Thursday, March 18, 2010


Bilik tidur untuk anak-anak

2
Cantiknya bilik tidur nie..agak-agak bila boleh ibu menghias bilik tidur untuk anak ibu ni yer..ker hanya tinggal angan-angan..apepun..ibu sangat suka tema bilik tidur nie..Thanks to Mr Adrians
coz share this amazing pic to us..


20100303_childrenbedroom01
20100303_childrenbedroom02
20100303_childrenbedroom03
20100303_childrenbedroom04
20100303_childrenbedroom05
20100303_childrenbedroom06
20100303_childrenbedroom07
20100303_childrenbedroom08
20100303_childrenbedroom09
20100303_childrenbedroom10
20100303_childrenbedroom11



Niat Sebelum Bernikah

1
Selamat pengantin baru ibu ucapkan pada yang akan berkahwin dan yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada hari ini.
Siapa tak kahwin kan,kalau ditanya pada anak-anak sekolah pun,sudah pasti mereka akan tersipu-sipu malu dengan soalan tu.Kenape yek?sebab mereka pun nak kahwin..

Tapi betul kah niat kita untuk berkahwin ?

Apa yang pasti setiap pasangan yang akan berkahwin hendaklah memasang niat-niat yang baik,sesuai dengan tujuan-tujuan perkahwinan yang telah digariskan oleh Islam dan jangan lah hanya berlandas kan nafsu semata-mata.
Antara niat yang baik untuk melangsungkan perkahwinan adalah:


1.Ingin meramaikan umat Islam.

Firman Allah s.w.t.bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.” (an-Nisa’: 1)

2.Membersihkan zuriat dalam keluarga Islam.

Firman-Nya yang bermaksud: “Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis diri kamu sendiri, dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cicit, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik.Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengikari nikmat Allah?” (an-Nahl: 72)

3.Menceriakan kehidupan umat.

Seperti maksud firman Allah s.w.t.: “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. (ar-Rum: 21)

4.Membantu menyuburkan iman.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain,mereka menyuruh membuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan,dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (at-Taubah:
71)

Tujuan-tujuan sebegini wajar diteliti oleh setiap orang yang hendak berkahwin agar perkahwinan itu dibina di atas landasan yang betul dan kuat serta dikaitkan dengan kepentingan agama. Namun demikian, ini tidak bermakna Islam menafikan kepentingan peribadi dalam setiap perkahwinan. Malah di atas kepentingan peribadi itulah dibina kepentingan Islam tadi, sesuai dengan maksud beberapa hadis berikut:

1.Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah.” (Riwayat Abu Daud dan Nasa’i).

Untuk menambah bilangan umat Islam ke tahap yang membanggakan Rasulullah, mestilah dengan keinginan seks. Seorang yang berkahwin tanpa ada keinginan seks tidak akan menghasilkan zuriat, malah orang yang tidak bernafsu seks tidak dibenarkan berkahwin. Untuk mencapai kehendak Rasulullah di atas maka setiap kali melepaskan keinginan seks, niatkan untuk menambah bilangan umat yang bertaqwa.

2.Rasulullah bersabda, maksudnya: “Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan.” (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).

Pilihan yang tepat ada kaitan dengan zuriat keturunan. Perhubungan seks dengan pasangan yang baik itu menjadikan zuriat keluarganya baik-baik juga. Sebaliknya, jika keturunan salah satu dari pasangan itu terdiri daripada orang yang pernah membuat maksiat maka kesannya akan menjalar kepada zuriatnya pula.

Rasulullah bersabda: “Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hubungan seks boleh menceriakan hati pasangan suami isteri. Tanpanya akan menjadikan hati pasangan menjadi gundah, menderita dan tidak tenang. Isteri perlu sedar tanpa berkahwin pun seseorang itu boleh memakai pakaian bersih,boleh makan makanan yang enak dan boleh berhibur hati, tetapi tanpa perkahwinan dia tidak boleh menyalurkan keinginan seks secara halal. Kerana
itu, hormatilah suami demi menceriakan jiwanya.

3.Rasulullah pernah juga bersabda yang menggambarkan apabila seseorang itu berkahwin menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang berkahwin lebih pahalanya daripada mereka yang belum berkahwin.

Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya, terselamat kehormatannya manakala suami pula tidak akan terjebak lagi dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada di dalam rumahtangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa masing-masing.

Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititikberatkan. Seorang lelaki tidak minta dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untuk kepentingan Islam. Demi mahu merebut kasih sayang, rahmat dan redha Allah sebagai jambatan selamat menuju ke hari akhirat.

“Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.”- Ibn Majah

InsyaAllah,rumatangga kita akan dirahmati Allah sentiasa.Ameen.

Wednesday, March 17, 2010


Ibu menangis lagi…

2
Terlalu banyak cerita..terlalu banyak perisiwa yang berlaku..kadang-kdang semua terjadi seperti didalam filem..ada episod suka duka..kenapa banyak cerita sedih diakhir-akhir ini..Setiap kali ibu hayati..pasti ada linangan air mata di sudut mata ini..benarkah kisah ini..atau hanya rekaan semata-mata..Kerap kali ibu menerima kunjungan email mengenai cerita-cerita begini..yang pasti mampu membuat ibu rasa hilang mood..harapan ibu,dari cerita ini..kita sama-sama jadikan teladan..pada para suami..tolong lah sayangilah..hargailah dan hormatilah isteri-isteri kalian..terlalu banyak perngorbanan mereka..

"Aduh-.sakitnyer-isk-.. aduuh-.Bang sakit nye tak tahan saya"
keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak nie-.lama sangat nak
bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya
tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah
sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd
Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 ½
jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak
hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja
yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci
Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan
kemudian bergegas memanggil Doktor Johari-Doktor Johari (Doktor
Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata
meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi
rungutan Zakri tadi.
Doktor Johari menyuruh Nisa meneran -"Come on Nisa u can do it-one
more-." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga
dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar-"Good mummy" kata
Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba
Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy
and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa.
"Tahniah Zakri, it's a twin"Doktor Johari mengucapkan tahniah
kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan
kelahiran anak pertamanya, kembar pulak . Memang Doktor Johari itu
menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy
dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa
lega- tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya
sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu
kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa
mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam
dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di
Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa
menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik
semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi
Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan,
gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya
dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi
kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi
waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak
dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh
terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung-Nisa dah 2 bulan-Nisa
cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak
cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa
gembira bila mengandung tapi sebaliknya pulak terjadi. Perasaan
hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa
yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak
jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape
Bang?"soal Nisa pada Zakri
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri
menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu"
sergah Zakri lagi.
"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg
bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat
jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri.
"ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua
kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan
suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar
sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih.
Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.
Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua
tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini
sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun
bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan
kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik
lagi budak tu"marah Zakri.
"Entah-entah keturunan kau , darah daging kau pun tak
senonoh-.heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk
Zakri lagi pada Nisa.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni ,
saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam
agama. Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya
bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari
kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak
penah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya
kedunia"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ketempat
kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat
Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah
dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah
Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam
sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya.
Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat
demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan
keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa ditempat kerja terpaksalah
Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada
waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput-macam-macam kata kesat
dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak
senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah
kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa
menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap
perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar diri lah, tak
layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista
dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa,
ngadu kat emak takut dimarahi pula-bila Nisa balik kerumah kami
berdua akan berlakun yang kami tidak bergaduh-Nisa sedaya upaya
tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinan kami.
Kasihan Nisa-dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan
masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding-Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu
Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa
dah seminggu pergi kesana untuk menolong Hari dah mula petang jadi
Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti
bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal
sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas
pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja
keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat
menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap, takut
plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan
mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh
tunggu ker, suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi
lansung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari
pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang
saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan
direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat
demikian-terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening
kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH,
lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH"doa Nisa
dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan
menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam
nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak-berdenyut2-"Bang Nisa
minta maaf jika Nisa membuat Abang marah"Nisa memohon maaf pada
Zakri sambil teresak-esak.
Treet, Treet, Treet, Treet-.bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie
, sebok je-." Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan
kawan-kawan di salah sebuah café. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat
wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie?sindir Azlan, kawan
pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung
berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan
cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau
langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku
masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau-mereka
perlukan kita masa tu-nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak
melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir
sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah
bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak
risau lagi"jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau
ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah
nanti"kata Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet-.bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking"
jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah
Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak
sedarkan diri---"panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke,
teruk ke dia Johari , okay I datang"-tuttttttt. Zakri menamatkan
perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri -"ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom
ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan
otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau-terhantuk
kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda
lebam. Mungkin kesan dah lama ? tanya Doktor Johari dengan serius
dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik
otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya-dan selepas kejadian
itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat
pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit
kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan
kesakitan Nisa-.baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk
minta simpati-tetapi sebaliknya-..Zakri hanya diam-."YA ALLAH apa
aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya terasa menggigil-
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala
sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang
amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk
membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku
tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu
lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum
meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.
Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm
really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat
menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah
diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa,
setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang
berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan
nyata keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Nisa semuanya
tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu
semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa-"YA ALLAH kenapa aku
buat Nisa begini"terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran
diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah
kering-membuat Zakri tertarik untuk membacanya-
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang-
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang
berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan
bunga tu Bang-Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa
dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan
setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu
kan- Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin-Abang panggil Nisa AYANG-terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu-walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah.
Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi.
Kenapa? Benci kah Abang pada Nisa?
Abang-mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu
sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun
perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang--.Danial
dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa
yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa
akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa
pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan
Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan
Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri
Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka.
Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka-Nisa
ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya
untuk Abang seorang.
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa ini
cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari
kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa
harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak
mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging
Nisa-tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang
sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan
sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan
sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat
membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita
dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan
DANIA adalah darah daging abang-Ampunkan Nisa dan halalkan segala
makan minum Nisa selama setahun kita bersama.
Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada
emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan
Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga
kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga
pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita
bang-Dania mengikut raut muka Abang-sejuk kata orang dan Nisa
yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa-Ibunya-sejuk
perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk
Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun
Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan
Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau
masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk
membisu.
YA ALLAH, Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari
ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara
Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang
gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS
DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN
MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT
NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi
seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu
setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam
kotak otaknya-setiap perbuatannya-seperti wayang jelas
terpampang...kenapalah sampai begini jadinya-kejamnya aku-Nisa,
Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.
Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri
tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas
pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan
Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk
melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan
Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir -seakan-akan lirik mata
Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf"
bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan
berjuta penyesalan menimpa-minpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan
kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari
bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali
terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di
tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat
oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan
diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa
tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang
melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu
berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini
merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat
dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara
dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang
merah tanahnya-meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan
penyesalan -YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU
sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa-.ampunkan aku YA
ALLAH-.akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh
Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri
dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas
kegembiraan terpancar dimuka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa
nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa
Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar
menangis. "YA ALLAH , Zakri, Zakri bangun Zakri-dan hampir senja
ni, mari kita balik . kenapa kau tidur kat sini Zakri?"tegur abang
long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar
mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah
kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah,
ayah akan menjagamu nak-kaulah penyambung zuriat, darah daging
ayah- emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka
berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa.

Tuesday, March 16, 2010


Alhamdulillah…

0
Pada status YM hari ni pun ibu letak Alhamdulillah..bukan kerana ada berita baik atau apa..tapi just rasa lega..lega yang teramat sangat..kalau semalam ibu rasa macam nak pecah kepala..rasa macam habis jam kepala otak ni..tapi hari ni rasa lapang sangat..
Sebab apa ya…mungkin ada yang fikir ibu mengandung..ya..apa lagi berita baik yang ibu tunggu-tunggu..tapi bukan berita itu kawan-kawan ku..bukan seperti jangkaan naz aka ummi harris dan juga bukan seperti jangkaan kawan-kawan yang lain…
Ibu bersyukur hari ni cuma kerana ibu berjaya conduct training dekat customer ibu..kawan-kawan mesti fikir apa la sangat kan dengan benda tu..yer..betul..tapi bagi ibu,nak train orang sangat la susah,ditambah lagi dengan benda alah yang baru seminggu ibu take over..
Nak kata training tu berjalan dengan lancar pun tak jugak..Sebab terlalu banyak requirement dari dorang..Tapi lantak ler..asalkan habis sesi mentraining tu dah cukup buat ibu rasa bernafas semula..

Monday, March 15, 2010


Berendam ramai-ramai

0
Yang pertama-tamanya,saya nak ucapkan hepi besday to my litle prince..
Hepi besday to you..
Hepi besday to you..
Hepi besday to Harith..
Hepi besday to you.. (haa nak baca nie,kena dengan iramanya sekali yek)

Gambar nie kitaorang satu family + semua adik beradik mrpapa..
bayangkan lah..betapa ramai nya..mmg riuh kawasan lata sungai terkok.. Saya tak dak benda nak citer sekarang nie..otak tengah jam memikirkan training esok..

jadi...nak senang kan keje..upload jer gambo banyak-banyak..


IMG_0975 IMG_0960
IMG_0958 IMG_0967
IMG_0966 IMG_0963
IMG_0968 IMG_0964
IMG_0973 IMG_0974

Friday, March 12, 2010


2 tahun yang lepas…

2

2 tahun yang lepas,,ibu teringat kenangan sebelum nak bersalin kan si harith nie.masa tu macam-macam perasaan bercampur..takut,.teruja..risau..tension...macam-macam la..ibu rasa semua ibu-ibu kat luar pun ada mengalami perasaan macam ibu nie..ibu baru ada harith seorang,dah rasa teramat bahagia..ibu-ibu kat luar yang dah ada anak 2 3 orang mesti teramat amat amat bahagia dengan kaletah anak2 kan..

Pejam celik – pejam celik lagi dua hari umur harith akan genap 2 tahun..kejap jer masa berlalu..masih terasa keseronokan mengandungkan harith..masih terasa kesakitan yang teramat semasa melahirkan harith..

Kalau dulu ibu nie boleh dikira amatur pasal penjagaan baby..tapi sekarang dah jadi pro..

Kalau dulu harith menangis,,ibu dah kelam kabut tak tau nak pujuk macam mana..tapi sekarang dah pandai memujuk..(aisey..ibu angkat bakul sendiri)

Kalau dulu harith demam,,ibu hanya bergantung pada ubat klinik dan harapkan doktor..tapi sekarang ibu dah dapat banyak tips untuk sembuhkan demam…(kira ibu sekarang dh boleh ganti doktor plak kot..hehhehehe)

Kalau dulu ibu takut memikirkan pasal mengandung..tapi sekarang ibu tak sabar-sabar nak mengandung lagi walaupun tahu betapa sakitnya proses tuuu..

ANAKKU YANG PERTAMA (M. DAUD KILAU)
Kini aku gembira
Yang ku tunggu dah tiba
Anakku lahir sudah
Hai anakku yang pertama
Sungguh cantik rupanya
Lirik wajah ibunya
Betapa bahagia
Hai dengan kehadirannya
Kan kujadikan raja

Di dalam rumahtangga
Kucurahkan semua
Hanya untuk mu sayang
Buah hati wahai permata
Besarlah kau segera
Anakku yang pertama
Riang tiada terkira
Hapus segala duka
Bila ku memandangnya
Hai anakku yang pertama

 

IMG_0848 IMG_0826
IMG_0830 IMG_0827
IMG_0845 IMG_0840
IMG_0837 IMG_0835
IMG_0831 IMG_0825
IMG_0843 IMG_0846

Thursday, March 11, 2010


Mewujudkan kepuasan dalam hubungan suami isteri

3

PERHUBUNGAN suami isteri mempunyai kualiti. Perhubungan itu mungkin baik dan intim, ataupun mungkin buruk dan penuh konflik, ataupun ia berada di antara kedua-dua. Kualiti perhubungan suami isteri tergambar pada ciri-ciri komunikasi yang berlaku antara mereka.

Kajian-kajian psikologi mendapati, seks bukanlah unsur wajib dalam keintiman. Ertinya, sepasang suami isteri yang banyak melakukan seks belum tentu menikmati hubungan yang sangat intim. Namun aktiviti seks yang berkualiti dapat meninggikan lagi keintiman yang sedia ada.

Cara-cara suami isteri berkomunikasi boleh menggambarkan keintiman dan kepuasan mereka terhadap satu sama lain dan terhadap perhubungan antara mereka berdua. Antara isi kandungan komunikasi orang yang puas terhadap diri pasangannya ialah;

1. Dia banyak memberitahu bahawa dia puas dengan apa yang diterimanya.

''Abang seronok dapat isteri pandai berjenaka macam Mah''.

''Saya puas dengan apa yang abang beri.''

2. Dia banyak mengucapkan penghargaan dan sanjungan terhadap pasangannya.

''Abang ni lawa, salah-salah macam pakar bedah.''

''Isteri abang ni cantiklah, kalau ada pengarah filem nampak Mah, mesti dia tawarkan Mah jadi heroin.''.

Komunikasi orang yang tidak puas akan menggambarkan perasaan itu. Dia akan berkomunikasi dengan gaya negatif. Antara isi kandungannya ialah:

1). Dia banyak merungut-rungut berkenaan sifat-sifat peribadi dan perbuatan pasangannya.

''Abang ni, balik saja, terus baca surat khabar. Sikit tak mahu tolong saya buat kerja. Kalau abang letih, saya pun letih juga. Bukan abang saja kerja. Saya pun kerja juga.''

''Apa kena awak ni? Muka macam mak nenek saja bila di rumah?''

2. Dia banyak mengkritik, menegur dan menasihati pasangannya.

''Sikap abang tu tak ikut ajaran nabi, tahu? tugas saya sebagai isteri cuma bersolek untuk menyukakan hati suami. Kerja-kerja rumah tak wajib isteri buat. Sebagai suami, abang wajib sediakan orang gaji untuk saya. Tak kiralah walau saya duduk rumah, sebab itu tugas suami.''

''Kenapa awak ikut perangai buruk mak awak yang suka buli bapa awak? Ingat! Saya ni bukan bapa awak. jangan cuba buli saya.''

3. Dia banyak menuduh dan mempersalahkan pasangannya.

''Cuba fikir sendiri, salah siapa?''

''Awak tak pernah peduli perasaan saya.''

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada kita menikmati hubungan suami isteri yang intim? Keintiman boleh diukur dengan beberapa cara. Salah satu daripada cara itu ialah dengan melihat kehadiran aspek-aspek berikut di dalam perkahwinan itu:

1. Menikmati apa yang diharapkan

Di dalam semua perkahwinan, pihak suami dan pihak isteri mempunyai pengharapan ke atas satu sama lain dan ke atas perkahwinan mereka. Kepuasan perkahwinan sangat dipengaruhi oleh sejauh mana suami dan isteri menikmati apa yang mereka harapkan. Semakin banyak mereka mendapat apa yang diharapkan, semakin tinggi kepuasan yang mereka nikmati. Semakin kurang mereka mendapat apa yang diharapkan, semakin mendalam rasa tidak puas hati yang mereka alami.

2. Memahami hati sanubari

Sepasang suami isteri berasa intim apabila mereka berasa pasangannya tahu dan faham hati sanubarinya. Pasangan yang intim banyak berkongsi fikiran, perasaan, keyakinan, fantasi, angan-angan, minat, tujuan dan latar belakang. Jadi cuba fikirkan sama ada kita memahami pemikiran pasangan kita. Apabila kita bercakap dengan suami isteri yang intim, kita seperti bercakap dengan dua orang yang satu kepala. Mereka banyak bersetuju dan saling sokong-menyokong pendapat masing-masing. Salah satu faktor yang menyukarkan kita memahami pemikiran dan sanubari orang lain ialah perbezaan pengetahuan. Sebagai contoh, adalah sukar bagi seseorang yang berpendidikan sekolah menengah untuk memahami pemikiran seorang yang berkelulusan Ph.D. Keadaan bertambah sukar bagi si lulusan sekolah menengah untuk memahami apakah keyakinan-keyakinan, angan-angan dan fantasi si pemegang Ph.D. Di sinilah letaknya kepentingan seseorang itu supaya rajin membaca bahan-bahan ilmu sebagai cara mengurangkan jurang pengetahuan yang barangkali wujud antara dirinya dan pasangannya.

3. Mengambil berat

Pasangan yang intim saling mengambil berat berkenaan diri dan perasaan satu sama lain. Ramai suami isteri menyangka pasangan mereka boleh membaca apa yang ada dalam kepala mereka, jadi mereka tidak perlu memberitahunya lagi. Sangkaan itu salah. Orang lain tidak mungkin tahu apa yang ada dalam kepala kita. Ini menyebabkan orang lain mengagak-agak sahaja apa yang mereka patut buat, atau tidak patut buat untuk memuaskannya. Akibatnya, apabila agakan itu salah, mereka berasa orang itu tidak mengambil berat tentang dirinya.

4. Saling mempercayai

Mereka saling percaya-mempercayai akan cinta dan kesetiaan masing-masing. Mereka juga saling harap mengharapkan. Dan mereka mempunyai tekad dan komitmen untuk terus saling cinta-mencintai hingga akhir hayat. Berdasarkan ciri-ciri itu, jelaslah bukan semua perkahwinan menikmati keintiman. Malah tidak semua perkahwinan yang kekal merupakan perkahwinan yang intim.

Harapan suami dan isteri tidak pernah betul-betul serupa, tetapi ada jenis-jenis harapan yang biasanya serupa antara suami isteri. Mengikut kajian, harapan-harapan itu ialah;

1. Harapan akan dapat menikmati keintiman. Harapan ini sangat penting, di mana masing-masing berharap akan dapat menikmati hubungan yang amat intim sebagai suami isteri. Maka disyorkan supaya suami isteri belajar teknik-teknik mencipta keintiman.

2. Harapan sama-sama dapat menikmati rasa kepuasan di dalam perkahwinannya. Harapan ini juga sangat penting peranannya. Kepuasan perkahwinan ada pada kejayaan memberi kepada pasangan apa yang diharapkan olehnya dan menerima daripadanya apa yang diharapkan. Kepuasan dan keintiman tidak datang daripada harta, pangkat, rupa paras dan lain-lain seperti itu. Walaupun nampaknya ini mudah, ramai suami dan ramai isteri berasa mereka tidak menerima apa yang mereka harapkan. Perasaan seperti itu menghalang munculnya rasa puas dan intim dalam perkahwinan. Rasa puas datang daripada beberapa punca. Sumber yang paling utama ialah apabila kita mendapat apa yang diharapkan daripada pasangan kita. Tetapi ini bermakna pasangan kita mesti lebih dahulu thau apa yang kita harapkan daripadanya. Jikalau kita tidak memberitahu kepadanya apa yang kita harapkan, bagaimanakah dia akan tahu apa yang dia perlu berikan kepada kita supaya kita puas. Sebagai contoh, seorang suami yang berpendidikan tinggi mengharapkan isterinya yang lulus sekolah menengah akan suka membaca. Dia membawa sama isterinya apabila pergi ke kedai buku, mendengar ceramah, dan mengadakan satu bilik bacaan khas di dalam rumahnya. Dia menyangka isterinya akan faham-faham sendiri bahawa dia mahu isterinya suka membaca. Apa terjadi ialah sebaliknya. Si isteri tidak faham bahawa suaminya mahu dia membaca, jadi si isteri tidak juga mahu membaca. Si isteri juga berasa bosan kerana terpaksa duduk mendengar ceramah yang dia tidak faham dan tidak diminatinya. Dia juga merungut mengatakan buku-buku di dalam bilik bacaan sumainya itu hanya membuang duit dan menyemakkan rumah sahaja. Satu lagi punca kepuasan ialah apabila kita berasa bahawa kita mendapat banyak faedah dan ganjaran daripada perkahwinan kita itu dan daripada pasangan kita. Ertinya kita berasa kita menerima lebih banyak daripada apa yang kita sendiri berikan dan sumbangkan. Ertinya, kita berasa seolah-olah perkahwinan kita itu banyak menguntungkan kita. Dalam keadaan begitu kita mempunyai dorongan dan motivasi untuk meneruskan perkahwinan itu kerana ia menguntungkan kita. Semakin kita berasa kita mendapat keuntungan yang tinggi, semakin tinggi rasa kepuasan yang kita alami. Semakin kita berasa perkahwinan itu merugikan kita, semakin kita tidak puas. Bagaimanakah rasa untung itu boleh timbul di hati kita? Ia timbul daripada perbandingan yang kita buat. Pertama, kita membandingkan apa yang kita sendiri sumbangkan dan berikan dengan apa yang disumbangkan dan diberikan oleh pasangan kita. Adakah kita berasa kita yang lebih banyak memberi? Kedua, kita bandingkan juga apa yang kita terima dengan apa yang diterima oleh pasangan kita. Adakah kita rasa dia yang lebih banyak menerima? Kalau kita berasa sumbangan kita adalah kurang daripada apa yang disumbangkan oleh pasangan kita, tetapi apa yang kita terima adalah lebih banyak daripada apa yang diterima oleh pasangan kita, maka kita berasa kita untung. Keadaan itu akan menimbulkan rasa puas di hati kita. Kalau kita berasa kita lebih banyak memberi sumbangan berbanding dengan sumbangan pasangan kita, tetapi dia menerima lebih banyak, maka kita berasa kita rugi. Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas di hati kita. Implikasi situasi ini ialah, untuk memberikan kepuasan kepada pasangan, buat supaya dia berasa seolah-olah dengan mengahwini kita, dia sangat untung. Caranya ialah dengan memberikan kepadanya ''apa''yang dia mahu.

Sebagai contoh, jikalau seseorang lelaki mahukan isteri yang mahir mengurut egonya, maka urutlah egonya. Itu saja. Gunakan teknik-teknik yang diterangkan didalam siri ini. Kajian juga mendapati wujudnya perkaitan yang kuat antara rasa puas dengan persetujuan di atas harapan masing-masing pihak. Dalam lain perkataan, adakah suami isteri mengharapkan perkara-perkar yang sama? Semakin suami dan isteri sama-sama setuju berkenaan perkara-perkara yang mereka harapkan, semakin tinggi rasa kepuasan yang mereka nikmati di dalam perkahwinan mereka. Semakin mereka berbeza pendapat semakin mereka tidak berasa puas. Implikasi perkara ini ialah, untuk menikmati keintiman dan kepuasan hidup bersuami isteri, jangan suka berbeza pendapat dan citarasa dengan pasangan kita. Kita perlu belajar menyukai apa yang dia sukai dan membenci apa yang dia benci. Mudah saja. Jangan sekali-kali memusuhi dan membenci kesukaan dan kesayangannya. Sebagai contoh, kalau dia suka memancing, jangan dibenci joran dan kailnya. Jangan pula bermusuhan dengan emak bapak dan adik beradiknya. Mereka itu kesayangannya.

Orang yang berasa puas akan mempunyai dorongan dan motivasi untuk meneruskan perhubungan yang ada dan untuk memupuk lagi perhubungan itu supaya tambah memuaskan kedua-dua belah pihak. Jadi, rasa puas adalah pendorong paling kuat mengapa orang mahu mengekalkan hubungan mereka, ataupun mahu mengakhirinya.


Friday, March 5, 2010


Hati-hati dengan tuala wanita

6
HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..
check dulu expired date...
Kualiti dan paling PENTING kebersihanya...
takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan....
Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA. Disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..

Almaklumlah kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...
so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu....
lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm orang2 mengandung tu...

Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape penyakit anaknya dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah MENGANDUNG....

maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki, masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..

Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINN.....

doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut...

kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...
pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story......

*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..
*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2 BINATANG SILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...

*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAK TERJADI

ATTACHED DUA GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...


Nak cantikkan kulit?

0

Nak tau rahsia dan petuanya?
Baik, saya akan kongsikan dengan anda 2 petua yang saya amalkan bagi menghaluskan dan mencantikkan kulit saya. Ianya memang terbukti berkesan. Tak caya, cubalah.

Petua 1
——–
1. Ambil serbuk kulit kayu manis.
2. Campurkan ianya dengan bedak sejuk.
3. Letakkan sedikit air di dalam campuran dan gaulkan.
4. Sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur.
5. Amalkan pada setiap malam.
* Jika anda amalkan petua ini, insyaAllah jerawat akan hilang dan muka akan menjadi bertambah licin/halus.

Petua 2
——–
1. Hancurkan tomato atau buah epal yang dah cukup masak di dalam satu bekas
2. Gosokkan perlahan-lahan campuran tomata&epasl tersebut pada muka dan bahagian leher.
3. Biarkan selama 20 minit.
4. Cuci dengan air suam.
5. Amalkan selalu.
* Lendir yang terdapat pada tomato akan menghilangkan parut dan menyerikan wajah. Fungsi epal adalah mengurangkan pengoksidaan kulit muka.

Cakap banyak pun tak guna. Yang penting amal! Kalau tak amal, macammana kulit nak cantik.

Jadi, kepada rakan2ku yang selalu bertanya petua, apa tunggu lagi? Mulalah beramal…baru ada kesan.credit