Friday, February 20, 2009


Warna Gelap-Ruang Makan Elegan

0

Ruang makanz ini, disatukan dengan dapur. Pemilihan warna gelap untuk perabotnya, membuat penampilan ruang makan nampak lebih elegan.

Sudah semestinya dekorasi ini memerlukan ruang yang cukup luas untuk membina dapur dan ruang makan dalam satu bahagian. Ruang makan dan dapur ini berukuran 4,5mx4,5m. Perabotnya menggunakan material yang sama dengan kabinet dapur.

Deko dapor ini mengunakan elemen design island. Meja di tengah berfungsi sebagai meja makan. Selain untuk meja makan, juga boleh digunakan untuk aktiviti lain di dapur. Permukaan mejanya menggunakan solid surface berwarna hitam. Selain ringan dan tahan lama, solid surface juga mudah dibersihkan. Pilihan tepat untuk dapur yang praktis.

Warna gelap dipilih untuk meja makan dan kabinet dapur. Hasilnya, ruang makan akan tampil elegan. Selain itu, warna coklat gelap dan hitam memberikan kesan hangat. Kegiatan makan dan minum di ruang makan ini pasti terasa semakin nyaman dan menyelerakan.

Untuk memastikan ruang ini sentiasa 'hidup' dengan penggunaan warna gelap, maka warna terang diaplikasikan pada siling dan lantai. Warna putih diterapkan pada siling dan dinding. Sedangkan warna krem untuk lantai granit. Selain menyeimbangkan warna ruang ini, kedua warna terang tersebut juga semakin menonjolkan warna gelap pada perabot.

Hasilnya semakin cantik dengan aksesori lampu gantung. Lampu-lampu tersebut berbalut kain yang terlihat mengilat. Penggunaan lampu berbentuk kerucut ini semakin menguatkan kesan mewah pada ruang makan.






Thursday, February 19, 2009


3

muhamad harith izuan..
dengarlah papa dan ibu bermadah
sebagai nasihat untukmu semasa hayat masih dibadan sebelum papa dan ibu memejamkan mata
sebagai ingatan kami dan kenanganmu
muhamad harith izuan..
jika kamu alim jadilah obor kepada semesta
jika kamu jahil bernaunglah di bawah cahaya
jika kamu kaya jadilah bank kepada masyarakat
jika kamu miskin berbanggalah untuk keredhaan Tuhanmu hindarlah dari meminta-minta
supaya terpelihara keizzahanmu
biarlah kamu miskin dengan Tuhanmu
kaya dengan manusia
muhamad harith izuan..
jika kau saudagar jauhilah riba betulkan timbangan
berbuat adillah dalam berjual bell
jika kamu perlu mintalah kepada Tuhanmu
agar manusia tidak menghinamu
jika pemimpin jadilah payung kepada umatnya
rendahkan sayapmu jika kamu dipimpin
serahkanlah kepada kebijaksanaan ketuamu
muhamad harith izuan..
Jika kamu pejuang banyakkan mengingati Tuhanmu
hadapilah musuh jangan melampaui balasan-batasannya
jika kamu menderita, tersiksa berserahlah kamu
itu tanda 'basyar' dari Tuhan
Tuhan kasih padamu
kasih Tuhan itu lebih dari kasih seorang ibu kepada anaknya

Wednesday, February 18, 2009


0

muhamad harith izuan..
ingatilah dan hayatilah pesanan Lukman Al Hakim kepadanya anaknya sayang,


01. Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah.


02. Wahai anakku, Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.


03. Wahai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.


04. Wahai anakku, seandainya ibu-bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan, maka marahnya adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.


05. Wahai anakku, Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


06.Wahai anakku, selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.


07. Wahai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.


08.Wahai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada itu, bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.


09. Wahai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan bila mana tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimu sendirilah yang layak menjadi utusan.


10. Wahai anakku, Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.


11. Wahai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.


12. Wahai anakku, Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.


13. Wahai anakku, janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya sesuatu itu dan janganlah pula terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


14. Wahai anakku, Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang yang bertakwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim-ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.


15. Wahai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Perkara itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.


16. Wahai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.


17. Wahai anakku, Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan benda yang berharga.


18. Wahai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.


19. Wahai anakku, Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riak yang akan mendatangkan cela pada dirimu.


20. Wahai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.


21. Wahai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.


22. Wahai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu dan janganlah mensia-siakan hartamu.


23. Wahai anakku, barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.


24. Wahai anakku, bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata- katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.


25. Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang menjadi beban kepada orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Thursday, February 12, 2009


Malam yang sunyi

0

Malam nie..adik xmacam biasa..selalu time dah tdo dah..tp skang xnak tdo plak..Ibu pun xtau nk buat apa...layan ler adik main macam2...kalau boleh semua benda adik nak main sekang..sabo jer lahhhh



Wednesday, February 11, 2009


SAMBUT SUAMI DI MUKA PINTU

0

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.


Thursday, February 5, 2009


Adik kat ward HKB

0



adik kena masuk ward kat hospital kepala batas..sebab nyer biasa la..cirit birit yg lama..kena masuk air 2 botol.. 2 hari kat ward..ermm..igtkan nak diam duduk...tp sama jer mcm time sihat..sampai jarum kat tgn pun adik cabut..ibu dh rsau dah tgk darah menitik2..adik relaks jer..anak ibu nieeee.....