Pages

Friday, July 9, 2010


Satu dah berjaya..yang lain cmne??

9

Ai dah berjaya convert blog comment ai dari disqus ke blogger punya comment..Tpi komen2 yang lama tak dapat diselamatkan..xpelah .. asalkan selamat convert..

Tapi dah macam-macam ai buat..blog ai kat bloglist tetap xupdate-update..asyik duk tunjuk “Rahsia Bila Korang Kentut” tarikh entri tu 23June 2010..Maknanya dah dekat 2 minggu bloglist ai tak update..Cammana nak buat niiiii???


Ada sapa – sapa leh tolong tak

9

Ai dalam proses nak convert comment ai dari disqus back to blogger comment..sebenarnya dah lama nak buat..sebab ramai sangat komplen..tapi masa punya pasal..terpaksa la tangguh..

Ai ada masalah ni…klu ada sape2 leh tolong..

1)Camna nak import semua komen-komen yang dalam disqus masuk dalam blog..ai dah try export dari disqus xml file..tapi failed…

2)Apsal walaupun ai update blog hari-hari,tapi kat bloglist kwn2 ai,tunjuk ai tak update..latest update kat bloglist kwn2 ai tu entri yang 2 minggu lepas..Aduiii..masalah betul laaa…

3) Pastu sekarang jugak ai dah leh masuk gengblogger..apsal weh..tiap kali login guna facebook…dia duk keluar login new tu la jugak…adoiiii


Ujian Keletihan

0
Ingin mengetahui tahap keletihan badan anda?
Anda akan mengetahuinya dengan menjawab persoalan-persoalan berikut :-
Tidak dapat bangun dari tidur tepat pada masa dan selalu melengah-lengah masa.
Tidak bermaya untuk berjalan.
Tidak suka berkomunikasi dengan orang ramai.
Malas bercakap. Rasa tidak bermaya dan lemah.
Malas bergerak terutamanya selepas duduk. Sentiasa berangan-angan kosong.
Sentiasa tersasul apabila bercakap ataupun menulis.
Kurang daya ingatan. Mudah terlupa walaupun pesanan yang baru diterima.
Sentiasa rasa tidak bertenaga atau lemah. Bergantung kepada ‘kafein’ untuk memberi tenaga.
Mulut tawar, deria rasa berkurangan, tidak berselera makan, suka mengambil perasa dalam makanan.
Merokok dan mengambil minuman keras yang terlalu kerap.
Telinga berdengung, pening kepala, mudah pitam, cepat marah.
Mata letih, seringkali bersanggap (menguap).
Rasa bahagian badan berat terutama pada bahagian perut dan ke bawah, gemar meletakkan kaki di atas meja semasa berehat.
Sukar untuk tidur, terlalu banyak berfikir, kerap mimpi.
Selalu mengantuk, kelenguhan otot-otot.
KEPUTUSANNYA :
Jika anda mengalami 2 hingga 4 perkara di atas, anda mungkin sedang mengalami sedikit keletihan. Tetapi sekiranya anda mengalami 5 perkara dan ke atas, tahap keletihan anda adalah kritikal. Anda mungkin mengalami masalah penyakit tertentu."

Thursday, July 8, 2010


Dia isteri kamu !

0

Dia isteri kamu..jadi layan le dia sebaik-baiknya..jaga dia seperti kamu jaga diri kamu sendiri..layan dia seperti kamu layan diri kamu sendiri..kerana dia….

Isteri adalah manusia

Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi. 

Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

Menganggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

Ingat tarikh penting
Hargai Isterimu

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

Isteri bukan pembantu rumah

Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

Ciuman khas untuk isteri

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri


Uji kemahiran otak kanan korang!

1
Cari lelaki dalam biji kopi ):

Doktor membuat kesimpulan bahawa, jika anda jumpa lelaki dalam gambar biji kopi di atas dalam masa 3 saat : bahagian otak kanan anda berfungsi lebih baik dari kebanyakan orang, dari 3 saat ~ 1minit : Fungsi bahagian otak kanan anda adalah normal, dari 1 ~ 3 minit : Otak kanan anda berfungsi perlahan dan anda perlu makan lebih protein, melebihi 3 minit : Anda dinasihatkan mencari latihan seumpama ini utk menguatkan lagi otak anda!!! Betul..! Memang ada lelaki dalam gambar ni!

Orang melayu kita

0
Pantun orang tua-tua:
Nasi lemak buah bidara
daun selasih saya lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan
Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya sorongkan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga saya serahkan
Orang muda kita pula berkata:
‘cinta itu buta’
‘cinta tak boleh dijual beli’
‘cinta medic’
‘sms On Cinta’
‘engkau bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu’
‘dua hati jadi satu bila kita bertemu’
‘bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu’
‘aku memang pencinta wanita tapi ku bukan buaya’
gila-gila cinta
harganya mahal
nak beli tidak daya
tapi ia datang percuma
dengan sepenuh jiwa dan raga
meredah, melanggar sesiapa sahaja yang menghalangnya
kerana ia tidak bermata
emak sendiri pun sanggup dibuang demi kesetiaan pada si dia
mata sepet tidak mengapa
hidung kembang alangkah lawanya
sudah bersatu dunia kita
susah senang kita berdua
dunia akhirat kita bersama
wah …. wah …. wah
penangan cinta anak muda zaman sekarang..

kau tahu ku mencintaimu
ku tahu kau mencintaiku
ooohhhh kasih
bersabarlah sayang
saat indah kan menjelma jua
tapi …….
‘sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’
Temu janji bukan di panggung wayang. Bukan kat Dataran Merdeka. Bukan kat Hard Rock Cafe.
alangkah riangnya hatiku
luahan rasaku mendapat perhatian
ku terima balasan darimu
kau jua menyimpan perasaan
warkahmu memberi kepastian
agar kejayaan menentu pertemuan
setiap kali di akhir katamu
kau selalu tulis
SEE YOU DI IPT …
Mereka ada fikrah Islamiah …. fikrah asolah lagi.
Sebab tu bila bercinta mereka ni setia dan sanggup berkorban segala-galanya.
Maklumlah … cinta mereka ni lahir dari tasawwur yang jelas dan fikrah Islamiah yang tulen.
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biar pun sengsara
berkorban segala-gala samar ….
Harap-harap jangan tertipu dengan perkara-perkara seumpama ini.
Cinta sememangnya fitrah manusia. Jalan terbaik untuk menyalurkan fitrah adalah pada perkahwinan.
Penegasan diberikan oleh Rasulullah s.a.w.: “Tetapi aku berkahwin dengan wanita.
Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku.”
Jaga pandangan mata. Jaga pergaulan. Kita ada batas pergaulan kita sendiri.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.”
Sabdanya lagi: “Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”
Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie. Jangan suka sangat chating dengan orang yang kita sendiri pun sebenarnya tak tahu mana datangnya. Buang masa satu hal. Letih melayan perasaan satu hal lagi. Letih nak ‘mengayat’ satu hal lagi.
Jangan juga ambil kesempatan untuk buat ‘marketing’ dalam aktiviti-aktiviti bersama lelaki perempuan. Kalau aktiviti sesama lelaki, pakai kain pelekat dengan t-shirt pun tak pe. Busuk sikit, tu bukti kita kuat buat dakwah sampai tak sempat nak mandi. Kalau aktiviti bersama, siap mandi dan sental seluruh badan. Seterika baju, pilih baju, pakai stokin, kiwi kasut,pakai gel rambut dan pastikan ‘gaya thiqah’.
Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.” Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu? Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat.
Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.
Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama. Macam pelik je bunyinya tu.
Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.
Sumber:Halaqah.Net

Taubat Si Pemalas

0
“Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.
Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.
“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.
“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.
“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.
“Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau.
“Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab.
“Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu.
“Itu kan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala” saya mencelah.
“Itu baru mereka. Ustaz pula kena buat persediaan. Buat macam-macam slaid. Tinggalkan isteri, tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit, saya yakin berapa sangatlah duit yang ustaz dapat. Tapi ustaz datang juga. Dan ceramah berjam-jam dengan penuh semangat”sambungnya lagi.
“Rutin yang menyeronokkan” saya menyelit.
“Semuanya kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu, dapat petunjuk. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk saya. Tiba-tiba saya lebih selesa lepak di bilik main *game* atau tidur sahaja. Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?” soalnya dengan nada serius.
“Allah Maha Pengampun” saya menjawab.
“Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.
Saya terdiam.
“Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!”katanya.
Antara sedih dan terharu, hinggap pula di hati saya perasaan lucu.
“Tahu* takpe*!” hati berkata.

~Hargailah mereka sahabatku..walaupun bukan dengan ucapan terima kasih. Namun, cukuplah dengan hanya mendoakan kejayaan mereka membawa kembali syiar-syiar Islam dalam kehidupan dunia. Memang, bukan ucapan penghargaan yang mereka harapkan dari kalian..tapi, pada saya, cukuplah dengan kalian merasa apa yang mereka rasakan..cukuplah dengan menghargai apa yang mereka lakukan.. ~
“Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain”.