Monday, November 30, 2009


Kisah November...

0
November..mula-mula pun dah letak november,jadi memang ibu nak cerita pasal bulan 11 nie ler..sebenarnya banyak peristiwa manis berlaku dalam bulan november nie yang secara tak langsung buat ibu rasa gembira...okay,apa yang buat ibu hepi..meh ibu cite sikit2...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Pertama-tamanya..(aduh ayat bm le ape nie..hentam la labu...)Ibu nak ucapkan TAHNIAH buat papa sebab lulus exam..YEAHOOOOOOO....CONGRATS papa..ibu dengan adik bangga dengan papa..you did it...well done...ibu dah congrats nie..tak nak celebrate ke :-)..nyway,papa..ibu bangga dengan papa..






Yang keduanya...ramai kawang-kawan ibu nak dapat baby baru...ibu tumpang gembira untuk dorg semua...ibu harap satu hari nanti ibu dapat bagi adik harith adik baru...Ameen..
K,berbalik kat citer nak dapat baby nie,antara kawan-kawan ibu yang tengah tunggu masa tu Linda,Muna,Pokok,Kiki and KakChaq.tahniah korang..



Dan yang ketiganya..untuk kawan-kawan ibu yang baru disahkan pregnant...Saat yang dinanti-nantikan untuk korang...tahniah korang..Buat Lin and Cikmi take care dan banyak kan relaxs...





N,last sekali ibu nak wish untuk makcik Za..Makcik,tahniah yer..dah dpt keje baru..keje elok-elok yer..jangan nak ngulaq jer..tapi makcik..ibu kt sini borink gilerrr...sedihnyaaaa...makcik sibuk sangat ngalah kan PM...















Friday, November 20, 2009


Memahami anak lelaki

0
HARUSKAH kanak-kanak lelaki berasa berani ? Perlukah mereka bermaindan bergaul bersama rakan-rakan lelaki lain? Apakah perkara yang
'boleh' atau 'tidak boleh' dilakukan oleh budak lelaki?
Merungkai persoalan tersebut, syarikat penerbitan, pendidikan dan media kanak-kanak Scholastic, memperkenalkan buku bertajuk, I'm a Real Boy. Buku ini meneroka persepsi tentang peranan jantina dalam masyarakat hari ini dari kaca mata seorang budak lelaki.
Cabaran yang dihadapi untuk memenuhi jangkaan masyarakat amat sukar
bagi seorang budak lelaki. Ditulis dan dilukis oleh penulis buku anak
kelahiran Malaysia, Clayton Koh, buku ini memberi keyakinan kepada
budak lelaki bahawa mereka harus menghargai ciri-ciri unik
masing-masing.
"Menerusi buku ini, saya ingin menjelaskan kepada golongan muda
bahawa terdapat pelbagai cara untuk menjadi budak lelaki yang berani
sebagaimana terdapat ramai budak lelaki di dunia yang berlainan
sifatnya. Budak lelaki perlu menerima segala ciri dan perwatakannya
yang tersendiri.
"Saya menerapkan daya tarikan yang bakal menarik perhatian dan
disusuli lakaran yang berwarna-warni supaya setiap anak kecil yang
membacanya dapat memahami betapa pentingnya pesanan yang ingin
dilahirkan," jelas Clayton Koh.
I'm a Real Boy ialah gambaran yang unik dan serba baru mengenai
sifat kelelakian. Buku ini bukan sahaja seronok dibaca oleh
kanak-kanak, malah harus dibeli oleh guru dan seisi keluarga serta
menjadi pilihan yang sesuai untuk sesi membaca bersama anak kecil.
Menurut Selina Lee, Pengurus Kanan Scholastic Malaysia, mereka
melahirkan rasa gembira kerana dapat menerbitkan buku yang sungguh
bermakna dan kreatif, terutamanya ditulis oleh penulis berbakat
kelahiran Malaysia.
Scholastic sentiasa berusaha menyediakan wadah bagi penulis baru
yang berbakat seperti Clayton Koh untuk menyerlahkan bakat
masing-masing.
I'm a Real Boy kini boleh didapati di kedai buku utama dan Kelab
Buku Scholastic sekolah di seluruh negara pada harga RM11.00 senaskhah.

Antara langkah membaca buku I'm a Real Boy dan buku kanak-kanak lain bersama anak anda ialah:
* Jangan terlalu banyak mencelah
Jika anak anda dapat membaca kebanyakan perkataan, tetapi
melakukannya dengan perlahan-lahan, anda harus bersabar dan
membiarkannya terus membaca. Dia perlukan latihan. Gangguan yang kerap
boleh menjejaskan kefahaman dan keseronokan membaca.
* Terangkan maksud
Betulkan dengan cara lembut jika si anak mengubah maksud ayat. Ganti perkataan penting dengan perkataan yang mudah difahaminya.
* Bantu ayat sukar
Jika si kecil terjumpa satu perkataan yang baru atau sukar difahami, cuba sebut dan takrifkan ayat untuknya.
* Beri pertolongan apabila diminta
Kalau si manja meminta pertolongan, berikan bantuan. Galakannya
membaca perkataan sendiri, tetapi jika dia betul-betul tidak faham,
beri bantuan supaya dia tidak resah.





Sunday, November 15, 2009


Harith - 20 bulan

0
Semalam genap umur adik 1 tahun 8 bulan..dah besaq anak ibu nie yer..Apa perkembangan adik sekarang..SUDAH SEMESTINYA..banyak cakap dan banyak main...banyak cakap tp 80 peratus bahasa jepun(bahasa adik sndiri faham)..main plak xyah dikata ler..kalau noleh..tido pun xnak..sanggup mata dah xlarat nak angkat pun..digagah kan diri tu jugak nak main...nama pun budak2 kan..macam dalam satu artikel nie,disebut anak-anak 1 hingga 3 tahun suke meneroka..so kita jgn sesekali kate anak kita nakal..kalau nak tau ape lg cerita dalam artikel tu bleh klik sini.

K,berbalik kat citer adik nie,ibu ngan papa layan jer lah karenah adikkan,sbb nak kata ape pun tak boleh..ibu ngn papa kecil2 dulu pun macam nie jugak..cuma kalau berlebihan sangat main tu..ibu ngn papa tegur2 jugak ler...

Bila dah mlm,lum pun kul 9 dah tdo sampai tak ingat dunia..susu pun tak bangun minum..confirm la kan..penat main..tido siang pun xsampai setengah jam dah bangun..
Semasa umur adik dah mengjangkau 1 tahun 8 bulan nie..gigi dah tumbuh 12 batang..6 atas dan 6 bawah..hari tu masa nak tumbuh geraham bawah..seminggu adik demam..makan tak nak..minum susu pun tak nak..risau ibu masa tu tapi alhamdulillah..sekarang semua dah ok..adik pun dah aktif balik macam dulu..

Sekarang perkataan baru yang adik baru mula sebut..mai sini,jom,cuci..kalau adik poo-poo..lepas dah habis..mesti cakap nak cuci dengan tepuk-tepuk punggung..faham le ibu..mesti adik poo-poo..rasanye tu je kot perkataan baru yang adik sebut..ibu pun xperasan sangat..Yang pasti ibu suka tengok perkembangan adik sekarang..Allah Maha Kaya..dari tapak kaki sekecil 2 jari ibu..satu persatu perkembangan adik Allah tunjukkan..insaf nyer ibu...betapa indahnya ciptaan Allah..subhanaAllah..Maha Suci Allah..
ibu sempat snap beberapa keping gambar adik semalam dlm usia adik 20bulan..
nak ambil gambar pun susah..sbb xnak tinggal mainan dia..layan je k..



Gambar nie : Adik tengah main dengan sepupu adik Kak Izzah(Nur Izzah Syahmina)sebab hari nie ibu jadi baby sitter..kejap jer adik nak main dengan kak izzah,xsampai sejam mula ler nak marah2 kak izzah..kesian kak izzah..




Harith macam muka siapa?

0
Ape kes kan...saje jer main-main nak tengok harith banyak ikut muka saper..papa ke ibu..yeler kan..orang kan selalu duk tegur,isy anak hang nie banyak ikut muka papa dia ler..jadi,ibu xpuas hati..hehhehhe..kita cube ler look like meter nie...so nie ler keputusan nyer..
hahhahhahhaha...sekarang adil..sebab adik sama muka ibu sikit..muka papa sikit..xleh ler nak gaduh-gaduh muka sape yang lebih...
tapi kat bawah nie plak test look like meter masa adik lum ckup setahun umur..lebih ikut muka ibu,papa dah cuak dah..hahhahahha...apsal dah besaq sama plak yek...conpius..conpius...saje xnak ibu ngan papa gaduh2 le tu..kasi sama banyak...






Terjah Taman Burung PP

0
Terjah..macam krew melodi le plak yer..ekceli kami satu famili pergi taman burung nie dah lama..ibu baru tingat nak share gambar kat blog nie..Sebenarnyer,nama jer kami nie duduk penang..tapi xpenah tau menahu pun ada taman burung kat seberang jaya nie..kebetulan tengok dorang tunjuk dalam tv aritu..baru ler tercelik mata..rupenyer ada taman burung kt situ..confius jugak awal tu..yelah kawasan seberang jaya tu kawasan bandar lagi teramat sibuk..boleh ke burung2 tu hidup..
Disebabkan rasa ingin tahu,dan kebetulan adik pun suka sangat dekat burung,jadi papa ajak pegi tengok..kat pintu masuk tu ok la..nampak bersemangat..pastu papa pegi nak beli tiket..mak aiii...mahalnyer tiket..seorang RM15..hebat sangat ke taman burung nie??nak bw masuk camera pun nk kena bayaq..isy..isy..tp alang2 dah sampai kan tak kan ler tak nak masuk..
Okla dalam tu..adik pun enjoy..banyak jugak burung..binatang2 lain pun ada tau..ular,buaya dan sewaktu dengannya..
Tapi satu jer,kesian tengok burung2 kt dalam tu..macam tak cukup makan jer..tak bermaya..
Kul 11am ngan kul3pm rasanyer ada persembahan burung..tgk burung2 tu berjoget..comei gile tengok dorg goyang2 sambil dengar muzik..
Ok,tu je lah kisah kami satu family terjah taman burung...kalau sape2 nak pegi,xtau jalan..cari jer safira country club seberang jaya..taman tu betul-betul kat depan safira.
So,nie jer pic yang semapat kami snap..layan jer k...




Friday, November 13, 2009


Hari pertunangan chikchah

1
Majlis nie sebenarnye dh lama..tp br sempat nak upload pic..(note:chikchah..camner gambaq nie..cun tak).Kalau xsalah majlis nie bulan jun aritu.Tgk make up chikchah..hahhahahha..belasah je lah yer..sape suh ibu makeup kan..kena terima le cantik ke idak..
Hantaran pulak dari sebelah perempuan kaler pink,n dari sebelah lelaki kaler gold..punya la banyak hantaran dari lelaki,11 bekas..mampus kami memikir nak balas 13 bekas..tapi ape pun..kami berjaya membalas...separuh dari hantaran tu,ibu ngan papa yang bersengkang mata tgh malam nak siapkan hantaran tu..nasib baik le papa nak tolong..Thanks papa..Serius sibuk dan tersangat le penat..nie baru majlis bertunang..nnti majlis kahwin mcm mn lak sibuknyer..aduhhhhh...Nie jer gambar yang sempat ibu snap masa majlis tu..layan jer k..







Saturday, November 7, 2009


Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

1
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Nak lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.


Susahkah mendidik anak perempuan?

0
Masih teringat kata-katanya sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan. Maklumlah, majoriti anak-anak saya lelaki. Adakalanya bagai ketandusan idea dan cara untuk berdepan dengan kerenah anak perempuan
"Perlu banyak meraikan".

Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.

"Meraikan bagaimana?"

"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."

"Maksudnya?"

"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah."


"Kenapa Tok Wan?"

"Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan."

"Itu pendekatannya, bagaimana pula prinsip asasnya?"

"Wah, kau bertanya, macamlah Tok Wan ni seorang profesor!"

Tok Wan bergurau. Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata, "Itu kena bayangkan...bakal isteri. Kemudian, bakal ibu!"

Wah, Tok Wan dah mula bersilat kata! Saya perlu lebih kritis menyoalnya.

"Bayangkan isteri? Isteri saya?" usik saya.

"Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah "end in mind" yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan," jelas Tok Wan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan Barat itu.

Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah, "Apa kau inginkan daripada seorang isteri?"

"Ketaatan", balas saya cepat.

"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. Apa lagi?"

"Malu."

"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi?"

"Cantik...."

"Wah, tak lupa ya....Latih supaya dia menjaga kecantikan, tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika. Lagi?"



Saya diam. Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya - ibu anak perempuan saya.

"Kau lupa agaknya..." usik Tok Wan.

"Tok Wan laju sangat...."

"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah.Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya."

"Ini payah Tok Wan, sekarang ini perempuan dah luas gelanggangnya!"

"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?"



"Tadi Tok Wan kata, kena bayangkan juga bakal ibu."

"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?"

"Kasih sayangnya."

"Didiklah agar anak perempuan agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. Lagi?"

"Sabar."

"Seorang ibu perlu sabar; sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan kerenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya."



"Mana lebih bayah didik anak perempuan atau anak lelaki?" tanya saya. Dia senyum sinis. Terasa bodoh pula menyoal begitu.

"Soalan itu tidak betul! Sepatutnya soalannya begini, ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan? Senang dan susah itu terlalu relatif dan subjektif sifatnya."

"Beza tak?" pintas saya penuh akur.

"Tentulah, sebab lelaki dan wanita memang berbeza. Tuhan jadikan darjat kedua-duanya sama, tapi peranannya berbeza. Bukan sahaja ciri-ciri fizikal berbeza tetapi ciri-ciri rohaniahnya jua."

"Kata orang bela lembu 10 ekor lebih mudah daripada seorang anak perempuan."

"Perbandingan yang tak relevan. Manusia berbeza dengan lembu. Kita ada hati, akal dan perasaan."

"Tapi tak ada yang kata membela 10 ekor lembu lebih mudah daripada seorang anak lelaki..."

"Terpulang pada "gembala"nya. Kena gaya dan caranya, 10 orang anak perempuan pun boleh dijaga."



"Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?"

"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"

"Lagi Tok Wan?"

"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"

"Lagi Tok Wan?"

"Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!"

Saya terdiam. Diam yang panjang. Perlukah saya menyoal lagi?

**Nota hati seorang lelaki

Thursday, November 5, 2009


Kenali Personaliti Ibu Hamil

2

KEHAMILAN adalah nikmat hidup dan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Pencipta kepada kaum wanita.
Nikmat ini lebih menyerlah dengan kelahiran bayi sihat dan sempurna, apatah lagi jika kehamilan itu yang pertama.
Melalui proses kehamilan ada ketikanya ibu merasakan dia adalah orang yang paling bertuah dan ada ketikanya pula mahu diberi perhatian lebih daripada biasa.
Dalam kehidupan seharian bagaimana menghadapi cabaran ketika hamil dan bakal menjadi ibu sebenarnya adalah bayangan daripada personaliti individu itu sendiri.
Pakar Psikologi terkenal dari United Kingdom, Dr. Linda Papadopoulos berkata, apabila memiliki anak segala-galanya akan berubah secara semula jadi termasuk corak kehidupan seharian.
“Pada setiap kehamilan, ia berbeza-beza termasuk perubahan kelakuan dan kesihatan yang mana ia membantu menguruskan jangkaan serta emosi kita untuk menghadapi saat-saat getir untuk bergelar ibu.
Dalam masa yang sama, ibu juga perlu mengenalpasti siapakah dirinya yang secara tidak langsung dapat membantu mengawal emosi, membuat keputusan penting dan menyesuaikan diri dengan situasi baru,” ujarnya.
Bagi mendapatkan pengalaman yang menyeronokkan semasa hamil, Dr. Papadopoulos mendedahkan lima ciri personaliti yang paling kerap dialami bakal ibu iaitu:
Ibu yang sering runsing
Sentiasa mencari maklumat sebanyak mungkin daripada sumber-sumber yang senang diperoleh. Ibu yang sering runsing adalah seorang yang sangat berminat untuk memperoleh maklumat.
Sentiasa meminta nasihat daripada kawan-kawan serta ahli keluarga di samping membaca buku-buku yang berkaitan dengan kehamilan dan bayi. Ibu yang sering runsing juga akan ditenggelami pelbagai maklumat di sekelilingnya.
Malangnya, keputusan yang mengelirukan akan menjadikan ibu tersebut kurang yakin dengan keputusan yang telah dibuat di dalam situasi baru.
Mereka ini juga akan sering dilanda kebimbangan dan akan berubat sendiri (self-medicating) dengan maklumat yang terlalu banyak yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
Jika anda seorang ibu yang kerunsingan atau jika anda mempunyai gejala akan menjadi seorang ibu yang kerunsingan, apa yang penting ialah mengingati bahawa perkara tersebut adalah semula jadi dan fikirkan bayi baru anda.
Untuk mengelakkan kekeliruan, kurangkan sumber-sumber maklumat yang anda memperoleh.
Cuba gunakan laman web seperti laman web kehamilan dan kunjungi pakar kesihatan kehamilan untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta mengadakan perbincangan apa yang terbaik untuk anda dan juga bayi anda.
Ibu hebat
Ibu hebat merupakan pemimpin dalam kumpulan Menjadi lumrah, jika individu itu merupakan ibu hebat, dia akan menonjol daripada orang lain.
Mungkin dia adalah orang pertama yang akan hamil di kalangan rakan-rakan dan pada masa telah membaca banyak buku mengenai kehamilan, pergi kelas atau ini merupakan kehamilan kedua atau ketiga mereka.
Untuk pengetahuan bersama, ibu hebat juga merupakan seorang yang akan memberi nasihat tentang kehamilan dan bagaimana menjadi seorang ibu. Mereka juga sering berkongsi pengalaman tanpa sebarang keraguan.
Jika anda ibu hebat anda cenderung untuk membandingkan bayi anda dengan peristiwa penting seperti tendangan pertama, perkataan pertama dan langkah pertama.
Ibu hebat juga seharusnya cuba mengingati bahawa setiap kanak-kanak adalah seorang individu tanpa mengira bagaimana kompetitifnya keadaan sekeliling.
Sebagai ibu, terdapat banyak pilihan yang boleh dibuat bermula dari mana memperoleh bayi sehingga bagaimana memberinya makan.
Perkara yang penting ialah membuat keputusan yang tepat untuk diri sendiri dan juga bayi.
Ibu yang profesional
Profesional dari segi nama dan semula jadi. Bagi seorang ibu yang profesional, dia amat teratur, rasional serta menjadi seorang pengikut yang setia terutama sekali yang berkaitan dengan bayinya.
Dia akan melahirkan bayi di hospital dan dikelilingi dengan peralatan yang canggih, doktor dan segala kelengkapan lain yang berkaitan sebagai persediaan jika menghadapi sebarang komplikasi ketika hendak bersalin.
Ketika inilah dia akan mengikuti nasihat daripada orang alim ulama dan tidak mengambil peduli mengenai cerita-cerita mitos.
Jika anda seorang ibu yang profesional, perkara yang paling penting dilakukan ialah bertenang.
Persediaan adalah penting. Dalam hal ini, biarlah bidan atau doktor pakar yang memimpin anda.
Kebanyakan ganjaran untuk ibu-ibu datangnya daripada pengalaman-pengalaman serta peristiwa-peristiwa yang tidak diduga.
Ibu sejati
Ibu sejati merupakan ibu semula jadi. Sebagai seorang ibu yang sejati, dia lebih suka untuk melalui detik-detik kehamilan dalam suasana yang sederhana.
Ibu sejati juga suka dengan cara dan ramuan tradisional serta menginginkan keselesaan bayi mereka seperti berada di rumah sendiri.
Jika anda seorang ibu yang sejati, apa yang anda percaya adalah satu daya penggerak yang penting dalam hidup. Tetapi sebagai seorang ibu, anda sekarang memikul bertanggungjawab bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi ke atas bayi anda juga.
Anda perlu memastikan segala keinginan peribadi anda diseimbangkan dengan keperluan anak anda. Sebagai seorang ibu yang sejati juga anda perlu berbincang dengan bidan ataupun pakar dalam usaha memberikan yang terbaik buat anak anda.
Ibu yang tidak runsing
Ibu jenis ini melalui kehidupan dengan tiada sebarang kerisauan atau kebimbangan. Ia seperti menjelajah seluruh dunia, melompat dari kapal terbang, terjun cenuram tanpa berkelip-kelip dan akan menyambut hari ulang tahun kelahiran anak dalam situasi yang sama.
Jika anda seorang ibu yang tidak rungsing, ia bagus untuk membayangkan pengalaman-pengalaman yang menyeronokkan sebagai seorang ibu dan penting juga untuk menguruskan segala jangkaan agar bersedia untuk mengalami kesakitan luar biasa atau kesakitan yang tidak dapat dielakkan.
Sekiranya sudah bersedia menjadi seorang ibu, kunjungi bidan atau doktor pakar secepat mungkin selepas mendapati diri hamil.


Kaedah Merancang Kehamilan

0
Kajian menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada kehamilan adalah tidak dirancang. Proses kehamilan yang tidak dirancang dapat dicegah dengan menjalankan aktiviti pendidikan kepada pasangan suami isteri tentang kaedah kontraseptif (pencegah hamil) yang dapat diamalkan dan bersesuaian dengan cara hidup, kepercayaan serta kehendak pasangan tersebut. Konsepsi adalah penyatuan telur (wanita) dan sperma (lelaki). Kontrasepsi adalah pencegah kehamilan secara sukarela. Agen, alat atau kaedah kontraseptif dapat mencegah konsepsi dengan menghalang proses persenyawaan atau mencegah atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur.

Permilihan kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.

Kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan

Kaedah kontraseptif yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah kontraseptif ialah kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.

Pil Kontraseptif

Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.

Suntikan Progestin dan Progesteron

Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Implan 'Norplant"

Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Alat Instrauterin (IUD)

Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:
Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10tahun.
Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Span (Sponge)

Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.

Diafram

Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

Penghalang serviks (Cervital Cap)

Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.

Spermisida vagina (Vaginal Spermicides)

Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.

Kaedah semulajadi (Natural Family Planning)

Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.

Azal (Withdrawal)

Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.

Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM)

Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.

Pembedahan (Surgical Sterilization)

Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.

Kondom

Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence)

Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak.

Keberkesanan kaedah kontraseptif

Keberkesanan dan kebolehpercayaan kaedah pencegah hamil yang digunakan banyak bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut. Setiap kaedah kontraseptif mempunyai tahap keberkesanannya. Sudah pasti ia lebih baik berbanding dengan kaedah di mana pasangan suami isteri tidak mengamalkan sebarang kaedah. Yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten. Dianggarkan bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.



Diabetes Melitus semasa kehamilan

0

Apakah Diabetes Melitus?

Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.


Apakah yang dimaksudkan Diabetes Melitus semasa kehamilan?

Diabetes Melitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.


Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?

Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk.

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.


Adakah GDM kerap berlaku?

Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan.


Siapakah yang berisiko mengalami GDM?

Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes melitus berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya.

Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:

  • Sejarah keluarga menghidapi diabetes.

  • Wanita berumur (>35 tahun).

  • Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.

  • Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran.

  • Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.

  • Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada Kulit.

Bagaimana penyakit ini dikesan?

Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan. Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.

Apakah ujian Tolerans Glukosa secara oral?

Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya


Intepretasi hasil ujian

Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)

Puasa

2 jam selepas glukosa diambil

Normal

<6


<8


Tolerans glukosa yang terganggu

6-8

8-11

Diabetes

>8

>11


Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?

Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika pelahiran dan kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.

Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).

Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?

GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.

Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.

Bagaimana rawatan terhadap GDM?

Langkah pertama ialah mengawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet. Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan. Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.


Mengapa diet yang khusus disyorkan?

Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang sihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah.

Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan hingga proses kelahiran.

Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:

  • Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim, minuman ringan, buah-buahan di dalam tin, jem, coklat dan lain-lain).

  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).

  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).

  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit. Elakkan makanan yang bergoreng.

Bagaimana mengendalikan suntikan insulin?

Doktor atau jururawat terlatih akan mengajar anda teknik suntikan insulin apabila rawatan diperlukan. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.


Penjagaan ubat-ubatan dan jarum

Insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu. Jarum boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit

Perlukah melakukan senaman?

Program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang, mengekalkan tona otot, kekuatan dan ketahanan. Bagi wanita yang menghidapi GDM, ia sangat penting. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan par

as normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

Walau bagaimanapun, penjagaan yang khusus perlu diambil untuk mengelakkan sukan atau senaman yang mungkin menyebabkan anda jatuh, atau yang melibatkan sentakan. Aktiviti berbasikal dan berjoging sebelum hamil merupakan contoh senaman yang baik untuk diteruskan semasa kehamilan. Berjalan-jalan adalah baik untuk wanita yang sebelum ini tidak aktif dan ingin mula bersenam semasa hamil. Senaman secara tekal selama 4-5 hari setiap minggu adalah perlu untuk merendahkan paras gula dalam darah. Berhenti bersenam jika anda merasa sakit, pening, sesak nafas, pitam, debaran jantung, sakit belakang atau sakit di bahagian pelvis, atau pernah mengalami pendarahan faraj. The American College of Obstetricians & Gynecolog

  • ists (ACOG) mencadangkan meminum cecair sebelum dan
  • selepas senaman dan jika perlu, semasa sedang bersenam untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Terlalu kuat bersenam mungkin menyebabkan rahim dan janin tidak
  • mendapat bekalan darah yang cukup. ACOG mengesyorkan wanita hamil mengukur kadar degupan jantung semasa melakukan aktiviti. Kadar degupan jantung ibu yang mengandung sepatutnya tidak melebihi 140 denyutan seminit.

Apakah yang berlaku jika amalan diet dan senaman gagal mengawal paras gula dalam darah?

Jika paras gula di dalam darah cenderung untuk melebihi julat normal, anda perlu mengambil suntikan insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan kesan terapeutiknya hilang. Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan menggunakan jarum yang sangat halus, oleh itu anda akan merasa tidak selesa sedikit ketika suntikan diberi. Ia selalu dilakukan oleh anda sendiri dan anda akan diajar oleh doktor bagaimana untuk melakukannya. Jumlah insulin yang diperlukan untuk memastikan paras gula adalah dalam julat normal akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Uri yang membesar seiring dengan berlanjutnya kehamilan akan menghasilkan paras hormon kontra-insulin yang lebih tinggi. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya.


Adakah anda perlu mengambil insulin?

Ya. Ini kerana walaupun diet dijaga dengan baik, paras gula dalam darah sesetengah wanita masih tidak berada dalam julat yang boleh diterima. Wanita hamil yang bebas dari GDM jarang mempunyai paras glukosa dalam darah yang melebihi 6 mmol/l sebelum sarapan di waktu pagi atau 2 jam selepas bersarapan. Sasaran optima bagi pesakit GDM ialah mempunyai paras gula dalam darah yang sama dengan wanita yang tidak mengalami diabetes. Jika paras gula ketika berpuasa melebihi 6 mmol/l atau jika 2 jam selepas makan, paras gula masih melebihi 8 mmol/l pada dua masa yang berasingan, terapi insulin amnya diperlukan. Keupayaan untuk melakukan sendiri pengawasan glukosa di dalam darah membolehkan terapi insulin dimulakan sebaik sahaja tanda awal paras gula yang tinggi dikesan. Dengan itu janin dapat dicegah dari terdedah kepada paras glukosa yang tinggi dalam darah ibu.

Apakah yang berlaku jika paras gula di dalam darah menjadi lebih rendah?

Paras gula yang rendah di dalam darah (hipoglisemia) merupakan komplikasi yang mungkin berlaku jika seseorang telah mengambil terapi insulin untuk GDM. Ini mungkin berlaku jika anda lambat mengambil sarapan atau bersenam lebih dari yang biasa. Ia merupakan kes kecemasan dan perlu dirawat dengan teliti. Jika terdapat gejala hipoglisemia (kekeliruan, pening, penglihatan kabur, berpeluh, terketar-ketar, tersangat lapar) anda perlu mengambil sebarang bentuk gula dengan segera. Apabila anda menggunakan insulin, anda perlulah membawa gula atau makanan/minuman manis (kandi yang manis, minuman berglukosa) sebagai langkah berjaga-jaga. Doktor perlu diberitahu mengenai sebarang reaksi hipoglisemia yang berlaku. Ia mungkin menyebabkan pengubahsuaian terapi insulin yang anda jalani.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah yang berkaitan dengan GDM?

Diet pesakit yang mengalami GDM mestilah mencukupi untuk membekalkan pemakanan yang dapat memenuhi keperluan ibu dan bayi yang sedang berkembang. Pada masa yang sama diet yang diambil boleh mengekalkan paras normal glukosa di dalam darah. Ibu yang menghidapi GDM boleh diajar cara-cara mengukur paras glukosa di dalam darah di rumah untuk memastikan ia berada di paras yang dibenarkan. Keupayaan pesakit untuk menentukan paras gula dalam darah melalui penggunaan peralatan merupakan satu lagi kejayaan penting dalam pengurusan penyakit diabetes. Teknik ini dikenali sebagai pemantauan sendiri glukosa di dalam darah dan ia membenarkan anda memeriksa sendiri paras gula darah sama ada di rumah atau di tempat kerja tanpa melibatkan kos dan menjimatkan masa untuk berjumpa doktor.


Apakah yang dimaksudkan pemantauan sendiri glukosa di dalam darah?

Apabila anda telah didiagnos menghidap GDM, adalah penting bagi anda mengetahui paras gula di dalam darah dari sehari ke sehari. Anda juga harus mengetahui bagaimana corak pemakanan dan cara senaman mempengaruhi paras gula di dalam darah anda. Semakin lanjut kehamilan, uri akan membebaskan lebih banyak hormon yang akan bertindak ke atas insulin. Menguji paras gula di dalam darah pada waktu tertentu dalam sehari dapat mengetahui jika diet yang sempurna dan peningkatan berat badan dapat mengekalkan paras normal gula di dalam darah atau jika insulin yang lebih diperlukan untuk melindungi janin.

Pemantauan sendiri glukosa di dalam darah boleh dilakukan dengan mencucuk jari untuk mendapatkan titis darah dan disukat dengan menggunakan alat khas untuk mendapat bacaannya. Doktor boleh menasihatkan anda bagaimana untuk mendapatkan alat ini. Anda mungkin perlu menguji darah anda beberapa kali dalam sehari. Secara amnya, ia dilakukan sebelum makan. Setiap pesakit boleh mempunyai jadual sendiri untuk tujuan pengukuran


Apakah ujian-ujian lain yang perlu diketahui?

Selain daripada ujian darah, anda juga dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan air kencing untuk mengesan kehadiran keton. Keton adalah hasil sampingan dari penguraian lemak. Ia boleh dijumpai di dalam darah dan air kencing akibat insulin yang tak mencukupi atau kalori yang tidak mencukupi dalam diet anda. Walaupun tidak diketahui jumlah keton yang boleh mengancam janin, keton yang banyak akan disertai dengan asidosis, iaitu satu keadaan yang boleh mengancam janin. Sebagai langkah keselamatan, anda perlu mengawasi kehadirannya dalam air kencing dan melaporkan sebarang keputusan yang positif kepada doktor.

Untuk menguji kehadiran keton di dalam air kencing, anda boleh menggunakan jalur ujian khusus yang telah dirawat dengan bahan kimia. Ujian dapat dilakukan dengan mendedahkan sehelai jalur pakai buang pada aliran air kencing atau mencelup jalur ke dalam bekas yang mengandungi air kencing. Jalur akan berubah warna bergantung kepada jumlah keton yang hadir di dalamair kencing. Warna jalur bolehlah dibandingkan pada carta untuk menunjukkan paras keton. Penasihat kesihatan boleh menasihatkan anda masa yang sesuai untuk melakukan ujian dan berapa kerap anda perlu melakukannya.


Adakah anda perlu mempunyai jadual pemeriksaan lanjutan antenatal?

Apabila anda disahkan menghidap GDM, anda dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan antenatal setiap 2 minggu sehingga kehamilan anda berusia 32 minggu dan selepas itu lakukan pemeriksaan setiap minggu sehinggalah melahirkan bayi. Semasa pemeriksaan, imbasan ultrasound akan dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan dan komplikasi di samping mengawasi tumbesaran janin. Profil gula di dalam darah akan diperiksa sekurang-kurangnya setiap 2 minggu untuk menilai keberkesanan pengawalan diabetes anda.









Tuesday, November 3, 2009


CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

3
MUHAMAD HARITH IZUAN (1 TAHUN 8 BULAN)

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST INI dianjurkan oleh elizahadi sempena Anniversary perkahwinan nya yang ke 5.So,ibu pun nak menyibukkan diri jugak untuk menampalkan gambar adik dalam contest ni.Ini gambar adik masa raya 2009.Untuk sape2 yang berminat nak join contest nie boleh klik sini untuk syarat2 penyertaan.Jom le sama2 kita meriah kan contest nie.


p/s Dan untuk ELIZAHADI,ibu ucapkan selamat hari ulangtahun yang ke-5.Semoga rumahtangga kalian sentiasa dirahmati dan diberkati -NYA.Ameen.


"Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya,
memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan
darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber
ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat"