku, keperluanku وطرى
Waqur Yang tenang dan bersopan وقور
Wardi Bunga rosku وردي
Warid Yang berani وارد
Waqqas Nama sahabat وقاص
Wafri Kekayaanku, kuluasanku وفري
Wafiq Berjaya وافق
Wahib Pemberi وهيب
Wahiduddin Terulung pada agamanya وحيد الدين
Wali Kekasih, pelindung ولي
Waldan Anak yang baik ولدلن
Wasil Penghubung silaturrahim واصل
Wazif Yang tekun, gigih واظف
Waqar Ketenangan dan sopan santun وقار
Wajdi Kesayanganku وجدى
Wazir Menteri, yang berkuasa رزير
Widad Cinta, cita-cita وداد
Wasim Segak, kacak وسيم
Waazin Pengajaran وعظين

Y
Yawar Pegawai peribadi ياور
Yazdan Belas kasihan يزداد
Yusuf Nama nabi يوسف
Yusri Kesenanganku
Yusra Kelonggaran, kemudahan يسرى
Yusyhid (Dia) mempersaksikan يشهد
Yasyri (Dia) mengorbankan ياسن
Yamin Yang berkat يشري
Yasir Yang senang يامن
Yassar Kekayaan, kemewahan ياسر
Yaqzan Yang berwaspada يسار
Yaqin Penuh keyakinan يفظان

Z
Zainun Perhiasan زينون
Zahidi Yang menjauhkan diri dari kemewahan زاهدي
Zaidi Pertambahanku, kelebihanku زيدي
Zamri kecantikanku زمري
Zaim Pemimpin زعيم
Zaalan Rajin, giat زعلان
Zabdan Pemberian زبدان
Zarif Periang, berjenaka ظريف
Zarqani Nisbah زرقاني
Zulhilmi Yang mempunyai kesabaran dan kesopanan ذوالحلم
Zakir Yang mengenang, yang berzikir ذاكر






Thursday, October 15, 2009


Anak 1 hingga 3 tahun suka meneroka

0
Anak 1 hingga 3 tahun suka meneroka.Pakar kanak-kanak menyatakan anak kecil pada peringkat ini unik dan menarik berbanding peringkat umur yang lain kerana karektor kanak-kanak sungguh menawan dan membuatkan sesiapa melihat kerenah mereka akan tersenyum.

Pensyarah Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rumaya Juhari, berkata ibu bapa perlu menghargai keunikan setiap anak dalam lingkungan umur sebegini.

Katanya, pada peringkat umur ini wujud beberapa perkembangan dalam diri anak-anak termasuk mula bertatih, belajar bercakap dan mengikut aksi orang dewasa

Saya rasa nakal - satu perkataan yang agak keterlaluan untuk anak umur ini, ciri ego yang ada dalam diri anak-anak pada peringkat ini menyebabkan mereka memusat hanya kepada diri sendiri. Ini adalah ciri utama mereka.

Beliau berkata, aksi kanak-kanak dalam lingkungan umur berkenaan menyebabkan mereka aktif dan adakala sukar dikawal dan mereka tidak boleh dilabelkan sebagai nakal.

"Saya rasa nakal - satu perkataan yang agak keterlaluan untuk anak umur ini, ciri ego yang ada dalam diri anak-anak pada peringkat ini menyebabkan mereka memusat hanya kepada diri sendiri. Ini adalah ciri utama mereka. "

“Maka, anak-anak ini berasakan tiada apa yang lebih baik, penting dan bagus selain dari diri mereka,” katanya.

Dr Rumaya berkata, pada peringkat umur berkenaan, penerokaan menjadi tugas penting mereka kerana sentiasa mahu mengetahui, mencuba dan merasa.

Bagi mereka yang lebih cepat bercakap berbanding kanak-kanak lain, sudah tentu soalan demi soalan akan dikemukakan kepada ibu bapa atau orang paling rapat dengan mereka.

Kemahiran fizikal juga semakin meningkat apabila menyedari mereka boleh melakukan sesuatu yang lebih hebat daripada sebelumnya seperti berlari laju, lebih stabil, boleh memanjat, mengimbangi diri dan sebagainya.

Kerenah anak-anak ini juga semakin bertambah termasuk sudah pandai memilih makanan seperti sedap dan tidak sedap, tidak mahu makan atau hanya mahu makanan ringan seperti keropok dan gula-gula.

{mosimage} Perlu diingat pada usia sebegini, anak-anak kecil ini berupaya membuat keputusan memilih seperti pakaian yang digemari, atau alat mainan disukai malah sudah pandai meragam apabila disuruh tidur atau mandi.

Dr Rumaya berkata, pada usia sebegini ibu bapa jangan melabelkan anak mereka sebagai nakal kerana mereka sebenarnya tidak begitu sebaliknya anak-anak sudah mula pandai buat “perangai” atau menunjukkan tantrum iaitu melakukan sesuatu kerana faktor lapar, letih, sakit, cemas atau bimbang, bercanggah kemahuan, irihati dengan adik beradik yang lain.

Pada peringkat umur ini juga kanak-kanak mahukan perhatian dan sangat penting untuk ibu bapa melayan anak-anak ini.

Layanan ini termasuk memberikan perhatian kepada keperluan emosi anak selain keperluan fizikalnya termasuk membabitkan diri dengan aktiviti anak supaya mudah untuk menyedari perubahan dan keperluan anak-anak dengan lebih tepat.

“Umur ini sangat kritikal kerana mereka umpama span yang akan menyerap maklumat yang diperoleh, mereka juga boleh meniru dan ada yang menjadi “ilmu” yang kekal hingga dewasa. Oleh itu, ibu bapa perlu mengawasi aktiviti anak seperti jangan biarkan menonton rancangan ganas di televisyen.

“Ibu bapa juga boleh merangsang perkembangan intelek anak-anak dengan kerap membaca bersamanya (walaupun dia belum pandai membaca). Tanam minat suka membaca dengan memberi contoh yang anda juga suka baca.

“Ibu bapa juga boleh belikan alat tulis untuk membantu perkembangan kreativiti anak-anak walaupun mereka belum pandai menulis. Lakaran dan contengan anak-anak adalah kreativiti mereka,” katanya.

Bagi mengeratkan hubungan dengan anak, ibu bapa perlu membentuk rutin harian bersama anak terutama bagi mereka yang bekerja.

“Awas masa yang berlalu tidak akan patah balik, dan kita mungkin akan terlepas sesuatu yang amat berharga. Jangan dilepaskan peluang melihat perkembangan anak-anak ini,” katanya.

Tip Untuk Ibu bapa Melayani Anak Setahun hingga Tiga Tahun

•Anak-anak dalam usia setahun hingga tiga tahun sedang mengembangkan dirinya, jadi ibu bapa perlu memastikan persekitaran rumah juga memberi rangsangan untuk anak “berperangai baik”.


•Elakkan perlakuan kasar. Jika ibu bapa kasar, itu yang akan ditiru oleh anak termasuk bahasa dan perbuatan.


•Ibu bapa perlu mengelakkan daripada bergaduh atau bertengkar di depan anak kerana dalam usia sebegini mereka akan merakam kejadian itu dan mungkin mengulanginya dengan kawan-kawan atau adik beradik yang lain.


•Ibu bapa perlu mengakui anak adalah unik dan memang wujud perbezaan antara jantina, seperti anak perempuan bercakap lebih cepat daripada anak lelaki dan anak lelaki lebih aktif secara fizikal berbanding anak perempuan.


•Mengelakkan diri daripada menunjukkan sikap pilih kasih antara anak-anak juga penting dalam peringkat umur anak sebegini.






Tuesday, October 6, 2009


Doa Anak Soleh

0



Saturday, October 3, 2009


Selamat Hari Lahir Sayang

0



Friday, October 2, 2009


Petua Hendak Dapatkan Anak (Zuriat)

0


Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali pada waktu di antara selepas solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh.
Amalkan membacanya selama 41 hari berturut-turut.
Kemudian, mohonlah pada Yang Maha Esa agar anda dikurniakan anak atau zuriat yang soleh dan solehah. Insya Allah.

Thursday, October 1, 2009


Harith 18 bulan

0
sekarang nie..aduh adik asyik nak bercakap jer..
tp xsemua yang adik ckap ibu ngn papa faham..kdg tu sampai dua tiga empat lima kali ulang baru ibu faham..24 jam nk bercakap..sampai tdo siang pun xnak...punya nak ajak org bersembang..semua bnda nak ditegur..adik..adik..dah mcm org besaq dh lagak tu..